Pantun Sakit Mata

Air kencing buat ubat sakit mata. Nak kata tak logik, ramai yang telah, biasa dan pernah buat. Siapa yang punya idea dan dari mana datang cadangan, aku memang tak tahu. Tak pernah tanya pada sesiapa.

Anak kera mencari buah,
Singgah tidur di hutan palas;
Sakit mata cikgu sekolah,
Sampah bertabur dalam kelas.

Anak kera di dalam semak,
Buah nangka dibalut kain;
Sakit mata ayah dan emak,
Anak remaja asyik online.

Anak kera meraba-raba,
Perut kebulur badan rimas;
Sakit mata emak mertua,
Penjuru dapur tak berkemas.

Anak kera terbatuk-batuk,
Lepas menyusu pergi bermain;
Sakit mata nenek dan datuk,
Pakaian cucu tak cukup kain.

Anak kera belajar memanjat,
Dalam belukar di tepi paya;
Sakit mata rakan pejabat,
Bila mengular sepanjang masa.

Ada sesiapa yang pernah dapat sakit mata? Bangun pagi mata memang tak boleh nak buka, melekat je kedua-dua kelopak mata tu. Kalau masa sekolah dulu-dulu pasti sekali akan dapat cuti. Cuti sampai sakit mata sembuh. Tak kira la berapa hari pun. Sebabnya, cikgu tak mahu ia berjangkit kepada rakan-rakan sekelas. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Sakit Mata' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. nurmisnan says:

    har3.. pagi2 sakit mata yer cikgu..
    Tengok bunga hilang ler tuh..

    anyways, kalau sakit mata lagi, cuci dengan sirih..
    nurmisnan baru je tulis kisah iPhone 5 gadget impian – mesti undiMy Profile

    1. tehramuan says:

      cuci dengan sirih macam mana tu?
      dengan air sirih ke?

      1. hafizmd says:

        mata melekat ek…panas dalam tu kot cikgu…
        minum air kelapa kasi sejuk..hihi
        hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  2. UmmiKami says:

    Ketumbit di mata merah kelabu..
    Sihat pulak mendengar si merbuk..
    Sakit mata ayah dan ibu..
    Melihat sianak tegar fesbuk..

    Bukit rata quari menjamah..
    Kuat bumi melekat buluh..
    Sakit mata isteri di rumah..
    Melihat suami tak solat Subuh…..^^,
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Suami Idaman..buat Si DaraMy Profile

    1. tehramuan says:

      Kuat bumi melekat buluh,
      Pokok kemboja di tepi kali;
      Kalau suami tak solat subuh,
      Siramkan sahaja air sebaldi.

      1. azura says:

        air sebaldi sebenarnya tak cukup
        tambahkan segayong air garam
        sakit mata janganlah di tutup
        cubalah puan usaha siang malam
        azura baru je tulis kisah Blur SekejapMy Profile

        1. hafizmd says:

          bestnye bace pantun anda berdua ni…best!
          hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  3. sakit mata tak per… jangan sakit hati :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah My Favourite Rock Bands Of The 80′s And 90′sMy Profile

    1. tehramuan says:

      mula2 memang sakit mata
      sakit hati segera menyusul, bro

      1. hafizmd says:

        tu yg payah tu…kalau cintapun mula ngn mata…
        sakit hatipun mula ngn mata…mmg kena hati2…
        hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  4. mie says:

    dulu zaman sekolah suka kalo berjangkit sakit mata…
    heheheheh
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #18 Ketupat PalasMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      memang tak perlu gi sekolah :D

  5. cmratu says:

    hehe.. masa tingakatan 1 sek kena istihar darurat 1 minggu cuti sebab ramai sangat kena sakit mata, jabatan kesihatan buat pemeriksaan mungkin jangkitan dari air kolah, maklumlah sek asrama ni lagi mudah jangkit..
    cmratu baru je tulis kisah Galaxy Camera untuk peminat fotografiMy Profile

    1. tehramuan says:

      wah, agak teruk tu,
      jangan2 ada yang terjun ke dalam kolah masa mandi

      1. hafizmd says:

        hahaha…mmg ade yg suke terjun dlm kolah…budak2 asrama, mmg ade saje perangai luar jangkaan…hehe
        hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  6. akubiomed says:

    Satu lagi petua sakit mata adalah sapu susu ibu.

  7. donnyien says:

    hello bro tehr,
    mendalam betul makna pantun sakit mata ni…

    bukan setakat sakit mata lepas bangun, makin lama makin banyak “objek” yang menyakitkan mata.
    donnyien baru je tulis kisah Guru kacak hebat bersilatMy Profile

  8. azura says:

    saya suka tuam dengan air panas

    hujan ribut jangan ke laut
    ombak besar musim ketujuh
    sakit mata kadangkala patut
    mata sakit ubat di bubuh
    azura baru je tulis kisah Blur SekejapMy Profile

  9. sy pernah sakit mata sehingga mata sy luka..mmg pedih..huhu
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  10. kimmie says:

    kalau sakit mata penuh taik mata melekat keliling..memang tak boleh nak buka mata.
    kimmie baru je tulis kisah Cabaran ketiga bermula…Undian anda diperlukanMy Profile

  11. papa mifz says:

    Air kencing sebagai ubat sakit mata? Erk..tak pernah dengar lak sebelum nih..

  12. yas says:

    Hehehe….kebetulan mata aku mmg tgh sakit ni bro….ketumbit la plakkkk
    yas baru je tulis kisah MANISNYA SITI NURHALIZA BERTUDUNGMy Profile

  13. Zida says:

    Baca entri ni terus berdenyut2 mata. Haha

    tapi serius tak pernah dengar air kencing boleh buat sakit mata. selalunya kalau sakit mata letak eye-mo je, pastu nanti esok pagi memang tak boleh nak bukak mata dah sebab eye-mo dah jadi tahi mata. hehe
    Zida baru je tulis kisah [TUTORIAL] Girls’ Self Defense : SINGMy Profile

  14. Norizwan says:

    wow orang lama punya petua…air kencing jadikan ubat sakit mata…sapa yang sanggup buat tu huhu…orang lama juga…skang jarang wat kot….
    Norizwan baru je tulis kisah Maharaja lawak mega 2012 episod 4My Profile

  15. wazy says:

    bila baca entri ni,teringat masa belajar dulu,satu kelas kena sakit mata,bergilir-gilir plak tu cuti
    wazy baru je tulis kisah Wordless Wednesday #41My Profile

  16. rain says:

    the best reason to excuse class!! hehe

    amboi lama tak dtg, berkarat dah rasa nak berpantun ngan teh.

  17. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum n selamat pagi..

    Sedikit harta sedekah semua..
    Namun tega amat bersungguh..
    Sakit mata menadah doa….
    Mohon semoga cepat sembuh..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Suami Idaman..buat Si DaraMy Profile

  18. fiezaradzi says:

    biasa budak2 kecik je kena.. hehee.. kata org, lau melekat dua2 tu, badan panas. cuba air kelapa..

    tapi lau sakit mata merah tu, selalunya pergi klinik le jawabnya
    fiezaradzi baru je tulis kisah SesakMy Profile

  19. booBlogs says:

    anak kera minum susu meleleh-leleh,
    aiseh! apa pun tak boleh.

    bahaya kes sakit mata ni. jangan naik ketumbit sudah :)
    booBlogs baru je tulis kisah 3 Fakta Jenis, Cara Jumper dan Penjagaan Bateri KeretaMy Profile

  20. bukan takat sakit mata, jiwa pun sakit… huhuhu

  21. ohcikgu says:

    pernah kena banyak kali masa kecik dulu. bangun pagi, banyak tahi mata dah beku..nak buka..sakit la plakk..kena kopek slow-slow.
    ohcikgu baru je tulis kisah Jobdirumah – Mengapa saya suka Jobdirumah.com?My Profile

  22. padin says:

    Alhamdulillah la aku tak pernah kena sakit mata lagi,

  23. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya kalausakit mata
    risau betul…..mesti cari doktor.
    Moga cepat sembh Cikgu :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Gambar Fenomena Air Laut Bertukar Menjadi Warna Merah DarahMy Profile

  24. hairulafiz says:

    pernah cuba masa kecik2 dulu, pedihnya mata
    hairulafiz baru je tulis kisah 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun