Pantun Petang Raya

Tahun lepas aku dah tulis Pantun Pagi Raya. Hajatnya tahun ni mahu pula menulis Pantun Petang Raya. Boleh, kan? Sementara menanti rakan taulan, jiran tetangga atau saudara-mara datang berkunjung, molek juga kita berpantun. :D

Selamat Hari Raya kepada rakan blogger dan pembaca.

Duduk menjeling puteri mandi,
Manis sungguh tepung pelita;
Apa dirunding siapa dinanti,
Mari berlabuh singgah beraya.

Mahu diterkam lompat tikam,
Malang tertimpa batang buruk;
Diucap salam berhulur salam,
Penawar rahsia hati yang remuk.

Enak rasa si badak berendam,
Sedap sungguh si cucur udang;
Si anak dara menjeling masam,
Terpandang jauh teruna miang.

Kuih ketayap ditepuk-tepuk,
Kuih bom sudah dilempar saja;
Kenapa senyap duduk menyorok,
Kami ni singgah hendak beraya.

Jala emas, akok dan nekbat,
Kuih gelang dan cucur badak;
Langkah kemas nampak hebat,
Tetapi sayang senyumnya tidak.

Korang pernah makan kuih tahi itik?

Kepada rakan-rakan kita yang tak dapat bercuti dan tak dapat balik kampung, aku buatkan pantun khas untuk korang kirimkan kepada teman-teman yang sedang seronok beraya. Hehehe…

Di jalan raya tak ada kereta,
Bandaraya sudah sunyi sepi;
Seronok korang dapat beraya,
Aku juga yang tak dapat cuti.

TehrDemikian kisah 'Pantun Petang Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. Bro Zulkbo says:

    Salam Aidilfitri 1434H, maaf zahir dan batin andai ada kesalahan pada semua pembaca blog ini dari saya, Zulkifle(zulkbo) seisi keluarga. Buang yang keruh, ambil yang jernih
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Salam Aidilfitri 1434H Buat Semua Dari zulkbo ComMy Profile

  2. zool says:

    selamat hari raya cikgu..
    zool baru je tulis kisah 1 Syawal 1434H : Perjalanan Hidup ZoolMy Profile

  3. UmmiKami says:

    Salam manis cahaya Syawal.. :)

    Malam curahan mari berdoa,
    Mencari Syurga hati berlagu;
    Salam lebaran hari kedua,
    Hari ketiga pasti menunggu.

  4. UmmiKami says:

    Hari kedua melabuh detik
    Semakin hampir raya ketiga,
    Berseri semua sungguh lah cantik,
    Yang miskin fakir bergaya juga.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lambaian Ramadhan Gemerlap Syawal…..My Profile

  5. UmmiKami says:

    Kuih bom umpama mercun,
    Mercun bertaburan di jalanraya;
    Tersnyum lama nak berpantun,
    Pantun hiburan di petang raya… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lambaian Ramadhan Gemerlap Syawal…..My Profile

  6. UmmiKami says:

    Selamat menyambut Hari Raya ‘Aidil Fitri buat Cikgu Teh semoga sentiasa bergembira di samping keluarga tercinta dan terus mencipta pantun terindah…..maaf dzahir dan bathin.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lambaian Ramadhan Gemerlap Syawal…..My Profile

  7. UmmiKami says:

    Tudiaa…. :)

    Kekwa menguntum di batang upeh,
    Mencari bata bata setimbun;
    Ketawa senyum jangan bersedih,
    Mari kita mencipta pantun.// :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lambaian Ramadhan Gemerlap Syawal…..My Profile

  8. de engineur says:

    Selamat hari raya cikgu.

    Kuih tahi itik tu apa mcmana rupabentuk mukabuminya? Kalau ‘batang buruk’ tu saya tahu lah. Hehehe
    de engineur baru je tulis kisah Use your urine to charge mobile phone!My Profile

  9. Wan Fauzi™ says:

    selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Suasana Jutaan Rakyat Mesir Menyambut AidilfitriMy Profile

  10. akubiomed says:

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin bro. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Salam LebaranMy Profile

  11. luthfi says:

    selamat hari raya.maaf lahir batin
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  12. Hafizul says:

    Kuih tahi itik?rasanya pernah makan..tapi dah lupa mcm mana rupanya..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun