Payahkah Nak Mohon Maaf?

mohon maaf kepada semua
rakan taulan seantero maya
jauh atau berdekatan sahaja
samada lelaki dan juga wanita

Eh, apa pulak sebabnya aku nak mohon maaf segala ni? Aku ada salah apa-apa atau dengan siapa-siapa? Salahkah kalau aku tak dapat nak online? Bukan tak sempat, bukan juga sengaja.

broadband aku menjadi sengal
tak dapat pula mencari signal
menara pemancar tak dikenal
payahnya aku hendak meramal

Broadband ni pandai pulak buat masalah. Sehari dua ni macam tinggal nyawa-nyawa ikan je. Sekejap putus, dua kejap disconnect, tiga kejap hilang terus. Selama ni tak pulak teruk sangat sampai macam ni. Lagi pun dah lebih dua tahun aku guna benda ni.

seluruh rumah serata tempat
sebelah pintu di tepi tingkap
puas dicuba masih tak dapat
keletihan duduk aku meniarap

Kerana signal tenggelam timbul, mulalah aku jadi tak tentu arah. Nak keluar kayuh basikal, hujan pulak. Sekali pikir, mahu je bawa payung pergi duduk kat bawah menara pemancar. Boleh gak tengok jadual gaji tahun depan. Kat blog bro etomyam dah ada jadual gaji tu.

jelajah blog tak boleh buat
blog rakan jenguk tak dapat
mulalah mata menjadi berat
tarik selimut ni sedap sangat

Ah… tidur je la… Malam nanti, ada la tu celcom hantar mesej minta maaf!

TehrDemikian kisah 'Payahkah Nak Mohon Maaf?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


80 Comments

  1. takpa, kami dtg blog teh :) hehehhe!
    Ieda Al-Habsyi baru je tulis kisah UNDIAN PERINGKAT KE-2 – KALI NI AKU BETOI-BETOI BAGI TAUMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      terima kasih, ieda
      jenguk2lah selalu

  2. Cik Siti says:

    mereka yang sukar melafazkan maaf adalah berselindung dengan ego… namun kemaafan itu sebnarnya menjalinkan hubungan yang berkekalan

    1. Benar sekali. Saya setuju sekali dengan tulisan cik Siti. Silaturahmi adalah salah satu cara untuk saling memaafkan.

      Salam
      Diana
      resep masakan baru je tulis kisah Menu Makanan Bayi Usia 6 sampai 9 bulanMy Profile

      1. tehr says:

        benar sekali, diana

        1. gayahspears says:

          setuju jugak
          gayahspears baru je tulis kisah SakitMy Profile

    2. tehr says:

      tu la pasal
      tak rugi apa pun minta maaf, kan?

      1. gayahspears says:

        mmg betoi tu bro.. tak rugi kalo kita mintak maaf walaupon bukan kita slh.. berdamaikan lebih baik.. utk ape putuskan silaturahim.. kan kan..hihi
        gayahspears baru je tulis kisah SakitMy Profile

        1. tehr says:

          kita berdamai je ya, gayah :D

    3. dnoBiz says:

      Tapi kalau mudah sangat mintak maaf, lepastu buat lagi, mintak maaf lagi… insafnye tidak,
      memang boleh buat kita hangin satu badan

      1. tehr says:

        hahaha
        memang tak ikhlas la tu

        1. dnoBiz says:

          tak iklas dan tak sedar :D
          dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Perjalanan PulangMy Profile

  3. biasa la….selamat pakai streamyx ok juga…
    Cikgu Princess baru je tulis kisah Im SorryMy Profile

    1. tehr says:

      takleh cikgu
      kabel selalu je kena kebas :(

  4. padin says:

    haha takpe bro.. ada masa, tenet ok
    berjalan la puas2.. hee

    tergelak besar aku baca pantun nih, keh3..
    aku pun dah tukar maxis.. celcom ni entahlah……..
    padin baru je tulis kisah Cara Elak MengantukMy Profile

    1. tehr says:

      maxis?
      kawasan aku, liputannya lagi la lemah

      dah nasib…

      1. sangilapi says:

        entah aku pernah dengar macam ni,kalau pengguna yang sama tak ramai di satu-satu kawasan memang selesa kita gunakan :)….entah tepat entah tidak maklumat tu.
        sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

        1. tehr says:

          macam tu la rasanya
          bila tengah malam ke pagi macam ni, boleh la bergerak agak laju

        2. mijie says:

          bergantung kepada servis yang disediakan, kalau hsdpa ataupun 3g coverage takder memang slow juga, tp faktor bilangan pengguna tu memang benar…akan memberikan kelajuan
          mijie baru je tulis kisah Terima duit dari Western UnionMy Profile

          1. tehr says:

            aku tak tau la berapa ramai guna kat kawasan ni
            tapi dua tiga hari ni memang teruk sangat
            hanya dapat gprs je

          2. dnoBiz says:

            aku memeang setuju denga pendapat tu,
            dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Perjalanan PulangMy Profile

  5. zulkbo says:

    salam..
    alahai kesian..mati kutu jadinya
    bro..nak berblogging..masaalah
    semasa internet di Malaysia tercinta
    zulkbo baru je tulis kisah Opss! Hari Apa Hari Ni My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      segala jenis kutu pun mati
      hahaha

  6. izanishak says:

    tehr.. napalah ye celcom makin buat hati jadi tak keruan akhir2 ni. kadang2 tu mmg sampai berjam2 tak oknya…geram sgt rasanya….!
    izanishak baru je tulis kisah Sarapan Apa Hari NiMy Profile

    1. tehr says:

      ada geng rupanya :)
      nak kata menara pemancar tenggelam, hujan tak la lebat sangat, kan?
      hehehhe

      1. sangilapi says:

        streamyx areaa aku ni pun dah beberapa hari buat hal ! :(

        yang aku angin….rebet tak diberikan bila terjadi masalah macam ni :(
        sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

        1. tehr says:

          kalau lambat bayar, tau nak sekat je
          hampeh tul

  7. Mohd Hafiz says:

    x payah mohon maaf.. tunggu raya tahun depan.. hahahaha…
    selamat berblogging. maaf kalau x dpt singgah selalu…

    1. tehr says:

      hahahaha
      aku lepas geram!

  8. sud@is says:

    tanya sikit teh
    pernah x berpantun dalam mimpi…
    atau pun berbalas pantun dengan padin ka….hehe
    pandai ka padin spontan jawab pantun
    belum tau mamat ni..
    dia ni serba boleh….
    sud@is baru je tulis kisah CCTV Yang Paling BesarMy Profile

    1. tehr says:

      alahai sud@is
      aku ni mimpi pun jarang2 je

      aku pun tunggu pantun dari bro padin
      dia memang serba boleh :)

  9. Norgadis says:

    Melafaskan maaf itu tak semestinya disaat bersalah saja, andainya kemaafan yang kita lafaskan itu boleh menjadikan kita tenang, itu lebih baik dari memohon dengan perasaan yang tidak ikhlas.
    Norgadis baru je tulis kisah KISAH BENAR BADAN BERTUKAR MENJADI ULARMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, noor
      apa2 nak buat pun biar ikhlas
      hati lebih tenang

  10. Hanis Azla says:

    minta maaf dh lama tak singgah sini..
    Hanis Azla baru je tulis kisah Mandi hujanMy Profile

    1. tehr says:

      ok je hanis :)
      ada masa singgah, tak ada masa nak buat macam mana, kan?

  11. dnoBiz says:

    streamyx pun masalah gak, dari semalam ashik down je, rasa nak hempas je modem tu ke dinding arghhhhh
    dnoBiz baru je tulis kisah Pesona Orang Tua – Gadis 21 tahun sanggup lari Ke IndiaMy Profile

    1. tehr says:

      sabar2
      aku pun ni, kalau hilang sabar, mau je aku jeruk air hujan bband ni :D

    2. sangilapi says:

      kahkahkah…..serupalah dengan tempat aku kat sini,dino :(

      aku dah tak ada rasa-rasa dah……memang kena hempaslah je modem tu dengan aku !…..antara terapi yang elok dilakukan jika kita ada modem lain…………..kahkahkah

      *aku memang kerja beli modem je lah :(*
      sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

      1. tehr says:

        nampak bagus kalau buka kedai jual modem ni :D

      2. dnoBiz says:

        kalau macam ni baik aku buat bissnes modem hahaha
        dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Perjalanan PulangMy Profile

  12. kulanz says:

    patutpun bro hilang seketika dari dunia maya…
    macam kes aku juga.. kalau hilang sekejap tu.. selalunya sebab perkara yg sama.. streamyx meragam..
    kulanz baru je tulis kisah Happy Birthday AtiliaMy Profile

    1. tehr says:

      malam ni digagahkan juga biar pun lambat
      sabar je la

  13. cikmin says:

    hahaha…patut lah tak nampak tehr datang berkomen.. :P takpe tehr..kalau beruk tu dah sengal..rehat2 lah hilangkan sengal di badan tehr tu dulu..ahaks..
    cikmin baru je tulis kisah Udang Goreng EnokiMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ada kabel panjang, berukbang ni bagus je letak atas pokok nyior :D

      1. sangilapi says:

        aku cadangkan agar blogger-blogger semua bersatu dalam hal ini,kita harus tuntut hak kita sebagai pengguna ! :)
        sangilapi baru je tulis kisah berpuakaMy Profile

        1. tehr says:

          setakat boleh tuntut dan kutuk je, bro
          mereka tak kisah apa

          kalau bayak pilihan, dan kita bertukar arah, baru le mereka ambil perhatian

  14. Latifah says:

    owhhh… guna celcom BB ke…

    Alhamdulillah, Latifah guna Maxis BB kat shah alam ni, so far xde masalah pape lagi…

    ~byk2 sabar k~
    Latifah baru je tulis kisah Peraduan menulis sempena 1st AnniversaryMy Profile

    1. tehr says:

      maxis lagi teruk kat kawasan ni
      streamyx pula kabel selalu kena kebas
      tak ada pilihan lagi :(

  15. zik says:

    broadband nie memang… grrrr… dah ckup sabar nie…
    zik baru je tulis kisah Mereka yang sempoi november 2010My Profile

    1. tehr says:

      dekat2 dah nak kena jeruk air hujan :D

  16. huhu.. :) sian teh..
    tpi joe nie plak.. line internet ada, on9 24jam.. jap lgi dah nak exam.. huhu.. doa2kan joe yea.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Berani Mati – Blog Aku Best!My Profile

    1. tehr says:

      exam tu lebih penting joe
      lepas exam nanti, boleh ngadap blog 24 jam :D
      selamat menjawab soalan dan semoga berjaya dengan cemerlang

      1. huhu.. terima kasih.. :) nasib baik boleh jwab soalan tadi.. hehe.. :)
        Johari Hamzah baru je tulis kisah Berani Mati – Blog Aku Best!My Profile

  17. mijie says:

    blogger di malaysia mcm tu lah, selalu berhadapan dengan masalah internet, semuanya cakap hebat, tapi apa yang di deliver nye semua hampeh…

    tak pernah dengan lagi syarikat yg mohon maaf kalau ada masalah
    mijie baru je tulis kisah Terima duit dari Western UnionMy Profile

    1. tehr says:

      reputasi sayarikat akan jatuh kalau minta maaf :D
      agaknya la

    2. Hadi Rofiee says:

      Betul tu. Promosi di iklan melebih2.

      Cikgu komputer aku pernah memberitahu, broadband apabila semakin ramai pengguna di sesuatu tempat, jaringannya akan menjadi sempit & lambat. :neutral:
      Hadi Rofiee baru je tulis kisah Islam dahulu dan sekarangMy Profile

  18. gayahspears says:

    Gayah pakai cel berukband…
    kalo hujan ja lansg la.. line cam ampes…
    jenuh tunggu loading…
    nak bukak byk tab pon tak ley…huhu
    kena sabar jelah kalo nk berblog..
    kalo tak sabar.. buat cam bro.. ambik selimut..
    tdo!!!! hahahaha
    gayahspears baru je tulis kisah SakitMy Profile

    1. tehr says:

      ambik bband, ikat tali, celup air panas
      buat macam teh uncang :D
      amik selimut tido

  19. eyriqazz says:

    Ucapan Maaf, easy said than Done..
    eyriqazz baru je tulis kisah Romantic Dinner di Haven Restaurant- Ampang Look Out PointMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      macam tu la selalunya, bro

  20. mie says:

    internet di malaysia masih kurang…
    terpaksa terima…
    mie baru je tulis kisah Hari Terakhir di MMHEMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, mie
      cakap je jalur lebar
      tapi tak tahu lebar kat mana :(

      1. suri says:

        umhkg cam tu gak… pakai celcom brbd abg long punya lembab bagai…huhu..

  21. kaizen says:

    aku mohon maaf di entry terbaru~ wahaa!
    kaizen baru je tulis kisah KaMi BeNCi oRaNG SaBaHMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      nanti aku jenguk apa hal nyer bro mohon maaf :)

  22. etomyam says:

    persepsi yg terbentuk dlm fikiran sekarang ni banyak penyedia perkhidmatan kat bolehland ni agak sukar utk pohon maaf..huhuhu
    etomyam baru je tulis kisah Latihan Di luar Tempat Kerja Tindakan PembaziranMy Profile

    1. tehr says:

      selalu cepat bila pohon bayaran atau buat sekatan je, bro
      cukup tarikh bayaran je pasti sampai mesej

  23. Anwar Osman says:

    Dapatka msg celcom mintak maap? Hee hee
    Anwar Osman baru je tulis kisah Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s BlogshopMy Profile

    1. tehr says:

      tak ada nyer, bro
      hanya dapat mesej peringatan
      ‘bayaran perlu dijelaskan dalam 5 hari’ :D

      1. dnoBiz says:

        hahahah
        memang best mesej tu..:D
        dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Perjalanan PulangMy Profile

  24. Mestilah meminta maaf jika memang salah. Kalu tak salah, tak perlulah meminta maaf.
    lowongan pekerjaan baru je tulis kisah Creative Copywriters Vacancy 2011My Profile

  25. suri says:

    dia minta sahabat tehr berehat seketika heee

  26. wandisini says:

    best tu tidur waktu hujan
    nikmat yang tidak terhingga…

    jangan diganggu aku, selagi hujan belum berhenti

  27. Hadi Rofiee says:

    Hehe. Mungkin pengguna broadband di kawasan tersebut semakin ramai. :-)

    Dugaan.. dugaan. Walaupun begitu, kami tetap datang. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Islam dahulu dan sekarangMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih, bro

  28. kakyong says:

    walau x online tehr tetap mantap… pengunjung tetap setia..
    kakyong baru je tulis kisah GA Teka &amp Menang Ibu3AMy Profile

  29. Ismail N says:

    sesekali skla cuti lah blogging. Mungkin itu mesej si broadband tu he he.. Saya pun terpaksa slow beberapa hari sebab food poisoning.. :D Bagus juga rehat sesekali sesekala. Recharge…

  30. Ladfe Amir says:

    mmg sakit hati bila BB sangat ‘laju’ mengalahkan siput. mmg ada juga post aku yg cite pasal ke’laju’an BB yg aku pakai dulu.

    skrg bila aku dah tukar ke streamyx. syukur, tiada lagi masalah berkaitan.

  31. Cik Siti says:

    tak pe…. jangan bimbang… apa pun kita tetap bertandang kat cni….
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajar PetuaMy Profile

  32. [...] Ia mungkin ada sedikit kaitannya dengan  kandungan entri ini sahaja. Kepada saudara tehr, minta maaf kerana tiada meminta kebenaran mencedok pantun di [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun