Pantun Rezeki

Membelek-belek kamus peribahasa online hari ini, terbaca pula peribahasa yang belum pernah terjumpa sebelum ini. Masa sekolah dulu juga belum jumpa. Jadi hari ini, dalam entri ini aku kongsikan peribahasa yang aku baru terjumpa ni.

Rongkongan menghadap mudik = mudah mendapat rezeki.
Rongkongan menghadap hilir = sukar mendapat rezeki.

syilingSeperti biasa juga aku tuliskan pantun rezeki untuk korang. Mudah-mudah korang semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat anak ramai. Insyaallah.

Membaca doa murahkan rezeki,
Bukan membaca jampi serapah;
Mahu digerak tangan dan kaki,
Insyaallah ada rezeki melimpah.

Rezeki terpijak mahu dicari,
Durian runtuh juga ditunggu;
Asal hendak semuanya menjadi,
Taat dan patuh hasil beribu.

Rezeki secupak tak jadi segantang,
Rezeki sejengkal tak jadi sehasta;
Kalau dah malas nak gerak tulang,
Memanglah begitu pendapatan kita.

Kerja pejabat sepenuh masa,
Kerja sambilan hanya di rumah,
Rezeki dah lebat hidup bahagia,
Berilah derma jadilah pemurah.

Bukan susah nak jadi susah,
Bukan senang nak jadi senang;
Rezeki payah kita yang salah,
Usah sewenang salahkan orang.

Kata Ustaz, rezeki bukan hanya dapat dilihat pada duit sahaja. Ramai anak juga rezeki. Mempunyai anak-anak yang berjaya, beriman dan bertaqwa juga rezeki. Tak gitu?

Rezeki si anak air susu,
Rezeki si bapa kuih koci;
Bukan sengaja buat begitu,
Kedua-duanya tak ada gigi.

Siapa yang tak dapat keluar mencari rezeki kerana hujan, molek juga kalau sertai Program Jobdirumah. Lagi pun dah masuk musim hujan sekarang ni. Betul tak?

TehrDemikian kisah 'Pantun Rezeki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. Juan says:

    anak juga adalah rezeki, rezeki ketenangan hati
    Juan baru je tulis kisah Cadangan Bajet 2014 Malaysia Sebagai Rakyat MarhaenMy Profile

  2. Lyn™ says:

    Ros biru bunga bunian
    Ros merah ternyata lebih indah
    Mencari rezeki memang kemestian
    Ramai anak memang meriah

    ( Biasanya orang tak tanya duit kau banyak mana, tapi orang selalu tanya anak kau dah berapa ? ) – Itulah rezeki namanya.
    Lyn™ baru je tulis kisah NurulMy Profile

  3. papa mifz says:

    nak rezeki lebih perlulah kerja lebih kuat…
    papa mifz baru je tulis kisah Seni KakiMy Profile

  4. profhariz says:

    Usaha = Rezeki :)
    profhariz baru je tulis kisah Ulasan 5 Diet Plan Paling PopularMy Profile

  5. Bahrain says:

    macam-macam rezeki boleh datang yang penting berusaha.
    Bahrain baru je tulis kisah Jalan-Jalan Di Pekan Baru, Indonesia.My Profile

  6. banyak rezeki nikmat yg kita dapat..dan harus kita syukuri
    blogger lelaki baru je tulis kisah Wordless Wednesday #5 : Sejuk Mata MemandangMy Profile

  7. Hafizul says:

    Rezeki datang dari pelbagai sumber..jadi usahalah mengejar rezeki tersebut..bab jobdirumah ponsok kecil agak kelaut sekarang ni..emmm
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #72 – Cendol Sebagai Pemberi SemangatMy Profile

  8. cikgu naman says:

    kesihatan baik juga rezeki

    moga kita mendapat rezeki halal yang melimpah ruah ;)
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Bukan sekuel drama juvanaMy Profile

  9. dja@sishaza says:

    Idea menulis pun mungkin boleh dianggap rezeki kan cikgu ..:)
    dja@sishaza baru je tulis kisah PASANGAN ANDA MUNGKIN SEDANG CURANG JIKA …My Profile

  10. pahan says:

    keyword = Rezeki

    rezeki boleh datang bila kita sentiasa buat kerja mendatangkan rezeki. hehe

    Terbaik :)
    pahan baru je tulis kisah UPDATE PALING MENARIK DARI BLOG WALKING #9My Profile

  11. azura says:

    rezeki cikgu insya Allah ada

  12. adikensem says:

    Hehehe hujan dah dekat rezeki dapat nama.
    Tehramuan memang geliga pantunnya.
    adikensem baru je tulis kisah Wordless Wednesday – iGotravel.myMy Profile

  13. rokiah says:

    moga dimurahkan rezeki yg halal dan berterusan
    rokiah baru je tulis kisah Jadi Ahli Shaklee PercumaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun