pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita

Pantun Pekerja

Selamat petang semua. Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti, Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini menyediakan kata kunci kerja dan rezeki kepada semua sahabat yang mahu mencuba menulis pantun.  Seperti biasa saya akan memilih dua rangkap pantun yang paling memikat hati saya pada pagi Ahad [1.05.11] nanti.

baca bukuPahit ditelan buah peria,
Kulitnya nipis bukan tebal;
Jalan-jalan memohon kerja,
Mencari pitis asalkan halal.

Ubi berisi dimasak sayur,
Gulai udang hidangan petang;
Cari rezeki ikhlas dan jujur,
Untuk orang yang tersayang.

Bekerja adalah satu tanggung jawab dan tuntutan dalam hidup manusia. Sebanyak mana juga harta yang dimiliki atau ditinggalkan oleh keluarga, pasti habis juga suatu hari nanti. Bekerja dengan ikhlas dan jujur akan memberi satu kepuasan tersendiri yang pastinya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Panduan untuk menulis pantun bahagian PertamaKedua dan Ketiga boleh dirujuk sebagai panduan ketika menulis nanti.


Sementara ada kerja tetap, buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Pekerja' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

35 Comments

  1. Cik Siti says:

    buah berangan masih berbaki,
    tempat tersimpan di dalam dusun,
    sebelas musim mencari rezeki,
    kerja digenggam niat disusun,

    pergi ke baruh mencari palas,
    hendak dijual dipasar tamu,
    rezeki dicari dengan ikhlas,
    tidak mengenal erti jemu.
    Cik Siti baru je tulis kisah Bijaknya anak-anak sekarangMy Profile

    1. tehr says:

      tempat tersimpan di dalam dusun
      dusun datuk di tanah lembah
      kerja digenggam niat disusun
      semuanya untuk orang di rumah

  2. padin says:

    Balik kampung, tak sempat dah nak pikir pantun
    nanti tertinggal bas plak hehee

    1. dnoBiz says:

      nanti tak pepasal jadi pantun bas oh bas :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Sumpah laknat – Apa- Bila- dimana dan bagaimanaMy Profile

      1. tehr says:

        balik kampung naik bas
        jangan lewat nanti terlepas
        malang kelak kalau terbabas
        ramai pula akan terkandas

  3. sud@is says:

    burung berkicau diwaktu pagi
    terbang berkawan tinggi rendah
    kerja ikhlas demi rezeki
    buat menyara amanah ALLAH
    sud@is baru je tulis kisah PrasangkaMy Profile

    1. tehr says:

      terbang berkawan tinggi rendah
      merdu suara burung tekukur
      buat menyara amanah Allah
      anak isteri turut bersyukur

      1. sud@is says:

        merdu suara burung terkukur
        penglipur lara penyeri pagi
        anak isteri turut bersyukur
        nikmat rezeki tiada terperi
        sud@is baru je tulis kisah Bahaya Minum Teh PanasMy Profile

        1. tehr says:

          penglipur lara penyeri pagi
          sambil minum memakan kuih
          nikmat rezeki tiada terperi
          sedekah juga kalau terlebih

  4. mari kita pasang pelita,
    lihat gugur bunga kemboja,
    selagi tak pejam mata,
    asyik kerja..kerja..kerja!

    sedap rasanya kek lapis,
    makan hingga 2 kali sendawa,
    rezeki di dunia dikejar tak habis,
    rezeki akhirat sering terlupa!
    insan marhaen baru je tulis kisah SabarMy Profile

    1. tehr says:

      lihat gugur bunga kemboja
      indah bersih di waktu pagi
      asyik kerja..kerja..kerja!
      bos, bila nak naik gaji kami?

  5. zulkbo says:

    Apa ada di Pulau Pinang
    Longan dan pala pilihan hati
    Saya di KL Boss di Pulau Pinang
    1 Mei saya bekerja beliau bercuti

    Mencari rezeki bukan nak kaya
    Bekerja 24 jam terlupa makan
    Adat manusia bila dah kaya
    Orang kecil selalu di lupakan
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Shazryl Eskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Adalah AnwarMy Profile

    1. tehr says:

      orang kaya datang ke rumah
      ayam dan itik digulai rendang
      orang miskin terlebih ramah
      teh 0 kosong hanya terhidang

  6. yas says:

    Proton terbaru, Proton Inspira
    Yang lama sikit exora namanya
    19 tahun lamanya aku bekerja
    lalu tak lalu, ku gagahkan jua…
    yas baru je tulis kisah Panduan buat IbubapaMy Profile

