Pantun Pakaian

Negara kita Malaysia memang kaya dengan adat resam dan tradisi kaum yang berbilang bangsa dan keturunan. Pakaian tradisi mereka juga berbagai jenis dan corak. Kalau di hari perayaan umpamanya, wanita Melayu ramai yang memilih baju kurung atau kebaya.

Baju kurung corak berbunga,
Merah menyala tudung baharu;
Bukan terkurung di sudut desa,
Tetapi dara diselubung malu.

Baju baharu lengan panjang,
Kebaya labuh kancing suasa;
Ibu menunggu si gadis pulang,
Bimbang sungguh hati merasa.

Kalangan remaja semakin kurang meminati fesyen pakaian tradisi ini. Mereka lebih suka jeans, seluar pendek, legging, skirt, t-shirt dan berbagai fesyen terkini. Kalau ada yang masih mengenakan baju kurung atau kebaya, saya ucapkan shabas dan tahniah!

Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini memilih tema pakaian. Saya percaya ramai rakan kita yang akan dapat menulis pantun dengan baik nanti. Selama ini juga saya kagum dengan bakat sahabat semua.

TehrDemikian kisah 'Pantun Pakaian' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. Ladfe Amir says:

    wanita melayu bila mengenakan baju kurung atau kebaya mmg bertambah anggun dipandang.
    dan bila memandang mereka berpakaian sopan n anggun sebegitu, rasa hormat menebal. kurang sikit dapat gangguan
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Review Dan Ulasan Filem Transformers 3:Dark Of The MoonMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      jangan sesekali dedahkan ikan pada kucing :)

      1. Mus says:

        ya.. disokong..
        peratusan untuk diganggu tu memang kurang jika dibandingkan dengan yang pakai seksi..
        Mus baru je tulis kisah Gambar Eksklusif Sekatan Jalan (Roadblock). Nasib Baik Ada Jalan BypassMy Profile

        1. tehr says:

          tu la pasal, mus
          perempuan seksi ni, kalau kena ganggu marah pulak mereka

  2. Sapa yg dok KL, esok tak leh la pakai pakaian kuning ehhh.. cari nahas!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Kekasih GelapkuMy Profile

    1. tehr says:

      eh, baju kebaya kuning pun tak boleh ke, bro?

  3. ghost writer says:

    pergi kebun memetik papaya
    bawa ke rumah cuma sedikit
    pergi kenduri memakai kebaya
    pergi pesta memakai mini skirt

    haha..sesekali mencuba apa salahnya..
    ghost writer baru je tulis kisah di sebalik pagar hijauMy Profile

    1. tehr says:

      bawa ke rumah cuma sedikit
      buat menjamu tetamu makan
      pergi pesta memakai mini skirt
      hilang malu hilang pedoman

      1. ghost writer says:

        buat menjamu tetamu makan
        makan bersama seisi keluarga
        hilang malu hilang pedoman
        maruah pula yang hilang harga
        ghost writer baru je tulis kisah di sebalik pagar hijauMy Profile

  4. sud@is says:

    pakai baju kancing suasa
    tenunan indah mahal sekali
    pakaian itu lambang budaya
    cantik terserlah hiasan diri
    sud@is baru je tulis kisah Petua Mengukuhkan Rumah TanggaMy Profile

    1. tehr says:

      tenunan indah mahal sekali
      siapa melihat rasa terpikat
      cantik terserlah hiasan diri
      dapat rahmat beroleh berkat

  5. shameel says:

    Baju Kurung Baju Kebaya.
    Warisan Melayu Zaman Berzaman.
    Tutup Aurat Maruah Terpelihara.
    Ikut Sabda Nabi Junjungan.
    shameel baru je tulis kisah Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud BismillahirrahmanirrahimMy Profile

    1. tehr says:

      warisan melayu zaman berzaman
      tidaklah jemu dalam pandangan
      ikut sabda nabi junjungan
      ikut perintah di dalam al-quran

  6. Chipcoklat says:

    Siluman gajah mengaum dihutan,
    berkicau unggas berlari bertempiaran,
    cantik melayu bangsa budiman,
    cantik lagi berpakaian sopan

    p/s: Adoyai, spontan je ni tehr. Ok kut?
    Chipcoklat baru je tulis kisah ~Biarkan Aku Jatuh Cinta~My Profile

    1. tehr says:

      kicau unggas lari tempiaran
      melompat ikan di air sungai
      cantik lagi berpakaian sopan
      selalu menjadi pujian ramai

  7. wan9 says:

    pergi ke Giant membeli gula..
    terbaik la….

    haahah xpandai pantun sgt…
    wan9 baru je tulis kisah Kematian Dan FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      gula?
      dah tak ada yang nak sorok gula sekarang ni, wan
      gula dah naik harga :D

  8. wan9 says:

    dah lama x baca pantun kat sini…
    wan9 baru je tulis kisah Kematian Dan FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      dah lama juga wan tak berpantun
      rindu pulak rasa
      hehe

  9. baju kurung pakaian tradisi
    hanya dipakai di hari raya
    nama kemajuan fesyen terkini
    seluar jeans lebih bergaya

    Cuba buat poll, berapa kali perempuan melayu sekarang pakai baju kurung dalam seminggu?
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Top 10 facts about bersih 2.0My Profile

    1. tehr says:

      hanya dipakai di hari raya
      raya puasa dan raya haji
      seluar jeans lebih bergaya
      itu pilihan pemuda pemudi

      buat poll?
      cadangan bagus juga tu

  10. sayacomel says:

    suka yang pakai tudung tanpa pusing-pusing tu..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Sangat – Itik-itik Bersih 2.0.My Profile

    1. tehr says:

      orang kata kalau banyak sangat pusing2
      boleh pening dibuatnya, bro :D
      orang kata la…

  11. akubiomed says:

    Buat lastik daripada kayu
    Lastik diguna memburu burung
    Ayu sungguh gadis Melayu
    Bila kain Songket berbaju kurung

    Masuk hutan memikat burung
    Nasi goreng dijadikan bekalan
    Apalah guna berbaju kurung
    Kalau adab timur dilupakan
    akubiomed baru je tulis kisah Dataran Sunway adalah Zon BersihMy Profile

    1. tehr says:

      nasi goreng jadikan bekalan
      air kopi penghilang dahaga
      adab timur kalau dilupakan
      hilang wajah hilanglah rupa

  12. zik says:

    bila pasal pakaian nie.. baju raya tak beli lagi…hehe
    zik baru je tulis kisah Kisah dua ekor anjing yang cuteMy Profile

    1. tehr says:

      aku pakai yang tahun lepas je
      nilai duit makin kecil sekarang ni
      huhu

  13. zulkbo says:

    Anak itik dalam reban
    Anak ayam lupa di kurung
    Fesyen sekarang suka berkemban
    Mana nak pandang si baju kurung
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Himpunan BERSIH 2.0 Di Luar NegaraMy Profile

    1. tehr says:

      anak ayam lupa dikurung
      seekor mati digelek kereta
      dia tak suka berbaju kurung
      tidak seksi dipandang mata

  14. zulkbo says:

    Pergi ke Sogo cari terompah
    Terompah kulit punyalah mahal
    Baik sekali berbaju tempah
    Tapi harganya dah tentu mahal
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Himpunan BERSIH 2.0 Di Luar NegaraMy Profile

  15. zulkbo says:

    Kolek ke hulu hingga ke Terengganu
    Singgah di Pahang menjeruk maman
    Alangkah indah songket Terengganu
    Tenunan asli zaman berzaman
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Himpunan BERSIH 2.0 Di Luar NegaraMy Profile

  16. adele says:

    ucap tahniah kt sy ye?terima kasih..sy mmg suka berbaju kurung..tp paling suka pkai jubah hitam..tdung rembat je kaler apa..smua masuk dgn kaler hitam kan.. :D
    adele baru je tulis kisah Keluarga Adalah SegalanyaMy Profile

  17. Khidhir says:

    kalau da cantik tu, pakai baju kurung or kebaya pun tetap cantik..
    Khidhir baru je tulis kisah Melindungi PC dan USB Flash Drive Dijangkiti dan Menjadi Penyebar Virus – Bahagian 1My Profile

  18. diam-diam ubi berisi
    diam-diam penuh tindakan
    ramai suka pakai jersi
    jersi Malaysia jadi pilihan
    tengkorak emas baru je tulis kisah Dialog rantai kunciMy Profile

    1. bEe says:

      Wah, hebat juga TE berpantun hihihi

  19. bEe says:

    Pergi kuala menaiki perahu
    Sampai kuala berjalan ke taman
    Pakaian yg sopan tradisi melayu
    Moga tak hilang ditelan zaman :-)

    Okey tak cikgu??? hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun