gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

tehramuan

Pantun Tidur SMS

Emosi manusia ada bermacam ragam dan warna. Sejak kecil lagi dilayan dengan sepenuh hati oleh mak ayah. Nak tidur pun perlu didodoi terlebih dahulu, kan? Ada yang membawa perangai tu hingga dewasa, asal nak tidur je mesti kena berpantun. :D Tapi tak apa, aku ada beberapa rangkap pantun tidur untuk semua.

Bulan terang malam minggu,
Menyala api  di sumbu pelita;
Salam sayang sms bertamu,
Tidur nanti mimpikan saya.

Sebelum senja pergi menjala,
Mahu menggulai ikan kerapu;
Sebelum hamba melelap mata,
Mahu kudengar suara merdu.

Kerana pinggan merana kebab,
Daging bakar tak masak lagi;
Kerana panggilan tidak dijawab,
Sms kuhantar sebagai ganti.

Kalau malas masak mee,
Boleh kamu masak tauhu;
Kalau tak balas sms ini,
Tanda kamu rindukan aku.

Naik motokar singgah di kuala,
Naik perahu di Pengkalan Sapi;
Sms dihantar mahu bertanya,
Bolehkah jumpa dalam mimpi?

Cukuplah 5 rangkap pantun untuk dipilih dan diSMS kepada suami atau isteri malam ini. Selamat berSMS untuk semua. Tinggal bersama dalam satu rumah pun masih boleh hantar SMS, kan? Jangan sampai kena denda hantar SMS dah laa… :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Tidur SMS' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



57 Comments

  1. padin says:

    aku pinjam pantun ni ya? hahahahahahaa
    padin baru je tulis kisah Bagaimana Ia BermulaMy Profile

    1. tehr says:

      ok
      hantar cepat sebelum tengah malam :D

      1. tahu! padin nak hantor ke sapo ngee
        rainbowcloudy baru je tulis kisah kitar si rama-ramaMy Profile

        1. suri says:

          wah camner nak htr? say sllu pakai hp dia..dia sslu pakai hp saya..silap snri yg htr sms sndri pula yg mmbaca heeee

  2. kimmie says:

    pantun versi baru ni
    kimmie baru je tulis kisah Pernah dengar "Info Terlaris Masa kini" ?My Profile

    1. tehr says:

      versi 2012 :D

  3. akubiomed says:

    Hendak SMS pantun kepada isteri boleh tak bro?
    akubiomed baru je tulis kisah Ops Ulat Buku Rawang ke 2My Profile

    1. tehr says:

      :D boleh diubah suai ikut keadaan :D

      1. suri says:

        hurm..jap lagi blh ar..tgu malam hiiii
        suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

      2. dh mcm zaman dahulu kala..hehe
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tips Perniagaan Online : Pengurusan StokMy Profile

  4. ahmad kamil says:

    Hari-hari main mercun
    Memang Bro TR pandai berpantun
    hehe ;-)
    ahmad kamil baru je tulis kisah Buku 555My Profile

    1. tehr says:

      main mercun tergelak-gelak
      putus jari langsung tak kacak

  5. titan says:

    hehe..mak aku pun kekadang sms aku. kekadang..siap call lagi. haha..
    titan baru je tulis kisah Novel Fiksyen 302 yang kacakMy Profile

    1. tehr says:

      sms bagi nasihat suruh tido awal tu :D

      1. suri says:

        ha,,,no dok asyik kira wang jer
        suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  6. naik perahu melabuh layar
    layar terbentang pelbagai corak
    sms dihantar bertanya khabar
    mata pejam jari bergerak

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip servis motorsikal lc135
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      naik layar berbagai corak
      corak depan corak muka
      mata pejam jari bergerak
      jangan pula tersilap raba

  7. Juan says:

    memang romantik la kalau dlm rumah pon boleh hantar sms mcm ni, ehhe
    Juan baru je tulis kisah MasterChef Malaysia Astro Ria Final | Antara Wahidan dan EzaniMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      aku bagi cadangan je, bro :D

      1. suri says:

        klu dpt sy rasa nak lonjak2 ats sofa
        suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  8. kakyong says:

    ala… ada 1 hf jer..
    kalo tak, boleh le feeling time baru2 kenal dulu… hihiii… ;)
    kakyong baru je tulis kisah Review untuk segmen BlogWalking Mialiana.comMy Profile

    1. tehr says:

      1 hp?
      pakat2 tulis pastu sama2 baca :D

  9. mak lagenda says:

    Tak pernah lg nak sms berpantun bagai nih. Sesekali buang tabiat, mak nak cuba jugaklah hantar pantun nih.

    1. tehr says:

      sesekali boleh je buang tebiat, mak
      asal tak perang dah la

      1. suri says:

        klu perang mmg haru jap heeee
        suri baru je tulis kisah Dua Hari Sudah RinduMy Profile

  10. nurmisnan says:

    hahaha… sempoi punya pantun.. tapikan kalau tak balas
    sms tuh maknanya dah tertdo ler.. hik3..
    nurmisnan baru je tulis kisah Penawar untuk penyakit sesak nafasMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      mungkin juga dah geram sangat tu

  11. LadyBird says:

    cikgu.. terlepas..

    lady baca pantun ni dah pagi..

    dah lama bgn dr tidur..
    LadyBird baru je tulis kisah GIGI – Kaitan Dengan Wanita HamilMy Profile

    1. tehr says:

      boleh gak hantar pagi2
      tapi kena ubah la sikit2 :D

  12. kulanz says:

    dulu belum kahwin selalu hantar pantun sms sebelum tidur.. sekarang ni kalau nak hantar lagi mesti isteri kata buang tabiat.. hahaha
    kulanz baru je tulis kisah Gerakan Bebas Anwar 901My Profile

    1. tehr says:

      cuba je, bro
      pastu senyum jauh2 :D

  13. yas says:

    Hehehe…tak pernah lagi aku sms ngan pantun…lambat nk dpt idea…:)
    yas baru je tulis kisah Perhimpunan 901 – Polis Benarkan dgn BersyaratMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali boleh juga cuba, yas :D

  14. Norizwan says:

    bro pinjam ayat rangkap keempat…nak sms kat wife hehe…
    Norizwan baru je tulis kisah Kahwin selepas 33 tahun bercintaMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      ambil semua pun tak apa :D

    2. suri says:

      wah dah htr ar ni apa respon si dia bro
      suri baru je tulis kisah Berapa Budget YouMy Profile

  15. Emmet says:

    wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    1. tehr says:

      entri kacau daun ni
      tq sudi singgah sini

  16. hafizmd says:

    Terbaiklah Cikgu…suka ngn pantun2 camni…hehehe

    Terang bulan sepurnama berlalu
    Indah bintang dilangit nan senja
    Bila rindu datang bertamu
    SMS pantun petanda rindu
    hafizmd baru je tulis kisah Pelayaran kini bermulaMy Profile

    1. tehr says:

      bila rindu datang bertamu
      sms pantun petanda rindu
      usah dirisau prepaid kamu
      aku top up setiap minggu

      1. suri says:

        cikgu biasa pantu dg org umhnya heee
        suri baru je tulis kisah Be ChiaMy Profile

  17. Norgadis says:

    Tiba malam saat beradu
    kubaca mantra penuh berilmu
    sms kukirim pengubat rindu
    dikala mimpi kita bertemu.
    Norgadis baru je tulis kisah 27 Award 2011 Dari Sahabat BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      sms dikirim pengubat rindu
      disertakan doa untuk kamu
      dalam mimpi dapat bertemu
      biar terpisah kilometer beribu

  18. amirulfaiz says:

    Mantap, hehe, boleh saja hantar sms walau satu rumah. Lebih drastik, berpantun langsung sebelum tidur. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Belajar, untuk lulus peperiksaan sahaja?My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      boleh saja tu :D

      1. suri says:

        tapi pastikan ada kreditnya heeeee
        suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  19. eiela says:

    huhu dok gelak nih. hmm ape lagi, hantar jangan tak hantar. mesti org yg terima sms dok senyum je.
    eiela baru je tulis kisah Sesi Rawatan 2012 – Takut CucukMy Profile

  20. terbaik antara yang terbaik!

    mekasih untuk entry ni

    sebab rain dah curi satu pantun tehr sms ke teman hihihi..

    credit to tehramuan.com
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kitar si rama-ramaMy Profile

  21. cik tom says:

    wah menarik pantun ni..bt senyum ciktom =)
    cik tom baru je tulis kisah Ibu Sahabat TerbaikkuMy Profile

    1. suri says:

      jangan2 cik tom teringatkan seseorang tak?
      suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  22. suri says:

    saat tidur mula ingt masa kesil say sering di dodoikan emak atas pangku heeee
    suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  23. suri says:

    tdu ats pangku yg tercinta best gak haaaa.tak gtu bro tehr?
    suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2011My Profile

  24. titan says:

    leh try hantar kat ain maisarah nih. haha..
    titan baru je tulis kisah Selamat hari raya 2012.My Profile

  25. suri says:

    jumpa bolly best gak dlm mmpi heee

  26. Naziman says:

    haha. lawak juga bila fikir. SMS suami atau isteri tapi sebelah sebelah ja. Ini mesti teringat kisah cinta masa main sms2. hoho
    Naziman baru je tulis kisah Tujuan blogging dan pengalaman sebagai Blogger MalaysiaMy Profile

  27. Ramzi says:

    Bagus juga ni kalau malam kirimin temen2 pantun seperti diatas
    terima kasih banyak buat info pantunnya
    Ramzi baru je tulis kisah Cara Membuat / Memasang Menu Navigasi Breadcrumbs Terindex GoogleMy Profile

  28. pantun dalam sms? pergh hebat! aku sendiri fikir lama nak buat idea.
    khairul asrol baru je tulis kisah Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge