Pantun Tunjuk Menunjuk 2

Sambungan kisah Pantun Tunjuk Menunjuk.

Kuih dan biskut tunjuk. Anda biasa kenal dengan kuih dan biskut tunjuk? Alaaaaa… kuih dan biskut yang selalunya banyak timbul dekat musim raya tu.

Lebih-lebih lagi bila musim raya puasa.

Pandang sana… Toleh sini. Tunjuk sana… tunjuk sini… Dah pun siap segala macam kuih dan biskut untuk hidangan hari raya. :D

Dauh palas daun kelapa,
Mari duduk jemput makan;
Rasa malas banyak kerja,
Biskut tunjuk jadi pilihan.

Ada habuk masuk ke mata,
Mata merah pedih sekali;
Senang tunjuk bayar saja,
Kuih ditempah biskut dibeli.

Eh, bila nak raya? Lambat lagi ke? :D


Jilbab atau Jilboobs. Aku percaya sangat, korang yang singgah di sini dah biasa dengan perkataan jilbab. Mungkin juga korang [wanita] dah pun biasa pakai jilbab. Di rumah atau bila keluar rumah. Dah penuh pun jilbab tersusun dalam almari.

Bagaimana pula dengan jilboobs? Pernah pakai jilboobs?

Khabarnya sekarang ini fenomena jilboobs sedang berpusing melanda umat. Jilboobs dah jadi pilihan anak-anak gadis remaja serta makcik-makcik dewasa bila berfesyen. Bila nak bergaya.

Harum bau bunga kenanga,
Buat hiasan seri jambangan;
Tutup kepala tunjuk dada,
Bentuk badan jadi hiburan.

Kecil melidi disangka anak,
Besar gedebab disangka bapa;
Makcik beraksi pakcik tersedak,
Fesyen jilboobs ciptaan siapa.

Raya nanti korang pakai jilbab ya. Jangan pakai jilboobs.

Pantun Tunjuk Menunjuk

Bila menunjuk ke sesuatu arah, kita biasanya gunakan tangan. Kita guna jari. Tapi ada ketika juga tangan tak dapat digerakkan kerana sesuatu sebab. Lalu kita pun tunjuk dengan mulut. Muncung je mulut kita macam mulut itik.

Pernah juga aku nampak orang tunjuk guna ibu jari. Kenapa ibu jari? Bukankah kita dah ada jari telunjuk?

Jernih embun heningnya pagi,
Digin terasa rindu menyapa;
Sopan santun menunjuk pekerti,
Budi bahasa menunjuk bangsa.

Sebenarnya kita boleh pilih nak tunjuk dengan ibu jari atau jari telunjuk. Itu hak kita. Tak ada siapa pun boleh paksa kita. Tak juga salah dari segi adat dan ibadat.

Asal saja korang tak tunjuk dengan kaki, sudah.

TehrDemikian kisah 'Pantun Tunjuk Menunjuk 2' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. hafiz says:

    Rasanya ada grup jilboobs di fb kan…
    hafiz baru je tulis kisah Perlawanan Bangkok Glass FC vs JDT Kejohanan ACL 2015My Profile

  2. akubiomed says:

    Harap niat mereka berhijab dengan cara patuh syariah.
    akubiomed baru je tulis kisah Dengan Overnight oats sarapan pagi tidak lagi membosankanMy Profile

  3. 2. Tak pernah pakai jilbab.

    1. Hati2 memilih kuih tunjuk supaya kena dengan tekak. Tunjuk hanya tinggal tunjuk setahun.

    3. Aku selalu guna jari telunjuk je pak tehr, adakah aku tak beradat? Haha
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Scene komuter (6) : perbualan dengan foreigner (2)My Profile

  4. suhiminain says:

    bila aurat difikir hanya tutup kepala, begitu la jadinya. hmmm
    suhiminain baru je tulis kisah [E-Book] Panduan Beli Domain Serendah RM5.99*My Profile

  5. Hero Borneo says:

    kuih tunjuk paling popular musim perayaan..sebab itu bisnes dalam bidang ini amat kencang..ketika musin tersebut..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Kemahuan Yang Kuat Pencetus KejayaanMy Profile

  6. Dr Fattah says:

    kuih tunjuk berbeza rupa namun bahannya mungkin sama.
    Dr Fattah baru je tulis kisah Drama Wang Atau Cinta Dan Perspektif KerjayaMy Profile

  7. Anuar says:

    Hahaha… Sekarang ni ramai orang dah malas nak buat kuih raya.. Kuih tunjuk-menunjuk jadi pilihan… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Tarikh-tarikh Penting Exam MUET 2015My Profile

  8. kakyon says:

    KY ni ketingalan kut. apa tu jilbobs? nak kena google pasni..
    kuih tunjuk tunjuk ada yg sedap..tapi kebanyakkanya tak kena pada selera..
    kakyon baru je tulis kisah KEEGOAN SEORANG BAPA/IBUMy Profile

  9. ahmad says:

    ada orang kata guna ibu jari tu sopan tapi guna jari telunjuk tak sopan..apa bendalah…
    ahmad baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  10. dah terikut2 dengan budaya bukan islam, apabila pengetahuan agama pun kurang.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Tips Tenang Bersalin Dengan Teknik PernafasanMy Profile

  11. Aretikz says:

    Jilboobs? Gulp.. hehe..

    kuih tunjuk, favret time raya.. haha.. raya cina ada ker? hehe
    Aretikz baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  12. Hafizul says:

    Ha ah..jangan tunjuk dengan kaki sudah la wei…merana diri nanti..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Perginya Tak Kembali Lagi…My Profile

  13. Sobri Mansor says:

    Kalau tunjuk dengan kaki, maknanya nak makan kaki la jawabnya. hehehe
    Sobri Mansor baru je tulis kisah Aplikasi Telegram di Smartphone dan webMy Profile

  14. masih ada lagi rupanya sambungan cerita jilboobs
    blogger lelaki baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  15. Jilboobs tu sesuai untuk nama cat dalam gambar atas tu :-) manakala jilbab ni ramai yang tak faham kenapa wajib berjilbab untum muslims.
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Kuasa Lobak Ungu untuk Kesihatan dan KecantikanMy Profile

  16. Antara jilbab dan jilboobs.. Di manakah kita.. Nasihat yang baik untuk renungan semua.
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Tonton Video Promosi Shaklee Februari 2015 di YoutubeMy Profile

  17. suri says:

    wah ada juga pra kata yang lain rupanya ahaai…macam..macamlah dunia sekarang ini
    suri baru je tulis kisah 5 Panduan Elak Letih Ketika HamilMy Profile

  18. suri says:

    apa alasan semua wajib harus jaga bukan nampak untuk tunjuk khalayak umumkan…
    suri baru je tulis kisah Pencuci Muka Produk Nivea Extra White Make Up Clear 3 in 1 Scrub Or MudMy Profile

  19. emalinmohd says:

    Saya pun antara pembeli kuih tunjuk je di musim hari raya …
    Part jilbab Semoga kita semua semakin labuh apa yang patut dilabuhkan.
    emalinmohd baru je tulis kisah Kenapa Makan Vitamin dan Supplement Tidak Berkesan?My Profile

  20. AUC says:

    ada pro dan kontranya..
    AUC baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

  21. Lyn™ says:

    Jarang beli kuih tunjuk sebab anak-anak saya lebih minat
    kuih tradisi dari kuih moden.
    Lyn™ baru je tulis kisah Dari kejauhanMy Profile

  22. suri says:

    lagi singkat lagi berani katanya hu….

    haru dunia sekarang ini sungguh hamba tak faham..
    suri baru je tulis kisah Duit Kopak Sanggup Jahit Jubah, Jahit Baju Kurung Moden SendiriMy Profile

  23. Erk, baru dengar term ni.

    Dengar je dah tahu pasal apa. Moga fesyen tu cepat2 hilang ditelan zaman
    Khadeejah Hasmad baru je tulis kisah Telekung Tak Jarang & Tak Perlu Pakai Anak TudungMy Profile

  24. hannan rifqi says:

    itu la.

    orang pempuan tak baik tonjok-tonjok aset.

    tak comei la gitu kan.
    hannan rifqi baru je tulis kisah Study Group untuk Peperiksaan MUETMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun