cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Pantun Tahun Baru

Hari ini dah dari terakhir tahun 2011 dan hanya 24 jam sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru 2012. Aku percaya semua persiapan anak-anak untuk ke sekolah nanti sudah siap sedia. Takwim Persekolahan 2012 aku telah postkan pada pertengahan November lepas. Harap tak ada yang terlupa hari pertama persekolahan nanti.

Tahun baru datang lagi,
Lupakan saja tahun lama;2012
Orang jauh di bayang hati,
Orang dekat di bayang mata.

Dua kosong satu dan satu,
Dua kosong satu dan dua;
Bahagia dapat isteri baru,
Jangan lupa emak mertua.

Selamat tinggal tahun dulu,
Tahun baru menjelang tiba;
Apa khabar pengantin baru,
Bila nak dapat cahaya mata.

Habis koyak kalendar lama,
Kalendar baru pula keluar;
Nampak segak penuh gaya,
Hutang aku bila nak bayar.

Tahun baru sudah tiba,
Tahun lama sudah pergi;
Leka hidup dalam dunia,
Ingatkan juga akan mati.

Selamat tahun baru kepada semua rakan blogger tehramuan. Salah silap terkasar bahasa harap dimaafkan. Semoga hati dan hidup kita sentiasa bahagia dan gembira selamanya.

TehrDemikian kisah 'Pantun Tahun Baru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



49 Comments

  1. dnoBiz says:

    Dan nampaknya aku orang pertama di hari terakhir yang tinggal komen kat sini hehehe
    dnoBiz baru je tulis kisah Cinta Pandang pertama – Oh Elan…. Lap U So Much…My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tahniah kerana dapat pertama & terakhir :D

      1. surihati_ku says:

        rasa nk nnyi lgu kasih awl dan akhir plk heeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Kronologi Blog cahayacinta.com 2011My Profile

  2. dnoBiz says:

    Lupa nak cakap…
    Selamat tahun baru Tehr… nampaknya kena bayar hosting lagi la tahun ni :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Sekadar berkongsi – Bukan Bila nak berjaya tapi Bila nak MulaMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 selamat tahun baru
      dan sama2 kita bayar :D
      tapi aku lambat lagi

      1. surihati_ku says:

        ye ker haa.saya baru je bayar tu lagi satu hari lagi nak 30 heeee…
        surihati_ku baru je tulis kisah Doa Ketika dan Selepas BersinMy Profile

    2. Norasikin says:

      hehehe awal tahun memang semua nak kena bayar. Cukai pintu, cukai tanah, bil IWK. nasib baik ada bonus
      Norasikin baru je tulis kisah Resepi Nugget Daging dan Tujuan Menyadur/Menyalut MakananMy Profile

      1. tehr says:

        bayar, jangan tak bayar
        kalau ada saman trafik pun kena bayar
        huhu

      2. surihati_ku says:

        setel dh heee pas dpt gaji terus byr hee,,,
        surihati_ku baru je tulis kisah Kronologi Blog cahayacinta.com 2011My Profile

  3. nurmisnan says:

    Wahhhh.. pantun lagi. Sesuai kena lawan dgn Osbon nih.. har3
    Anyways, selamat tahun baru 2012.. Wish u all d best brother
    nurmisnan baru je tulis kisah Hobi riadah 2012My Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk osbon juara maharaja lawak mega 2011
      tahun baru untuk kejayaan baru yang lebih manis

      1. surihati_ku says:

        lebih manis pas ni harap cam os dan abon akan byk pihak tawarkan lakonan utk mrka
        surihati_ku baru je tulis kisah Doa Ketika dan Selepas BersinMy Profile

  4. Norasikin says:

    Cemas betul nak menempuh tahun baru. Banyak perancangan dah buat harap boleh tercapai dengan mudah
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Nugget Daging dan Tujuan Menyadur/Menyalut MakananMy Profile

    1. tehr says:

      tenang2
      buat pelan2… dan banyakkan doa
      insya-allah berjaya nanti

      1. surihati_ku says:

        dah dpt sijil cemas apa lagi heee…harap thun ni kak dpt mgjar anak2 murid dgr kata heee
        surihati_ku baru je tulis kisah Kronologi Blog cahayacinta.com 2011My Profile

  5. titan says:

    esok baru cite bab tahun baru. malam ni..pagi ni..malam Osbon. Yehh!! Osbon kacak yehh. Osbon kacak yehh!!
    titan baru je tulis kisah Osbon – Juara paling kacak malam ni!My Profile

    1. tehr says:

      os dengan abon memang pelawak yang kacak
      tahniah untuk mereka

      1. surihati_ku says:

        mmg kumpulan yg sy minat heee
        surihati_ku baru je tulis kisah Doa Ketika dan Selepas BersinMy Profile

  6. pergi kehutan untuk berburu
    dapat rusa mata buta
    Tahun baru azam baru
    moga tercapai hasrat cita-cita

    minum petang makan lepat
    makan malam ikan caru
    Setahun berlalu rasanya cepat
    diucapkan selamat tahun baru

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip hadapi temprature naik kereta

    1. tehr says:

      makan malam ikan cencaru
      berulam dengan pucuk ubi
      ucapan selamat tahun baru
      untuk rakan semua sekali

  7. fuad ansari says:

    rasa macam baru je sambut tahun baru 2011. dah nak masuk tahun baru 2012.. hurm…

    1. tehr says:

      masa berlalu tanpa menunggu siapa2

      1. surihati_ku says:

        alahai usia pun meningkat..yg lama di lupa jgn tapi jadikan pengajarn..
        surihati_ku baru je tulis kisah Kronologi Blog cahayacinta.com 2011My Profile

  8. amirulfaiz says:

    Suku akhir tahun 2012 nanti, ramailer yang akan menimang cahaya mata. :) Tahniah buat pengantin baru 2011.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Benda yang paling jauh, masa yang lepasMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      moga2 mereka sentiasa gembira dan mendapat rahmat selamanya

  9. zulkbo says:

    salam..
    semalam yang di tinggalkan
    tak mungkin kembali lagi..

    selamat menyambut tahun
    baru 2013 bro..semoga maju
    jaya selalu..
    zulkbo baru je tulis kisah Video-Video (Final) Akhir Maharaja Lawak Mega 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam
      masa lepas tu yang paling jauh dari kita
      tak dapat dicapai lagi

  10. akubiomed says:

    Selamat melangkah ke tahun baru dengan azam baru. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega AkhirMy Profile

    1. tehr says:

      sebahagiannya sambung azam lama :D

      1. surihati_ku says:

        azam lama? hurm.. ada satu pinjaman heeee
        surihati_ku baru je tulis kisah Kronologi Blog cahayacinta.com 2011My Profile

  11. Akhir tahun ke Johor Bharu,
    Pergi ke sana naik keretapi;
    Selamat menyambut Tahun Baru,
    Semoga kejayaan terus dikecapi.

    1. tehr says:

      pergi ke sana dengan keretapi
      pulangnya dengan bas sekolah
      semoga kejayaan terus dikecapi
      semoga sentiasa diberkati allah

  12. yas says:

    Selamat Tahun Baru bro…semoga 2012 lebih ceria dan murah rezeki
    #Maaf juga kiranya aku ada salah dan silap smsa berblog.
    yas baru je tulis kisah Keputusan Maharaja Lawak Mega Akhir 2011My Profile

    1. tehr says:

      moga2 semua rakan/sahabat diberkati selamanya
      amin

  13. tehr..

    tehr.

    tehr sedap sangat. cukup ramuan. ‘menyihatkan minda dan hati’.
    cuma kecewanya kadang2 rain tak dapat utk komen. banyak kali try baru boleh.

    maaf salah silap dari rain sepanjang tahun ni.

    macam nak g jauh plak huhu

    1. tehr says:

      rain…

      rain.

      malam ni tak berenti pulak raining
      huhu sejuk ni

  14. Tuan Tanah says:

    wah nasib tak bsilat pulak hehehe..slmt tahun baru bro…:)
    Tuan Tanah baru je tulis kisah SMS sempena tahun baru 2012My Profile

    1. tehr says:

      bersilat?
      tak reti pulak aku bab silat ni :D

  15. selamat tahun baru encik tehr
    sabree hussin baru je tulis kisah Apa Yang Saya Belajar Tentang Blogging Sepanjang Tahun 2011My Profile

    1. tehr says:

      sama2
      moga2 2012 lebih baik untuk kita semua

  16. [...] = "250"; innity_country = "MY"; Baerikut ialah beberapa kerat pantun yang aku dapat dari blog tehramuan.com, iaitu sebuah blog yang rata-rata setiap artikelnya pasti diselitkan dengan pantun yang diciptanya [...]

  17. Jai says:

    Selamat tahun baru bro.. Minta pinjam pantun yer bro.. Aku x reti berpantun..he3
    Jai baru je tulis kisah Pantun Tahun Baru 2012My Profile

    1. tehr says:

      selamat tahun baru
      bila nak dapat orang baru? :D

      pinjam pantun?
      ambik je, bro
      tak kisah apa pun

      1. Jai says:

        Tenkiu bro…

        Org baru? Org umah dah 9 bulan… Tunggu masa je…he3
        Jai baru je tulis kisah Pantun Tahun Baru 2012My Profile

        1. tehr says:

          tahniah2
          wow, seronoknya
          tiba2 je aku pulak yang lebih2 :D
          moga2 selamat semuanya nanti, jai

          1. Jai says:

            he3.. harap2 segalanya ok…
            Jai baru je tulis kisah Pantun Tahun Baru 2012My Profile

  18. cik tom says:

    tersusun indah pantun tahun baru ni..semoga semuanya berjalan lancar..tutup buku 2011..buka buku baru 2012.
    cik tom baru je tulis kisah Sayonara Tahun 2011My Profile

    1. Bobby says:

      Tahun Baru Datang Lgi
      Lupakan Saja Tahun Lama
      Orang Jauh Di Bayang Hati
      Orang Dekat Di Bayang Mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge