Pelaburan Emas, Perak Atau Suasa

dalam bekerja sering ingat gaji
dalam berniaga kira untung rugi
dalam sehari perlu juga diingati
dalam hati hadir muhasabah diri

wajah cantik senyuman berseri
badan sihat gagah tangan kaki
fikiran cergas ditimbang dijejaki
mengapa kita hadir di dunia ini

cuba fikir bermenung dalam diri
sepanjang hari marah berapa kali
berapa pula senyuman kita beri
hanyalah kita yang tahu sendiri

apaapakah kerja yang telah kita perbuat
apakah ada tugas yang telah kita khianat
apakah sempurna amalan wajib amalan sunat
apakah segala dosa dan pahala sentiasa kita ingat

alam yang indah bukanlah abadi
tiba ketika hancur semua sekali
emas dan perak suasa atau besi
harta banyak bukan dibawa mati

andai sesekali dikenang diingati
apa kan terjadi setelah kita pergi
di dalam kubur kita seorang diri
tiadalah sesiapa akan menemani

kalau hidup banyak berbuat bakti
balasan baik terima di sana nanti
kalau hidup seronok merosak diri
terimalah sahaja apa yang dijanji

TehrDemikian kisah 'Pelaburan Emas, Perak Atau Suasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. zulkbo says:

    salam.
    khabarnya harga perak akan
    melaambung naik di masa akan
    datang..melabur perak pun okey..
    tapi saya lagi suka emas..cuma
    harganya tak boleh naik banyak
    lagi..takut jatuh pula..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Letih Bila Blog Meragam LagiMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saya ni masih dalam edah siapkan rumah
      tak boleh nak melabur apa pun
      huhu

      1. dnoBiz says:

        dah tersasar dari bajet sebenar ke Tehr.. :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Gaji Dan Bonus – Kakitangan awam naik gaji lagi ??My Profile

  2. hayat yang bersisa.
    usia yang berbaki.
    janganlah dipersia.
    lunaskan hutang dengan Ilahi.

    respons kpd rangkap ni ..
    “andai sesekali dikenang diingati
    apa kan terjadi setelah kita pergi
    di dalam kubur kita seorang diri
    tiadalah sesiapa akan menemani”
    shameel iskandar baru je tulis kisah Nasihat Dan Pesanan Buat Peminat Zizan Raja Lawak.My Profile

    1. tehr says:

      hutang dengan allah + hutang dengan manusia

  3. titan says:

    beli aje mana yang sempat. Pastu tunggu 2-3 tahun, harga mesti kacak punya. haha..
    titan baru je tulis kisah Update Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.comMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang ni bukan musim melabur la, bro
      [hanya untuk aku je]
      tak tau bila rumah aku ni nak siap
      huhu

      1. titan says:

        untuk aku yang bujang ni..inilah masa nak melabur. hehe..
        titan baru je tulis kisah Selangor – Win or DieMy Profile

    2. dnoBiz says:

      nak lagi terjamin beli emas je..
      dnoBiz baru je tulis kisah Isu hukum Hudud – Tabik kepada Tuan Guru Nik AzizMy Profile

  4. nurmisnan says:

    harta memang tidak blh di bawa mati
    kerana harta manusia giler dan mudah lupa diri
    kekuatan iman virus sifat kejahilan….

    Emas tgh turun harga… simpan utk masa hadapan
    tapi jgn dilupa zakatnya….
    nurmisnan baru je tulis kisah Isteri kuang ajax suami kuang berani. Apa kes?My Profile

    1. tehr says:

      emas turun harga?
      huhu
      dapat dengar khabar je la

  5. harta banyak2 pon nanti akan tnggl juga tak bawa ke kubur kan tp biarlah berharta supaya hidup tak mnyusahkan orang dan itu jadi alasan untuk kurang ibadat..yg pntg cari harta dunia tp harta akhirat tak boleh dilupakan :)

    ::gmbr roller coaster tuh tgk ketap gg sbb cuak laju sgt:P ::
    alexa yussida baru je tulis kisah Travelogue : orang cakap Paris ibukota Cinta..?My Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      ustaz kata
      carilah bekalan akhirat seolah kita akan mati besok
      carilah bekalan dunia seolah kita akan hidup selamanya

      kena cari kedua2nya

  6. Jai says:

    Apa yang penting, fikirkan bekalan nak dibawa DISANA nanti..
    Jai baru je tulis kisah Filem Hantu Bonceng Hina Islam Dah DijelaskanMy Profile

    1. dnoBiz says:

      bekalan disini kalau kena caranya memang cerah masa depan kat sana…
      dnoBiz baru je tulis kisah Pendapatan Sampingan – Persada Stokis Center negeri KelantanMy Profile

  7. dnoBiz says:

    Yang terbaik pada aku adalah emas…
    dnoBiz baru je tulis kisah Gaji Dan Bonus – Kakitangan awam naik gaji lagi ??My Profile

  8. Razlan says:

    Belum try lagi seksyen emas ne, nampak macam pelaburan baek
    Razlan baru je tulis kisah Contoh Surat RasmiMy Profile

  9. Nuar Haruha says:

    Tajam btul puisi saudara Teh, dari rangkap pertama sampai akhir cara penceritaan tu menarik sekali. Penuh pengajaran.

    Sebiji asam sebutir padi,
    Daun pegaga buah papaya;
    Menurut resam memandang budi,
    Emas juga nampak bercahaya.

    *Saya ber’iya2 juga nk buat pelaburan dlm emas, tapi ada khabarnya… – panjang crite; google “Belian emas, ansuran, harus dan riba”

  10. adele says:

    ayah sy melabur emas..alhamdulillah..pulangan yg baik dan yg tak disangka2 :)

  11. MR.Z says:

    ramai kata pelaburan emas adalah yang terbaik. berminat juga hendak buat pelaburan. mana tahu ada untungnya kan.. hehe
    MR.Z baru je tulis kisah Facebook Memperkenalkan Fungsi Terbaru Timeline!My Profile

  12. LadyBird says:

    lady nak emas.. hihi~..
    nanti kalau susah leh gadai..

    p/s : pelaburan tuk Akhirat camne plak yer :(
    LadyBird baru je tulis kisah Ungkapan.. Janji..My Profile

  13. nak juga melabur emas, tp x tau bila..
    Tgh kumpul harta nak wat kahwin, heheheheh
    aktechpage.com baru je tulis kisah LENOVO IdeaPad K1: Tablet Pertama Dari LENOVOMy Profile

  14. Juan says:

    ada juga kawan kata perak akan naik gila gila
    Juan baru je tulis kisah 3D Stereogram | Jom CubaMy Profile

  15. akubiomed says:

    Emas ini perlaburan jangka masa panjang kalau beli hari ini dan esok jual tentu tidak besar margin keuntungannya.

  16. Kawe nak kutip tin alumn jer bro. Jual kat tokey cina dapat ler RM 3 sekilo.. boleh tahan ehhh.. Besi pon baru RM1 sekilo.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Car Repossessor | Lesen Merampas Kereta?My Profile

  17. Mus says:

    saya baru nak berjinak dalam pelaburan ni..
    Mus baru je tulis kisah Bermain Bersama Ikan Pelian Di ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, RanauMy Profile

  18. zik says:

    nak beli.. tak terbeli -beli.. time dah ad duit tak terfikir… dah kering baru teringat… kui2..
    zik baru je tulis kisah KablonetMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun