Pasukan Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2011

kelantan main sudah cantik
tetapi terengganu lebih baik
malangnya kijang silap melirik
lenggok penyu lebih menarik

felda united, perak dan sabah
sama kelantan sesal tak sudah
apa nak buat pasukan dah kalah
musim depan semoga menyerlah

SUKU AKHIR 10/10/11 14/10/11 SEPARUH AKHIR
SELANGOR 3 1 SELANGOR
PERAK 1 0
TERENGGANU 3 2 TERENGGANU
KELANTAN 1 2
FELDA UNITED 1 0 N. SEMBILAN
N. SEMBILAN 0 3
SABAH 1 1 T-TEAM
T-TEAM 2 2

sah selangor jumpa terengganu
red giant akan melawan penyu
siapa menanti siapa menunggu
timur dan barat akan bertemu

t-team melawan negeri sembilan
separuh akhir mereka berdepan
sama hajat mahu kemenangan
semoga piala dalam genggaman

Jadual perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia ialah pada 18.10.2011 manakala pada 22.10.2011 pula untuk perlawanan kedua. Tahniah kepada pasukan yang berjaya layak ke separuh akhir kempen Piala Malaysia 2011. Kepada yang gagal meneruskan cabaran, cuba lagi nanti di musim hadapan.

TehrDemikian kisah 'Pasukan Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


6 Comments

  1. Juan says:

    nampak gaya saya sokong selangor sebab pasukan negeri telah kalah awal, hehe
    Juan baru je tulis kisah Tip Serius Best | Teknik MendownloadMy Profile

    1. tehr says:

      tak tahu nak sokong mana lagi ni
      kelantan dah kalah, felda juga kalah
      huhu

      sokong pengadil je… :D

    2. akubiomed says:

      Saya sokong Selangor. Nampaknya pasukan yang mara ke separuh akhir makin panas
      akubiomed baru je tulis kisah Cadangan MyKad baru kepada JPNMy Profile

  2. titan says:

    yeh, selangor masih ada harapan untuk merealisasikan misi 33.
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan CPM.bizMy Profile

  3. dnoBiz says:

    hakikat yang harus diterima,
    Terengganu bermain labih baik….
    dnoBiz baru je tulis kisah Yuran PIBG – Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBGMy Profile

  4. padin says:

    ermm Selangor vs Terengganu?
    susah nak di ramal, pasal pasukan dalam Malaysia ni mmg susah di ramal..
    kalau 10 tahun dulu mungkin boleh nampak penguasaan..
    padin baru je tulis kisah Tahniah, Kawan!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun