Pantun Sebelum Dan Selepas Raya

Musim raya kita digalakkan buat muka tebal. Jalan dan ziarah sana sini mengeratkan silaturrahim sesama jiran. Tak perlu nak malu-malu. Lepas seminggu raya, kita masih juga boleh buat muka tebal, tak salah. Tapi kena la tengok ‘cuaca’ tuan rumah dulu. :D

Sebelum raya balik kampung,
Selepas raya pulang ke bandar;
Rank Alexa makin melambung,
Draft dan entri tak sempat siar.

Sebelum raya seronok bercuti,
Selepas raya kembali bekerja;
Mood menulis menjauh pergi,
Hanyut ke laut dibaham naga.

Sebelum raya kampung meriah,
Selepas raya senyap dan sunyi;
Blog sahabat tak sempat terjah,
Blog sendiri terlebih-lebih lagi.

Sebelum raya jalan bersesak,
Selepas raya pun masih sama;
Trafik blog seperti tak nampak,
Komen pula tak sempat baca.

Sebelum raya senyum berseri,
Selepas raya masam mencuka;
Mahu tak mahu gagahkan diri,
Hobi berblog diteruskan juga.

Sekarang ni apa lagi agaknya yang masih tebal. Kalau masa muda belia dulu-dulu, rambut memang tebal. Kemudian bila rambut mula menipis, misai dan janggut pula yang tebal. Moga-moga bila umur makin kurang ni, buku hutang tak pula turut menjadi tebal.

Agaknya mana yang lebih tebal, catatan dosa atau catatan pahala?

TehrDemikian kisah 'Pantun Sebelum Dan Selepas Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. singgah baca pantun sebelum dan selepas raya hehehehe

    digi satu untuk brother TeH
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Wahai Tentera Al-Masih ad-Dajjal Syiah SekalianMy Profile

  2. kakiblog says:

    kalau dosa dan pahala sama tebal..payah juga.
    kakiblog baru je tulis kisah Blogwalking Dan Hari Raya AidilfitriMy Profile

  3. Lynn says:

    Catatan antara dosa dan pahala
    Pilihan ada di tangan sendiri
    Kenyang dan letih berziarah di Hari Raya
    Tanda siratulrahim masih di hati.

    ( Sama macam kita berblog juga le Tehramuan, ziarah menziarah blog rakan blogger lainnya :-) )
    Lynn baru je tulis kisah Travel log Hari RayaMy Profile

  4. Mohd Shubhi says:

    Jangan jemu buat baik dan elakkkan dosa kecil macam besar…mohon ampun setiap malam…tentu selamatkan…tapi sukar!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Erti ‘Hidup Ringkas’ bagi andaMy Profile

  5. Dja@SisHaza says:

    Kalau boleh nak poket tebal2, tapi soal buku catatan untuk dihisab nanti, aiseyyy …. mudah-mudahan sebelah kanan lebih tebal
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah PETUA KUATKAN INGATANMy Profile

  6. Rina says:

    Salam lebaran, mohon maaf lahir batin…
    maaf terlambat mengucapkannya nie
    Rina baru je tulis kisah Best List of Free Download Responsive Premium Blogger TemplatesMy Profile

  7. fyna says:

    fyna singgah baca pantun. nak berpantun sendiri tak pandai. hehehe….
    fyna baru je tulis kisah By: fynaMy Profile

  8. papa mifz says:

    hujung minggu nih ada seround lagi nak jalan2 beraya rumah saudara mara dan adik beradik…
    papa mifz baru je tulis kisah Blogger Otai Join Contest , Hati GembiraMy Profile

  9. Juan says:

    yg tebal pada saya adalah rasa rindu untuk terus bercuti dikampung, hehehe
    Juan baru je tulis kisah Berhari Raya Dengan Nasi Hujan PanasMy Profile

  10. mcm manalah agaknya ketebalan buku dosa dan pahala kita.. tentu sangat menakutkan..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah 2 Mutiara Kata Di Aidil Fitri. Kesilapan Bukan Untuk Dikesali, tetapi…….My Profile

  11. AUC says:

    sempat lagi ni
    selamat hari raya dari auc sekeluarga…
    AUC baru je tulis kisah Tema Hari Kemerdekaan 2013 ke 56My Profile

  12. hafiz says:

    Hanya anak2 berpoket tebal
    hafiz baru je tulis kisah Minuman yang jarang dijumpaiMy Profile

  13. Assalammualaikum, singgah lagi sekali cari pantun baru pulak, hmm tekan biotherm satu kat sini.

    iskandarx[dot]com
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Kenapa Saya Perlu Install Commentluv Plugin?My Profile

  14. kakyon says:

    salam aidilfitri
    maaf zahir & batin

    sebelum raya poket kembong
    selepas raya poket mengecik
    takde ide buatla n3 kosong
    iklan mengedik mintak di klik
    hihih..
    kakyon baru je tulis kisah cerita rayaMy Profile

  15. hafizmd says:

    soalan last tu yg paling menikam jiwa…terbaiklah cikgu!

    bab sebelum selepas raya ni…byk benda nak kena perbetul dan pertimbang… =)
    hafizmd baru je tulis kisah Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…My Profile

  16. luthfi says:

    pantunnya sangat bagus nih..bisa saya belajar
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  17. Hafizul says:

    Haha..masalah ni memang terjadi pada kita semua kan bro..rangking alexa pondok kecil dulu ok sedap mata memandang..sekarang agak terganggu lah perasaan emosi menulis bila tengok alexa mcm tu..nak boleh ke tempat asal bukan satu perkara yang mudah…hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun