Pantun Tidur Tak Lena

Bagaimana cara mengatasi masalah tidur? Sekiranya anda ada bertanya soalan seperti ini kepada teman-teman atau kepada diri sendiri, Mr Tehr cadangkan anda membaca tulisan rakan bloger Nik Thoha ini. Ada beberapa cadangan yang diberikan oleh beliau untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Mr Tehr tak dapat nak berikan cadangan kerana diri Mr Tehr tiada masalah dengan tidur. Alhamdulillah, bila-bila masa dan di mana sahaja Mr Tehr boleh tidur.

Hari ini Mr Tehr mahu menulis pantun mengenai orang yang sukar nak tidur kerana asyik teringatkan orang yang disayangi. Seseorang yang jauh di mata. :D

Nyiur ditanam apa tak tumbuh,
Mana nak cari santan kelapa;
Tidur malam tak lena sungguh,
Kekasih hati nun jauh di mata.

Hisap rokok tembakau Cina,
Terbit asap berbunga-bunga;
Ayam berkokok masih tak lena,
Tuan dah lesap entah ke mana.

Pokok keladi tidak berbunga,
Pucuk pisang dimakan belalang;
Sampai ke pagi tidur tak lena,
Tunggu abang tak pulang-pulang.

Tanam nyiur jangan rapat,
Biar senang puyuh berlari;
Tergolek tidur lena tak dapat,
Teringat kasih dibawa pergi.

Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati;
Entah mengapa hati gelisah,
Sampai ke siang tak lena lagi.

Seorang pasti gagal mendapatkan tidur yang berkualiti bila diri mereka dalam keadaan tertekan, risau, bimbang, teruja, marah, takut, sedih atau murung. Kata orang, memang teruk rasanya apabila kita mahu tidur tetapi gagal pula untuk melelapkan mata dan mendapat tidur yang kita inginkan. Hendak bermimpi jauh sekali…

TehrDemikian kisah 'Pantun Tidur Tak Lena' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. kimmie says:

    saya setakat ni kalau nak tidur tak de masalah tak lena, mesti lena sampai susah nak bangun. Susah juga tu. :)
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 25: Mug PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      masalah juga bila susah nak bangun tidur :D

  2. Mus says:

    tidur tak lena mengakibatkan hari esoknya kurang ceria..
    Mus baru je tulis kisah Pencarian Gadis Untuk Unduk Ngadau Peringkat Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      dah memang pasti, mus
      muka tentu monyok je sebab tak cukup tidur

    2. chii says:

      betul tu..jgn ada yg buat silap sikit..pasti kena sembur
      chii baru je tulis kisah Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :pMy Profile

  3. mie says:

    tudir memang lena..
    tapi kadang2 sampai terlampau lena pula..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Pengalaman Bersama Star Cruise Libra Di PenangMy Profile

    1. tehr says:

      terlampau tu yang bahaya, bro
      ada tu nanti kena simbah air
      haha

      1. mie says:

        kalau disimbah air xterbangun…
        dah lain macam tu..
        ehehehhe
        mie baru je tulis kisah Gambar Bilik-Bilik Star Cruise LibraMy Profile

  4. Norizwan says:

    tontonlah rancangan…jangan tidur lagi…:)tidur tak lena…esoknya tak ceria huhu…
    Norizwan baru je tulis kisah 3 Cerita lawak untuk hilang kan stressMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      ada gak sesekali aku nengok rancangan tu
      ada ketika best juga
      ada ketika pulak, ntah apa2

      1. chii says:

        utk minggu ni punya..mcm menarik je..artis undangan pun best
        chii baru je tulis kisah Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :pMy Profile

  5. akubiomed says:

    Saya hendak tidur tidak ada masalah cuma kalau selain dari rumah susah hendak lelap mata.
    akubiomed baru je tulis kisah Juara didalam kehidupan sayaMy Profile

    1. tehr says:

      terkenang anak2 kat rumah tu, bro
      biasa tu

    2. Amirez says:

      samalah kita. kalau tempat baru mesti ambik masa lama nak tidur
      Amirez baru je tulis kisah Lelaki Kacak Yang BerimanMy Profile

  6. shraqs says:

    Ubatnya kawin je cepat2 :) Memang tidur akan lena..
    shraqs baru je tulis kisah Di Mana Nak Dapatkan Profesional WordPress Theme PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      betul2
      sokong sangat
      ada ketikanya belum ngantuk pun dah masuk bilik tidur
      pelik, kan?

      1. rahman says:

        pelik..pelik.. hehe

    2. chii says:

      erh..ye ke? tp wat masa ni..chii lena je tdo :p
      chii baru je tulis kisah Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :pMy Profile

  7. rahman says:

    tidur tak lena.. mandi tak basah.. parah betul kan hehe :)
    rahman baru je tulis kisah Kerang Bulu masak rendang cili apiMy Profile

    1. tehr says:

      lagak orang bercinta la tu, bro
      hehe

  8. mak lagenda says:

    Biasanya tido mak mmg selalau lena. Tambah2 plak skrg ni bila dah kena telan ubat sblm tido kan..makin lena la gayanya.
    mak lagenda baru je tulis kisah SISTEM FAIL YANG MENYELAMATKAN KEADAANMy Profile

    1. tehr says:

      jangan terlebih dos udah la mak
      tak gi kerja besoknya nanti

  9. cik tom says:

    btul2..kl ciktom stresss mmg susah nk tdo..cr nk hilang stress dgr lagu smpi tertidur..
    cik tom baru je tulis kisah Panduan Analisis Teknikal Emas dan Perak versi PREMIUMMy Profile

    1. tehr says:

      molek juga tu, cik tom
      lagu2 nasyid pun sesuai juga

  10. sud@is says:

    Hisap rokok tembakau Cina
    Terbit asap bertali-tali
    terlebih tidoq pun penyakit juga
    azan berkumandang berdengko lagi
    sud@is baru je tulis kisah Ujian PersonalitiMy Profile

    1. tehr says:

      hisap rokok sangat bahaya
      ada penyakit datang nanti
      kalaulah tidur terlebih lena
      siramkan sahaja air sebaldi

      hahaha

  11. titan says:

    sesuai sangatlah untuk aku. haha..
    titan baru je tulis kisah Pengalaman jual baju kurung..erk!My Profile

    1. tehr says:

      memang penyakit orang muda2 ni :D

  12. Pantun sambil tido ada ker? :D

  13. benjy says:

    Ada orang mengatakan susah nak tidur ni juga satu jenis penyakit … betul ke ? :D
    benjy baru je tulis kisah TOP 30 TRAFFIC REFERRAL BENJY BLOGGER APRIL 2012My Profile

  14. Hairul says:

    betul tu bro.. emosi kena cool down.. baru boleh tidur dgn nyenyak dan berkualiti kan..
    Hairul baru je tulis kisah Resepi Kek Apa yang Anda Mahukan? Dari Kedai Kek Makcik SayaMy Profile

  15. Masalh susah tido xde la plak, susah bangun adala… Ahahahaha
    Melatiqistyna baru je tulis kisah 49 Individu Dikehendaki Polis…. (Bergambar)My Profile

  16. ProfHariz says:

    Kalau jenis tabiat tidur lambat ni susah jugak ish !
    ProfHariz baru je tulis kisah Pelakon Bob Kuman Meninggal DuniaMy Profile

  17. padin says:

    hehee nak bagi lelap mata je payah sikit… kalau dah dapat momentum, ayam berkokok pon kadang2 dah tak dengar, huu

  18. yas says:

    2 hari ni aku pun tidur tak lena….anak yg kecik tu kena demam campak lak….
    yas baru je tulis kisah BOB KUMAN MENINGGAL…3/5/12My Profile

    1. chii says:

      alahai..tu mmg confirm x lena..bukan takat ayah nya je..ibu nya pun pasti tdo x lena juga kan mengenangkan anak yg sakit
      chii baru je tulis kisah Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :pMy Profile

  19. maza says:

    tak dapat tidur kata org tua maza, gi gosok gigi.. hehehehe
    maza baru je tulis kisah Berdosa dan Jahat itu samaMy Profile

  20. chii says:

    kaki tdo mcm chii..insya Allah x de masalah tdo x lena..kecuali kalo sakit gg…mmg asyik terjaga je la dibuatnya T_____T
    chii baru je tulis kisah Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :pMy Profile

  21. bhya jika tidak tidur lena…takut memudaratkan kesihatan pula..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Pelancaran Samsung Galaxy S3My Profile

  22. zulkbo says:

    salam..
    cuba minum segelas susu
    suam..confirm mengantuk..!
    zulkbo baru je tulis kisah Penamat BERSIH 3.0 Bila Polis Dibelasah (Gambar)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun