Pantun Tentang Awan

Kisah mesteri budak lelaki hilang di Villa Nabila dah pun selesai. Remaja berkenaan dah pun dijumpai dengan selamat. Kerana semua dah selamat, mari kita sambung kembali pelajaran kita yang lepas mengenai belajar menulis pantun.

Awan berarak menari-nari,
Dah kuagak berpantun lagi.

awan cerah

Hah, belajar pantun lagi? Boring la, cikgu.

Kalau boring, kita belajar menulis syair. Nak?

Lagi laaa boring, cikgu!

Tu la. Pantun mana ada boring macam syair.

Hari ni pantun apa, cikgu?

Hari ini kita belajar Pantun Tentang Awan. Murid-murid tahu apa itu awan?

Tahu, cikgu.

Apa?

Awan Nano. Lagu ni best, cikgu.

[kacau]

Langit biru pelangi tersusun,
Awan tiba mendung menjelma;
Kalau mahu pandai berpantun,
Pelajaran lama jangan dilupa.

awan hujanAwan sering digambarkan sebagai suatu yang muram. Datangnya awan bermakna hilanglah matahari yang bersinar. Lebih buruk lagi awan dikaitkan dengan hujan dan ribut petir. Banjir. Jadinya, pantun tentang awan bermaksud pantun yang melibatkan perasan.

Awan berarak perlahan-lahan,
Ditiup angin ke negeri Champa;
Hatiku sebak tidak tertahan,
Terlalu ingin hendak berjumpa.

Awan nano awan kumulus,
Langit muram mendung tiba;
Parasmu jelita tidak terurus,
Wajahmu masam seperti cuka.

Ok. Hafiz, cuba kamu karang satu rangkap pantun. Pantun kamu mesti ada kaitan dengan awan sama ada dalam pembayang atau dalam maksud. Boleh?

Tak boleh, cikgu. Tak tahu la…

Nurain, mahu cuba?

Awan gemawan tinggi di awan,
Awan larat di serambi rumah;
Mengapa tuan tak mahu layan,
Sudah penat kusenyum ramah.

Wah, cantik sekali. Tahniah untuk Nurain. Orangnya cantik, buat pantun juga cantik.

Saya nak cuba, cikgu.

Ya. Hafiz, silakan. Mesti ada kaitan dengan awan.

Kalau dapat kuikat awan,
Kutarik bulan jatuh ke riba.
Kalau dapat bersama tuan,
Seperti intan dengan permata.

Bijak. Bijak. Tak sangka, kamu berdua memang bijak. Untuk pengetahuan kamu, selain dalam pembayang pantun, awan juga boleh dimasukkan dalam maksud pantun. Dalam 2 baris terakhir.

Apa guna pasang pelita,
Sumbu tidak berguna lagi;
Apa guna mabuk bercinta,
Awan berarak hujan tak jadi.

TehrDemikian kisah 'Pantun Tentang Awan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Awan bukan saja boleh jadi pembayang dalam pantun tapi dalam kehidupan seharian sekarang pun boleh cikgu …contoh musim sekarang, nak jalan2 makan angin pun kena tengok warna awan juga . Kalau kelabu je, baik batal je hihi :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIBA SUDAH MUSIM MENUAIMy Profile

  2. Cik Siti says:

    Awan larat indah lukisan,
    Terkena belati alangkah pedih,
    Sayang Suria dilitup awan,
    Bagai hati di sapa sedih.

    #Dah lama tak berpantun otak tepu lah pulak En Tehr
    Cik Siti baru je tulis kisah The challengerMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Goyang pedati terasa pedih,
      Bukanlah kereta tentunya lembu;
      Sayang Cik Siti mengapa sedih,
      Bukankah kita baru bertemu…

      Lama Cik Siti menghilang… :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

      1. Cik Siti says:

        kenapa ditanya awan yang sarat,
        tentu mentari hilangnya rupa,
        hati sedih kini dirawat,
        terima kasih sudi menyapa

        #kesibukan melanda huhuhu
        Cik Siti baru je tulis kisah Musim Cuti Sekolah Yang sibukMy Profile

  3. suri says:

    saya amat suka awan yang mendung kalau nak berjalan bawhnya tak terasa panas
    suri baru je tulis kisah Tergolek Bagai Ayam Golek..Tak Pernah Macam IniMy Profile

  4. suri says:

    rasanya mahu masuk alam sekolah balik ar cikgu tehr..rindu dengan ucapan saya tahu bangun dan tulis jawapan atas papan hijau
    suri baru je tulis kisah Setia Pada Kekasih ItuMy Profile

  5. Awan ni dalam penulisan, biasanya boleh digunakan untuk dua situasi, sama ada bermuram durja atau harapan seperti keadaan di bumi yang tandus.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Rumah oh Rumah, Kenapa Kau Mahal SangatMy Profile

  6. akubiomed says:

    Saya teringaktkan kepada awan Nano. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Kereta sport melebihi 12 tahunMy Profile

  7. papa mifz says:

    kekadang suka tengok awan yang pelbagai bentuk tuh…
    papa mifz baru je tulis kisah Tayar Kereta Tersumbat Dalam Lampu SuluhMy Profile

  8. azura says:

    awan biru cantik dipandang
    datang mendung dikala hujan
    adat hidup bagai putaran
    makin indah penuh kesabaran

  9. hafiz says:

    Memang bijak pelajar bro tu..
    hafiz baru je tulis kisah Permohonan BR1M 3.0My Profile

    1. suri says:

      anak murid sekarnag bijak berkata-kata sampai kita akanmati untuk menkawab soalannya
      suri baru je tulis kisah Tergolek Bagai Ayam Golek..Tak Pernah Macam IniMy Profile

  10. kakiblog says:

    seronok juga jadi anak murid kepada cikgu yang pakar pantun..
    dulu dalam kelas selalu guna pantun ini ..

    cari umpan tangkap belalang,
    pergi memancing ke Bosnia;
    harimau mati meninggalkan belang,
    manusia mati meninggal dunia.
    kakiblog baru je tulis kisah 7 Dalil Blogger Itu Seorang UsahawanMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Limau sekati padi setangkai,
      Keladi tua bulu serabut;
      Harimau mati menjadi bangkai,
      Budi manusia selalu disebut.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pada Yang Bernama……WanitaMy Profile

  11. titan says:

    gua fail sikit bab pantun awan nano nih. haha
    titan baru je tulis kisah 9 Sebab Mengapa harus cuba Pewangi Wonder Wafers.My Profile

  12. suri says:

    orang kata dia lakon filem tu kat kampung saya melaka ahaks yer ker?
    suri baru je tulis kisah Petua Dan Doa Hamil Untuk Mendapatkan Anak KembarMy Profile

  13. Nazri says:

    zaman kecik2 dulu ramai suka kat awan, kat komik pedang setiawan ada watak penjejak awan
    Nazri baru je tulis kisah Tempoh Tunggu Haji 50 TahunMy Profile

  14. Mr KZ says:

    hehe setuju tu pelajaran lama mana pun jangan dilupakan :)
    Mr KZ baru je tulis kisah Melaka – Suka Dan DukaMy Profile

  15. hafizmd says:

    terbaiklah cikgu…tak perlu ambe tambah lagi..dah ada ‘hafiz’ yg berpantun di atas =)
    hafizmd baru je tulis kisah Rezeki Duit Blogging Denaihati NetworkMy Profile

  16. Bahrain says:

    saya suka awan yang mendung tapi tak suka hujan..hahah
    Bahrain baru je tulis kisah Hukum Pakai Jubah KonvokesyenMy Profile

    1. suri says:

      saya suka keduanya tapi apa pun itu semua atas kehendaknya.
      suri baru je tulis kisah Doa Pengasih Paling MujarabMy Profile

  17. Ismail N says:

    Awan gelap ku sangka nak hujan,
    Plan nak jogging terpaksa batal
    FAM kini dah tukar plan
    Tak mahu guna K.Rajagobal
    Ismail N baru je tulis kisah Hunger Games – Catching FireMy Profile

  18. suri says:

    salah satu ciptaan Allah yang Maha Kuasa
    suri baru je tulis kisah Petua Dan Doa Hamil Untuk Mendapatkan Anak KembarMy Profile

  19. Hafizul says:

    Ada jugak pantun awan ni ekk..awan nano tu macam mana lah rupanya kan?hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Malu Dengan Artikel Blog SendiriMy Profile

  20. pantun yang bagus sekali….

    menabung di sini
    noormalashahar baru je tulis kisah The Public Should Use Rainwater To Clean Toilet, CarMy Profile

  21. Lyn™ says:

    Awan. Perkataannya hanya mengandungi 4 huruf tapi segala yang merangkumi perkataan awan sangat subjektif. Sebelum awan diselimuti mendung, lebih baik saya sediakan payung.
    Lyn™ baru je tulis kisah PUISI : Cahaya dua banjaranMy Profile

  22. suri says:

    berteduh di bawah awan lebih sejukkan dari berdiri atas cahaya matahari
    suri baru je tulis kisah Tempahan Hotel Kotak Teady Bear Di BukaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun