Pantun Puasa

Sempena bulan Ramadhan ni, aku tuliskan beberapa rangkap Pantun Puasa untuk pembaca yang berkunjung ke sini. Bukan semata-mata untuk berhibur tetapi juga sebagai galakan dan semangat untuk kita beramal dan beribadah di bulan yang mulia dan berkat ini.

Malam sejuk tidur berlunjur,
Orang di sana dah bangun tidur?

Bantal peluk teman berdengkur,
Jangan tak sempat bangun bersahur.

Ingat ya. Kita disunatkan untuk bersahur dan lewatkan waktu sahur kita. Jangan pula sahur pada jam 12 tengah malam. :D

Ikan dan sayur di atas meja,
Selamat berbuka orang di sana.

Air dituang ke dalam gelas,
Orang bujang menunya ringkas.

Dan kita disunatkan juga untuk segera berbuka puasa. Jangan sengaja melewatkan waktu berbuka.

Pantun Puasa

Air soya di dalam cawan,
Air tebu dan air barli;
Ibadah puasa mahu kesabaran,
Salah silapku mohon dimaafi.

Kuih donat buat hidangan,
Tambah dadih puteri mandi;
Ibadah sunat juga dikerjakan,
Solat terawih di malam hari.

Sayur petola goreng tenggiri,
Kerabu peria di dalam pinggan;
Ramadhan tiba setahun sekali,
Tiada pahala tanpa keiklasan.

Buah kurma manis sekali,
Buat berbuka sama sahabat;
Ramadhan saatnya menilai diri,
Iman dan taqwa mencari tempat.

Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. Sentiasa elakkan pembaziran dan berlebih-lebihan.

Moga-moga amalan kita diterima sebaiknya.

TehrDemikian kisah 'Pantun Puasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


11 Comments

  1. Dja@Sishaza says:

    Bulan puasa bulan menundukkan nafsu bukannya menjadi hamba nafsu pula … beli dan belanja sekadar yang perlu dan patut2 saja
    Dja@Sishaza baru je tulis kisah Jom Join MobiCowMy Profile

  2. mario says:

    makan nasi kul 12…pastu kul 5…sahur kurma je… errr… kwan aku buat camtu… aku makan nasi dan kurma kul 5…
    mario baru je tulis kisah Beli baju raya di mana?My Profile

  3. Ani Haryani says:

    Pukul 12 bukan sahur itu supper hehe
    Ani Haryani baru je tulis kisah Polygonum Cuspidatum Yang Terkandung Di Dalam VivixMy Profile

  4. Padin says:

    selamat berpuasa bro..
    hehee menu bujang memang ringkas…

  5. selamat berpuasa tuan, semoga menambah kesolehan dalam diri kita.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Mudah Buat Bone BrothMy Profile

  6. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum…selamat berpuasa, lama tak singgah sini, ingat lagi Ummi, rindu teringin nak pantun dengan Cikgu Teh Ramuan… :)

    Suasa beralas kemenyan lama,
    Jelaga sudah membarai hangus;
    Puasa keempatbelas nian menjelma,
    Semoga ibadah diredhai Al Quddus..

    Jom Pantun di blog Ummi..
    http://mamasentimental.blogspot.com
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bergambar Syahdu Ramadhan…My Profile

  7. maza says:

    alhamdulilah..
    setakat hari ini maza tidak kebocoran pusa lagi.

    hahaha

  8. myliferia says:

    Rindu pula rasa nak berpantun,

    Bergantungan kosong sarang tempua
    Penghias pohon durian belanda
    Selamat berpuasa buat semua
    Semoga ganjaran terus berganda
    :)
    myliferia baru je tulis kisah Makanan Pelengkap Bantu Hari-hari Yang Aktif Pada Bulan PuasaMy Profile

  9. emalin mohd says:

    Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Alhamdulillah sudah separuh perjalanan menuju penghujung Ramadhan
    emalin mohd baru je tulis kisah 3 Suplemen Untuk Wanita Agar Cantik Dan SihatMy Profile

  10. Skrinaku says:

    Malam Jumaat malam raya,
    Pergi Jumaat memakai kain;
    Ucapan selamat hari raya,
    Mohon maaf zahir dan batin.
    Skrinaku baru je tulis kisah Duit Raya Boleh Datang Dari Berbagai CaraMy Profile

  11. Orang bujang berbuka puasa memang menunya seringkas yang boleh je..
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Senaman Kegel Menguatkan Otot Lantai Pelvik Selepas BersalinMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun