Pagi tadi aku lepaskan entri Wordless Wednesday dengan sekeping gambar rumah yang cantik di gigi air laut. Gambar rumah ini aku ambil ketika berkursus di Copthorne Hotel, Pulau Pinang. Alangkah seronoknya kalau dapat minum teh bersama keluarga atau kawan-kawan di sini sambil menghirup bayu petang.
Dari laman menjual pantun,
Dari beranda sedia membalas;
Anak gadis bersopan pantun,
Anak teruna berpakaian kemas.
Ruang cantik pagarnya kayu,
Kerusi goyang buat berehat;
Abang, adik, ayah dan ibu,
Satu keluarga berpadu erat.
Jendela kayu pintunya jati,
Rumah batu di tepi sungai;
Seronok ibu membancuh kopi,
Minum sama beramai-ramai.
Punya sebuah rumah tidak bermakna apa-apa kalau tak punya sebuah rumah tangga. Ini pendapat aku. Tak mungkin sepanjang hari kita hanya mahu mengadap komputer, televisyen atau berpusing-pusing keliling rumah seorang diri. Tak sedap la kan? Juga tak mungkin kawan-kawan akan datang setiap hari untuk minum dan berborak dengan kita. Itu dah terlampau pulak tu. Jadi, mana-mana yang berkemampuan dan berkeinginan tu, elok la cepat-cepat kawin.
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Pantun Rumah Dan Rumah Tangga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
Sungguh kencang angin bertiup
Batu Feringgi tempat berkelah
Wang simpanan sudah cukup
Bab kahwin usahlah berlengah
akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday # – Stopping time
batu feringgi tempat berkelah
bukit bendera sangat tinggi
bab kahwin usah berlengah
barulah tenang taman di hati
char kuew tiew makanan kegemaran
nasi kandar asalnya penang
usah pening pasal hantaran
duduk bersama bawa berbincang
hafizmd baru je tulis kisah Sesi jawab tag si cantik manis
errr..dari segi keinginan dan kemampuan..belum mencukupi lagi plak..ehehe
chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #13 – Nasi Jampi
baru kerja ek hiii..
surihati_ku baru je tulis kisah Bukan Wangi Bau Pengantin Part II
tak apa, chii
masa dan ketikanya sampai juga nanti
entri ni menusuk kalbu ku..
dari jauh kelihatan sang teruna,
di tengah bendang sedang menabur baja;
jika ada yang belum berpunya,
di sini ada bunga yang teruja.
ni pantun gurau saja ya.. mengusik tehr, tiada niat tersembunyi
rainbowcloudy baru je tulis kisah feminin bukan maskulin
ehemmm… tunggu result SPM keluar dulu ye dik? miahahaha
Rain oo Rain..
tengah bendang menabur baja
bendang luas di pinggir kali
nasib bunga di sana teruja
kumbang di sini sudah dimiliki
rumahku belakang pantai..sb tu hedar sllu pic pemandangan pantai hee..
surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs! Part II
patut la
mesti nyaman je hari2 ditiup angin laut
yg penting ada wang cukup sifat jalan terus ush pendam2 hee tak baik kot2 terleps mmg ggit jari…
surihati_ku baru je tulis kisah Lari!!!!! Tok Mudim Datang
jangan tunggu lama2
nanti lama2… dia diambil orang
rasa cm penah tgk rumah ni.. dulu selalu g batu feringghi, mmg byk rumah kat area situ yg tinggi2 cmtu.. de gak hotel2 atau rumah penginapan syarikat.. best jugak lau dapat duduk sehari dua kan.. hehe
fiezaradzi baru je tulis kisah Salam Tahun Baru Maal Hijrah
duduk seminggu dua pun best gak, fieza
elok jadikan pedoman buat mereka yang nak naik pelamin…jangan jadi macam ni…
baru kawin macam belangkas
anak satu macam bujang
Seri Bahasa baru je tulis kisah Virus Menyerang Lagi
baru kawin macam belangkas
beranak satu berlagak bujang
pasal kawin semua nak lekas
mencari ilmu tinggal di belakang
ikan keli si ikan haruan,

berlagak samseng di air keruh,
Hajat di hati mahu berteman,
menanti tabung di isi penuh.
padin baru je tulis kisah Letupan Gas LPG
berlagak samseng di air keruh
kesian sepat tak nampak alur
menanti tabung diisi penuh
perut jangan sampai kebulur
Rumah saya rumah papan,
Tiada hiasan si batu bata,
rumahtangga pemanis kehidupan,
elok dijaga dan dipelihara.
Rumah papan di tepi titi,
Terletak cantik dihujung baruh,
kalau sudah niat dihati,
dirikan masjid usah ditangguh.
Cik Siti baru je tulis kisah Lirik Lagu: Perhentian (Wings)
rumah cantik di hujung baruh
rumah papan beratap rumbia
mendiri masjid usah bertangguh
kerjakan amalan usah dilupa
naik feri kepulau undan
makan angin sambil berangan
pilih saja yang berkenan
biar mak ayah uruskan pertemuan
sud@is baru je tulis kisah Salam
makan angin sambil berangan
ingat nak pinang anak penghulu
semua kerja mak ayah uruskan
persiapkan juga bekal dirimu
emm..tak tahu nak gi mana cuti nih..huh.
titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari Bidvertiser
boleh la gi p.pinang, bro
biasanya ada pesta penang bulan 12 ni
aku yang x pandai berpantun,
pantun kali ini menusuk terus ker jantung,
hehehe
Juan baru je tulis kisah Projek Hari Jumaat
masuk rumah dindingnya bata
masih utuh berwarna saga
rumahku syurga lapangnya dada
Dapat berkumpul seisi keluarga
rumah batu tangganya rata
Tiang seribu tingkapnya lama
rumah tempat berlindung bersama
harmoni dirasa nikmat bersama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
claim insurans motorsikal langgar kereta
azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis Radiator
rumah memang tak lari dari tangga..
rumah sekarang ni banyak yang takda tangga..
bagi yang mampu… cepat berumah tangga
Encik Mus baru je tulis kisah Saya Nak Balik Kampung
setuju dengan idealogi ko tu: ada sebuah rumah tak bermakna apa2 tanpa rumah tangga

Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…
hehe. betul..ada rumah je..tak de tangga..hilang serinya

adele baru je tulis kisah Kancil, Library dan Iswara
Universiti Antarabangsa Al Madinah Terletak Di Shah Alam
Bandar Indah, Aman dan Berkat
Menuntut Ilmu dan Beramanah kewajipan Umat Islam
Bekalan Di Dunia Juga Di Akhirat