Pantun Rumah Dan Rumah Tangga

Pagi tadi aku lepaskan entri Wordless Wednesday dengan sekeping gambar rumah yang cantik di gigi air laut. Gambar rumah ini aku ambil ketika berkursus di Copthorne Hotel, Pulau Pinang. Alangkah seronoknya kalau dapat minum teh bersama keluarga atau kawan-kawan di sini sambil menghirup bayu petang. :D

Dari laman menjual pantun,rumah
Dari beranda sedia membalas;
Anak gadis bersopan pantun,
Anak teruna berpakaian kemas.

Ruang cantik pagarnya kayu,
Kerusi goyang buat berehat;
Abang, adik, ayah dan ibu,
Satu keluarga berpadu erat.

Jendela kayu pintunya jati,
Rumah batu di tepi sungai;
Seronok ibu membancuh kopi,
Minum sama beramai-ramai.

Punya sebuah rumah tidak bermakna apa-apa kalau tak punya sebuah rumah tangga. Ini pendapat aku. Tak mungkin sepanjang hari kita hanya mahu mengadap komputer, televisyen atau berpusing-pusing keliling rumah seorang diri. Tak sedap la kan? Juga tak mungkin kawan-kawan akan datang setiap hari untuk minum dan berborak dengan kita. Itu dah terlampau pulak tu. Jadi, mana-mana yang berkemampuan dan berkeinginan tu, elok la cepat-cepat kawin. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Rumah Dan Rumah Tangga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. akubiomed says:

    Sungguh kencang angin bertiup
    Batu Feringgi tempat berkelah
    Wang simpanan sudah cukup
    Bab kahwin usahlah berlengah
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday # – Stopping timeMy Profile

    1. tehr says:

      batu feringgi tempat berkelah
      bukit bendera sangat tinggi
      bab kahwin usah berlengah
      barulah tenang taman di hati

      1. hafizmd says:

        char kuew tiew makanan kegemaran
        nasi kandar asalnya penang
        usah pening pasal hantaran
        duduk bersama bawa berbincang
        hafizmd baru je tulis kisah Sesi jawab tag si cantik manisMy Profile

  2. chii says:

    errr..dari segi keinginan dan kemampuan..belum mencukupi lagi plak..ehehe
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #13 – Nasi JampiMy Profile

    1. surihati_ku says:

      baru kerja ek hiii..
      surihati_ku baru je tulis kisah Bukan Wangi Bau Pengantin Part IIMy Profile

    2. tehr says:

      tak apa, chii
      masa dan ketikanya sampai juga nanti

  3. entri ni menusuk kalbu ku..

    dari jauh kelihatan sang teruna,
    di tengah bendang sedang menabur baja;
    jika ada yang belum berpunya,
    di sini ada bunga yang teruja.

    ni pantun gurau saja ya.. mengusik tehr, tiada niat tersembunyi
    rainbowcloudy baru je tulis kisah feminin bukan maskulinMy Profile

    1. padin says:

      ehemmm… tunggu result SPM keluar dulu ye dik? miahahaha
      Rain oo Rain..

    2. tehr says:

      tengah bendang menabur baja
      bendang luas di pinggir kali
      nasib bunga di sana teruja
      kumbang di sini sudah dimiliki

  4. surihati_ku says:

    rumahku belakang pantai..sb tu hedar sllu pic pemandangan pantai hee..
    surihati_ku baru je tulis kisah Kenali Bed Bugs! Part IIMy Profile

    1. tehr says:

      patut la
      mesti nyaman je hari2 ditiup angin laut

  5. surihati_ku says:

    yg penting ada wang cukup sifat jalan terus ush pendam2 hee tak baik kot2 terleps mmg ggit jari…
    surihati_ku baru je tulis kisah Lari!!!!! Tok Mudim DatangMy Profile

    1. tehr says:

      jangan tunggu lama2
      nanti lama2… dia diambil orang

  6. fiezaradzi says:

    rasa cm penah tgk rumah ni.. dulu selalu g batu feringghi, mmg byk rumah kat area situ yg tinggi2 cmtu.. de gak hotel2 atau rumah penginapan syarikat.. best jugak lau dapat duduk sehari dua kan.. hehe
    fiezaradzi baru je tulis kisah Salam Tahun Baru Maal HijrahMy Profile

    1. tehr says:

      duduk seminggu dua pun best gak, fieza :D

  7. Seri Bahasa says:

    elok jadikan pedoman buat mereka yang nak naik pelamin…jangan jadi macam ni…

    baru kawin macam belangkas
    anak satu macam bujang
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Virus Menyerang LagiMy Profile

    1. tehr says:

      baru kawin macam belangkas
      beranak satu berlagak bujang
      pasal kawin semua nak lekas
      mencari ilmu tinggal di belakang

  8. padin says:

    ikan keli si ikan haruan,
    berlagak samseng di air keruh,
    Hajat di hati mahu berteman,
    menanti tabung di isi penuh. :D
    padin baru je tulis kisah Letupan Gas LPGMy Profile

    1. tehr says:

      berlagak samseng di air keruh
      kesian sepat tak nampak alur
      menanti tabung diisi penuh
      perut jangan sampai kebulur

  9. Cik Siti says:

    Rumah saya rumah papan,
    Tiada hiasan si batu bata,
    rumahtangga pemanis kehidupan,
    elok dijaga dan dipelihara.

    Rumah papan di tepi titi,
    Terletak cantik dihujung baruh,
    kalau sudah niat dihati,
    dirikan masjid usah ditangguh.
    Cik Siti baru je tulis kisah Lirik Lagu: Perhentian (Wings)My Profile

    1. tehr says:

      rumah cantik di hujung baruh
      rumah papan beratap rumbia
      mendiri masjid usah bertangguh
      kerjakan amalan usah dilupa

  10. sud@is says:

    naik feri kepulau undan
    makan angin sambil berangan
    pilih saja yang berkenan
    biar mak ayah uruskan pertemuan
    sud@is baru je tulis kisah SalamMy Profile

    1. tehr says:

      makan angin sambil berangan
      ingat nak pinang anak penghulu
      semua kerja mak ayah uruskan
      persiapkan juga bekal dirimu

  11. titan says:

    emm..tak tahu nak gi mana cuti nih..huh.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 5 dari BidvertiserMy Profile

    1. tehr says:

      boleh la gi p.pinang, bro
      biasanya ada pesta penang bulan 12 ni

  12. Juan says:

    aku yang x pandai berpantun,
    pantun kali ini menusuk terus ker jantung,

    hehehe
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

  13. masuk rumah dindingnya bata
    masih utuh berwarna saga
    rumahku syurga lapangnya dada
    Dapat berkumpul seisi keluarga

    rumah batu tangganya rata
    Tiang seribu tingkapnya lama
    rumah tempat berlindung bersama
    harmoni dirasa nikmat bersama

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  14. Encik Mus says:

    rumah memang tak lari dari tangga..
    rumah sekarang ni banyak yang takda tangga..
    bagi yang mampu… cepat berumah tangga
    Encik Mus baru je tulis kisah Saya Nak Balik KampungMy Profile

  15. Pacifista says:

    setuju dengan idealogi ko tu: ada sebuah rumah tak bermakna apa2 tanpa rumah tangga :D
    Pacifista baru je tulis kisah Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

  16. adele says:

    hehe. betul..ada rumah je..tak de tangga..hilang serinya :D
    adele baru je tulis kisah Kancil, Library dan IswaraMy Profile

  17. jamal says:

    Universiti Antarabangsa Al Madinah Terletak Di Shah Alam
    Bandar Indah, Aman dan Berkat
    Menuntut Ilmu dan Beramanah kewajipan Umat Islam
    Bekalan Di Dunia Juga Di Akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun