cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Pantun Pilihan Hari Raya

Pantun Pilihan Dari Sahabat datang lagi dengan tema raya. Mr Teh percaya semua dalam mood raya sekarang dengan hati yang riang gembira. Tapi pasti ada yang masih sibuk di dapur menyediakan segala keperluan untuk keluarga dan tetamu yang bakal berkunjung. Apa kata kita sama-sama berpantun sambil membakar biskut raya.

Anak teruna terpatah gigi;
Oh mak biskut hangus lagi.

Pagi ceria sampai ke petang,
Malam hari terang bercahaya;
Di hari raya perantau pulang,
Di taman seri hati berbunga.

Ambil karipap mahu dimakan,
Cicah bersama minuman halia,
Terlajak rendam hancur lagi;
Salah dan silap harap maafkan,
Terkasar bahasa lupakan saja,
Buangkan dendam di dalam hati.

Si anak kera di bawah rumah,
Seluar sehelai dibuat mainan,
Melempar tin sambil ketawa,
Jatuh telaga terus tenggelam;
Jiran tetangga sebelah rumah,
Sahabat handai rakan taulan,
Fakir dan miskin jangan dilupa,
Kita bersaudara sesama Islam.

Dua minggu lepas, dua rangkap pantun dari cik siti dan akubiomed Mr Tehr dah letak kat sidebar, tapi lupa nak umumkan. Mungkin kerana terlalu banyak makan kuih agaknya. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Pilihan Hari Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



34 Comments

  1. Cik Siti says:

    bukan sebab makan banyak, mungkin sebab tak sabar nak beraya kot? hehehe..

    1. Semua org mmg dah sabar ehhh… Tapi yg belum ready tu kena cepat2 ler buat persiapan terakhir. Kalu tidak ada yg nangis di pagi raya. :D
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cara Terbaru Buat Duit Dari NuffnangMy Profile

      1. tehr says:

        tak pasal2 ada yang buat rumah tertutup nanti
        huhu

  2. Norasikin says:

    Khas dari saya sekeluarga
    Untuk penggemar teh dan taukenya
    Saya ucapkan selamat hari raya
    Zahir batin kemaafan dipinta
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Popia Mini Udang KeringMy Profile

    1. tehr says:

      kasut raya berwarna jingga
      dipakai oleh gadis rupawan
      kalau ada terkasar bahasa
      maaf juga hamba pohonkan

  3. Cik Siti says:

    Kembang harum bunga dahlia,
    Dipetik mari si tuan puteri,
    Hari Raya bulan yang mulia,
    Eratkan ukhwah bersihkan hati.

    Di hari raya memasang pelita,
    Pelita dipasang tepi halaman,
    Saling berkunjung di Hari Raya,
    Tangan dihulur terjalin kemaafan.

    p/s: Selamat Hari Raya kepada En Tehr sekeluarga….
    Cik Siti baru je tulis kisah #1wordless wenesdayMy Profile

    1. tehr says:

      anak dagang bangun bersahur
      nasi sepinggan air secangkir
      mata bertentang tangan dihulur
      pohon kemaafan senyum terukir

  4. zulkbo says:

    Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
    Ada awal tiada penghujungnya
    Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
    Diratib demi mencari redhaNYA
    Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
    zulkbo baru je tulis kisah Kad Raya Pilihan Ku Tahun 1432 HMy Profile

    1. tehr says:

      sama2 kita bermaafan

  5. Budak-budak main mercun,
    Jangan sampai terbakar tangan,
    Di Aidilfitri kita berhimpun,
    Hulurkan tangan meminta ampun.

    Sudah tiba Hari Raya,
    Setelah kita sebulan berpuasa,
    Hari Raya di sambut gembira,
    Jangan pula ada yang berduka

    Anak zirafah dimakan buaya,
    Buaya Tain makan kelapa,
    Bila makan juadah raya,
    Yang miskin jangan dilupa.

    Pagi raya semua gembira,
    Berjalan bersama rakan dan taulan,
    Ketika enak menjamu selera,
    Orang yang tiada jangan dilupakan.

    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    —-==–Salam Aidilfitri—==—-
    –=== Maaf Zahir & Batin ===–
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    masalah ignition motorsikal tak hidup
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      buah pauh dibuat pengat
      kuah pengat terlebih gula
      orang jauh asyik teringat
      orang dekat usah dilupa

  6. yas says:

    Hehehe…sebab bro banyak buat kuih kot…tu yg makan kuih lebih tuu…

    #Selamat hr raya aidilfitri dr saya bro…maaf jika ada salah dan silap.
    yas baru je tulis kisah Selamat Hari raya Aidil FitriMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      banyak la sangat buat kuih
      semua jenis kuih tunjuk!! :D

  7. Awal dah mabuk kuih bro? He he… Time raya nanti entah cam ne ler agaknya? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cara Terbaru Buat Duit Dari NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      selalu kalau hari raya
      aku sakit perut :D

  8. Norgadis says:

    Hari raya hari bahgia
    jauh dekat datang berhimpun
    kalau ada hati terluka
    harap dapat silap terampun

    Lemang ketupat biskut pun ada
    meriah raya bersahut merdeka
    dipohon ampun ayah dan bonda
    agar tiada hati terluka.
    Norgadis baru je tulis kisah Ramadhan Ke 27 Dan CornFlakes Kacang Ikan BilisMy Profile

    1. tehr says:

      mana lemang mana ketupat
      rendang daging tak siap lagi
      emak tenang dalam ibadat
      menantu pulang di aidilfirri

  9. Jai says:

    Awalnya makan kuih raya.. Ni makan siang ke malam…he3

    1. tehr says:

      makan siang?
      dah pasti aku kena pelekuk dengan sudip :D

  10. Juan says:

    apsal saya nk buat pantun kali ni mcm xder idea la, otak blank. mungkin teringat kampung halaman

    1. tehr says:

      bila bertolak balik kampung, bro?
      hati2 dalam perjalanan. k

  11. Amirez says:

    menarik pantun2 ni.
    kecik2 dulu ada juga idea nak berpantun raya.
    sekarang ni macam dah berkarat.

    pantun dua kerat jelah yg mampu hehe

    turun ke bendang cari haruan,
    selamat hari raya buat Teh Ramuan :)
    Amirez baru je tulis kisah Nostalgia Kad RayaMy Profile

  12. padin says:

    hehe bro.. aku dah selamat sampai ke perak,
    dengan kereta raya ekekee..

    1. tehr says:

      syukur alhamdulillah
      ko jangan main mercun, bro
      malu kalau kena jari :D

  13. Sekali tgk tajuk post mcm Pilihan Raya la plok, hehehehe
    aktechpage.com baru je tulis kisah Hikmah SujudMy Profile

    1. tehr says:

      pilihan raya juga rasanya dah dekat sangat ni, bro

  14. NuarHaruha says:

    Di mana umbut subur di rawa,
    Di sana huma serlah melebar;
    Raya disambut syukur taqwa,
    Gema irama takbir Allahuakbar.

    Selamat aidilfitri – maaf zahir & batin Mr.Tehr.
    NuarHaruha baru je tulis kisah Pantun Kecewa – Kasih Tak Sampai oleh Abdul Halim RMy Profile

    1. tehr says:

      ambil umbut lalu dibawa
      pergi ke huma bawa tali
      raya kita raya bertaqwa
      harap kepada reda illahi

  15. akubiomed says:

    Pelita dipasang penyeri halaman
    Hari Lebaran disambut penuh makna
    Sepuluh jari dihulur memohon kemaafan
    Kerana hamba bukan insan sempurna

    Membeli roti di kedai Baba
    Sapu roti dengan kaya
    Berhati-hati ketika di jalan raya
    Bukan pentas untuk berlumba

    Beduk diketuk dengan irama bergendang
    Ketupat dan Lemang hidangan Hari Lembaran
    Tidak lengkap kalau dimakan tanpa rendang
    Tradisi kujung mengunjung perlu dipertahankan

    p/s: Terima kasih kerana pantun saya terpilih buat pertama kalinya :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Salam Aidilfitri kepada sahabat bloggerMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih juga, bro
      kerana sudi karangkan pantun untuk hiasan kat blog ni

      terima kasih ketupat basi
      senang-senang tulislah lagi :D

  16. Mus says:

    selamat hari raya bro..
    aku agak jarang online dan menjenguk blog ni sejak balik kampung ni..
    Mus baru je tulis kisah Kompleks Mahkamah LamaMy Profile

  17. Khidhir says:

    pantun sms raya bila nak kuar ni mr tehr
    Khidhir baru je tulis kisah Matluthfi Video – Made by MalaysiansMy Profile

  18. ali says:

    anak pak ali mencari lemang,
    dapat lemang di tepi jalan,
    orang jauh di kenang-kenang,
    di aidilfitri ku pohon kemaafan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge