Peluang Cikgu Buat Kerja Sambilan

Percaya atau tidak, ada kalangan cikgu yang tak ingat tarikh cuti sekolah kerana terlalu asyik dengan rutin harian. Asyik dengan buku, kertas dan telatah murid-murid di dalam dan di luar kelas. Bukan sibuk dengan kerja sambilan. :D

Jadi kepada cikgu-cikgu dan ibu bapa penjaga yang lupa tarikh cuti sekolah, sila lihat Takwim Persekolahan 2013 yang pernah aku lepaskan dalam blog ni. Musim cuti begini adalah peluang yang sesuai untuk melakukan kerja sambilan. Bukan dalam waktu persekolahan.

Awan mendung hujan tak jadi,
Petang cerah terang cahaya;
Apa dimenung mengenang diri,
Rajin dan usaha pasti berjaya.

Sayang sayang ubi rebus,
Enak dicicah kelapa parut;
Apa malang hari berkabus,
Hati yang sakit dada diurut.

Dua malam lepas aku dapat satu kerja sambilan yang agak bagus. Jadi tukang urut! Hahaha. Sebenarnya aku urut emak aku je. Katanya mahu hilangkan lenguh-lenguh badan. Masa sedang mengurut emak aku ni la, aku terfikir bagus juga kalau buat kerja sambilan sebagai tukang urut. Sebelum tu mestilah cari dan belajar kemahiran mengurut terlebih dahulu.

Gunung Daik bercabang tiga,
Turun ke lembah menetak tebu;
Anak yang baik mendengar kata,
Syurga di bawah tapak kaki ibu.

Urut bukan sebarang urut,
Urut patah tulang selangka;
Ikut bukan sebarang ikut,
Ikut langkah orang berjaya.

Sambil berangan-angan buat kerja sambilan sebagai tukang urut dan mengurut tapak kaki mak aku, teringat pula kata-kata ustaz, ‘Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu’. Moga-moga mak aku sentiasa mendapat rahmat Allah. Halalkan air susu yang aku minum dan ampunkan semua kesalahan aku. Dunia akhirat.

Pulang dari rumah emak, aku batalkan angan-angan nak jadi tukang urut. Tak sesuai. Orang yang suka internet macam aku ni lebih sesuai buat kerja sambilan dengan Program Jobdirumah sahaja. Mana ada masa nak jadi tukang urut. Hahaha.

TehrDemikian kisah 'Peluang Cikgu Buat Kerja Sambilan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. Juan says:

    wahhhhh, dah ramai yang join jobdirumah ni, hehhee
    Juan baru je tulis kisah Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 – 15 June 2013My Profile

    1. auc says:

      mudah menjana pendapatan sape yg tak nak kan :)
      auc baru je tulis kisah 94% Wanita Memilih Smartphone daripada SeksMy Profile

  2. suri says:

    haaa..mmg lagak cikgu aku suka sy tu sy bhti keje bt online di rumah nhgeee..
    suri baru je tulis kisah Ouch! SakitlahMy Profile

  3. suri says:

    saya dh lupa cuti sekolah tapi sy nak jalan2 juga tapi klu book hotel dah tak sempat ni hee…
    suri baru je tulis kisah Sebab-Sebab Menerima HadiahMy Profile

  4. tukang urut?

    huhu. susah kerja tu…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah bunga-bunga matahariMy Profile

  5. cikgu naman says:

    hahahaha..urut sambil berpantun ok jugak
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Kampung StyleMy Profile

    1. auc says:

      ingatkan nak meminang je berpantun
      mengurut pun kena perpantun yek :)
      auc baru je tulis kisah 94% Wanita Memilih Smartphone daripada SeksMy Profile

  6. hafiz says:

    kalau cikgu lagi senang buat je tuisyen…
    hafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs KelantanMy Profile

  7. hatiputera says:

    Makin ramai dah join program jobdirumah.
    hatiputera baru je tulis kisah Komisen Kedua Panduan Menjahit Baju KurungMy Profile

  8. onlajer says:

    Rezeki cikgu kalau rajin ya kan
    onlajer baru je tulis kisah Wordless Wednesday : RezekiMy Profile

  9. auc says:

    betul sgt tu, rupa esok je dah last sekolah, pasni cuti 2 minggu.

    bolehlah buat Job di rumah hehehehe
    auc baru je tulis kisah 94% Wanita Memilih Smartphone daripada SeksMy Profile

  10. jadual cuti sekolah atau cuti umum elok tampal atas meja..

    dulu saya selalu gak pergi pejabat pos.. sampai je.. pejabat pos tutup sebab cuti
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ibu Bapa Kita Bukan Malaikat. So kita kenalah…….My Profile

  11. Teringat pula kisah kawan yang berhenti jadi engineer dan kemudian jadi juru bekam. Rezeki semakin melimpah ruah..

    Selamat bercuti ;)
    ciklaili@yahoo.com baru je tulis kisah Wordless Wednesday : BodyguardMy Profile

  12. Hairul Azni says:

    Saya rasa Job Di Rumah memang sesuai dengan cikgu.. :-)
    Hairul Azni baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Selamat Pagi BurungMy Profile

  13. titan says:

    cuba aje. mana tahu ada yang termakan umpan menggoda tu.
    titan baru je tulis kisah Alexa rank terkini blog ahmadfaizal.comMy Profile

  14. MDHAFiZ.NET says:

    dh ad hasil yg lumayan dr jobdirumah nampaknye
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Liga Super Malaysia 2013: Johor Darul Takzim Vs KelantanMy Profile

  15. takai says:

    Job di rumah tu memang sesuai dgn tehr,, kalo mengurut olok2 boleh ler, nak serius kena study teknik urut lagi..
    takai baru je tulis kisah Cosplay Costume yang tidak menjadiMy Profile

  16. kakiblog says:

    boleh juga jadi tukang urut ..kalau ada student yang terseliuh kaki ketika main bola perkhidmatan memang diperlukan.
    kakiblog baru je tulis kisah 5 Rahsia Untuk Menarik Pembaca Supaya Menjadi Pengunjung SetiaMy Profile

  17. mrhanafi says:

    bro jadi blogger pun kira kerja sambilan..selain jadi cikgu.
    mrhanafi baru je tulis kisah Belajar Untuk Memberi Maaf Dan MelupakanMy Profile

    1. suri says:

      cikgu tehr mau lebih lagi untung heee
      suri baru je tulis kisah Cuci MataMy Profile

  18. suri says:

    blogger kalau ad aminat boleh jana rm depan pc tpi mesti ada masa utk fokus lebih..
    suri baru je tulis kisah Tersumbat !My Profile

  19. Hana says:

    mcam ragu2 je job di rumah ni.. ada knyataan yang boleh mengukuhkan kesahihnya tak?
    Hana baru je tulis kisah PromosiMy Profile

  20. akubiomed says:

    Urut emak dapat pahala lebih. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Mudahnya laksanakan ibadah Akikah dengan eQurbanMy Profile

  21. hafizmd says:

    hehehe…lepas penat main internet, mintak isteri urutkan bahu =)

    p/s – masyuk jugak kalau jadi tukang urut ni..sejam 50 hinggit
    hafizmd baru je tulis kisah Riang Ria Cuti Sekolah di Planet Bumi!My Profile

  22. dja@sishaza says:

    :) Untungnye mak di sana tu ye…alhamdulillah.

  23. cik tom says:

    elok sgt kl cikgu nak wat kerja sambilan time cuti sek 2 mgu ni..blh dpt duit lebih..
    cik tom baru je tulis kisah Peluang Kerja Sambilan Dengan JomniagaMy Profile

  24. Hafizul says:

    Bro pandai mengurut ke?rasa lenguh pulak badan nih..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Kenapa Harus Sedih Bila MiskinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun