Pantun Tidur Terjaga

Sering terkejut dan terjaga di tengah malam ketika sedang tidur lena. Mengapa ada antara kita yang sering terjaga ketika tidur? Adakah kerana mimpi, bunyi bising atau kerana apa. Kejadian seperti ini boleh menyebakan badan berasa letih kerana tidak mendapat tidur yang cukup.

Bermula tidur malam Jumaat,
Mahu terjaga di pagi Sabtu;
Melihat kumbang makin dekat,
Eloklah dijaga bunga di pasu.

Sebelum hujan payung sekaki,
Sebelum kalah biar berkubu;
Tidur malam terjaga mimpi,
Seperti badan ditindih hantu.

Tuah orang siapa sangka,
Tuah ayam nampak di kaki;
Antara tidur dengan jaga;
Terasa tuan datang kemari.

Apa maksud peribahasa ‘mengusik anjing tidur’. Peribahasa ini sama maksud dengan peribahasa ‘anak badak dihambat-hambat’ atau peribahasa ‘menjolok sarang tabuan’. Memang sengaja cari penyakit, cari susah dan cari bahaya. :D

Air di minum terasa duri,
Nasi dimakan terasa sekam;
Mengapa terganggu tidurku ini,
Sering terjaga di tengah malam.

Tidur tak lelap makan tak kenyang,
Tidur di kasur berkeluh kesah;
Bila terjaga selalu terkenang,
Hati di dalam semakin gelisah.

Kalau ada padi yang gugur,
Bolehlah kita bertampi-tampi;
Kasih terlupa semasa tidur,
Walau sebantal tak sama mimpi.

Tidur adalah mati kecil. Terjaga dari tidur adalah satu kesempatan yang diberikan kepada kita untuk berdoa dan beramal. Elakkan stress. Moga-moga solat dan doa yang kita kerjakan akan diterima oleh Allah.

TehrDemikian kisah 'Pantun Tidur Terjaga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. Bangun tidur kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat dunia ini lagi.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Google Doodle | Google Menyambut Ulang Tahun Ke-15My Profile

    1. TehR says:

      jangan lupa baca doa bangun tidur
      doa bangun tidur

      1. Nak tidur baca doa, bangun tidur pun baca doa kan :)
        Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Buat Portfolio Kerja Dengan Assignment Masa BelajarMy Profile

  2. hafiz says:

    Memang stress kalau tidur terganggu…
    hafiz baru je tulis kisah Suku akhir pertama Johor DT vs KelantanMy Profile

    1. TehR says:

      yups, boleh sakit kepala juga tu

      1. Mak lagenda says:

        Yea la tehr..kalo terjaga2 dr tido mmg boleh buat sakit kepala. Tmbh2 plak kalo terjaga secara mengejut tu
        Mak lagenda baru je tulis kisah JOHAN KALAM JAMAEI PERINGKAT DAERAHMy Profile

        1. Lepas tu sambung buat tahajud :)
          Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Buat Portfolio Kerja Dengan Assignment Masa BelajarMy Profile

  3. AUC says:

    mudah2an jika matinya kita dalam tidur termasuk dlm golongan org2 yang beriman…
    AUC baru je tulis kisah Perasan Tak?My Profile

    1. TehR says:

      amin
      jangan lupa baca doa sebelum tidur
      doa sebelum tidur

      1. suri says:

        teringin nak mati dalam tidur kalau dapat dalam solat atau buat perkara kebaikan molek juga tu.

  4. suri says:

    tidur salah satu nikmat yang kecil .ragu juga jika tidur lama takut tak kembali lagi..

    1. TehR says:

      teruk kita jadinya andai kata nikmat tidur ditarik balik
      moga2 dijauhkan allah

      1. suri says:

        uh bahaya kalau mati dalam iman alhamdulillah ya
        suri baru je tulis kisah Ledakkan Mesin Akaun Dengan Doktor FBMy Profile

  5. jangsn usik anjing tidur bro..nnt xcukup tanah nk kejar
    blogger lelaki baru je tulis kisah Sweet Ke Lelaki Merajuk?My Profile

  6. maza says:

    Cikgu,. kalau hari2 terjaga malam… itu pentada seruan ilahi agar segera mengintainya…

    dan satu lagi petanda penyakit jantung pun ya ..
    huhuhu

    ngeri seh!
    maza baru je tulis kisah Pantai Balok, KuantanMy Profile

  7. Bahrain says:

    dulu selalu terjaga daripada tidur sekarang ni susah plak alih2x dah subuh.

  8. UmmiKami says:

    Salam di petang Jumaat… :)

    Kecil tumbuh buah berangan,
    Pohon yang tua bersirat tali,
    Hanya melata memaut lemah;
    Sambil bersimpuh menadah tangan,
    Memohon doa berhajat Illahi,
    Matinya kita menyebut Kalimah.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Qadaan Tuhan….My Profile

  9. UmmiKami says:

    Kecur delima menanti diambil,
    Naiklah tempua ke pohon merimbun;
    Tidur umpama mati yang kecil,
    Baiklah berdoa memohon ampun.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Qadaan Tuhan….My Profile

  10. UmmiKami says:

    Minyak sayur buat membancuh,
    Sayur salad timun yang bulat;
    Banyak tidur mudharat tubuh,
    Tidur yang sihat bangun bersolat.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Qadaan Tuhan….My Profile

  11. Ismail N says:

    Kawe datang sini nak tanya khabar
    Teringat bro mimpi semalam
    Mata ngantuk tak cukup tidur
    Layan blog setiap malam
    Ismail N baru je tulis kisah Comment Contest No.1 Of 2013My Profile

  12. Lynn™ says:

    Tak suka mimpi kena patuk ular 2, 3 kali. Kikikik…
    Lynn™ baru je tulis kisah SUSHIMy Profile

  13. Mohd Shubhi says:

    Ada baca satu buku kata kita punya kitaran tidur nyenyak berlaku berperingkat-peringkat setiap 1jam 30 minit. Jika terjaga antara kitaran 1 setengah jam itu, tak meletihkan.

    Tapi jika baru nyenyak setengah jam terkejut, akan letih jadinya.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Contest – Tulis pasal Pengucapan AwamMy Profile

  14. papa mifz says:

    ” tidur ialah mati kecil ” , terbaik quote nih…
    papa mifz baru je tulis kisah Melawat Muzium Istana Kesultanan MelakaMy Profile

  15. Aku selalu terjaga dari tidur. Bila tgk jam awal lagi, aku sambung balik tidur…

  16. Rina says:

    Semoga tidur kita selalu terjaga dan terlindungi terutama saat mimpi agar syaitan tidak mengganggu hingga ke dasar mimpi kita
    Rina baru je tulis kisah Create Vertical Tabbed Content Menu Using jQuery And CSSMy Profile

  17. tidur tak cukup, kalau kerap berlaku boleh menjejaskan kesihatan.
    de engineur™ baru je tulis kisah Scenic view from Nanpu Bridge, ShanghaiMy Profile

  18. dja@sishaza says:

    Sebelum tidur, elok bermaaf-maafan dengan pasangan bagi suami isteri… takut kita tidur selamanya dan tak terjaga pula
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS CEGAH KETAGIHAN GULAMy Profile

  19. Hafizul says:

    Thanks bro..memang tak elok bagun tidur stres2..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun