Pantun Rindu Bantal Kekabu

Aku memang suka sangat tidur guna tilam dan bantal kekabu. Dulu-dulu mak aku pernah buat tilam dan bantal kekabu untuk kami. Kadang-kadang ambil tempahan juga dari orang kampung. Masa tu apa yang aku dapat tolong hanyalah isikan kekabu dalam tilam je. Tak susah mana pun tapi paling tak best bila kekabu masuk hidung. Huh.

pokok kekabu

Tumbuh kekabu di tepi pagar,
Pohon tinggi bukan mempelam;
Melayan rindu di bentang tikar,
Baguslah lagi beralaskan tilam.

Kekabu tinggi di lereng bukit,
Jatuh ke paya buahnya basah;
Bangun pagi tengkuknya sakit,
Kenapa pula bantal yang salah.

Buah kekabu seperti kapas,
Elok dibuat tilam dan bantal;
Hatinya rindu kasih terlepas,
Kini terlambat untuk menyesal.

Duduk menjahit tilam kekabu,
Tidak peduli hari dah petang;
Menahan sakit jiwa merindu,
Kekasih hati tak pula datang.

Sayang kekabu disiram hujan,
Habislah basah semua sekali;
Hadirkan rindu kepada Tuhan,
Hilangkan resah di dalam hati.

kekabuRindu pula nak tidur atas tilam kekabu. Guna bantal kekabu. Sekarang ni dah jarang orang buat tilam kekabu. Sebenarnya payah juga nak buat. Perlukan kemahiran juga. Rugi pula rasa tak belajar dengan mak aku bagaimana cara menjahit tilam kekabu. Boleh juga jadikan sebagai kerja sambilan waktu cuti sekolah. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Rindu Bantal Kekabu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. auc says:

    macam tau2 je, baru beli bantal kekabu 2 bijik ni heheheh
    auc baru je tulis kisah Transformers 4 Bakal Muncul dengan 2 Autobots BaruMy Profile

    1. TehR says:

      wah, molek sangat
      berapa harga sebiji, bro?

      1. Padin says:

        Bulan lepas aku beli di kampung, sebiji RM20..
        huu,

  2. ProfHariz says:

    Bantal kekabu biasa. Tilam macam tak pernah jumpa je. Hehehe
    ProfHariz baru je tulis kisah June 2013 target Blog HarizMy Profile

  3. kakiblog says:

    bantal kekabu mudah nipis dan jemur balik supaya kembali kembang..masa kecik dulu tidur pakai tilam kekabu..sekarang susah nak cari lagi da..
    kakiblog baru je tulis kisah 7 Sebab Blog Tidak Didatangi Para PelawatMy Profile

  4. kakyon says:

    akk memang guna bantal kekabu. kualiti tidur pun lebih baik, sebulan sekali jemur naik gebu balik..nyenyak tidur..
    kakyon baru je tulis kisah Pendeknya masa..My Profile

  5. Cik Siti says:

    dulu masa kat kampung kecik-kecik kalau lalu bawah pokok kekabu ni mesti lari tak cukup tanah. sebab dia kan besar..
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Siti dirujuk semula?My Profile

  6. zool says:

    Bantal kekabu memang seronok.. kat kampung ada pokok kekabu tapi kesian takde orang nak pungut.. lagipun pokok dah tua
    zool baru je tulis kisah Kenapa negatif tentang harta ?My Profile

  7. nazray says:

    dulu kat belakang rumah ada pokok kekabu, besar 3 pemeluk kanak2 macam saya masa berumur 9 tahun, orang tua cakap jangan main bawah pokok tu, berhantu. hehe, betul ke?
    nazray baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 dan relatifnya.My Profile

  8. Hafizul says:

    Lama tak main denga kekabu ni..dulu rajin gak tolong mak asingkan biji dengan kekabu..pakai alat yang mak buat sendiri..memang seronok bila kenangkan time tu..wahhhh banyaknya kenangan saya ngn mak dan kekabu nih…mak, i miss u…
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 15 Dari JobdirumahMy Profile

  9. hafiz says:

    dulu selalu amik bantal kekabu kat umah nenek bawak balik…
    hafiz baru je tulis kisah Diserang sakit mataMy Profile

  10. Hairul Azni says:

    Saya ada satu tilam kekabu di rumah..memang best tidur atas tilam kekabu ni..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Laksa Janggus Kampung Perlis Balik PulauMy Profile

  11. masa kecik-kecik dulu pernah kutip kekabu ni..habis satu badan melekat..hehe
    blackrosehunter baru je tulis kisah Nombor Pendaftaran Kenderaan TerkiniMy Profile

  12. tu pokok kekabu ke bro.. first time tengok..
    laa baru saya tahu yg pokok keluarkan kekabu…
    maklumlah saya lahir bukan dikampung…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Memulakan Perniagaan Bisnes MakananMy Profile

    1. nazray says:

      saya lahir di kampung. seronok duduk dikampung. :D
      nazray baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 dan relatifnya.My Profile

  13. titan says:

    yap, gua pun cukup sukah!
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 66 dari Text Link Ads.My Profile

  14. Ummikami says:

    Salam manis buat cikgu dan semua… :)

    Belahan bukit berhawa syahdu,
    Syahdu Rabu bersauh rasa;
    Menahan sakit jiwa merindu,
    Merindu ibu yang jauh di desa.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Berkorban Apa Saja….My Profile

  15. Ummikami says:

    Tempayan madu ditatang kasar,
    Kebal rusuk berkuat tangan;
    Melayan rindu dibentang tikar,
    Bantal busuk buat peneman.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Berkorban Apa Saja….My Profile

  16. puterakd says:

    mmg selesa ngan bantal kekabu nie…

  17. Encik Santai says:

    Bantal kekabu ni sejuk aje rasanya. Memang nyaman sekali. Walaupun ada bantal lain, bantal kekabu tetap menjadi pujaan hatiku.
    Encik Santai baru je tulis kisah Khasiat dan Kebaikan Habbatus SaudaMy Profile

  18. Padin says:

    hehee seronok nak asingkan biji kalau dia belum kembang sgt….
    kalau dah menggerbang tu, selalu je masuk hidung kih3

  19. dja@sishaza says:

    Kata org tua2, tepuk dulu bantal supaya bangun esok tak lenguh tengkuk. Pohon ni masih kekal di tepi rumah,memang ada rasa bbeza banding bantal zaman skrg. Mcm tak enak dan tak nyenyak je tido
    dja@sishaza baru je tulis kisah 7 ALASAN MENGAPA SUAMI BERHUBUNG KEMBALI DENGAN BEKAS KEKASIHMy Profile

  20. ciklaili.com says:

    antara barang keperluan bayi yang harus dibeli – set tilam & bantal kekabu. walaupun harga hampir mencecah ratusan ringgit tapi berbaloi untuk dibeli. jaga elok2 & boleh pakai lama :)

  21. akubiomed says:

    Sedap tidur dengan bantal kekabu ini. Orand tua-tua kata pokok kekabu tempat pontianak hinggap.
    akubiomed baru je tulis kisah Pelancaran Little Red Cube dan KarnivalMy Profile

  22. mahmud says:

    siapa perlu kekabu hubung kami ya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun