gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Pantun Tidur Mengigau

Sebelum ini, Mr Tehr pernah beberapa kali menulis pantun yang berkaitan dengan tidur. Dalam hangat kempen EURO 2012 sekarang, harap-harap tiada kaki bola yang mengigau ambil tendangan penalti ketika tidur. Tak pasal-pasal teman tidur di sebelah pula yang jatuh katil. :D

Naik rakit hendak ke muara,
Awang Batil mahu menyelam;
Sangatlah sakit benjol kepala,
Jatuh katil mengigau malam.

Membawa kajang menjual tikar,
Warna hitam nampak berkilat;
Si anak bujang lagak pendekar,
Ngigau malam bangun bersilat.

Mengalir sungai lesu dan lemau,
Rakitnya basah bergerak lambat;
Buruk perangai tidur mengigau,
Orang di sebelah terima akibat.

Anak burung dah keluar sarang,
Badan dan kepak tumbuh bulu;
Patah hidung dah langgar tiang,
Ngigau merangkak cari penyapu.

Bulan terang bintang kejora,
Pungguk risau di pohon jambu;
Wahai abang hendak ke mana,
Bila mengigau nak buka pintu.

“Abang! Abang!!”
“Ngigau je, Ameera. Asal ngigau, Ameera!”
“Abang! Bangun, bangun…”

He he he.

Tidur adalah satu keperluan utama kepada badan dan minda. Manusia mempunyai berbagai cara dan gaya tidur. Tabiat sebelum tidur atau tabiat bila bagun dari tidur juga bermacam-macam ragam. Jangan lupa baca doa sebelum tidur nanti!

doa sebelum tidur

Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan.

TehrDemikian kisah 'Pantun Tidur Mengigau' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



48 Comments

  1. onlajer says:

    Dengan nama-Mu ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan. – Amin
    onlajer baru je tulis kisah Umat Islam Rohingya tidak mempunyai negara?My Profile

    1. tehramuan says:

      Amin

      1. suri says:

        sy mmpi mengarut mlm tdi Allah…
        suri baru je tulis kisah Minah ArabMy Profile

  2. titan says:

    siapa ameera? hehe..
    titan baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      orang ngigau ni suka hati sebut je, bro :D

      1. mak lagenda says:

        ye ke sukati nak sebut je?? Klu laki mak yg ngigau nama pompuan lain..harus terjun katil dia time tuh!

        huh..
        mak lagenda baru je tulis kisah SERAMMy Profile

        1. tehramuan says:

          sabar, mak
          sabar
          kena la soal sisat dulu :D

        2. iza says:

          hahaha…
          kesian yang kena terjun katil tu..
          iza baru je tulis kisah Bulu BerbuluMy Profile

          1. tehramuan says:

            sebelum tidur kena la sediakan bantal ke, kusyen ke kat tepi :D

    2. suri says:

      dlm slot tv 3 nama dia ameera bukan pula ain maisarah heeeee ;)
      suri baru je tulis kisah Yang Indah Itukan SementaraMy Profile

      1. tehramuan says:

        ain maisarah?
        awek titan tu ke, suri?

  3. Nazri says:

    durian di ladang sudah berbunga
    bunganya jatuh kedalam paya
    wahai cik adikku kenapa masih tak lena
    bagilah can pada ameera
    Nazri baru je tulis kisah Claim Elaun Hospital Akibat PneumoniaMy Profile

    1. tehramuan says:

      anak itik berenang di paya
      anak helang terbang tinggi
      sebab adik tak mahu lena
      risau abang mengigau lagi

      haha

      1. Nazri says:

        berenang di paya dengan sibangau
        anak helang dikerjar garuda
        bukan bermimpi apatah lagi mengigau
        jiran kita ameera tu cik adikku juga

        haha, terkantoi pulak masa berpantun
        Nazri baru je tulis kisah Wanita Kerja Malam Berisiko Kanser PayudaraMy Profile

        1. tehramuan says:

          duduk termenung kerbau balar
          anak angsa dah tumbuh bulu
          nama ameera memang popular
          semoga tuan berbahagia selalu

    1. shraqs says:

      Karang tak pasal2 mengigau pegi kedai mamak jam 2-3 pagi :)
      shraqs baru je tulis kisah Reaksi Apple Fan Terhadap Pengumuman Microsoft Surface TabletMy Profile

      1. ngigau smbil order roti canai..hehe
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Paparan Skrin LutsinarMy Profile

        1. tehramuan says:

          haha
          bahaya ni kalau ngigau macm ni

    2. iza says:

      Alahai, kesian, tv pulak jadi mangsa…
      iza baru je tulis kisah Bulu BerbuluMy Profile

      1. tehramuan says:

        haha
        lain yang makan nangka, lain yang kena getah

  4. akubiomed says:

    Paling bimbang kalau mengigau menyepak bola. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      memang bahaya kepada orang di sebelah

      ada kawan aku ngigau bersilat
      kesian… bini dia yang kena pukul :D

    2. Jamal Ali says:

      Lepas bangun tidur terus ternyanyi lagu Anakku Sazali. :)
      Jamal Ali baru je tulis kisah Saya lelaki yang berseoranganMy Profile

      1. tehramuan says:

        haha
        macam tak ada apa2 yang berlaku
        biasa2 je…

        1. suri says:

          sah miss tgok bola..bila kunci jam tak sedar…
          suri baru je tulis kisah Minah ArabMy Profile

  5. kulanz says:

    Aku dengan isteri sama-sama tengok euro kali ni.. jadi tak perlu mengingau sebut nama ameera.. ehh.. siapa ameera tu? :D
    kulanz baru je tulis kisah 7th Sabah International Folklore Festival 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya aku tak tahu nak tulis nama siapa
      teringat pula cerita ameera kat tv3 :D

      1. adamfaiz says:

        Ameera tu anak aku!!! :D
        adamfaiz baru je tulis kisah Debaran Dalam 3 BulanMy Profile

        1. tehramuan says:

          memang tak salah la ngigau sebut nama ameera, bro
          hehe

  6. daddydee says:

    Heheehe… Jangan selalu sangat sebut nama popuan lain time ngigau nanti mandi asid nanti. Hahaha…
    daddydee baru je tulis kisah Tamat Kursus Professional Communication ArtMy Profile

    1. tehramuan says:

      wah, bahaya tu
      apa2 pun kena soal siasat betul2

      1. suri says:

        haa,,klu baling cawan mngkuk ok lgi kot?
        suri baru je tulis kisah Lebih Jimat Itu Cukup MembahagiakanMy Profile

        1. tehramuan says:

          tragedi piring terbang :D

  7. suri says:

    sllu tdo tak cucui kaki eh bro?
    suri baru je tulis kisah Kasih Bertaut Nian Di HatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha tu la pasal

    1. tehramuan says:

      memang macam tu la, bro
      tambah pulak kalau fikiran tak tenang :D

  8. iza says:

    Assalam..
    Bahaya jugak kalau tidur tersebut nama pompuan lain. Nasib baik tak kena heret tidur kat luar.
    iza baru je tulis kisah Bulu BerbuluMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang akan kena
      mana boleh sebut sebarang nama je :D

  9. cik tom says:

    siapakah ameera?? heee…
    yg pntg jgn lupa bc doa tidur sblm tidur n bc ayat kursi..
    cik tom baru je tulis kisah Hadiah Contest Eyriqazz vs Denaihati BertambahMy Profile

  10. hatiputera says:

    mengigau tak pe ,,jangan jalu…
    hatiputera baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  11. ohcikgu says:

    aishh..bahaya ni tersebut nama perempuan..
    ohcikgu baru je tulis kisah Sejarah Pembinaan dan Penciptaan KaabahMy Profile

  12. eiela says:

    pernah mengigau masa demam panas je.
    eiela baru je tulis kisah Pengalaman Merentas DesaMy Profile

  13. zik says:

    tidur kalau pasal bola tuh ok lagi… kalau pasal kerja… tak naya dibuatnya… jangan lupa baca doa…
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini France [Perancis] VS Spain [Sepanyol] 24 Jun 2012My Profile

  14. chii says:

    Hehe,bahaya gak kalau ngigau ni. Nak2 sleep walker. X pasal2 nanti kua umah,strt engine. G kdai mamak. Dok layan euro. Hehe
    chii baru je tulis kisah Mari bergotong royong di hujung mingguMy Profile

  15. hangat semacam ja pantun tehr ni. ada piring terbang. ada yang jatuh katil kalu silap sebut nama..

    harap2 semua selamat tidur selamat bangun :)
    rainbowcloudy baru je tulis kisah lelah nafasMy Profile

  16. pesta sehari tonton pancaragam
    merai kejayaan jejak pendaki
    ngigau malam berbagai ragam
    sebelum tidur basuh kaki

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paintless dent removal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Paintless Dent Removal (PDR)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge