Pemain Dan Jurulatih Kelantan Pindah?

Habis la kali ni. Bukan hanya pemain-pemain Kelantan sahaja yang menjadi rebutan dan akan berpindah pasukan. Khabarnya ketua jurulatih, Bojan Hodak juga akan berpindah, tidak lagi bersama pasukan Kelantan untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan. [Harap-harap ianya tak berlaku].

Dari Kelantan ke Johor Bharu,
Singgah di Triang membeli cili;
Ayam jantan sanggup berlagu,
Biar pun tempang sebelah kaki.

bojan hodakHodak yang berjaya membawa The Red Warriors (TRW) memenangi tiga piala musim lalu dikatakan menuntut gaji sebanyak RM800,000 semusim dan KAFA pula tidak mempunyai kantung yang cukup besar. Tiada kemampuan untuk melaksanakannya.

Berjalan-jalan sambil bercuti,
Singgah di Johor berjumpa jaga;
Biar pun tempang sebelah kaki,
Nama termasyhor di mana sahaja.

Indera Putra, Norfarhan, Shakir Shaari, Zairo Anuar, Daudsu, Subramaniam, Ahmad Fakri, Azizi, Dickson malah Badhri Radzi telah ditawarkan untuk menyarung jersi pasukan lain. Adakah mereka semua akan berpindah?

Sebahagian besarnya masih dalam bentuk khabar angin. Belum boleh untuk dipercayai sepenuhnya. Kita tunggu sahaja cerita muktamad selepas saingan Piala Malaysia nanti.

Puas berjalan di Johor Bharu,
Indah khabar daripada rupa;
Pemain Kelantan lama dan baru,
Sedia menggegar tunjuk kuasa.

Tahniah kepada pasukan The Red Warriors Junior yang berjaya muncul Juara Piala Presiden 2013. Kelantan mengalahkan Perak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Tahniah!

TehrDemikian kisah 'Pemain Dan Jurulatih Kelantan Pindah?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Hafizul says:

    Hehe..tahniah buat pasukan kelantan..bila dah hebat mesti orang cari punya..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Apabila Terlebih Aura JobdirumahMy Profile

  2. dengar khabar angin Steve Darby akan jadi jurulatih kelantan yg baru..dan Bojan akan berpindah ke P.Pinang..kalau betul la sumber yg aku dpt ni
    blogger lelaki baru je tulis kisah Piya Sarung Jersi JDTMy Profile

  3. zik says:

    bojan pun demand main harga tinggi… sebab prestasi yang agak bagus… pemain2 pun semua dapat offer berapa kali ganda… mesti berbelah bagi punya.. legend player indra pun nak pindah t-tema katanya… huhu
    zik baru je tulis kisah Video gol highlights kelantan [2] vs perak [1] akhir, Piala Presiden 2013My Profile

  4. Joe says:

    Memang tak logik kalau diorang nak pindah. kelantan team yang kuat kot. Kecuali kalau diorang nak duit lebih. Boleh join JDT kalau nk duit.
    Joe baru je tulis kisah Ingin Menang Apple iPhone 5s?My Profile

  5. Juan says:

    kalau semua keluar pindah, pasukan kelantan bakal bahaya
    Juan baru je tulis kisah Tonton Escape Plan 2013 Film MalaysiaMy Profile

  6. cikgu naman says:

    setiap pantun ada Johor..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah Kuotanya Takkan Habis, Seronoknya Tak Habis-habisMy Profile

  7. pahan says:

    lumrah hidup gak. hehe. kena pindah untuk penuhkan impian masing :)
    pahan baru je tulis kisah [Terbaik] – APA YANG KAU PERLU TAHU TENTANG PES 2014My Profile

  8. hehhee khabar angin ini bahaya sangat bahaya
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Jom Berehat SeketikaMy Profile

  9. titan says:

    haa..baru best macam ni. baru terasa macam EPL plak. haha

  10. papa mifz says:

    tawaran lumayan , memang tolak rezeki jika mereka menolak tawaran tuh…hoho
    papa mifz baru je tulis kisah Encik Titan Si Jejaka KoreaMy Profile

  11. Dengar citer Hodak akan ke Penang. Kalau betul baguslah, bolasepak Penang dah lama merundum. Lepas nie mungkin ada harapan naik balik…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Lagenda Kublai Khan!My Profile

  12. Rina says:

    Jika kabar tersebut benar, semoha kelantan lekas mendapat pengganti yang lebih baik :)
    Rina baru je tulis kisah Basic Tutorial : PHP mysql_real_escape_string() FunctionMy Profile

  13. Kalau dah hebat pasti menjadi rebutan ramai.. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidiladha 2013My Profile

  14. zool says:

    cabaran tu.. pasukan kelantan kena bikin semula..
    zool baru je tulis kisah Kesalahan no platMy Profile

  15. Lyn™ says:

    Letih badan balik menebas
    Bertempiaran puyuh lari sembunyi
    Malaysia kalut untuk kelayakan FIFA 2014
    Komen bab bola saya memang tak reti
    Lyn™ baru je tulis kisah Pertandingan PENGUCAPAN AWAM anjuran Kelab Pidato PerdanaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun