Pen Merah Pen Biru

pen merah pen biruPantun kanak-kanak memang amat menghiburkan. Sangat sesuai dengan alam kehidupan mereka yang hanya mahu bergembira dan bermain. Bukan tujuan hidup mereka untuk berfikir mengenai dunia luar.

Kanak-kanak dan remaja di alam persekolahan pula lebih meriah di samping rakan-rakan sebaya. Ketika ada peluang mengusik, terutama rakan berlainan jenis, pantun dua kerat ini memang akan menjadi hiasan di bibir mereka.

pen merah pen biru
jangan marah i love you

Entah mereka faham atau tidak dengan maksud baris ayat yang dilontarkan. Hanya mengharapkan balasan dan mungkin sekali mereka akan menerima balasan pantun seperti di bawah bersama mimik muka yang pura-pura marah tetapi seronok.

pen hijau pen hitam
you kacau i terkam

Dan kalau ada yang sudah mula mengenal cinta monyet pula, surat atau sms yang dikirim selalunya disertakan dengan pantun yang penuh dengan harapan.

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

n8 iphone4Remaja sekarang semakin asing dengan pantun dua kerat seperti ini. Mereka lebih seronok menggunakan handphone serba canggih untuk berhubung. Mungkin sekali ada yang memiliki Nokia N8 atau Apple iPhone 4.

Butir pertuturan dan bahasa tulisan mereka pula pastinya menggunakan bahasa sms ringkas yang sangat sukar dibaca apa lagi difahami oleh ibu bapa sendiri. Hanya kumpulan mereka sahaja yang tahu apa yang mereka ditulis.

Kalaulah saya sendiri cuba menulis serangkap pantun dengan gaya bahasa sms ini, bagaimanalah agaknya ya? :D

y u x 1 2 c
b4 p i dh cr
1 4 u 1 4 me
u pk r sndri

Boleh baca dan faham? Ada sesiapa yang berani balas?

TehrDemikian kisah 'Pen Merah Pen Biru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


80 Comments

  1. dyea says:

    budak skrng mmg gajet dorng canggih2..kita yg tua ni pakai nokia yg leh baling anjing tu je…hahhahaha..bahasa downg lg la..adakala BW masuk blog remaja ni lastnya kuo camtu je sbb tak bley paham shotcut dorng tulis..almaklum la kita ni orng tua
    dyea baru je tulis kisah LAgi en3 tangkap leleh punyaaaaMy Profile

    1. tehr says:

      sama la macam saya juga
      blog2 remaja bahasa sms memang saya tak berapa nak faham
      hehe

      1. Mus says:

        mungkin, inilah bahasa zaman sekarang.. semua serba ringkas
        Mus baru je tulis kisah Gambar Kemalangan Paling Ngeri &amp Dahsyat 4 Buah Kereta Sport…My Profile

  2. mie says:

    nape gue tak paham ni?
    adakah gue bukan golongan urban?
    hahaaa

    kantin sekolah jual mee
    mee dicelup dengan kuah kari
    one for you one for me
    memang dah pikir memang dah cari
    mie baru je tulis kisah Hadiah Dari Air Asia Twitter ContestMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam ada faham juga tu, mie
      haha

      1. mie says:

        alamak!!
        terkantoi la pula..
        eheheheee
        mie baru je tulis kisah Macarons From Angel Cupid KitchenMy Profile

    2. Mus says:

      ini lagi hebat.. gabungan 2 bahasa dalam 1 pantun.. ;)
      Mus baru je tulis kisah Sekali Lagi Sabahkininet Guna Gambar AkuMy Profile

  3. toyol says:

    hahaha..
    zaman skola dulu TK slalu sngt guna pantun 2 kerat tu..
    zaman tu kan main surat2, mana ada email/ym..
    tepon pun xde..
    toyol baru je tulis kisah MABUKMy Profile

    1. tehr says:

      kadang surat bertukar jadi jet kertas
      senang nak hantar tanpa posmen :D

      1. suri says:

        SLU MMBER LETAK SURAT BAWAH MEJE HEE….katanya nnti ptg dia akan dtg baca punya heeee

      2. Mus says:

        silap2x sangkut dengan posmen pulak..
        Mus baru je tulis kisah Hanya Feri SahajaMy Profile

        1. mie says:

          posmen xpe lagi..
          jangan sangkut dengan guru disiplin sudah la..
          eheheheee
          mie baru je tulis kisah Macarons From Angel Cupid KitchenMy Profile

  4. kaizen says:

    jap2… nak translate code mesej… haha

    why you dun wan to see?
    before pegi i dah cari
    one for you one for me…

    hahaha… betul or salah? wahaaa!
    kaizen baru je tulis kisah CuLTuRaL LaG TeKNoLoGi DaN Do-Zi-RaLMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      memang betul la tu, bro
      bijak2

    2. dnoBiz says:

      tu dah tahap perisik tu Kaizen jangan pening sampai maigrain dah le hahaha
      dnoBiz baru je tulis kisah Video Panas – Rakam aksi seks suami isteri- buruh mati ditikamMy Profile

  5. Cik Siti says:

    kadang-kala tak faham dengan bahasa sms bebudak skg ni… yang pasti Cik Siti ingat masa tolong member tulis surat pantun 2 kerat yang selalu guna adalah: pecah kaca pecah sorong papan lepas baca harap simpan…

    *pen merah pen biru cukup sinonim dengan si guru
    Cik Siti baru je tulis kisah Cita-Cita semasa kecilMy Profile

    1. tehr says:

      wah, kalau ambil upah
      banyak juga dapat tu, cik siti :D

  6. Jangan dorg guna base sms tu jwb karangan BM sudah..huhuh
    Poning cikgu nt..
    Yun a.k.a Shinju baru je tulis kisah Peluang Bertemu Dr Sheikh Abd Rahman Al-SudaisMy Profile

    1. tehr says:

      pasti sekali dapat markah ringkas2 juga tu, yun

  7. kakyon says:

    masuk blog remaja pening.. terus keluar. tak reti nak baca bahasa diarang..
    kakyon baru je tulis kisah selamat mengundiMy Profile

    1. tehr says:

      sama la dengan saya, kakyon
      kalau nak faham juga perlu ambil masa membaca

      1. Mus says:

        better mereka letak gambar jer.. lagi mencerita seribu makna..
        Mus baru je tulis kisah Industri Membuat Sesar Unjur Di Pulau Bruit- DaroMy Profile

  8. b4 p i dh cr
    x 4get 2 on9
    u pk r sndri
    pantun mcm ni xde punch9

    1. tehr says:

      haha
      tergeliat juga lidah aku nak baca :D
      best2

  9. maza says:

    kata sorg prod bahasa moden di UKM mengatakan bhw bahasa ini berkembang..

    kembangnya bahasa itu hingga kita sendiri tak faham, kecuali penutur generasi baru.. sama jugalah kalau suruh tok nenek kita baca persuratan hari ini, tentulah dia meraba2 sama mcm kita baca kitab kuning yg itew.. hehehe

    oh, pantun di atas memang mengingatkan maza masa zaman kanak2 hahaha…

    dan pantun yg lazim kami gunakan utk mengusik ialah,:-

    Terbang lalat, terbang lalat di kaki…
    Tehr ngurat, ther ngurat si anu jadi bini…

    hahahhaha

    1. tehr says:

      hahaha
      dah lama aku tak ngurat :D

    2. hafizmd says:

      hehe….best2 pantun saudara maza ni….

      pssst…pantun ni ke yg maza guna dulu2 masa tackle si dia??? :D

  10. MDHAFiZ.NET says:

    baris kedua tu keliru sikit…
    :) :)

    layan gak bab jiwang2 nih.. :)

    1. tehr says:

      aku pun hentam je tu, bro
      mungkin sekali tak sama dengan bahasa sms remaja
      hehe

      1. hafizmd says:

        Nampak gayanya, bro tehr mmg masih lagi muda jiwanya :D

  11. dnoBiz says:

    dah lama aku tak dengar pantun dua kerat tu hehe :D
    Ps: budak sekarang takde pantun pantun dah main terjah je hehehe
    dnoBiz baru je tulis kisah Iklan Di Astro – Ahli parlimen Tegur Iklan Di AstroMy Profile

    1. tehr says:

      terjah tanpa sebarang amaran
      meme ganah!

      1. hafizmd says:

        main terjah main terkam depan-depan
        silap haribulan habis gelap masa depan

        hoooo :D

  12. padin says:

    hahaa aku pun tak berapa paham bila pertama kali baca
    amik masa jugak..
    yang aku pening, dalam kertas jawapan pon
    diorang tibai bahasa macam ni..
    memang aku mark besar2.. huhuu

    1. tehr says:

      bro padin mark besar2
      lepas tu bagi markah kecik2 je :D

  13. nurida ardy says:

    terkial2 nak baca.tp time skolah dulu idok la pulak guna bahasa macam gini..ringkas sgt nih..ponin kepala nak translate. google yg bijak pun bole T_T cam nih…
    nurida ardy baru je tulis kisah MengajiDi Rumah Sendiri atauMy Profile

    1. tehr says:

      nasib juga tak guna moss code tu, nurida :D

  14. caliph says:

    dh lama x dgr pantun merah biru ni.. tingat wktu zaman skolah dulu ^^
    caliph baru je tulis kisah jangan tipu studentMy Profile

    1. tehr says:

      zaman yang penuh warna warni
      hinggakan surat juga berwarna warni
      hehe

  15. akubiomed says:

    Aduhai bro Tehr. Saya baca long hand dan anak-anak sekarang baca short hand memanglah payah :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Filem hantu seram yang diingatiMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      terus je aku teringat pendekar bujang lapok

  16. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Honda ex5 dan Honda wave

    pen merah pen biru
    you marah i wat tak tau

    zaman dulu punya pantun………………….

    Lain dulang lain kakinya
    Lain orang lain hatinya

    Lain hulu lain parang
    Lain dulu lain sekarang

    Dahulu parang sekarang besi
    Dahulu sayang sekarang benci

    betoiii tu zaman sekarang semua budak ambil ringkas pun SMS pun simple ajerr sampai tak faham dibuatnyerr
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 sekarang semua ambil mudah je, bro

  17. zik says:

    sekarang nie budak2 dah canggih…. kalau yang kita nih…
    zik baru je tulis kisah Kisah tauladan- Wanita dan cekodokMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak terlayan tu, zik

  18. sud@is says:

    kecik2 sllu main pantun camtu
    hantar kad pd kawan2 mesti tulis no 3..hehe
    sud@is baru je tulis kisah Syeikh Dr Abd Rahman Abdul Aziz As-SudaisMy Profile

    1. tehr says:

      memang akan tulis
      dengan penuh harapan lagi :D

  19. ghost writer says:

    pen merah pen biru
    u marah i jadi haru

    1 4 u 1 4 me
    i 1 2 c p cr u
    ah,sudah blank jadinya…haha
    ghost writer baru je tulis kisah terbang bagai supermanMy Profile

    1. tehr says:

      aku sendiri ambil masa lama nak tulis tu, ghost
      haha memang payah

  20. decrewz says:

    Adik Jai pun sama, kadang2 x faham dia tulis.. Budak sekarang taip mesej pelik2 sampaikan dalam paper nak periksa keluar ayat2 singkatan yang buatkan cikgu rasa nak makan je kertas ujian tu..he3
    decrewz baru je tulis kisah Kisah Benar Lagenda Budak Setan Ruby &amp Shah – PengenalanMy Profile

    1. tehr says:

      dah terbiasa sangat tulis ringkas
      memang bahaya juga tu
      tertulis dalam karangan

      1. suri says:

        karangn dan rumusan bhya klu dah terbiasa tulis ringkas..silap bulan cikgu pun akan buat tanda pangkah besar satu buku heeee

  21. tips-kurus says:

    nasib baik ghost w tak ckp dia jadi ‘hantu’. hehe!

    mmm.. 2, 3 cats run, run, run.. (^.^)
    tips-kurus baru je tulis kisah UFO suka org JawaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      boleh diguna juga, kan?

  22. panadol says:

    lagi canggih jamannya, lg canggih bhsanya..
    ayt yg da sedia pendek pun, d pendek2kn lg..
    adeii…

    why you dont want to see
    before pergi saya dah cari
    one for you one for me
    i dont want to fikir sendiri..

    hahahaha
    panadol baru je tulis kisah Orang Perempuan Bila BerkeretaMy Profile

    1. tehr says:

      zaman sekarang ni semua nak cepat je, panadol
      zaman terkejar2 ni

  23. mijie says:

    aduh tak tahan nak gelak pantun sms yang last tu…. one for u one for me
    mijie baru je tulis kisah Kisah hantu di ofis kuMy Profile

    1. tehr says:

      aku main hentam je, bro
      tak pernah pulak hantar sms dengan ayat macam tu :D

  24. hafizmd says:

    Angkat tanganlah….mmg tak reti nak balas pantun kalau pendek2 camni..hohohoho

    Nampaknya, kalau ini gaya bahasa budak2 generasi y&z, habislah bahasa melayu yg indah….hehe

    1. tehr says:

      bagi generasi lama memang kacau, bro
      tapi generasi baru ni tak kisah apa pun

  25. suri says:

    masa belajar bahasa bm punyalah cun..skli dha ada hp terus bhsa di pendekkan..apalah malang nasibmu bahasa melayu huuu

    ..

    1. tehr says:

      kalau sms dalam bahasa cina macam mana la gaknya ya
      dapat buat ringkas juga ke? :D

  26. Mus says:

    sempat lagi melalui zaman cinta monyet ni.. berbalas surat cinta dan ada seorang posmen yang setia..
    Mus baru je tulis kisah Sekali Lagi Sabahkininet Guna Gambar AkuMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak pernah jadi posmen surat cinta
      tak tahu bagaimana rasanya ;)

  27. abu luqman says:

    saya.pasai berpantun ni kurang sikit
    abu luqman baru je tulis kisah Solat Magrib dan Tazkirah Bersama Abdurrahman As SudaisMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun kurang lebih jua, bro
      selalu ikut sesedap hati je
      hehe

  28. Ladfe Amir says:

    masa hantar kad raya pernahlah tulis ayat tu..

    pecah kaca pecah gelas..sudah baca harap balas.

    saja nak pelbanyakkan koleksi kad raya.

    bunga mawar..bunga selasih
    terima kasih
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Sesuai Tak Malaysia Join Olimpik Musim SejukMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya untuk menambah seri dan berhibur hati, bro :D

  29. cik tom says:

    hehehe..teringat plk zaman kecik2 dulu bila baca pantun tue..seronok je zaman kecil tanpa runsing fikir apa-apa masalah…kalaulah masa boleh diundur…tapi semua tue mustahil…heee
    cik tom baru je tulis kisah Apa Itu Enjin Carian Maklumat Mudah MengenainyaMy Profile

    1. tehr says:

      hanya tingal kenangan, cik tom
      bagus untuk kesihatan bila kenangkan kisah2 lucu zaman kanak2 ;)

  30. benjy says:

    Wah!…wah!…wah!… ganas,…ganas, … pantu terakhir tu sekali pandang cam fomilar kimia pun ada …. sungguh skema dan poyo betul bunyinya … kekekekeke

    y u x c me
    c pt b4 2 mn
    i dh p kir u lv me
    but u d mn

    jangan baca sebeb b3njy pun x paham apa bunyinya … kekekeke
    benjy baru je tulis kisah MY CLICK-CLICK CONTEST – Syarat &amp PendaftaranMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      ganas seganasnya
      haha

  31. Ismail N says:

    acdc
    xpdc
    abc
    4u2c

    He he.. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Sikap Bertolerensi Dalam PerkahwinanMy Profile

    1. tehr says:

      wah, paling ringkas setakat ni, bro :D

  32. Norasikin says:

    Kalau saya jumpa blog yang gaya penulisan mcm tu, memang saya blah gitu je hehehe
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Rendang Ayam Kampung RingkasMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dah tak faham nak baca
      tak guna juga belek lama2, kan?
      lain la kalau ada banyak gambar
      ada juga maklumat

  33. yas says:

    Tengok huruf tu pun dah pening…nak baca…hehehe terus skip jeee…
    yas baru je tulis kisah Nasib Komando MalaysiaMy Profile

  34. Norgadis says:

    Pantun zaman aku sekolah dulu tu…
    tapi kalau guna gaya bahasa sms, itu memang aku tak faham…
    Norgadis baru je tulis kisah Pelajar SMK Mutiara dan SM Sains Labuan Menjadi Wakil Ke Tuaran- SabahMy Profile

  35. bEe says:

    Entry kalini mengungkap sejarah zaman sekolah rendahlah! hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun