Pantun Paling Berharga

Malam ini aku sempat tuliskan 3 rangkap Pantun Paling Berharga untuk korang baca. Lagi pun rasanya sudah banyak hari juga aku tidak menulis sebarang pantun dalam blog ni.

Pantun Paling Berharga

Daun cempaka jatuh melayang,
Bunga cempaka harum baunya;
Berapa harga kasih dan sayang,
Tiada nilainya harta sedunia.

Penat rasa melangkah juga,
Ada kemuncup lekat di kaki,
Berapa harga nilainya cinta,
Dari hidup sampai ke mati.

Sudah lama menapak jalan,
Elok rasanya berhenti rehat;
Berapa harga jasa kebaikan,
Dari dunia sampai akhirat.

TehrDemikian kisah 'Pantun Paling Berharga' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. Harga kasih dan sayang, cinta dan kebaikan pasti sahaja tidak dipengaruhi oleh kenaikkan harga barang. hehehe.

  2. UmmiKami says:

    As salam…

    Keliling telaga kelah dan toman,
    Delima batu di perahu layar;
    Paling berharga adalah senyuman,
    Percuma satu tak perlu bayar. :):D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Isteri….My Profile

  3. dja@sishaza says:

    Tak ada di dijual di kedai 1 Malaysia. Juga tiada potongan harga untuk 3 perkara di atas tu :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah RIADAH CUTI SEKOLAH CARA ORANG KAMPUNGMy Profile

  4. Cik Siti says:

    Tiada ternilai semuanya tu….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kata Hati….My Profile

  5. Anuar says:

    Pantun berharga untuk pasangan suami isteri… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Survey : Yuran penyertaan untuk mengadakan Kursus Quilling?My Profile

  6. Sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan pada orang yang paling hampir dengan kita. Dan sehampir-hampir insan yang dekat dengan kita adalah pasangan kita sendiri.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Kenaikan Kadar Tol: Syarikat Konsesi, Sudah Untung Lagi Mau UntungMy Profile

  7. Err harganya tak display sama ke bro :D

    Pulau Padan Jauh Ke Tengah
    Gunung Daik Bercabang Tiga
    Hancur Blog Traffiknya Lemah
    Blog Yang Baik Di Kenang Juga
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Tanjung Simpang Mengayau, The Tip Of BorneoMy Profile

  8. hafiz says:

    Penuh bermakna pantuna tuan kali ini
    hafiz baru je tulis kisah Tebus permainan dari TescoMy Profile

  9. memang sangat bernilai bro..tak tau dah nak kira macam mana haragnya tu
    blogger lelaki baru je tulis kisah Rare Video : Tanah Runtuh Di Pantai Remis 1993My Profile

  10. sud@is says:

    tiada beban batu digalas
    peribahasa lama agak masyhur
    yang paling berharga kasih ikhlas
    jujur dan bertolak ansur
    sud@is baru je tulis kisah Keunikan KaktusMy Profile

  11. kakiblog says:

    kalau pantun tersebut jual kat ebay…berapa harga?
    kakiblog baru je tulis kisah 7 Teknik Cepat Terindek Di GoogleMy Profile

  12. zik says:

    Paling Berhargalah.. Kasih sayang tidak dapat dijual beli
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini liga epl/bpl 30 disember 2013My Profile

  13. zik says:

    Paling Berhargalah.. Kasih sayang tidak dapat dijual beli
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini liga epl/bpl 30 disember 2013My Profile

  14. AUC says:

    harga yg payah dinilai dengan tulisan :)
    AUC baru je tulis kisah 8 Makanan Penghalang StressMy Profile

  15. Hafizul says:

    Emm betul tu bro..semuanya tak ternilai..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Sayonara 2013My Profile

  16. onlajer® says:

    dari dunia sampai ke akhirat , nak kena muhasabah diri nih
    onlajer® baru je tulis kisah Kamu Dan Kerajaan Di Ambang Tahun Baru.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun