Pantun Pekerjaan | Guru

Setiap hari ke sekolah sejak berumur 7 tahun. Nak kata jemu tak juga tapi begitulah bila kita bekerja jadi cikgu sekolah. Memang setiap hari bekerja mesti pergi ke sekolah. Kalau dahulu ke sekolah untuk belajar, sekarang pula pergi ke sekolah untuk mengajar.

Cahaya cerah matahari pagi,
Basah embun bunga kemuncup;
Cikgu sekolah menabur bakti,
Kerja bertimbun terlebih cukup.

Cuaca cerah keluar bersiar,
Mentari hilang ditutup awan;
Cikgu sekolah di bandar besar,
Pagi petang bersesak di jalan.

Rumput basah di hujan renyai,
Bunga di taman tiada berseri;
Cikgu sekolah di hujung sungai,
Hidup berteman lintah di kaki.

Sebagai seorang guru aku akui memang seronok bekerja di sekolah walau pun ada ketikanya waktu kerja tidak menentu. Memang sudah begitu caranya, guru-guru tidak mempunyai waktu kerja yang tetap. Harap-harap bakal guru tak merasa kecut perut. :D

Anak sapi di tengah sawah,
Ikan keli berenang-renang;
Sebelah pagi di bilik darjah,
Petang hari turun ke padang.

Ibu tempua bersarang rendah,
Anak kedidi terbang berkawan;
Kerja dibawa pulang ke rumah,
Selesaikan nanti ketika makan.

Berdendang rusa merentak tari,
Rebah tesungkur di hari panas; 
Terkadang kerja sampai ke pagi,
Usah berdengkur di dalam kelas.

Berkerja sebagai apa sekali pun sama ada sebagai pegawai kerajaan, swasta atau bekerja di rumah sendiri, minat dan rasa tanggungjawab akan memberi kesoronokan yang berganda-ganda. Kepuasannya hanya diri sendiri yang dapat merasa.

[Sehari dua ni aku tak sempat menjenguk blog rakan-rakan, rasa sibuk semacam je. Hehehe...]

Anak raja memakan sirih,
Sekian sahaja terima kasih.


Memang seronok bila ada Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Pekerjaan | Guru' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. suri says:

    salam pagi isnin cikgu :)

    byk idea hee tabit guru sb tahan sbr dgn ank2 murid nakal.tpi ada gak guru yg memilih ank2 murid.murid pandai layan elok, murid kurg skit di pinggirkan..
    suri baru je tulis kisah Petua Kentang Tahan LamaMy Profile

  2. suri says:

    menjadi guru perlukan kekuatan mental.bukan habis mengajar terus blik slu pas hbis keje akan ada kerja2 lain di sambung di dlm blik guru..tu belum lagi guru2 mikir karenah ank murid2,,cara2 camner ak suruh ank murid faham dg apa ilmu yg guru ajar heee
    suri baru je tulis kisah Psttt!! VMy Profile

  3. suri says:

    sy suka tgok kak sy mengajar ingt dia cuma mengajar subjek agama dia jer, tapi tak sangka dia turut mengajar subjek PJK &matematik . mmg serba bolehlah cikgu2 skrg ni heee ;)
    suri baru je tulis kisah Senyum Depan LaptopMy Profile

  4. UmmiKami says:

    Salam hormat ckgu :)

    Dagu terbelah kehitam-hitaman,
    Kurus botak pandai mengaji;
    Cikgu sekolah di pendalaman,
    Harus bijak menyampai janji.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

  5. UmmiKami says:

    Baju lama tiada berbutang,
    Seluar diberi berwarna kusam;
    Guru umpama dian sebatang,
    Membakar diri siang dan malam.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

  6. de engineur says:

    kerja guru satu pekerjaan murni, budi yg ditabur pasti dikenang sampai bila-bila
    de engineur baru je tulis kisah Kota Kinabalu to have Malaysia’s first green taxi standMy Profile

  7. akubiomed says:

    Apakah cabaran guru Alaf baru?
    akubiomed baru je tulis kisah Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datangMy Profile

    1. suri says:

      ank murid semakin byk karenah
      suri baru je tulis kisah Mimpi Seorang BosMy Profile

  8. Kak Mahh says:

    Alamak pantun pula….macam mana nak berpantun ni.
    Kak Mahh baru je tulis kisah Restoran Nelayan di Kuala JuruMy Profile

  9. hafiz says:

    takpe bro tugas hakiki lagi penting

    1. suri says:

      sy nak jadi guru klu dpt guru taska bestnya.tpi tka der pelunglah hua.a…
      suri baru je tulis kisah Membuat Patung !My Profile

  10. nazray says:

    salam, lama tak singgah, maaf. Internet kat office block.
    untuk pantun, ni jawabnya :D

    Burung kelicap menghisap madu,
    madu manis tiada tandingan,
    murid berlari terlihat guru,
    takut dirotan ditelapak tangan.
    :D
    nazray baru je tulis kisah Galaxy Note 3 Rumour | Spesifikasi dan ciri-cirinya.My Profile

  11. papa mifz says:

    setiap pekerjaan yang kita lakukan perlu ditanamkan minat…
    papa mifz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  12. padin says:

    aku setuju bab minat dan tanggungjawab tu…
    kalau bukan guru pon, semua kerja perlu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab.. jangan sambil lewa dan bersikap lepas tangan,
    padin baru je tulis kisah Berpindah Ke KuchingMy Profile

    1. Rain says:

      amboii abang padin ahaks.

      apa pun kerja dipegang, amanah telah dipikul.
      apa pun jawatan disandang, tanggungjawab perlu dilunas.

      mana pun tehr berada, saya tetap hirup teh, bukan sireh hehe :D
      Rain baru je tulis kisah akhir waktu aku kenang kamuMy Profile

  13. Dja@SisHaza says:

    Kecik2 dah gi sekolah, besar pun begitu juga. Dah tua bangka sampai nak pencen pun still gi sekolah…. Gitulah kalau dah namanya cikgu heheh
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah BUDAYA MEMBACA : Rumah Adalah Tempat BermulaMy Profile

  14. azura says:

    ikhlas
    azura baru je tulis kisah Family FirstMy Profile

    1. suri says:

      tanggungjwab dan sabar memikulnya.
      suri baru je tulis kisah Jangan Ada Yang MembenciMy Profile

  15. UmmiKami says:

    Salam kembali :)

    Pekat lemuju berhalwa jintan,
    Sedikit pulut hendak dipanggang;
    Melihat guru membawa rotan,
    Murid pun sama bercekak pinggang.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

  16. UmmiKami says:

    Pekat lemuju berhalwa jintan,
    Sedikit pulut hendak dipanggang;
    Melihat guru membawa rotan,
    Murid pun ikut bercekak pinggang.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Bisikan Hati…My Profile

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    isteri saya seorang guru
    saya faham karier seorang guru
    bukan mudah seperti yang
    orang perkatakan
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Anugerah Oscar Awards 2013 : Senarai Penuh PemenangMy Profile

  18. Petua Puteri says:

    betul tu.. minat dan tanggungjawab tu amat penting dalam apa jua kerjaya…
    Petua Puteri baru je tulis kisah Resepi Asam Pedas Ikan Pari Daun KesumMy Profile

    1. suri says:

      macam nak buat apa2 pkra mesti ada minat klu tka der susah nak menjiwai
      suri baru je tulis kisah Mimpi Seorang BosMy Profile

  19. yas says:

    Kerja la apapun, yg yang penting ianya halal utk sara diri dan keluarga…insyaallah ia akan terbitkan minat dan tanggungjawab…

  20. titan says:

    gua tahu, sebab mak abah gua seorang cikgu. hoho..
    titan baru je tulis kisah Cek ke 17 dari NuffnangMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      mak abah je ke cikgu?
      fiezaradzi baru je tulis kisah Makan Cendol di Acu Sup UtaraMy Profile

      1. suri says:

        dia fmly cikgu heee

  21. kerjaya seorang guru sememangnya bukan mudahh. perlu tabah dengan keadaan.
    khairul asrol baru je tulis kisah Semakan Secara Online dan SMS Keputusan SPM 2012My Profile

  22. tapi guru sekarang gaji dah besar jugak. puas hati laaa. cuti pun best! hehe
    khairul asrol baru je tulis kisah Chelsea vs Manchester City EPL 24/2/2013My Profile

    1. suri says:

      ada kata hari cuti pi sekolah gak hee..camner tu heeee
      suri baru je tulis kisah The Giant Slayer & Tapak Kaki Siapakah Ini ?My Profile

  23. maza says:

    maza juga utk sehari dua ini agak sibuk.. huhuhu

    dan kerja2 cikgu itu memang banyak.. masakan TPM setuju utk menimbang semula beban waktu kerja guru.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Gangster Celop: Hanis Zalikha ke Layar PerakMy Profile

  24. hafizmd says:

    Alam belajar takkan habiskan cikgu?

    Apapun, cikgu2 ttp dihormati sampai bila….

    Terima kasih cikgu!
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #31 Meniti HariMy Profile

  25. fiezaradzi says:

    sekolah mmg dekat di hati kan.. yg tak jadi cikgu pun rasa rindu dgn sekolah, yg jadi cikgu, rindu nak pergi kerja kat sekolah..hehe..

    tima kasih sbb jadi cikgu kepada anak bangsa
    fiezaradzi baru je tulis kisah Makan Cendol di Acu Sup UtaraMy Profile

  26. suri says:

    bila kerja pejabat di bawa kerumah mmg selalu degar haa..cikgu2 kena menanda buku2 anak2 murid le..belum kira time exam heee mmg meriahlah jawabnya
    suri baru je tulis kisah Mimpi Seorang BosMy Profile

  27. effort lab says:

    Terkejut dgn berita ustazah diugut pelajar sebab menegur. untuk cikgu2 yg ada, teruskan dgn kerja anda. kerja dgn seikhlas hati. yg kurang ajar tu akan dapat balasannya nanti.
    effort lab baru je tulis kisah Apabila Anak Jaga Haiwan Peliharaan [2 gambar]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun