Pantun Perangai Tak Patut

Hari ini kita belajar menulis Pantun Perangai Tak Patut. Otak sebelah tepi aku ni dah gatal-gatal sangat nak berpantun sambil berpesan kepada diri sendiri. Lagi pun kita biasa juga buat tabiat buruk yang tak elok. Perangai tak molek yang menyusahkan orang.

Yang sebenarnya menyusahkan diri kita juga. Tak gitu ke?

Pantun 2 Kerat

Ada kucing tak ada tikus,
Ada kencing tak ada jirus.

Buah rambutan buah berangan,
Sudah makan tak cuci pinggan.

Hari sabtu pakai baju batik,
Wajah ayu perangai tak cantik.

Panda tempang pergi belayar,
Pandai hutang tak pandai bayar.

Usah terlewat siaran langsung,
Biar pun solat di waktu hujung.

pantun hutang

perangai 1. kelakuan, tingkah laku: dia tahu ~ isterinya; 2. tabiat, budi pekerti, watak: ~nya jahat; berperangai 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. Kamus Dewan Edisi Keempat

Pantun 4 Kerat

Naik kereta pergi bercuti
Kereta merah laluan kanan;
Dalam kereta makan kuaci,
Buang sampah sepanjang jalan.

Aduhai tinggi pohon selasih,
Dahan patah lebat buahnya;
Si buah hati terlebih kasih,
Ibu dan ayah ingat-ingat lupa.

Dalam semak ada duri,
Itik serati buat sarang;
Kasih emak letak di tepi,
Kekasih hati malam siang.

Apa guna turun ke paya,
Kalau sungai dekat sekali;
Apa guna rupa dan harta,
Kalau perangai tidak berbudi.

Kata peribahasa; Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya. Maksudnya; Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang.

TehrDemikian kisah 'Pantun Perangai Tak Patut' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. titan says:

    ohh..macam gitu la plak rupanya..
    titan baru je tulis kisah 10 Tips Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan dan SPAMy Profile

  2. Ismail N says:

    Ooo.. perangai tak patut ehhh? Hmmm..

    Apa guna mandi pagi
    Kalau jirus badan tak dicuci
    Apa guna ranking blog tinggi
    Jika content lucah dan mencaci
    Ismail N baru je tulis kisah Car Wash Di PutrajayaMy Profile

  3. Sobri Mansor says:

    Best pulak baca pantun nih… hehehe…. Layan…layan…
    Sobri Mansor baru je tulis kisah BPL perlawanan ke-4 Arsenal vs Manchester CityMy Profile

  4. ni utk perli perangai tak elok ya. huhuh
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cara Naikkan Berat Badan Dengan SelamatMy Profile

  5. akubiomed says:

    Banyak nasihat dan teguran setiap sisipan pantun. Beringat-ingatlah.
    akubiomed baru je tulis kisah Keenakan Cendol Borhan Kuala SelangorMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Harap2 saya tak ada terlanjur buat perangai tak patut kat blog ni dan blog2 lain ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS UNTUK MENJADI PENULIS BERWIBAWAMy Profile

  7. puterijamu says:

    memang tak patut, kalau berpantun dgn org yg berperangai tak berapa nak patut ni rasanya jalan tak… best gak ni :)
    puterijamu baru je tulis kisah Manfaat ZinkMy Profile

  8. siti hazreen says:

    Kreatifnya…pantun yang paling disukai tu pantun hutang tu..super duper best!
    siti hazreen baru je tulis kisah Tips Kepada Ejen InsuransMy Profile

  9. amirulfaiz says:

    Naik kereta pergi bercuti,
    Ikut lorong kiri jika perlahan,
    Dah tahu nak belok kiri,
    Lampu signal tu, tolonglah nyalakan.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Mengunyah Boleh Mengecas Set BluetoothMy Profile

  10. hafidzramli says:

    Salam Hormat.

    Hutang Lama Hutang Baru
    Pening Kepala Nak Bayar Mana Dulu

    Ahaks :P
    hafidzramli baru je tulis kisah DemamMy Profile

  11. Hilmi Hasan says:

    Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik dikenang jua

    Peringatan selalu
    Hilmi Hasan baru je tulis kisah Penyakit Gout dan Rawatan Melalui Produk Nu SkinMy Profile

  12. perpatah tu aku baru dengar…baru tau ni bro
    blogger lelaki baru je tulis kisah Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5sMy Profile

  13. hafiz says:

    Pantun 2 kerat memang direct lah…
    hafiz baru je tulis kisah Persediaan menghadapi exam PTD 2014My Profile

  14. kakyon says:

    rasanya KY tak pernah komen dan buat perangai tak patut kat sini..
    gurau-gurau sikit tu biasalah kan..
    kakyon baru je tulis kisah share status rakan fb..My Profile

  15. Lyn™ says:

    Tanam pisang rapat-rapat
    Biarlah senang puyuh berlari
    Ku pinang tak dapat-dapat
    Pujuk-pujuk ku bawa lari

    Biarlah senang puyuh berlari
    Musim buah banyak keluang
    Seni yang tidak patut dipelajari
    Bawa lari anak dara orang

    Banyak sangat perangai tak patut
    Jika dilistkan panjangnya berkajang
    Lebih buruk jika terkentut
    Di dalam lif yang ramai orang
    Lyn™ baru je tulis kisah Cellmaxx ANAZOE MEDICAL SPAMy Profile

  16. Ani Haryani says:

    Ani paling suka yang ni dan juga hutang :)

    Aduhai tinggi pohon selasih,
    Dahan patah lebat buahnya;
    Si buah hati terlebih kasih,
    Ibu dan ayah ingat-ingat lupa.
    Ani Haryani baru je tulis kisah Tips Mudah Untuk Bangun TahajudMy Profile

  17. Hafizul says:

    Ohhh memang rupa cantik, kalau perangai buruk, hancuqqqq…haha
    Hafizul baru je tulis kisah Rahsia Tarikan Pengubat Jemu Menulis BlogMy Profile

  18. drnadhila says:

    hikhikhik..dah lama tak berpantun..sekali sekala layan pantun best jugokkk

  19. Niza Yusof says:

    pantun seribu maksud
    Niza Yusof baru je tulis kisah Tips Diet Seimbang Pemakanan PintarMy Profile

  20. Safiya says:

    Sebut pasal perangai tak baik ni teringat saya tulis pasal kisah memanggil teman sekerja dgn panggilan lembu…
    Safiya baru je tulis kisah Doctor’s Story: Antara Dua DarjatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun