cahayacinta dululainsekaranglain apacerita
tak kenal maka tak cinta
ahmadfaizal pondokkecil sudais-sudais
tehramuan

Pantun Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina dah tak berapa hari lagi. Aku percaya, rakan blogger berbangsa Cina sedang dalam persiapan peringkat akhir je sekarang ni. Kaum lain pula, termasuk orang Melayu sedang berkira-kira dengan tempoh cuti masing-masing. Cuti sekolah juga nampaknya sehingga seminggu. Yang nak balik kampung tu, elok sangat kalau dapat diperiksa kenderaan masing-masing. Tidur juga biar cukup.

Cina sambut tahun baru,lee chong wei
Tahun hebat naga berapi;
Kaum lain dan juga Melayu,
Tumpang meriah turut cuti.

Malam nanti tahun yang baru,
Sama berkumpul satu keluarga;
Gembira bercuti orang Melayu,
Lebih seronok berbanding cina.

Di Tahun Baru Cina kali ini, jaguh badminton kita Datuk Lee Chong Wei melancarkan autobiografinya ‘Dare to be a Champion’ yang akan dijual pada harga RM35 untuk edisi Bahasa Cina dan RM38 untuk edisi Bahasa Inggeris. Siapa yang berminat boleh nanti mendapatkannya.

TehrDemikian kisah 'Pantun Tahun Baru Cina' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



84 Comments

  1. Floyd says:

    Aa ah, ada autobiografi LCW tapi cover page seksa lah bro.

    Lagi satu, knapa harga English version lbh mahal eh?
    Floyd baru je tulis kisah Life, 100 Years From NowMy Profile

    1. tehr says:

      tak tau la, bro
      Mungkin tulusan cina lebih senang mereka nak tulis :D

  2. nizam says:

    satu kejayaan buat LCW kan…sempena tahun baru cina meraikannya..

    p/s;macam mana nak buat yg kotak like n feedburner cam kat atas tu? leh bagitau x?hehe.
    nizam baru je tulis kisah SopaMy Profile

    1. tehr says:

      Kotak tu aku guna table 2 kolum 1 row

  3. dinar says:

    cuti tahun baru ziarah kawan,
    dijamu pula dgn mee wantan,
    hari perayaan ada bermacam hidangan,
    nikmatilah dengan penuh kesyukuran…
    dinar baru je tulis kisah Harga emas bakal cecah RM15,735My Profile

    1. tehr says:

      tahun baru sekolah cuti
      Budak budak suka hati
      Kerja rumah cikgu beri
      Kena buat tiap tiap hari

  4. Cik Siti says:

    Hari-hari bertemu pelanggan,
    Pelanggan Cik Siti ramai yang cina,
    Selamat tahun baru cina Cik Siti ucapkan
    Kepada semua yang merayakannya….
    Cik Siti baru je tulis kisah I’m backMy Profile

    1. tehr says:

      pelanggan datang tiap hari
      Musim cuti pejabat tutup
      Semua urusan selepas cuti
      Pegawai kerja semua cukup

  5. mak lagenda says:

    klu nk beli jugak biografi dia tu, guna je baucar 1 malaysia yg siswazah dpt tuh..hehehe
    mak lagenda baru je tulis kisah RAHSIA KAMI LAKI BINIMy Profile

    1. tehr says:

      cadangan baik juga tu, mak

  6. mie says:

    fuh!!!
    siap ada biografi sendiri..
    bila la boleh buat biografi untuk diri sendiri.. hahahhahh
    mie baru je tulis kisah Review Ucapan Hari Lahir 18 JanuaryMy Profile

    1. tehr says:

      biografi seorang blogger :-)

    2. hafizmd says:

      bila2 pun boleh bro…citer pasal blog dan blogger… =)
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 2: Ambil kesempatan atas 10 blogger iniMy Profile

      1. suri says:

        buat dekat blog sendri pun blh hee
        suri baru je tulis kisah Jangan Ada Yang MembenciMy Profile

  7. Cikgu Hairul says:

    Melayu raya India pun raya,
    Lagi gembira si orang Cina,
    Balik kampung ikut lebuhraya,
    JPJ dan Polis kena waspada juga.

    Balik kampung ikut lebuhraya,
    Polis dan JPJ tak dapat beraya,
    Mintak limau dengan Nyonya,
    Memang jenis tak ada muka.

    1. tehr says:

      pakcik polis di simpang tiga
      Abang jpj pula di lebuh raya
      Minta limau dengan nyonya
      Surat saman diberinya juga

      1. hafizmd says:

        elakkan saman dihari raya =)
        duit terbang entah ke mana
        hafizmd baru je tulis kisah Siri 2: Ambil kesempatan atas 10 blogger iniMy Profile

  8. eiela says:

    beza tuh harga buku dari segi bahasa. agaknya mesti ada perbezaan harga kalau dijual di semenanjung dan sabah or sarawak, agaknya kot.
    eiela baru je tulis kisah Penyamun Yang Berbudi BahasaMy Profile

    1. tehr says:

      biasanya macam tu la, eiela

  9. akubiomed says:

    Tahun ini adalah tahun Naga dan saya bakal mendapat anak saudara nanti. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Senyum sampai ke telinga bila dapatMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, bro
      Tambah meriah nanti anak cucu

      1. suri says:

        nanti duit raya kena toup lebih eh
        suri baru je tulis kisah Jangan Ada Yang MembenciMy Profile

  10. yas says:

    Pertama kali rasanya seorg pemain badminton negara buat buku…tahniah chong wei…:)
    yas baru je tulis kisah Murid Bergaduh, Dipukul Guru – Nasib Seorang Guru…My Profile

    1. tehr says:

      datuk lee memang tokoh sukan kita yang terbaik
      Peminat pun ramai

      1. hafizmd says:

        betul tu…

        mmg layak sgt dia terbitkan satu buku dari dia sendiri..

        dia ada cerita pasal mula2 dia main badminton start umur 3 tahun…siap kena paksa ngn bapak dia lagi
        hafizmd baru je tulis kisah Siri 2: Ambil kesempatan atas 10 blogger iniMy Profile

  11. ghost writer says:

    aku kena tempah tiket balik ghuangzhou sekarang..
    ghost writer baru je tulis kisah menyelimuti tubuh telanjang dengan kabus pagiMy Profile

    1. tehr says:

      alamak, apasal lambat, bro
      Tiket ke ghuangzhou sebelum raya dah habis :-)
      Bro kena balik lepas raya la :-)

      1. ye ye je ghost nih! aritu ckp duk sulawesi
        rainbowcloudy baru je tulis kisah liburkan hati. jangan biarkan sedihMy Profile

  12. shraqs says:

    Siap buat biografi lagi tu… tapi takpe dia layak
    shraqs baru je tulis kisah SOPA.. SOPA.. PIPA STRIKESMy Profile

    1. tehr says:

      yups, memang dah sangat layak tu

  13. LadyBird says:

    selamat tahun baru cina.. leh cuti :D
    LadyBird baru je tulis kisah 6 Sifat Yang Perlu Kita Hindari [Wanita]My Profile

    1. tehr says:

      selamat bercuti, lady

  14. docche says:

    nak tahun baru cina dah ye di Malaysia…tak terasa pulak kat Mesir ni….harap2 lepas LCW tulis biografi tu, ramai lagi la anak Malaysia yang akan berjaya dalam bidang sukan dan juga bukan sukan. Banggakan Malaysia

    http://blogdowh.blogspot.com
    docche baru je tulis kisah Fool Dowh – Haunted UFO House in Taiwan (5 gambar)My Profile

    1. tehr says:

      dari mesir ni?
      terima kasih singgah sini

  15. rahman says:

    slmt tahun baru cina .. besok dah x der mood nak keje, hehe, mengalahkan cina pulak aku :)
    rahman baru je tulis kisah Awie dan Abby Abadi di sihir ?My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      aku pun sama gak, lebih2 pulak nak bercuti raya :D

      1. suri says:

        haasy pi keje sok tak buat apa2 heee tapi sunyi ar sorg2 kt pjbt :(

  16. kakyon says:

    kenapa takde edisi bahasa melayu..huhuh
    selamat tahun baru cina..
    yg nak bercuti tu jaga keselamatan diri dan keluarga..
    berhati2 di jalan raya..
    semuga selamat sampai dan sihat sejahtera.
    kakyon baru je tulis kisah hari khamis yang manis..My Profile

    1. tehr says:

      aku pun heran gak, kenapa edisi bahasa melayu tak dicetak sama

  17. Ali ridha says:

    gembira betul sebab tahun naga.
    senang sikit aku tumpang api percuma.

    1. tehr says:

      hati2, bro
      kecil2 jadi kawan
      dah besar nanti jadi lawan :D

      1. suri says:

        haa.. jaga2 jangan main mercun kawan

  18. Melatiqistyna says:

    Sedih pasal buku ni dijadikan modal bg sesetgh org utk menimbulkan isu politik…. * ehh, cm xde kena mengena lak komen, hahahaha*
    Melatiqistyna baru je tulis kisah What Do You See In This Pic? :D My Profile

    1. tehr says:

      aik?
      jadi isu politik macam mana pulak?
      aku ketinggalan bas ni

  19. Hairul says:

    kalo raya cina.. mmg seminggu la kedai2 cina tutup.. nasib baiklah ada hypermarket yg bukak…
    Hairul baru je tulis kisah Resepi Kuih Seri Muka Paling Mudah dan SedapMy Profile

    1. tehr says:

      kena la beli bekalan lebih awal tu, bro
      mujur juga kami di sini banyak kedai melayu

      1. suri says:

        tak pe sini tesco ada hee..econsave ada.gerai melayu ada heeee

        1. rahman says:

          kedai hardware harapan tipis hehehe
          rahman baru je tulis kisah Awie dan Abby Abadi di sihir ?My Profile

  20. suri says:

    bos bagi cuti cam best ta[i sy mau keje juga heeeee

    1. tehr says:

      dah bos bagi cuti, ambik je suri
      bagi ang pow pun ambik gak

  21. JMR says:

    buku ni sama ngn buku ‘dare to fail’ tu ke tak ek?
    JMR baru je tulis kisah Mapley ambil order guna IPODMy Profile

    1. tehr says:

      payah nak kata, bro
      aku pun belum dapat buku ni

  22. Bie says:

    Selamat taun baru cina tehr…….
    seronoknya cuti!! cuti nie gimana??
    Bie baru je tulis kisah Bangkai Lalat Yang WowwwwMy Profile

    1. tehr says:

      sekolah dapat cuti seminggu
      kalau sempat mungkin ke cheras
      mungkin

  23. titan says:

    aiseh, buku chong wei tu takde edisi bahasa melayu kerr..
    titan baru je tulis kisah Intensif tunai dari Mamamurai.comMy Profile

    1. ahmad kamil says:

      Titan tak cuti ka Raya Cina ni?
      ahmad kamil baru je tulis kisah Rene El Loco HiguitaMy Profile

      1. tehr says:

        titan dapat cuti gak tu :-)

  24. zulkbo says:

    salam..
    alahai..bila lah orang kita
    yang nak DARE TO BE A CHAMPION
    juga ye..?
    zulkbo baru je tulis kisah Permainan AKU JIMAT Yang Awesome Buat Pengguna AppleMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      kawe tunggu buku pemain bola je

  25. padin says:

    cuti 4 hari nampaknya aku stay di JB aje..
    padin baru je tulis kisah 20 Tahun LagiMy Profile

    1. tehr says:

      seberang tambak la, bro :-)

  26. ciksembang says:

    cuti raya cina panjang menjela.. kena stok kan frezeer dengan barang basah..nanti susah nak beli
    ciksembang baru je tulis kisah Ally Iskandar Kahwin Dengan Farah Lee 20 JanuariMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      tak pasal2 nanti orang cina beraya
      kita pulak tak dapat makan

  27. beli sabun cap harimau
    sabun seguni harus diusung
    hari hari makan limau
    Dapat angpow sampul kosong

    kedai mamak kopi lama
    tauhu goreng cecah nira
    tahun baru kaum cina
    Semua kaum tumpang gembira

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    prosedur motorsikal naik flight

    1. tehr says:

      tauhu goreng cicah nira
      tambah cili tambah gula
      raya cina semua gembira
      bos bagi ang pow raya

  28. hatiputera says:

    banyak kedai yang tutup,,,bila raya cina nie,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?My Profile

    1. tehr says:

      kena siapkan bekalan tu, bro

  29. ohcikgu says:

    bolehlah beli buku chong wei ni nanti. mesti ada rahsia tersembunyi. terutamanya latihan misbun.
    ohcikgu baru je tulis kisah Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis – Hassan SallehMy Profile

    1. tehr says:

      yups, sudah semestinya tu

  30. Khidhir says:

    itu yg seronoknya. semua dapat cuti.
    Khidhir baru je tulis kisah 5 Antivirus TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dapat ang pow sama
      kan lagi meriah :-)

  31. sud@is says:

    Tahun baru Cina datang lagi
    tiba giliran tahun naga
    selamt bercuti rehatkan diri
    jalan2 bersama keluarga

    1. tehr says:

      selamat bercuti rehatkan diri
      pergi berkelah bersama-sama
      habis bercuti bekerja kembali
      mencari rezeki untuk keluarga

      1. wan luthfi says:

        hisap rokok tembakau china,
        keluar asap berbunga-bunga,
        hari ini tahun baru china,
        kita tengok bunga api berbunga-bunga

  32. ahmad kamil says:

    Wahhh…tak sangka Datuk LCW akan lancarkan autobiografinya.
    ahmad kamil baru je tulis kisah Rene El Loco HiguitaMy Profile

    1. tehr says:

      ahli sukan ternama ni

  33. chii says:

    eh eh,,kenapa harganya berbeza ya
    chii baru je tulis kisah Kecantikan Luar & DalamMy Profile

    1. tehr says:

      tak tahu la, chii

  34. Mus says:

    cuti 4 hari ni nak guna untuk melawat blog-blog rakan-rakan yang lama tak dikunjungi..
    Mus baru je tulis kisah (Gambar) Sampulna In Threshold ModeMy Profile

  35. tarian naga ditunggu !!
    rainbowcloudy baru je tulis kisah liburkan hati. jangan biarkan sedihMy Profile

  36. kulanz says:

    Hebat.. bukan setakat jaguh di gelanggang.. sekarang dah ada buku autobiografi pula..
    kulanz baru je tulis kisah Tugasan TerakhirMy Profile

  37. donnyien says:

    tak lama lagi tahun baru cina 2013, jalan raya pun jem sini sana.. baik saya buka pantun dulu hehe…

    Anak cina sepet matanya,
    Aku pula sebiji macam Korea, (bhuak!.. muntah!)
    Dah nak dekat tahun baru cina,
    Dah beli ke baju raya semua….
    donnyien baru je tulis kisah Rahsia menaikkan Pagerank BlogMy Profile

  38. donnyien says:

    Anak cina sepet matanya,
    Aku pula sebiji macam Korea, (bhuak!.. muntah!)
    Dah nak dekat tahun baru cina,
    Dah beli ke baju raya semua….
    donnyien baru je tulis kisah Rahsia menaikkan Pagerank BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar