Ada berbagai punca sakit perut yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Maksud aku di sini ialah sakit di sekitar perut. Hari ini entri blog Tehramuan.Com diisi dengan kisah sakit perut. Entri ini aku tulis beberapa hari lepas ketika aku sakit perut, tapi tak terlepaskan pula kerana aku yang asyik melepas.
Nasi beriani berkuah ikan,
Buat hidangan di tengah hari;
Bila sesekali tersalah makan,
Tentu ke tandas berulang kali.
Ikan tenggiri sebesar lengan,
Sayang lengkuas lupa dibeli;
Berhati-hati ambil hidangan,
Makanan pedas atau pun basi.
Sakit perut bukan hanya kerana makan makanan pedas atau basi. Waktu di sekolah menengah, aku selalu sakit perut di dalam kelas. Bukan aku seorang sahaja, tapi rasanya hampir seluruh kelas sakit perut. Ini semua kerana cikgu yang mengajar kami punya pasal.
Pergi sekolah membawa buku,
Pensel pemadam usah dilupa;
Sekelas meriah kerana cikgu,
Sambil mengajar dia jenaka.
Bangunan lama di hari hujan,
Habis basah di dalam kelas;
Murid ketawa tidak tertahan,
Siapa bersalah perut dipulas.
Kes sakit perut kaum wanita lebih banyak berbanding kaum lelaki. Betul ke? Pada pendapat aku berdasarkan perhatian dan apa yang aku dengar cakap-cakap orang, ada betulnya juga.
Kulit manggis rasanya kelat,
Putih berseri manis isinya;
Kasihan gadis wajahnya pucat,
Sebulan sekali senggugut tiba.
Tidur nyenyak boleh terjaga,
Pasang kelambu nyamuk tiada;
Tangisan anak hadir ke dunia,
Sakit si ibu bertarung nyawa.
Sakit perut juga boleh berpunca dari bahagian luar, bukan bahagian dalam perut. Aku pernah alaminya. Memang teruk rasa sampai tak boleh nak bernafas. Mujur juga ada kawan yang datang menolong. Kes begini biasanya berlaku ketika bermain atau apabila ada pergaduhan. Satu tendangan yang kuat di bahagian perut pasti sekali mendatangkan sakit yang teramat sangat.
Demikian kisah 'Pantun Sakit Perut' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


Untuk meredakan cirit birit boleh minum air basuhan beras.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Tercabut
mudah nak dapat dan sediakan air basuhan beras ni
boleh dicuba nanti
terima kasih, bro
sllu teh tu di rendam kasi pekat pastu minum ar hee nnti terus lega perutnya
Ermm..baru tahu Bro
selama ni saya kunyah
serbuk teh adalah yang
paling cepat sekali
Bro Zulkbo recently posted..Kenali Top 10 Blog Di Malaysia Masakini
biasanya kami minum bancuhan air teh pekat tanpa gula
kunyah serbuk teh pun boleh rupanya
makan pucuk jambu batu jugak bleh kurangkan cirit birit bro
Mak lagenda recently posted..BURUK BAIK MAK DI MATA ANGAH
yups, pernah dengar juga pucuk jambu batu pun boleh buat ubat cirit
wah, ada petua menarik ni
Mus recently posted..Promosi Free Seats AirAsia, Cuma Bayar Cukai Sahaja
rupanya ada banyak petua dan banyak cara, mus
salam..
sakit perut menjadi sakit jiwa
bila keluar jamban 20 kali sejam
Bro..he he
Bro Zulkbo recently posted..Bayi Tercekik Susu? Cara Dan Tip Panduan Mengatasi
salam kembali
kalau dah sampai 20 kali tu, dah dak larat nak langkah kaki, bro
yang bab senggugut tu memang permpuan je boleh rasa… =)
bardboo recently posted..Kenapa Saya Buat Blog?
hehe
harap2 kaum lelaki boleh faham masalah orang perempuan
Hari raya bergembira sakan,
Menikmati ketupat di daun palas,
makanan laut juga enak di makan,
Tersalah makan perut pun memulas.
***************************
Pergi ke sawah membawa bekal,
bekal di letak dalam suasa,
Kelebihan wanita tidak disangkal,
Setiap bulan pasti merasa.
Cik Siti recently posted..Wordless Wenesday: Cik Sit in Da House
Keluar pagi pulangnya malam,
Penat dan lelah letihnya badan;
Harapnya lelaki bolehlah faham,
Akan masalah orang perempuan.
Sakit perut makan bochai jer,,lepas tu baik .
hatiputera recently posted..Keputusan penuh perlawanan Liga Juara Eropah 2012 2013
belum pernah tahu
bochai ni apa? buah ke ubat?
Aku pun tgh sakit juga nih…memacam sakit sampai la nih…huhuhuhu
@Teringat lagu…”sapa sakit naik atas”…
Yas recently posted..Hina Nabi Muhammad, Majalah Peranchis Ambil Kesempatan
ustaz kata, bila kita sakit, kita dapat pahala
@ lagu popular tu, yas
hahaa bab sakit perut yang last tu kelakar…
kalau bersukan main bola contohnya bukan je perut, muka kaki semua sakit, hahahh
kaki tangan semua sakit
… dan ada ketikanya sakit hati
perempuan sakit perut boleh emosional tu… *pengalaman sendiri. hehe*
betul juga tu
memang akan melibatkan perasaan
kaum lelaki harap banyak bersabar, ya
Emm memang merana jika perut berkeadaan mcm ni..pill cap helang mungkin boleh membantu..hehe..sedap pantun ni…
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
betul tu
biasa dijual kat kedai runcit juga
lepas ni ada pantun untuk “memerut” pula tak? ehehe
hafidz recently posted..Wordless Wedneday – Eczema
pantun memerut?
nanti aku cari apa maksud ‘memerut’ ni
pengambilan makanan perlulah berhati-hati, terutamanya bila makan kat luar, jangan lupa basuh tangan.. pernah sakit perut kerana makan makanan tercemar, rasanya makan kat kedai mamak.. nasib baik la tidak berpanjangan. Pantun terbaik bro~
donnyien recently posted..RM248,000 hadiah tangkap Susilo
kebanyakan kes memang macam tu, don
makanan dah tercemar
indahnya lautan berwarna biru
bertambah indah bila menghayatinya
sakit perut bukan selalu
mungkin hanya sekali sekala
azura recently posted..Tahan Rindu Kamu
sakit perut bukan selalu
memang hanya sekali sekala
membuat badan jadi lesu
hendak makan pun tak selera
Gelak ketawa berlebihan juga boleh membawa kepada sakit perut….

Malaysia Coin recently posted..50 sen 1979 extra dot
haha
aku memang payah nak berhenti bila ketawa
tu yang buat sakit perut tu
baru nak buat entri sakit perut. idea tak mari.
datang sini dapat pantun sakit perut. idea bertali-tali.
hehe..
harap dah sembuh tehr.
sakit perut wanita kalau melarat teruk boleh masuk hospital.
nyaris nak kena!
rain recently posted..hundred lover
katanya hanya wanita belum kahwin je yang kena senggugut ni
betul ke?
sakit perut memang sesuatu perkara biasa cuma bila ada majlis rasmi tu yg tak sedap tu…
zool recently posted..Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan tertutup Malaysia vs Kemboja 20 September 2012
lagi tambah kacau bila tandas kat majlis tu tak elok
‘nak berak pun tak selera’ kata bujang lapok
Hati-hati bila beli makanan kat luar kadang2 tu makanan tu dah lama, rasa dia masih ok, tapi dah byk kuman dalam tu. Lepas makan tu tentulah kena cirit birit.
Shasha Mohamed recently posted..Apakah Millet dan Manafaat Kesihatannya
makanan lama ni memang masih dijual sebab tak mahu rugi
kesian si pembeli
aku memang tengah sakit perut nih..
titan recently posted..Malam ini, gua terasa dihargai.
pulak
cepat2 minum teh o pekat tanpa gula
kena berenti makan cendol tu
aku memang tak pandai nak berpantun ni, tapi kalau skt perut minum air panas/suam boleh legakan sikit
beckhr00y recently posted..Hosting Serverfreak Upgrade Percuma
saya selalu sakit perut bila datang gemuruh…
Amirez recently posted..4 Perkara Penting Semasa Mengerjakan Umrah & Haji
terlebih gelak boleh buat sakit perut..
terover gelak pun boleh buat keluar air mata..
masa ikut kelas memandu dulu la, punya la lawak sampai keluar air mata….
Hairul Hissam recently posted..Petua Ubat Gastrik | Dugaan Kedua Rumah Baruku
beberapa bulan lepas first time maza kena gastrik..
ia gara2 penolakan ubat oleh tubuh..
perkhhh… senak, sebak, sebal di dada sukar diperkatakan..
mujur jugalah ada teman yg segera hantar ke klinik….
apa2 hal pun, maza berdoa bersungguh2 agar Cikgu Tehr diberikan kesihatan yg baik2 sihat walafiat..
Ameeennn…..
maza recently posted..Hilang
gastrik paling tk suka..pedih ooo…huhuhu
dzuandiey recently posted..Nasi Mandy Harga RM400
adeh tetiba rasa skit perut lak

Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Partner Again!
bby dlm perut suka main tendang2lah huu..
hehe…ade ker?
Jebeng Otai™ recently posted..Hantu Drift : Drift Motorsikal
alamak..boleh ker gitu..hahaha
dzuandiey recently posted..Nasi Mandy Harga RM400
bulan puasa dulu paling dahsyat kena sakit perut + gastrik..fuhhhh
dzuandiey recently posted..Nasi Mandy Harga RM400