    1. tehr says:

      beli waja terkenang kelisa
      beli perdana teringat myvi
      ada kerja bermacam kerja
      bereskan juga kerja sendiri

  7. Norgadis says:

    mencari nafkah berpanas berjemur
    mendayung sampan menarik pukat
    biarlah kerja ikhlas dan jujur
    moga rezeki mendapat berkat
    Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila Sabtu IniMy Profile

    1. tehr says:

      dayung sampan menarik pukat
      banyak mendapat ikan tenggiri
      moga rezeki mendapat berkat
      dunia akhirat Tuhan dirahmati

  8. ghost writer says:

    yang saya tahu bila tiba hari pekerja jer harus lah suka sebab CUTI..haha
    ghost writer baru je tulis kisah laparMy Profile

    1. tehr says:

      sedihnya, ghost
      ada juga yang bekerja sedang orang bercuti
      tahniah buat mereka

      1. ghost writer says:

        aish..malangnya cuti jatuh pada hari ahad.eh,tapi kan ahad di kelantan bekerja,so harus lah cuti.hihi
        ghost writer baru je tulis kisah sekeping kad-1000 kebencian dan joshuaMy Profile

  9. dnoBiz says:

    Aku teringat kata kata seorang Ustaz..
    Bukan satu kewajipan untuk Allah berikan rezeki pada Kita
    Tapi adalah menjadi kewajipan pada kita untuk mencari rezeki untuk anak dan Isteri kita
    dnoBiz baru je tulis kisah Skandal Video Sex – Video Sumpah Laknat Datuk EskeyMy Profile

    1. tehr says:

      benar sekali, dno
      Allah Maha Kaya
      tak harap apa2 daripada kita

  10. azinur says:

    yeahh seronok bercuti 1 mei!
    azinur baru je tulis kisah ♥ Recycle ME! ♥My Profile

  11. akubiomed says:

    Balik kampung naik Inspira
    Singgah sebentar pekan Alor Gajah
    Bukan mudah mencari kerja
    Biar halal jangan berhelah

    Carik carik si bulu ayam
    Kopi di bancuh terasa kelat
    Membanting tulang siang dan malam
    Mencari rezeki biarlah berkat

  12. Baru pulang dari berpesta
    Mencari khazanah di pesta buku
    Walaupun kita sibuk bekerja
    Jangan lupa menuntut ilmu

    Mencari khazanah di pesta buku
    Khazanah berharga kekal berzaman
    Jangan lupa menuntut ilmu
    Agar mensyukuri rezeki Tuhan
    tengkorak emas baru je tulis kisah Sedikit peringatanMy Profile

  13. MDHAFiZ.NET says:

    haiz..x reti aku nak komen guna pantun nih…papepun komen je lah… :)

    1. Norgadis says:

      Komen jangan tak komen….
      Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila Sabtu IniMy Profile

    2. Ismail N says:

      tu kira komen gak tu :D

  14. Ali ridha says:

    susah nak cari kerja sekarang.
    orang ada Ijazah pun belum
    tentu majikan terima.
    adakah kelulusan mereka itu
    hanya dibeli atau alasan majikan?
    Ali ridha baru je tulis kisah Google ambil alih YoutubeislamMy Profile

  15. nurida ardy says:

    tahun ni cuti Hari Pekerja dpt extra cuti smpi Isnin..syok loh…huhuhu..
    Selamat Hari Bekerja yer…:P

  16. Ismail N says:

    Hmmm.. dah 1hb pun.. Selamat hari Pekerja bro.
    Kalau kena suruh kerja, claim triple pay :D
    Ismail N baru je tulis kisah Demam iPad 2 Di MalaysiaMy Profile

  17. mie says:

    alamak!!
    dah terlepas ke?
    selamat hari pekerja..
    heheheeeee
    mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

  18. zik says:

    tak sempat nak join…

    jalan2 cari perca
    esok hari pekerja.
    zik baru je tulis kisah Lee Chong wei mara ke final terbuka india 2011My Profile

  19. izza says:

    minum teh bersama bahulu
    bahulu dibuat oleh ibu
    hari pekerja sudah berlalu
    menjelma pula hari ibu

    kita bekerja setiap hari
    bekerja keras mencari rezeki
    railah ibi setiap hari
    moga tuhan murahkan rezeki

  20. izza says:

    minum teh bersama bahulu
    bahulu dibuat oleh ibu
    hari pekerja sudah berlalu
    menjelma pula hari ibu

    kita bekerja setiap hari
    bekerja keras mencari rezeki
    railah ibu setiap hari
    moga tuhan murahkan rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge