Peluang Sambung Belajar

Salam Sejahtera. Rupanya hari ini ada dua keputusan penting dalam bidang pendidikan. Satu daripadanya seperti yang ramai telah sedia maklum ialah keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Satu lagi keputusan yang keluar hari ini ialah status permohonan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi ambilan 2011.

berjayasekali berjaya terasa bangga
senyum lebar sampai ke telinga
gembiranya hati ibu dan bapa
syukur kepada Yang Maha Esa

sekali gagal jangan kecewa
lain ketika pasti kan berjaya
janganlah pula berputus asa
untuk menggapai segala cita

Saya percaya calon-calon STPM dan guru-guru yang memohon PPG telah pun mendapat keputusan masing-masing siang tadi. Tahniah kepada anak-anak dan kawan-kawan yang berjaya dan selamat melanjutkan pelajaran untuk kalian. Nampaknya impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan mendapatkan ijazah kini terbentang di depan mata.

Yang gagal pula, usahlah terlalu kecewa dan jangan sekali-kali berputus asa. Asal sahaja kita tekun berusaha, kejayaan akan datang juga mengunjungi kita.

TehrDemikian kisah 'Peluang Sambung Belajar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


53 Comments

  1. Dua keputusan yang berkaitan, keluar di hari yang sama…. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah How to do effective blog walkingMy Profile

    1. tehr says:

      di hari yang sama juga ada dua situasi berbeza
      yang gembira dan yang bersedih

  2. ghost writer says:

    masih banyak ruang dan peluang yang disediakan….mencuba tidak salah kalau masih ada kemahuan untuk berjaya.

    semoga mampu mengharungi dunia lebih luas.,
    ghost writer baru je tulis kisah dealing with the pastMy Profile

    1. tehr says:

      asal mahu saja, bro
      peluang sentiasa ada di mana2 dan bila2 masa sahaja

  3. zulkbo says:

    salam..
    tahniah pada anak2 yang
    berjaya..yang kurang jangan
    mudah putus asa..
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Kraf Kebangsaan Malaysia 23 Februari – 07 Mac 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      cuba lagi tahun ini nanti
      insya allah

      1. suri says:

        usaha tanpa jemu akan berjaya juga hiii

        1. tehr says:

          pasti
          kita dapat apa yang kita usahakan

  4. yas says:

    Yang gagal jangan bersedih sangatt…kali ni bukan rezeki kamu…mana tau sok lusa ade yg lebih baik sedang menanti…Insyaallah.
    yas baru je tulis kisah Rod dan guaMy Profile

    1. tehr says:

      ini la yang saya selalu ingatkan kat budak2
      lain kali pasti ada rezeki kita
      mungkin juga lebih baik lagi

  5. mie says:

    tahniah pada yang berjaya…
    sesungguhnya usaha anda tidak sia2..
    mie baru je tulis kisah Konspirasi Sukan Olimpik 2012 LondonMy Profile

    1. tehr says:

      jangan ada yang ngigau pulak tido malam ni
      hehe

      1. Ismail N says:

        betul tu..
        bila dapat result baik.. kepala ligat berpikir apa nak buat seterusnya…

        1. tehr says:

          buat pilihan terbaik dengan apa yang kita minat

  6. Zik says:

    yang tidak berjaya.. jangan berputus asa… boleh cuba lagi.. atau jalan lain… kejayaan masing-masing tidak sama dan tidak tentu lagi dengan akademik…
    Zik baru je tulis kisah Selamat hari jadi zikri husaini yang ke kwang-kwangMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, zik
      stpm hanya salah satu tapak/langkah je
      ada banyak langkah lagi untuk berjaya dan bahagia

  7. decrewz says:

    Bagi yang berjaya, jngan terlalu gembira kerana akan datang banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh.. Kejayaan kita hari ini x semestinya menjamin kejayaan kita dimasa hadapan.. Apa yang penting, berjaya @ tidak mestilah sentiasa bersyukur sebab janji ALlah akan menambahkan rezeki bagi umatnya yang bersyukur..
    decrewz baru je tulis kisah Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire mimingMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      banyak bersyukur hati akan selalu tenang

  8. Ismail N says:

    Kalau saya ada peluang utk sambung belajar.. mahu jugak sambung ke peringkat setinggi boleh. Maybe lepas anak2 besar sikit dan boleh berdikari sikit2. :D

    1. tehr says:

      peluang akan selalu ada, bro
      isteri saya baru je dapat sambung belajar
      anak2 juga dah besar

  9. cik tom says:

    tahniah pada yg berjaya…pd yg kurang berjaya teruskan usaha pd masa akan dtg…org yg plg berjaya ialah org yg pernah rasai kegagalan tp xpernah patah semangat..tp terus berusaha utk jd yg terbaik ^_^
    cik tom baru je tulis kisah Emieysandra Masuk Majalah Remaja Blog ReviewMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, cik tom
      tak mudah patah semangat

  10. padin says:

    biasanya kita akan dapat setimpal dengan apa yg kita usahakan, hee
    ..

    1. tehr says:

      bila la nak dapat APC ni…
      hehe

      1. padin says:

        ahah, bro tehr takkan xpenah dapat lg?
        aku budak mentah je dalam ikm tu kih3

        1. tehr says:

          hehe
          aku dah dapat 2x
          kadang ada pula sikap tamak nak dapat lagi :D

  11. Cik Siti says:

    Tahniah kepada yang berjaya…. usah tangguh sambungkan pelajaran… mana yang tidak berjaya bukan bermakna kegagalan… perjalanan kita masih jauh… kita tidak tahu untung nasib kita.. berusahalah selagi daya

    1. tehr says:

      ada juga yang terpaksa tangguh belajar ni, cik siti
      dah terpaksa, nak buat macam mana lagi

      tangguh tak apa, jangan pula berenti terus :D

      1. Cik Siti says:

        ye kan? teringat pulak diri sendiri lepas STPM tak dapat nak sambung belajar lagi sebab nak tanggung adik-adik…sebab nak tolong mak. tak pelah biar adik yang berjaya. asal dapat kerja halal dah cukup. nak belajar lagi? nak kena asah balik. dah berkarat
        Cik Siti baru je tulis kisah pahit manis sebagai CSRMy Profile

  12. adah says:

    yang penting rajin dan usaha…:)
    adah baru je tulis kisah Komen kat bawah entry- BAGUSSebabMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      insya allah akan berjaya

  13. kakyon says:

    rajin dan usaha pasti berjaya..:)
    kakyon baru je tulis kisah kenapa akak sibukMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah

  14. haru biru says:

    keputusan stpm saye gagal utk memasuki u…… saye rase down sangat…. tak tau nk buat pe lagi… saye just kesian kt mak saye je…. coz dpt ank mcm sye nie…. adakah patut saye ulang balik stpm or g kolej… saye teringin sangat nk masuk u…..

    1. tehr says:

      kalau saya, akan pilih gi kolej
      sebab keluarga tak mampu nak tanggung belajar lama2
      bila dah kerja masih boleh teruskan untuk sambung belajar

      kalau keluarga mampu nak tanggung tak kisah

  15. toyol says:

    alhamdulillah..
    kputusan STPM adik TK pun bagus jg, antara plajar tbaik d sekolahnya..
    pas ni harap2 ada pluang utk ia trus smbung blaja.. TK mendoakan yg tbaik untuknya..
    toyol baru je tulis kisah CONTEST BESDAY KAD UNTUK SAFIYYAMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      tahniah untuk adik tk
      moga2 dapat teruskan tanpa apa2 halangan

  16. Norgadis says:

    Tahniah kepada yang berjaya,
    Yang tak berjaya tu, cuba lagi, jangan putus asa…

    1. tehr says:

      yups,
      tahniah2

  17. akubiomed says:

    Zaman sekarang hendak belajar tidak susah kerana ada pengajian swasta walaupun tidak dapat memasuki pengajian tempatan.

    Ambil pengajian yang berkaitan kemahiran

    1. tehr says:

      setuju sangat
      asal mahu dan rajin je
      kemudahan melimpah ruah sekarang ni

  18. suri says:

    dulu masa nak amik result dup..dap..jer tp bila dah dpt baru rasa lega..tdur pun aman heee

    1. tehr says:

      harap2 tak ada yang masih nangis kerana keputusan semalam

      1. suri says:

        yelah huu..pasni dpt smbung bajr tinggi2 atau amik kemahiran yang di minati.. :)

  19. suri says:

    bro sebut pasl bljar mau smbung lagi ke ??

    1. tehr says:

      bukan saya, suri
      tapi isteri saya yang sambung belajar

  20. Wan Perlis says:

    jgn kecewa krn STPM bukan penentu masa depan.hehehe

    1. tehr says:

      betul tu
      masih banyak jalan yang boleh dipilih
      mungkin rezeki dah ditentukan melalui jalan yang lain
      insya allah

  21. zool says:

    betul tu.. yang ada peluang teruskan sambung belajar..
    yang gagal jangan kecewa .. teruskan hidup anda untuk berjaya

    1. tehr says:

      setuju, zool
      asal jangan putus asa
      cuba lagi, mungkin ada jalan lain untuk berjaya

  22. imtiyaz says:

    Salam,

    peluang untuk sambung belajar & ditaja tanpa meninggalkan pekerjaan anda. Kelas akan diadakan hujung minggu di Damansara. Untuk melayakkan mengikuti degree IT ni, anda mestilah ada sekurang-kurangnya minimum 5 kredit termasuk Maths dalam SPM. Hantarkan salinan IC, no telefon & alamat, salinan SPM & transkrip diploma ke grandbyte@gmail.com. Pengajian selama 2 tahun sahaja (jika ada Diploma). Tempat terhad, kelas akan bermula April ini.

  23. abrablog says:

    emm..banyak peluang nak sambung belajar ni sebenarnya. Bezanya cuma kita nak atau tak nak ajer..
    abrablog baru je tulis kisah 5 Reason why people hate to click your adsMy Profile

  24. terimakasih artikelnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun