Salam dan selamat petang semua. Dua minggu lepas Pantun Pilihan Dari Sahabat menyediakan kata kunci tema negeri Sarawak. Kita berjumpa lagi kali ini untuk memilih dua rangkap pantun terbaik bagi menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat menggantikan pantun Norgadis Labuan dan saudara Zulkbo yang terpilih dua minggu lepas. Seperti biasa saya akan memilihnya pada pagi Ahad [17.04.11] nanti.
Malam kelam bintang sedikit,
Tekukur hinggap di pohon kelapa;
Anak demam ibu yang sakit,
Tidur terlelap di hujung kepala.
Bintang timur di hujung dahan,
Bintang kejora jauh sekali;
Mudanya umur bukan ukuran,
Anak dan bapa gandingan budi.
Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini memilih kata kunci anak dan cahaya mata. Sahabat boleh menulis pantun empat kerat yang berkaitan dengan anak-anak sama ada anak sendiri atau anak buah. Panduan untuk menulis pantun bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga ada di sini. Sahabat boleh merujuknya sebagai panduan ketika menulis pantun.
Demikian kisah 'Pantun Si Buah Hati' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


wahai anak cahaya mata
kenangilah jasa ayah dan bonda
kelak senang hidup terbela
tenang hati tenanglah jiwa
wahai anak permata hati
dengarlah nasihat ibu berperi
semaikan kasih sayang diberi
kelak hidupmu pasti diberkati
Cik Siti recently posted..Sebab Pulut Santan Binasa
dengar anak nasihat cik siti
bertindak bijak setiap hari
tambah ilmu bekalan dicari
cantik molek dalam pekerti
Pen Merah
Pen Biru
Jgn Marah
I LOve You
Hehehehe… teringat masa sekolah rendah selalu guna pantun begini
pen hijau
pen hitam
jangan kacau
aku terkam
mmg anak sakit ibu yg deman..sama2 tak tido..hehhe tp klu ibu yg deman mau huru hara satu umah…kan!kan!kan
kalau ibu demam
bapa tentu hilang punca
anak ayam turun sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sudah terang lagi bersuluh
soalan di beri tiada jawapan..
cikgu,
TK ter tag cikgu..
harap maklum..
hehe..
toyol recently posted..PENULIS SENJA TERAKHIR
anak ayam turun lapan
mati seekor tinggal tujuh
tak payah mencari jawapan
lihat sekeliling jangan jauh
thanks
sorong papan tolak papan
buah hati dalam perahu
suruh makan dia tak mau makan
suruh ‘dating’ dia laju jew say ‘maaauuuu’
hehehehehe…:P
haha
suruh dating laju je ya
hehehe..semua org mmg suker dating…:P
nurida ardy recently posted..KeliruPeningTak TahuWas -Was
aik cm best la..join blh? hehhe
Fantastic Ajane recently posted..Bantal Paling Cool
boleh aje, FA
kecil cawan teh, teko hamba tadahkan
pecah kaca pecah gelas…
sudah komen harap dibalas..
naik keta naik bas
tiba masa admin balas
Ismail N recently posted..Dari Komen Menjadi Cerita
bro ismail dah balas tu
anak sakit, si bapa kena jaga.
Ali ridha recently posted..Urusan dipermudah kerana rajin solat
isteri sakit pun bapa kena jaga juga, bro
hehe
bapa sakit semua orang sakit…
(tu kalau bapa seorang je keja )
dnoBiz recently posted..Apa Pilihan Rakyat – Pilihan raya Negeri Serawak
Anak raja bermain sepak raga
Masuk hutan mencari rotan
Bukan mudah didik cahaya mata
Ibarat kain putih dicorakkan
Teringin sekali makan buah berangan
Cahaya mata penyejuk hati
Anak sakit perlukan perhatian
Kasih ibu tiada ganti
akubiomed recently posted..Hantu Kak Limah balik Rawang
cahaya mata penyejuk hati
melihat senyum juga ketawa
kasih ibu tiada ganti
semoga anak hidup bahagia
Cepatnya masa mengejar kita
Duluku muda sekarang dah tua
Ayahanda bonda rasa amat berbangga
Melihat anakanda soleh dan bertakwa
Errr cam lain jer bunyinya.. he he.. kalau tak ngam tlg betulkan cikgu

Ismail N recently posted..Dari Komen Menjadi Cerita
betulkan?
Ayahanda bonda amat berbangga
Melihat anakanda soleh bertakwa
elok dibuangkan dua perkataan je agar suku kata tak lebih dari 12
buah ciku buah naga
boleh dibeli merata-rata
anak sakit ibu berjaga
bapa ngantuk tak boleh buka mata
sayang saudara sayang kekasih
pilih satudiantara dua
cahaya mata penyeri kasih
semoga bahagia dalam bertaqwa
sud@is recently posted..Pohon Hidup
pilih satu di antara dua
pilih tiga di antara empat
semoga bahagia dalam bertaqwa
hidup di dunia tidak merempat
alamak!!!
nanti gue karang ye..
eheheee
mie recently posted..Takeaway Bukhara Briyani @ Sepang International Circut
sabar menunggu
anak dara mencari ilmu
mencari ilmu di universiti
apa salah nya mereka menuntut ilmu
demi masa hadapan yang cemerlang yang harus dibukti
zik recently posted..Cara meramal permintaan dalam perniagaan 1
sampai bila2 pun kena belajar, bro
hinggalah ke liang lahad
Salam kasih pengikat janji
Cinta di taut berbunga seri
Anak tiada selalunya sunyi
Buat pasangan suami isteri
Andainya di kurnia si cahaya mata
Riuh rendahlah alam berumah tangga
Bertambahlah tanggungan si ibu dan bapa
Syukur Allah mengurnia penyambung agama
zulkbo recently posted..Keputusan Pilihanraya DUN Sarawak Ke-10 Tahun 2011
cinta ditaut berbunga seri
dihias pula haruman kembang
buat pasangan suami isteri
sabar hadapi dugaan datang
**SESAMA KITA HAYATI LAGU INI:
ANAKKU YANG PERTAMA (M. DAUD KILAU)
Kini aku gembira
Yang ku tunggu dah tiba
Anakku lahir sudah
Hai anakku yang pertama
Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa bahagia
Hai dengan kehadirannya
Kan kujadikan raja (Tak Boleh!Jadikanlah anak yg. soleh@solehah)
Di dalam rumahtangga
Kucurahkan semua
Hanya untuk mu sayang
Buah hati wahai permata
Besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Riang tiada terkira
Hapus segala duka
Bila ku memandangnya
Hai anakku yang pertama
zulkbo recently posted..Keputusan Pilihanraya DUN Sarawak Ke-10 Tahun 2011
lagu yang memang menjadi kegemaran saya ni
dan saya juga tak suka dengan perkataan ‘raja’ tu
mungkin niat penulis sekadar bermaksud ‘akan memberikan yang terbaik untuk si anak’
Kalau Jai berpantun kang takut org lari pulak..hu3
decrewz recently posted..Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3
yang pasti kawe tak kan lari, jai
orang lain kawe tak tahu
Burung belatuk hinggap didahan
Sambil mematuk membuat lubang
Cahaya mata pemberian tuhan
Mengapa masih hendak dibuang
mie recently posted..Big Apple Voucher From Alamanda Putrajaya
sambil mematuk membuat lubang
di batang selasih di tengah rimba
mengapa masih hendak dibuang
benihnya kasih cahayanya cinta
wahh, bab pantun nih memang aku lemah..
wahh, nak balas pantun, lagi aku lemahh..
sekian aje pantun 2 kerat dari aku. wahh..
titan recently posted..Komisen ke 14 dari Paid-to-Promotenet
wah… semua nak berpantun…
memang aku terpegun
dah jadi pantun 2 kerat… ahaks~
kaizen recently posted..eNTRi PeRTaMa DaRi TaWau 2011