cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Pantun Zaman Sekolah

Cuti sekolah sudah tiba ke penghujungnya, minggu depan sesi persekolahan akan bermula lagi untuk penggal kedua. Sempat membawa anak-anak jalan-jalan? Atau ada lelaki kacak yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan wanita jelita? :D

Buah jambu tiga serangkai,
Bawa ke rumah bapa mertua;
Apakah ilmu yang kamu pakai,
Datang sekolah berlenggang saja.

Durian merekah kulit berduri,
Buah mengkudu pahit rasanya;
Datang ke sekolah setiap hari,
Tetapi buku tak pernah dibawa.

Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini saya pilih tema zaman sekolah. Pasti sekali banyak kenangan yang bermacam ragam telah kita lalui sama ada kisah gembira, sedih, lucu dan sebagainya. Tidak mungkin ada antara kita yang tak pernah ke sekolah, kan? :)

pantun zaman sekolah

Saya sendiri masih ke sekolah setiap hari [kadang-kadang di hari cuti juga]. Suasana di sekolah sekarang memang berbeza berbanding dahulu. Anak-anak nampak lebih maju dan pintar dengan adanya berbagai kemudahan di sekolah, di rumah malah di mana-mana sahaja. Cikgu atau ibu bapa pun kalah dengan mereka sekarang ini. :(

Sekolah ada bertingkat-tingkat,
Berlapis-lapis ijazah diploma;
Ilmunya tiada akalnya singkat,
Gagal menepis dugaan dunia.

Bawa pukat hanya sejengkal,
Haruan darat mahu diduga;
Ilmu syariat sebagai bekal,
Dunia akhirat aman bahagia.

Panduan dalam menulis pantun empat kerat boleh dilihat pada entri Belajar Menulis Pantun Bahagian: PertamaKeduaKetiga yang telah saya sediakan lama dahulu. Seperti biasa saya akan memilih dua rangkap pantun untuk menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat nanti.


Sementara dapat kerja tetap, buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Zaman Sekolah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



64 Comments

  1. Salam bro,

    Sememangnya zaman sekolah adalah zaman yang paling menyeronokkan sekali, terutamanya akalau yang tinggal di asrama.
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Kenali Diabetis InsipidusBah 3My Profile

    1. tehr says:

      saya tak pernah tinggal di asrama
      sekolah rendah dan menengah dekat je dari rumah
      kayuh basikal / jalan kaki je

    2. dnoBiz says:

      Betul Tu PBP..
      kalau kenang balik zaman sekolah dulu rasa rugi pulak tak menafaat kan masa tu sebaik mungkin
      dnoBiz baru je tulis kisah Final Piala FA – Kelantan Jual Perlawanan My Profile

      1. benjy says:

        macam sama je apa yang kita fikir … hehehe kalau tak dah jadi PM kita sekarang ni kan …
        benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

    3. benjy says:

      percaya ke anda bahawa b3njy pernah tinggal di asrama selama 12 jam sahaja lepas tu cabut balik rumah ….
      benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

  2. Dah lama tak berpantun.

    mari makan si jambu batu
    cecah garam bersama lada
    sekolah sekarang banyak baru
    muridnya ramai ilmunya tiada?

    Errrk….. cam tak berapa jadi plak.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Activate your Blogger mobile templatesMy Profile

    1. tehr says:

      cecah garam bersama lada
      campur pula sedikit belacan
      muridnya ramai ilmunya tiada
      pandai sekadar cukup makan

      hehe

    2. benjy says:

      namun apa yang pasti anak-anak sekarang semakin bijak sebab b3njy ingat lagi semasa b3njy darjah 1 belum pandai mengeja lagi tetapi anak2 sekarang 80% dah pandai eja arnab dan kucing…
      benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

      1. Mungkin sebab ilmu yang diajar di sekolah lebih advance. Budak-budak yang lembap sikit memang susah nak kejar.
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah No more free download in MalaysiaMy Profile

  3. Ismail N says:

    tinggal beberapa aje lagi ni cuti sekolah mau abis… Balik keje la bro? :D
    Ismail N baru je tulis kisah Transformers Dark Of The MoonMy Profile

    1. tehr says:

      kelantan hanya tinggal besok sehari je lagi
      kalau la boleh disambung seminggu lagi :)

      1. benjy says:

        tolonglah ambil MC yer … hehehe
        benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

  4. Princess says:

    huhuhu…teringat student kat sekolah, dtg sekolah lenggang kangkung langsung tak bawa buku, kadang2 tu pen dan pensel pun tak bawa…tp yg nakal2 tu la bila jumpa cikgu2 diorang ingat n tegur..hehehe
    Princess baru je tulis kisah AllahKau di manaMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      saya juga pernah alaminya, princess
      kadang bawa buku tiada pensel
      time bawa pensel, tertinggal pula buku :D

  5. tips-kurus says:

    kenapa saya tak berbakat untuk berpantun?
    ’2,3 cats run, run, run…’ :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah Penangan Nora Elena!!My Profile

    1. tehr says:

      boleh cuba dengan pantun dua kerat dulu

  6. ghost writer says:

    macam nak balik lak ke zaman persekolahan..haha.selalunya pemikiran orang yang bekerja nih begitulah..bila masa sekolah dulu fikir nak cepat-cepat habiskan persekolahan..

    dunia makin berkembang maju,sudah tentu anak-anak yg lahir di alaf ini lebih pintar seiring dengan kemajuan.
    ghost writer baru je tulis kisah karakter murahanMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang pintar dan menyenangkan
      ada pulak pintar tapi menyusahkan orang ramai
      tu yang kacaunya, bro

    2. benjy says:

      zaman telah berubah … biasalah … 100 tahun yang lepas orang telah berjaya mencitpa mentol …. sekarang ni orang telah mencipta lampu laser hijau yang mengangu penjaga gol terengganu … entah 100 tahun kemudian apa pula yang dicipta …
      benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

  7. Mus says:

    alahai malasnya rasa nak ke sekolah setelah bercuti panjang..
    Mus baru je tulis kisah Cerita Kanak-Kanak Dulu-Dulu Yang Makin DilupakanMy Profile

    1. suri says:

      murid2 mullah lupa nak bwk buku..itu ini…

      1. benjy says:

        bila zaman dah semakin maju … satu hari nanti murid hanya perlu bawa iPad dan pendrive je …
        benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

    2. tehr says:

      rasa nak sambung je cuti ni :D

    3. benjy says:

      jangan pening-pening … pergi leh shoping complex kalau malam ke sekolah.
      benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

  8. suri says:

    rasa nak jedi anak murid biasa2 bila jadi penolong semua tugas sy bt…saya kena backup dema huu

  9. suri says:

    kerja sekolah yg guru beri tak smeua pljar dpt siapkannya hee..kecuali murid2 rajin jer akan ikut arahan dan pesanan guru

    1. tehr says:

      kalau kelas yang hujung2 tu
      memang takkan siap, suri :(

    2. benjy says:

      kalau macamm tu b3njy kira seorang murid yang rajinlah … kalau cam tu …
      benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

  10. zulkbo says:

    Buah durian sangat sedap rasanya
    Musang King jangan lupa di makan
    Zaman sekolah banyak kenangannya
    Tersimpan di jiwa sukar dilupakan
    zulkbo baru je tulis kisah Super 8 Terbaru Dari Steven Spielberg 2011My Profile

    1. tehr says:

      musang king jangan lupa di makan
      buahnya cantik manis rasanya
      tersimpan di jiwa sukar dilupakan
      sesekali terkenang terubat duka

  11. budak-budak pergi sekolah.
    pergi sekolah naik bas.
    budak-budak balik sekolah.
    balik sekolah naik bas.

    Pakai baju warna biru
    Pergi ke sekolah pukul satu
    Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

    Jalan-jalan pergi ke pasara,
    pergi ke pasar memberli jamu,
    dari kecil hingga ke besar,
    menimba ilmu ilmu tanpa jemu.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    sejarah honda civic ej @ ek
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      pergi ke pasar membeli jamu
      barang baik murah harganya
      menimba ilmu tanpa jemu
      buat bekalan di hari muka

  12. yas says:

    Orang umah aku dh tak sabo tunggu bukak sekolah…hehehe

    Pergi kepasar mencari ikan
    Terjumpa pula dgn cik Dollah
    Org kat umah dah tak tertahan,
    Cepat2 lerr bukak sekolah…

    Hehehehe…

    #Tak larat dh asyik nak menjerit je dek krn keletah anak2…:)
    yas baru je tulis kisah Kisah2 Pahlawan Islam ANAS BIN NADHARMy Profile

    1. tehr says:

      kelantan sambung cuti lagi sehari, yas :D

  13. Yup, kenangan sekolah mmg sgt2 beshhh.. rasa mcm nak putar je masa kembali ke zaman persekolahan.. ttp apakan daya… masa sudah berlalu…
    aktechpage.com baru je tulis kisah BlackBerry PlayBook- Sebuah Tablet PC- Bukan Telefon BimbitMy Profile

    1. tehr says:

      barang yang lepas jangan dikenang, bro

  14. padin says:

    hehe kalau dulu cuti ni dah nak baes baru la bertungks lumus
    cari balik apa kerja sekolah yg cikgu bagi..
    mana yg sempat siap, siap la mana yang tak, tebal muka je la keh3

    1. tehr says:

      aku memang pasti
      akan ada nanti yang masih tak siapkan kerja yang diberi

  15. puteraduyong says:

    satu dua tiga empat
    lompat lompat tepi perigi
    seronok cuti dunia tak ingat
    kerja sekolah tak siap lagi
    puteraduyong baru je tulis kisah KELANTAN LAWAN TERENGGANUMy Profile

    1. tehr says:

      satu dua tiga empat
      empat tiga dua satu
      masa cuti kerja tak buat
      pasti dimarah oleh cikgu

  16. Gayahspears says:

    Salam bro Tehr…
    Gayah teringin nak pantun jugak tpi. xtahu nk mula..
    cuba jelah ya..huhu

    Minum susu di pagi hari,
    Tambah nikmat tambah cokelat,
    Pandai-pandai membawa diri
    Bila tahu sekolah sudah dekat..

    sekian,terima kasih…

    okay tak???

    1. tehr says:

      dah ok tu, gayah :)

      minum susu malam siang
      makan nasi berlauk siakap
      kerja sekolah dibawa pulang
      cutinya habis kerja tak siap

      1. Gayahspears says:

        cutinya da nak tamat,
        muridnya masih berserah,
        kerja sekolah susah ya amat,
        biarkan jelah cikgu marah.

        hahah.. ntah ape2..hentam je.sebab nak bls pantun >_<
        Gayahspears baru je tulis kisah fragileMy Profile

        1. tehr says:

          muridnya masih berserah
          mak ayah garu kepala
          biarkan jelah cikgu marah
          pakat2 buat tak tau saja

  17. wadud says:

    wah… cuti sekolah best la tehr.. hehehehe..
    boleh bawak anak2 gi kelah..
    wadud baru je tulis kisah Pelajaran Dari Imam GhazaliMy Profile

    1. tehr says:

      tak sempat nak gi berkelah la, bro
      huhu

  18. Jai says:

    Teringat zaman sekolah dulu.. Kalau dulu, mak ayah mesti bawa balik kg.. Tau jelah kan kerja peneroka cemna… Nak cuti ikut suka hati je…ha3.. So, dapatlah balik kg lama sikit.. :)
    Jai baru je tulis kisah Blog DeCrewz Ditutup – Bukan Salah NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      balik kampung memang best, jai
      lupa segala tugasan
      hehe

  19. kakyong says:

    memang rindu dgn zaman sekolah.. teramat indah rasanya terutama masa sekolah rendah..
    kakyong baru je tulis kisah Di langit ada cintaMy Profile

    1. tehr says:

      saya ni pulak
      kalau boleh lepas dari ‘sekolah’
      memang best sangat2 :D

  20. sud@is says:

    seronok bertandang ke Kampung Raga
    suasana indah penduduknya ramah
    kenangan datang mengusik jiwa
    zaman sekolah semuanya indah

    mudik kehulu nak perahu
    singgah seberang melepas lelah
    murid dahulu hurmatkan guru
    murid sekarang pandai membantah
    sud@is baru je tulis kisah Kejadian Masa Zaman Tiada HandphoneMy Profile

    1. tehr says:

      perahu kolek hanyut ke tanjung
      pecah dipukul ombak muara
      budi yang baik rasa nak junjung
      kawan dan guru tidak kulupa

    2. alifah says:

      taman peria di pinggir kali,
      petiklah sebiji berikan jiran.
      sekolahku ceria indah sekali,
      nilai murni menjadi amalan.

  21. dnoBiz says:

    Sekolah ada bertingkat tingkat..
    aku selalu guna ayat ni… tapi berbeza sikit

    Sekolah tinggi sampai tingkat 4,
    Tapi bodohnya mengalahkan tingkat tiga bawah tanah
    dnoBiz baru je tulis kisah Kelantan Lwn Terengganu – Kelantan Akan Menang… Kenapa My Profile

    1. tehr says:

      bawah tanah?
      haha

      macam cerita seniman bujang lapok je :D

  22. MDHAFiZ.NET says:

    Tiada guna jika sekolahnya tinggi sampai 16 tingkat tetapi buruk akhlaknya…
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah MDHAFiZNET New Webhosting!My Profile

    1. tehr says:

      betul3X
      budi tinggi bukan berada di tempat tinggi

  23. Cik Siti says:

    dah lama betul tinggalkan bangku sekolah ni…. kenangan suka duka memang susah kita lepaskan

    Di dalam kolah si buah berangan
    Mahu dijaja para tetamu
    Zaman sekolah zaman kegemilangan
    Zaman remaja perluaskan ilmu

    Walau terlambat nak juga berpantun : :) :)
    Cik Siti baru je tulis kisah Kehidupan di EstateMy Profile

    1. tehr says:

      mahu dijaja para tetamu
      mahu dijual merata-rata
      zaman remaja perluaskan ilmu
      buat bekalan di hari muka

  24. benjy says:

    b3njy zaman sekolah mendatar je …. tak banyak kenangan menarik nak diceritakan … kira kategori budak skemahlah katakan …
    benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 90 KM-JMy Profile

  25. Khidhir says:

    rangkap 1 n 2 tu cam terkena batang hidung aku ni..
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Mudah Install Windows Media Player 11 Tanpa Windows Validation CheckMy Profile

  26. suri says:

    anak murid lgi pintar skrg ibu bapa guru kena lbih agrasif bab2 ilmu nnti d soal kita terkedu.
    suri baru je tulis kisah Imanpuri Interior & ArchitectureMy Profile

  27. youmie says:

    minum susu campur coklat
    kenak baju jadi basah
    canda tawa bersama sahabat
    mampukah aku jika nanti berpisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge