Pasar Minggu Pagi Jumaat Di Wakaf Bharu

sesekali singgah di Wakaf Bharu
di pagi Jumaat di pasar minggu
seronok pembeli datang bertamu
senyum peniaga sedia menunggu

banyak berbaris gerai jualan
kain dan baju aneka pakaian
dipamernya juga segala mainan
barang dapur semua keperluan

ternampak juga gerai minuman
penghilang haus dalam perjalanan
berbagai perisa dan juga ramuan
bermacam bekas ada disediakan

pasar basah di tengah sekali
banyak barang dijual di sini
segala sayuran rempah kari
ikan hidup serta ikan mati

seronok lihat orang berniaga
rezeki murah tidaklah terkira
asal sahaja rajin berusaha
syukur pada Yang Maha Esa

TehrDemikian kisah 'Pasar Minggu Pagi Jumaat Di Wakaf Bharu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. hawa says:

    salam tehr…best pergi pasar tani..macam2 ada..hehe
    hawa baru je tulis kisah Alhamdulillahsampai dah My Profile

    1. tehr says:

      memang macam2 ada, hawa
      tapi, saya sekali sekala je singgah

      1. betul la tu.. pasar tani macam ni memang best dan fresh.

        1. tehr says:

          memang banyak barang segar terutama sayuran dan ikan

  2. gayahspears says:

    salam bro tehr..
    alamak tempat nih Gayah lum jejak lagi loh..
    pasni kena jejak la..huhu
    wakaf pe lagi ake bro??? bestka???
    gayahspears baru je tulis kisah Kaki romen dalam blogMy Profile

    1. tehr says:

      datang nanti bila ada kesempatan
      kat kelantan ni banyak je wakaf
      wakaf bharu, wakaf mek zainab, wakaf tapai, wakaf king
      …wakaf teh, tak perasan pulak ada ke tidak
      hehehe

  3. bluedianthus says:

    Saya lebih suka melihat mereka yang gigih berniaga seperti ini.:)
    Semoga makin murah rezeki mereka.
    bluedianthus baru je tulis kisah Kejayaan yang samarMy Profile

    1. tehr says:

      yups, suka tengok
      warnnie pun antara yang gigih berniaga juga kan?

  4. afiqbukhari says:

    salam tehr, dulu kalau balik kmpung selalu gak pg situ..skng jarang2 da huhu

    http://www.afiqbukhari.com

    1. tehr says:

      hari jumaat memang ramai
      payah nak cari tempat letak kereta

      1. afiqbukhari says:

        huhu taw xpe.. agak2 malam pun same gak ke skng ni? dulu kalau nak parking, sampai masuk umah orang kot huhu
        afiqbukhari baru je tulis kisah Luar Kotak Yang Mendatangkan KemarahanMy Profile

  5. zulkbo says:

    salam..
    lama dah tak ke Kelantan..
    tak tahu bila la pulak nak
    sampai lagi ni..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Domain WebhostingMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      raya haji nanti meriah kat kelantan
      jom la singgah bro

  6. Norgadis says:

    pasar minggu pagi jumaat
    jalan-jalan pakai kereta
    kalau membeli pandailah berjimat
    jangan nafsu bertakhta dimata.
    Norgadis baru je tulis kisah Jangan Biarkan Aku GembiraMy Profile

    1. tehr says:

      minum teh hilang dahaga
      warung cantik dihias rupa
      jimat cermat amalan mulia
      jujur sedekah dapat pahala

  7. kakyong says:

    dah lama tak jejak kaki ke KB
    kakyong baru je tulis kisah Tips untuk melembutkan hati anak-anakMy Profile

    1. tehr says:

      ada cuti raya qurban nanti
      bawa anak2 sekali

  8. emm kat kota bharu pasar minggu mmg ari jumaat ke tehr?

    1. tehr says:

      bukan kota bharu, bro tapi wakaf bharu
      pekan ni seberang sungai kelantan menghala ke tumpat dari kota bharu

  9. padin says:

    hehe nanti kalau panjang kaki,
    berpeluang jalan ke Kelantan
    bolehlah bro tunjukkan jalan, hee
    padin baru je tulis kisah Aku PLV – TemudugaMy Profile

    1. tehr says:

      boleh bro. boleh saja

  10. ann says:

    lama xg pasar.haha

    1. tehr says:

      lusa hari minggu, boleh le ann ke pasar
      sesekali bertukar angin
      hehehe

  11. kulanz says:

    rezeki kena diusahakan.. musuh jangan dicari..
    lama sudah tak singgah ke pasar macam ni.. sebab pasar terdekat jatuh hari rabu.. masa kerja
    kulanz baru je tulis kisah Bajet 2011- Kakitangan Awam Termasuk Kontrak Turut Mendapat ManfaatMy Profile

    1. tehr says:

      ya la bro,
      payah nak singgah kalau hari kerja
      kelantan cuti hari jumaat, senang kalau nak ke pasar minggu

  12. akubiomed says:

    Saya dulu semasa aktif outstation suka pegi Wakaf Che Yeh cuci mata sambil cari barang murah
    akubiomed baru je tulis kisah Windows Phone 7 kembali sebagai pesaing kepada Google Androids dan AppleMy Profile

    1. tehr says:

      yups, wakaf che yeh memang meriah sebelah malam

  13. sarahnajwan says:

    salam

    asal balik klate..gi wakaf..tapi bukan wakaf baru..wakaf che yeh..dr siang smpai ke malam niaga..hehe
    sarahnajwan baru je tulis kisah ESOK SAYA EXAM!FOKUSMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, kalau sayur pula murah waktu awal pagi

  14. cikmin says:

    belum pernah sampai wakaf baru..biras cikmin ada duk di kota bharu..ntah bila la nak pi jenguk dia.. :P selalunya kami bertemu di rumah bertua di pendang kedah je.. :P
    cikmin baru je tulis kisah Daging Masak Kicap Ala YanmieMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali singgah la cikmin
      tengok2 barang, kalau berkenan… beli

  15. sangilapi says:

    entah kenapa,dari dulu memang tak suka pergi ke tempat yang sesak dengan manusia :)
    sangilapi baru je tulis kisah entah kenapaMy Profile

    1. tehr says:

      samalah kita, bro
      tapi bila isteri dah minta temankan, nak kata apa lagi… ikut je la
      lagi pun kat rumah, dia yang masak… aku tunggu makan je

  16. Amir Izzat says:

    salam..saya tak pernah wakaf bharu dan segala wakaf di kelate tue.. tak dan nak gi….hehe.. ada apa ye disana?

    lamo doh tak dengar suara peniaga kelate…
    Amir Izzat baru je tulis kisah Aku Kemalangan Kaki Tak PatahTangan Tak CederaTapi Motorsikal Ku Parah!My Profile

    1. tehr says:

      alahai amir,
      ada macam2

  17. mijie says:

    boss, bukan pasar pagi ni ado nasi kerabu sohor? pok sdara sy oyak lah
    mijie baru je tulis kisah Cara nak betulkan commentluv errorMy Profile

    1. tehr says:

      memang ada
      tapi kawe biasa kat cabang 4 je
      wakaf bharu hanya sekali sekala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun