Pantun Simpulan Bahasa

Apa kata sahabat semua kalau hari ini kita bermain pantun sambil belajar simpulan bahasa. Kita ubah sedikit dari cara biasa yang selalu kita buat. Boleh?

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat;
“Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya.”

Kalau berlalu angin petang,
Malam terang bulan menjelma;
Kalau selalu ringan tulang,
Hidup senang orang pun suka.

Kalau setuju mahu berdagang,
Bawa pedati walau pun payah;
Kalau selalu berat tulang,
Orang benci hidup pun susah.

Kalau begitu kata berjanji,
Sungguh rela menunggu kasih;
Kalau selalu bermurah hati,
Diri gembira harta pun bersih.

Ada beberapa simpulan bahasa berserta maksudnya yang sempat Mr Tehr kumpulkan sebagai panduan untuk pengunjung blog tehramuan menulis pantun nanti. Kalau tak tahu maksud, bagaimana sahabat mahu menulis pantun, kan? :)

ringan tulang rajin
berat tulang malas
angkat kaki melarikan diri
panjang tangan pencuri
mandi kerbau mandi tanpa sabun
kaki ayam tidak memakai selipar
murah hati tidak kedekutdan suka menolong
bendera putih menyerah kalah
naik minyak/naik darah sangat marah
banyak mulut maksudĀ suka bercakap banyak
mulut murai orang yg sangat suka bercakap-cakap
mulut besar sombong
kaki bangku tidak pandai bermain bola

TehrDemikian kisah 'Pantun Simpulan Bahasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. ghost writer says:

    bawa pedati walau pun payah
    tetap bawa sedaya upaya
    orang benci hidup pun susah
    nak benci pun apakan daya

    tak dapat nak hasilkan pantun menggunakan simpulan bahasa tapi tetap saja masih boleh menjelaskan tentang kalau nak seribu daya,taknak seribu dalih.ia lebih membawa maksud ‘keras hati’.
    ghost writer baru je tulis kisah badiMy Profile

    1. tehr says:

      keras hati memang bagus, ghost
      asal jangan keras kepala :D

      kalau hendak seribu daya
      kalau tak hendak seribu dalih
      walau gagal dalam berusaha
      hati di dalam takkan sedih

      1. ghost writer says:

        sememangnya aku perlu salute kamu dalam hal berbalas pantun nih..
        ghost writer baru je tulis kisah terasingMy Profile

        1. tehr says:

          aku pakai sistem redah je, ghost
          kadang menjadi, kadang tidak :D

  2. padin says:

    aiseh aku kalau bab pantun ni… seronok baca je
    nak buat sendiri 10x type-backspace.. huu,
    padin baru je tulis kisah Fungsi Ketawa dan MenangisMy Profile

    1. padin says:

      eh recent post aku da keluar semula la hahaha

      1. tehr says:

        :D
        aku pun tak tahu kenapa jadi gitu

    2. tehr says:

      tak apa, bro
      bila dah selalu baca
      suatu hari nanti akan muncul juga idea

  3. Seri Bahasa says:

    kain lepas buat selindang,
    atas sanggul bunga cempaka;
    memang itu nasib pedagang,
    untung rugi adat dunia.

    1. tehr says:

      atas sanggul bunga cempaka
      dipakai pula kebaya labuh
      untung dan rugi adat dunia
      kerjakan saja yang tuhan suruh

  4. Juan says:

    simpulan bahasa tersimpul rapi,
    rapi bagaikan minyak syampu perapi,
    kalau berkata jangan la berapi api,
    sebab cili pedasnya lagi berapi,

    heheh, pantun ni ok x, kikikki
    Juan baru je tulis kisah Arsenal Vs MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      ok2 :D

      bagai minyak syampu perapi
      rambut lurus bukan buatan
      masak lemak cili berapi
      satu hidangan untukmu tuan

  5. Chipcoklat says:

    Mencari akar didalam hutan,
    tersilap pijak seekor lipan,
    hidup jangan panjang tangan,
    kelak terima balasan tuhan.
    Chipcoklat baru je tulis kisah Mengapa Kita Tak Pilih Al-QuranMy Profile

    1. tehr says:

      tersilap pijak seekor lipan
      bengkak kaki kerana bisa
      kelak terima balasan tuhan
      umurnya rugi hidup di dunia

      1. zulkbo says:

        lipan bara warnanya merah
        jangan di pegang sengatnya bisa
        balasan tuhan tanda amarah
        agar manusia bertimbang rasa
        zulkbo baru je tulis kisah Testosteron Mampu Besarkan Saiz Zakar ? : 18 SX ( Lelaki Sahaja )My Profile

        1. tehr says:

          cincin berlian cicin suasa
          bukan cincin batu berkarat
          ingatan tuhan kepada kita
          hidup bersama beroleh berkat

  6. dari utara hingga selatan
    mencari gadis idaman hati
    walau harapan tak kesampaian
    bendera putih dikibar jangan sekali
    tengkorakemas baru je tulis kisah Wordless Wednesday V – The ShichibukaiMy Profile

    1. tehr says:

      mencari gadis idaman hati
      sanggup dia pergi ke seberang
      berputih mata jangan sekali
      sanggup kita berputih tulang

  7. tips-kurus says:

    rindu-lama tak jengok blog pantun ni. maaf tak reti berpantun.. balik-balik ‘Buah durian di luar pagar..’
    :)
    tips-kurus baru je tulis kisah Petua Menghilangkan Mengantuk & Menghidupkan BLOG!My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      boleh saja singgah bila rindu

  8. Mus says:

    kaki bangku.. ermm mcm kena jer dengan aku..
    Mus baru je tulis kisah Renungan Jumaat – Mencuri Dalam SolatMy Profile

    1. tehr says:

      lebih kurang je kita, mus :D

  9. ciksembang says:

    salam perkenalan tehr,

    saya baru tau mulut besar tu sombong rupanya..
    mode: tgh pikir kaitan mulut besar dgn sombong
    kaya betul orang Melayu kita

    1. tehr says:

      salam kenal dan terima kasih singgah kemari
      memang ramai orang2 kaya yang mulut besar
      tapi yang murah hati juga masih ada

  10. kakyong says:

    ntah bila lah nak berpantun..

    kejang kejung nak buat pantun..
    kakyong baru je tulis kisah Stanza Cinta–review episod 2 & 3My Profile

    1. tehr says:

      ramai yang kata
      buat biskut raya lagi senang berbanding buat serangkap pantun :D

  11. maza says:

    Tiang gelegar atap berteduh
    Papan sarut semat berpaku
    Berdiri teguh bentengkan kukuh
    Asal berparut bukan kaki bangku

    Pantun sempena perlawanan persahabatan Malaysia vs Liverpool, Sabtu 16.07.2011…
    maza baru je tulis kisah Reformasi BERSIHMy Profile

    1. tehr says:

      papan parut semat berpaku
      cantik kalau dibuat gelegar
      bukan berparut si kaki bangku
      hanya risau terlondeh seluar

      1. maza says:

        seluar yg di dalam berkaler kuning-kuning kah itew…

        wink! wink! wink!…

        hahahhaa
        maza baru je tulis kisah Tak serupa jantina…My Profile

  12. dnoBiz says:

    Tehr..
    Apa kata Tehr buat simpulan bahasa versi Kelantan seperti Gelap Gelemat, Manis Leting, kedekut hangit, :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kerana lain Jersi – Kerana pakai Jersi MU Remaja dimalukan begitu rupa (Video)My Profile

    1. tehr says:

      versi kelantan?
      aku sendiri keliru nak jelaskan, dno
      hanya tahu sebut je :(

  13. dah 5 minit kawe berpikir…
    tak der benda kuar dikepala
    pantun masih belum terukir
    angkat bendera putih aje la :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Mahkamah Arah CTOS Bayar Pampasan RM 200,000My Profile

    1. tehr says:

      tak der benda kuar di kepala
      sejak malam sampai ke siang
      bendera putih kenapa dijaja
      selagi terdaya tetap ditentang

  14. ohcikgu says:

    budak-budak sekolah sekarang..simpulan bahasa pun tak tahu..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Terkini) Semakan Keputusan UPU Kemasukan IPTA lepasan STPM/Matrikulasi 2011/2012 secara online dan SMSMy Profile

    1. tehr says:

      pelajar saya sendiri kurang membaca buku2 yang tiada kaitan dengan peperiksaan
      semuanya kerana peperiksaan, cikgu
      apa nak buat

  15. Saya cuba ye bro walaupun tak pandai.

    Bangun pagi terus ke pasar
    Pergi ke pasar mencari barang
    Kalau perangai bermulut besar
    Akibatnya hidup dipulaukan orang

    Macam mana bro,ok ke?
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah PinggangMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah sangat ok :D

      pergi ke pasar membeli barang
      untuk hidangan di hari raya
      akibat hidup dipulaukan orang
      kerana diri kurang sempurna

  16. akubiomed says:

    Gelecek lawan mahu maju
    Tendang bola mati pejam
    Bukan kerna kaki bangku
    Taji tidak cukup tajam

    1. tehr says:

      tendang bola mata pejam
      macam mana gol nak masuk
      tajinya tidak cukup tajam
      kepala pening macam mabuk

  17. abrablog says:

    macam baca kamus simpulan bahasa plak. hehe..
    abrablog baru je tulis kisah Balik Kampung Trip with Proton Inspira!My Profile

  18. zik says:

    berat tulang tangan ini untuk mencari idea dalam pantun ini.. minat maaf
    zik baru je tulis kisah Percaturan Ong Kim Swee menentang chelsea 21 Julai iniMy Profile

  19. zalikah says:

    maksud berputih tulan apa??

  20. zalikah says:

    maksud berputih tulang
    zalikah baru je tulis kisah Melalui Jambatan Kedua Sultan Yahya PetraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun