pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita

Pantun Pagi Raya

Hari ini kita dah raya. Mr Tehr dan keluarga nak ambil kesempatan pagi ini mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga, sahabat dan kenalan jauh dan dekat. Salam raya juga kepada rakan blogger yang sentiasa berkunjung ke Tehramuan.Com walau di mana juga berada. Lama Mr Tehr tak menulis, kali ini Mr Tehr tuliskan beberapa rangkap pantun pagi raya untuk semua.

selamat hari raya

Pagi indah cahaya gemerlapan,
Warna ceria sedondon busana;
Berlalu sudah bulan Ramadhan,
Aidilfitri mulia menjelang tiba.

Simpan seketika batik basahan,
Berbaju raya nampak bergaya;
Bersama keluarga kita raikan,
Syukur kepada Yang Maha Esa.

Berbaju kurung berbunga kaki,
Kain selendang tudung kepala;
Jemput berkunjung ke rumah kami,
Ketupat rendang sudah tersedia.

Siap berdandan jambul sejemput,
Berbaju batik bunga sekuntum;
Dihulur tangan salam ku sambut,
Manisnya adik mengukir senyum.

Mengapa ditaruh beraneka kuih,
Mari disantap bersama kenalan;
Buang yang keruh ambil yang jernih,
Salah dan silap sama bermaafan,

Untuk rakan kita yang tak dapat cuti dan tak dapat balik kampung, Mr Tehr sediakan pantun khas untuk korang kirimkan kepada orang tersayang di kampung. Hehehe…

Jalan raya lengang saja,
Kota raya dah sunyi sepi;
Di pagi raya maaf kupinta,
Aku kerja tak dapat cuti.

TehrDemikian kisah 'Pantun Pagi Raya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

17 Comments

  1. Cik Siti says:

    Buat yang kurang usah dilupakan,
    hidup ini amatlah berharga,
    Selamat hari raya Cik Siti ucapkan,
    Buat En Tehr dan juga sekeluarga.

    1. tehramuan says:

      halus suara burung merpati
      pagi ceria mencari pasangan
      miskin kaya bukan diperhati
      iman dan taqwa jadi ukuran

  2. akubiomed says:

    Membeli songkok untuk pak Hamid
    Pergi solat Raya di pagi Raya
    Salam Aidilfitri dari AkuBiomed
    Untuk bro TehR dan keluarga
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Salam AidilfitriMy Profile

    1. tehramuan says:

      songkok baru hitam warna
      dihias pula kancing suasa
      untukmu juga ucapan raya
      moga gembira di hari mulia

  3. Padin says:

    Salam aidilfitri bro… Maaf zahir & batin

    1. tehramuan says:

      Salam aidilfitri
      tq dan maaf juga sebarang silap salah

      1. padin says:

        lama tak nampak busy uruskan sesuatu ke bro…

  4. sensasi2020 says:

    Nasi dagang gulai ikan,
    Ketupat dimakan bersama rendang,
    Salam Aidilfitri salam kemaafan,
    Sempurna Syawal sudah menjelang.

    Gema takbir memecah hening,
    Tanda Syawal menjelang tiba,
    Selama sebulan nafsu dikurung,
    Kemenangan dijulang penuh teruja.

    Sanak saudara saling mengunjungi,
    Rumah sentiasa terbuka luas,
    Duit raya menjadi tradisi,
    Kanak-kanaklah yg terasa puas.

    Kemaafan dipinta jika tersalah,
    Kita hanya insan yg lemah,
    Jika ada jarum yg patah,
    Berpantun kembali dilain entri dah.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun SyawalMy Profile

  5. samdaddycool says:

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin
    samdaddycool baru je tulis kisah Takbir Raya bidaahMy Profile

  6. ProfHariz says:

    Ada gambar saya.

    Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidin Walfaizin Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
    ProfHariz baru je tulis kisah Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012/1433HMy Profile

  7. hafidz says:

    Salam Lebaran yg indah. Maaf Zahir dan Batin ya!
    hafidz baru je tulis kisah Aidilfitri di 1 Syawal 1433 HijrahMy Profile

  8. sy cuti tp kene standby la cikgu..hehe

    p/s: cikgu emel sy alamat dan akaun bank utk claim hadiah tshirt dragon ngn duit raya :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Selamat KembaliMy Profile

  9. titan says:

    meh, turun beraya ke banting…leh minum cendol.
    titan baru je tulis kisah Pelangi Pagi Hari Raya..My Profile

  10. zik says:

    ada jugak gmbr kawe tue.. lama tak singgah sini dan online.. ramai yang masih tak online nih. pantun dua kerat jerla..hehe

    pagi-pagi mandi di perigi
    selamat hari raya aidilfitri
    zik baru je tulis kisah Duit raya 2012, korang dapat berapa??My Profile

  11. Bro Zulkbo says:

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir dan batin….
    Taqabalallahu minna wa minkum…
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Besok Dah Hari Raya Jangan Lupa Pulak?My Profile

  12. Nurmisnan says:

    Salam aidilfitri utk brother sekeluarga
    Nurmisnan baru je tulis kisah Top link referral Ogos 2012 Raya kongsibersamanoraMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge