Pantun Tunjuk Menunjuk

Pantun tunjuk menunjuk pun ada juga, cikgu?

Ya, ada. Sebab ada berbagai-bagai jenis ‘tunjuk’ dalam hidup kita sehari-hari. Ada tunjuk ajar dan ada tunjuk cara. Ada tunjuk perasaan, tunjuk taiming, tunjuk ranggi dan tunjuk lagak.

Tak kurang juga ada pula makhluk yang suka tunjuk lawa di sana sini.

Selamat datang silakan duduk,
Terbentang tikar duduk bersila;
Apalah ditatang pantun tunjuk,
Dapatkah belajar bersama-sama.

Tunjuk muka?

“Dah bukan musim pilihan raya. Payah la nak nampak YB datang tunjuk muka kat kampung.” :D

Tunjuk langit?

Tunjuk saja ke langit. Ha ha…

Bukan. Salah tu. Tunjuk langit ialah kayu yang dipasang tegak dari alang ke bumbung rumah. Ada juga sejenis ikan laut [Triacanthus oxycephalus] yang disebut sebagai tunjuk langit.

Lagi satu, buah. Korang pernah minum kopi buah tunjuk langit? Kapsul buah tunjuk langit pernah makan?

Pantun Tunjuk

Pantun Tunjuk Menunjuk

Duduk sana duduk sini,
Biarlah badan rasa selesa;
Tunjuk sana tunjuk sini,
Biarlah dengan berpada-pada.

Mengapa berat sudu senduk,
Tidakkah hanya kecil sahaja;
Mengapa aurat mahu ditunjuk,
Tidakkah ia amat berharga.

Bukan patah pohon senduduk,
Biarlah bunga berwarna jingga;
Bukan salah mahu menunjuk,
Biarlah kena dengan tempatnya.

Mengapa tiada tudung periuk,
Tidakkah nasi tidak sempurna;
Mengapa jasa mahu ditunjuk,
Tidakkah berbudi setitik cuma.

Sinaran bulan kenapa dirajuk,
Bintang tinggi indah kelipnya;
Wahai Tuhan kumohon petunjuk,
Jalan lurus membawa ke syurga.

menunjuk-nunjuk gemar memper­lihatkan kelebihan diri sendiri: ancaman besar ter-hadap perasaan muhibah di negeri ini ialah drpd pemimpin-pemimpin politik perkauman yg cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak; Kamus Dewan Edisi Keempat

Kalau anda rasa nak menunjuk pada orang yang lebih kaya, yakinlah mereka sentiasa memandang rendah pada anda. Dan kalau anda nak menunjuk pada orang yang lebih susah, anda hanya mencetuskan rasa dengki dalam hati mereka. Jadi pada siapa anda nak menunjuk sebenarnya?

petikan dari hidupringkas.com

Ada masa nanti aku sambung kisah Pantun Tunjuk Menunjuk bahagian kedua. Sekarang ni aku macam tak cukup masa saja. Menjenguk blog rakan-rakan blogger pun tidak.

Tapi aku tahu, korang masih sayangkan aku, kan?

Kan?

TehrDemikian kisah 'Pantun Tunjuk Menunjuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. anuar says:

    Seronok membaca pantun tunjuk-menunjuk ni… tak ada idea saya nak balas..
    anuar baru je tulis kisah Niche X, Niche Y dan Jutawan SenyapMy Profile

  2. tak baik nka menunjuk dengna rasa riak dan menunjukkan aurat..huhuhu
    blogger lelaki baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  3. Cik Siti says:

    Pelita sumbu cantik bercahaya,
    Sayang putus tiada gantinya,
    Air yang tenang usah sangka tiada buaya,
    Sampai masa marah tunjuk taringnya
    Cik Siti baru je tulis kisah Kelayakan VS PengalamanMy Profile

  4. akubiomed says:

    Siapa yang berani tunjuk taring? :)
    akubiomed baru je tulis kisah weBoost mampu merangsang isyarat selular lemahMy Profile

  5. emalinmohd says:

    Macam ada kaitan dengan pantun jilboob je :)
    emalinmohd baru je tulis kisah Vitamin Harga Murah Bawah RM100.00My Profile

  6. kakyon says:

    menunjukkan muka yg ky masih bertandang kesini..
    kakyon baru je tulis kisah Share dari group whatsappMy Profile

  7. Hero Borneo says:

    ya..saya memang sayang blog tehramuan..best blog tau!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Formula Terhebat Untuk Menjadi Jutawan (2)My Profile

  8. ReeN says:

    Pandainya pantun.. Penuh makna tersirat!
    ReeN baru je tulis kisah Petua Awet Muda Secara NaturalMy Profile

  9. dja@sishaza says:

    Baru hari ni sempat nak tunjuk muka kat sini ….hari-hari lain banyak kerja tunjuk ajar :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah RasionalMy Profile

  10. Dr Fattah says:

    tuding menuding sudah menjadi lumrah dalam masyarakat.
    Dr Fattah baru je tulis kisah Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  11. Sani Yunus says:

    Petunjuk yang berguna, lagi boleh diajuk..
    Sani Yunus baru je tulis kisah GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015My Profile

  12. suri says:

    malu nak tunjuk dengan apa ada biasa sahaja baik2 boleh
    suri baru je tulis kisah Review Seventh SonMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun