Pantun SEO Off Page

Mr. Tehr dah buang tebiat ke? Tips SEO off page pun buat pantun. Tapi Mr Tehr tak kisah dengan apa yang orang nak kata, siapa yang nak baca, terima kasih dan teruskan membaca. Kalau tak nak baca pun tak apa, Mr Tehr nak juga tulis dalam pantun. :D

kepala pening terhidu benzineTips SEO Off Page
penawar ubat tak dapat dicari
bagus ranking di search engine
blog mendapat pagerank tinggi

mahu mencetak tak punya ink
mahu menulis tak ada dakwat
seo off page adalah backlink
yang rakan beri atau kita buat

tangan meraba duit seposen
akal berputar bibir tersenyum
tukar link dan memberi komen
atau signature di ruang forum

kereta buruk bergerak pun slow
tetapi bukit berdaya gak didaki
buat backlink nofollow, dofollow
di blog, site berpagerank tinggi

Perlu diingat, semakin banyak link yang mengarah ke blok kita, semakin nampak penting entri kita pada pandangan robot search engine. Sebenarnya Mr tehr sendiri tak mampu untuk mendapatkan atau membuat SEO off page ini dengan banyak dan sempurna. Dalam pertandingan SEO Pengalaman Kena Denda Di Sekolah yang dianjurkan oleh Titan, entri dari blog Tehramuan.Com ini tak ke mana pun [07.02.12]. Huhuhu…

TehrDemikian kisah 'Pantun SEO Off Page' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


82 Comments

  1. PCL says:

    salam ther, pcl pun tak pandai nak berSEO…hantam saja !
    PCL baru je tulis kisah MASALAH SINKI TERSUMBAT : Tahu cmner nak buat !My Profile

    1. tehr says:

      aku pun sama juga, pcl
      redah dan hentam saja apa yg terlintas

      1. Mus says:

        kalau main hentam.. kira tengok nasib jugalah .. kalau ada yang mengena.. senang hati..
        Mus baru je tulis kisah Senarai Perkhidmatan Kereta Sewa Di SabahMy Profile

        1. shraqs says:

          Main SEO ni kira gamble jugak :)
          shraqs baru je tulis kisah Angry Birds Rio (Android) Di Update Dengan 15 Level BaharuMy Profile

    2. chii says:

      kita sama juga..walaupun slalu baca pasal seo..tp sampai skrg..masih sama je..agaga
      chii baru je tulis kisah Menghadapi Kebingungan dan KegelisahanMy Profile

  2. yas says:

    Bermain SEO perlukan komitmen dan kerajinan…itu la yg blogger forblogger.net cakap…aku polo jerrr

    #Atleast bro punya entri tu masih di first page kann…
    yas baru je tulis kisah Zulfahmi Khairuddin MotoGp 2012 – KTM, M32 Moto3My Profile

    1. tehr says:

      aku memang tak kuasa nak ikut semua, yas
      Buat yg mana sempat je
      Dapat kat baris terakhir pun dah syukur

  3. Sifu SEO pun tak leh buat cam nie ehhh.. Tabik Mr Tehr. Kita minum dulu :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cuti-Cuti MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      sifu seo memang buat hal seo, bro
      aku ni sebab tak reti sangat hal seo, buat pantun macam ni je la :D

      1. suri says:

        buat pantun tapi masu juga komen hari-hari di belog ini
        suri baru je tulis kisah Membuat Baju Kurung Kanak-KanakMy Profile

    2. suri says:

      kalau basic bolehlah kalau lebih masih belajar lagi lagi
      suri baru je tulis kisah 5 Cara Atasi Masalah Kesuburan WanitaMy Profile

  4. nurmisnan says:

    Yang aku sedar perkataan SEO nih hanya nama saja.. har3
    naik ranking ker tidak itu masalah kedua.. yang penting
    aku dapat kongsikan cerita dan petua utk semua… =)
    nurmisnan baru je tulis kisah Target acquiredMy Profile

    1. tehr says:

      itu asas utamanya, nur
      asal dapat berkongsi dan kita gembira

      1. nurmisnan says:

        gembira bila dpt kongsikan apa yang ketahui..
        mudah2an kita tidak tergolong dalam kedekut ilmu..
        nurmisnan baru je tulis kisah Kucing Teacup dan Dollface – Tengah usha nihMy Profile

        1. Sya Isya says:

          gembira bila orang baca apa yang kita taip. Kalau entri info, rasa happy sebab dapat bagi orang info. :D
          Sya Isya baru je tulis kisah CERITA KISAH INFO TERLARIS MASA KINIMy Profile

          1. suri says:

            sya
            setuju dua perkara ilmu dan seo kalau dapat di gabungkan memang mendatangkan manfaat untuk admin dan pembaca dapat isi darinya
            suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

      2. suri says:

        tehr
        ya asas utama bila rancak sikit setahun dua saya yakin blogger akau fokus pada seo
        suri baru je tulis kisah Membuat Baju Kurung Kanak-KanakMy Profile

    2. chii says:

      ahakss,,,chii setuju…1st time dgr pasal SEO..ingtkan lebih kurang CEO…ihiks :p
      chii baru je tulis kisah Menghadapi Kebingungan dan KegelisahanMy Profile

    3. suri says:

      nur biar minat menulis tu hadir tak salah pun hee
      suri baru je tulis kisah Membuat Baju Kurung Kanak-KanakMy Profile

  5. dinar says:

    Salm tehr, rasanya nak kena berguru lah pasal SEO ni…
    dinar baru je tulis kisah Kenaikan harga emas dan perak semakin “hangat”My Profile

    1. tehr says:

      kalau nak main seo memang molek sangat untuk berguru,

    2. suri says:

      ada sahaja caranya beli ebook google pun boleh
      suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

  6. titan says:

    aku tak tahu seo off page ke menda. aku tahu seo aje. haha..
    titan baru je tulis kisah Kekalahan kedua yang tak kacak..My Profile

    1. tehr says:

      aku pun baru ni je nak ambil tahu
      huhu

    2. suri says:

      aik tarak tahu huhu..mest kaji ni kalau nak tahu ;)
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 10 & 11_ 2013My Profile

  7. adele says:

    samalah kita cikgu…bukan cukup idea sy utk kuasai semua kategori utk berada di tempat enjin carian..sy hny manusia biasa yg tak punya apa2..huhuhu
    adele baru je tulis kisah Adira-Lara Lagi OST Ombak Rindu Islamic Version (Cover)My Profile

    1. tehr says:

      tu la, adele
      bro yas dengan zulkbo memang terbaik
      blogspot mereka dah kalahkan blog wordpress

      1. shraqs says:

        kena rajin dan sabar. Try n error…
        shraqs baru je tulis kisah Angry Birds Rio (Android) Di Update Dengan 15 Level BaharuMy Profile

      2. yas says:

        Patut la asik etrsedak je sejak kebelakangan nih…-perasan lak.

        Rope2nya ada yg sebut nama…tak de la bro…kita semua sama je, cuma rezeki tuk kami je time tu…
        yas baru je tulis kisah Skuad Uber 2012 Negara Tewas Di MacauMy Profile

    2. suri says:

      adele yelah kita cuma elajar try and error kalau berjaya memang saya sukalah
      suri baru je tulis kisah Job Di Rumah Lawan Suri Rumah PemalasMy Profile

  8. LadyBird says:

    lady x pandai ber SEO ni.. CEO pun x pandai..
    LadyBird baru je tulis kisah Insan HebatMy Profile

    1. tehr says:

      kita buat apa yang kita tahu je, lady
      pelan2 belajar

    2. suri says:

      dua benda saya pun kurang pandai jadi jangan tertekan eh buat macma biasa kalau timbul minat akan datang haaa tu tanda aura sudha mari
      suri baru je tulis kisah Roti Putih Bukan Pitta Bread Ada Faham Adik Manis?My Profile

  9. hatiputera says:

    pantun SEO yang kacak,,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Kepak ayamMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kacak dalam kampung sendiri je, bro

  10. Norizwan says:

    saya masih belum cukup faham lagi tentang SEO ini hihi…sedang belajar…:)
    Norizwan baru je tulis kisah Tong Sampah kalis bom di sekitar LondonMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, bro
      belajar terus belajar

  11. assalamualaikum kepada CEO blog ni

    haha pe kabo abam teh?

    1. tehr says:

      ceo blog?
      ha ha ha ha
      jawatan baru ni

  12. akubiomed says:

    Blog ini tidak perlu SEO dengan berpantun sudah menarik untuk datang banyak kali. :-)

    1. tehr says:

      seronok kalau dapat belajar sesuatu, bro

  13. rahman says:

    belajar seo dari pantun.. baik ni.. idea kreatif :)
    rahman baru je tulis kisah Lembu bikin panasMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali tukar selera :D

      1. suri says:

        bukan selera makan sahaja nak tukar angin selera pantun pun perlu tukar angin jua
        suri baru je tulis kisah Aku Frust GilerMy Profile

    2. suri says:

      sesuatu yang baru dari cikgu tehr
      suri baru je tulis kisah Tanpa Bicara Detik Itu Akan TerkuakMy Profile

  14. azura says:

    alamak susah pula nak berpantun dengan kata kunci “seo”…cuba yer

    hari ini ranking naik
    mungkin esok ranking menurun
    seo hebat entri tak tertarik
    tetap blog jatuh merundum….

    relaxla cikgu
    azura baru je tulis kisah Tanda-tanda kena demam denggiMy Profile

    1. tehr says:

      ranking naik hati gembira
      ranking jatuh garu kepala
      keyword terbaik kalau kena
      trafik datang berjuta-juta

  15. Hairul says:

    pantun seo… mmg best pantun tu…
    tq bro tehr.. kena tambah link nie ke blog saya.. :D
    Hairul baru je tulis kisah Kpd NURUL AZLY, sila isi Borang Pengesahan Pakej….My Profile

    1. tehr says:

      pantun seo :D
      ntah kena ke tidak tak tahu la
      hentam saja…

  16. zulkbo says:

    salam..
    ada kalanya saya tak kesah sangat
    PR ni..yang penting buat yang
    terbaik untuk blog dan berada di
    carian depan untuk mendapat trafik
    percuma..
    zulkbo baru je tulis kisah Syiling RM1 Tahun 1980 : Untuk Dilelong (C01)My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saya dah mula ragu
      adakah benar wordpress lebih baik berbanding blogspot
      tahniah kepada bro zul dan yas

      1. rahman says:

        salam.. saya dah lama fikir tentang hal ni.. rasa macam nak balik ke blogspot pun ada hehe :)

  17. padin says:

    walaupun google sendiri dah keluarkan guideline, tapi takde formula khusus
    padin baru je tulis kisah Aura Yang HilangMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      semuanya terus menjadi misteri dan rahsia google

    2. suri says:

      kit amasih terfikir tapi kita tetap hasilkan entri
      suri baru je tulis kisah Aku Frust GilerMy Profile

  18. Affan Ruslan says:

    Nak dapatkan backlink dari blog PR tinggi susah, kena hasilkan entry yg mantap. Baru diorang nak link back kat kita sbg rujukan hehe
    Affan Ruslan baru je tulis kisah Rancangan Untuk SnowboardingMy Profile

    1. tehr says:

      betul sangat tu, bro
      kalau dapat backlink dari blog yang PR yang satu tangga lebih tinggi dari kita pun, rasanya dah bagus sangat

  19. btul tu bro!
    jomkongsi.info baru je tulis kisah Buat Duit Dengan Wazzub, Scam?My Profile

    1. tehr says:

      apa yg betulnya?

  20. zool says:

    kalau kat blog titan tak berjaya, leh try peraduan http://ligakampung.com/blog/peraduan-menulis-entri-kraftangan-dan-aku/ . hehehehe.. ada hadiah yang tak guna SEO pun…
    zool baru je tulis kisah Menjadi selebriti gitar dari Youtube – Sungha JungMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      boleh cuba juga ni nanti
      harap2 ada masa cari bahan

      1. suri says:

        apa lagi yok mengkaji heee

  21. hatiputera says:

    nak carik traffic takut yang datang polis traffic,,,
    nak pantun seo pun tak reti apatah lagi nak main SEO nie,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Madu lebahMy Profile

    1. tehr says:

      bedal je dengan apa yg kita ada :D

      1. suri says:

        ha..aduh pening2 ada jer bro tehr ni..saya gak begini he…

        bags2 teruskan usaha moga2 pr naik lagi.amin

  22. Ad-Dien says:

    Assalamualaikum akhi tehr,..

    sebenarnya saya tidaklah arif sangat bab SEO ini..
    tapi tengok blogger-blogger ramai yang menekankan bab SEO ini..
    wallahua’lam..

    apapun pantun tu menarik…pandai betul berpantun, ada ambil kursus berpantun ke..hehe
    Ad-Dien baru je tulis kisah Mengenal Imam As-SyafieMy Profile

    1. Ad-Dien says:

      nak tanya, macam mana nak letak gambar ye? saya komen tak ada keluar gambar pun akhi tehr.. awat yek??hehe…

      lagi satu, kalau saya komen tak ada notification di email, awat ye?

      nanti bagi tau di blog saya ye..

      syukran, barakallahu fikum
      Ad-Dien baru je tulis kisah Hadith Maudhu’ 01: Menuntut Ilmu Hingga Ke ChinaMy Profile

      1. tehr says:

        gambar avatar ni perlu daftar terlebih dahulu dengan gravatar.
        wadi boleh ke https://en.gravatar.com/site/signup/

        1. Ad-Dien says:

          dah buat dah, smart tak pic saya letak? hehe..

          akhi nak tanya satu lagi, kenapa tak ada notification sampai di email ye?? senang sikit kalau ada sampai di email untuk saya jejak semula ke sini :)

          p/s- jemput ke forum, daftar dan berdiskusi ilmiah :)
          Ad-Dien baru je tulis kisah Pelajar Malaysia Dapat Tawaran Phd Seawal Usia 23 TahunMy Profile

  23. shraqs says:

    Kita buat je apa2 yg patut,… yang penting kita happy :)
    shraqs baru je tulis kisah PageRank (PR) Pertama Untuk MobilityWorldsMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      itu yg sebaiknya
      kita gembira dengan tidak menyusahkan orang lain

  24. malam-malam ada puntianak
    siang-siang ada hantu gigi
    SEO off page trafik mencanak
    mudah dapat rangking tertinggi

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    Luka rawatan pada haiwan

  25. lunaticg says:

    SEO offpage kena makan belanja sikit…. :)
    lunaticg baru je tulis kisah What do you think of the new coins?My Profile

  26. mie says:

    makin mantap la blogni ye..
    eheheeee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #7My Profile

  27. maza says:

    hehehe.. maza menulis merapu dan cacar marba.. rasa segan mau bikin backlink sendiri..

    tapi kalau Mr. Tehr mau bikin dan promosikan blog maza. .ahaks.. volleh aje.. moga2 pahala bercurahan ke atas Mr. Tehr..

    lalalallala

    oppps.. terlantun-lantun lah fulaks.. hehehe
    maza baru je tulis kisah SasauMy Profile

  28. suri says:

    kalau saya bab ini kena tutup buku dulu hee..tak mau berblog pening2 klpa..sb blog suka2 jer nak kongsi ilmu dg org heee

  29. kimmie says:

    saya sampai sekarang pun tak pandai SEO, bila buat entri, tulis je, ikut rasa hati. :)
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 16 – Akhirnya ku tinggalkanMy Profile

  30. kakyong says:

    kurang faham dgn seo off page ni.. hehehhe..
    kakyong baru je tulis kisah Menang lagi 2 hadiah untuk bulan Feb 2012My Profile

  31. bila tips ni didatangkan dalam bentuk pantun, nampak lagi seronok pulak belajar pasal seo ni..
    sabree hussin baru je tulis kisah Penjelasan Mengenai Konsep Compounding Interest RateMy Profile

  32. ciksembang says:

    seo off page ni juga kalau kita link dengan post kita sendiri kan?
    ciksembang baru je tulis kisah Tali laju vs tali skippingMy Profile

  33. chii says:

    kagum chii ngn cikgu…tajuk SEO pun boleh dijadikan pantun..terbaikk =)
    chii baru je tulis kisah Menghadapi Kebingungan dan KegelisahanMy Profile

  34. Tu dia off-page SEO pun rupanya ada pantun.
    Mmg hebat lah cikgu kita ni he he..
    on-page punya pantun ada tak?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pakar SEO Malaysia Best Blog 2015My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun