tehramuan

cahayacinta hafizmd apacerita
berita utama pondokkecil hairulafiz kakiblog

Pantun Orang Sakit

Hari ini aku harap pengunjung dan pembaca blog Tehramuan.Com jangan gelak. Orang sakit juga ada yang perlukan pantun, tambah lagi kalau yang sakit itu sememangnya kaki pantun. Pasti hatinya akan terhibur, kan. Mudah-mudahan beban mereka terasa sedikit ringan. :D

Pokok kelapa sepanjang jalan,
Rumpun tebu tak mahu tumbuh;
Salam sejahtera wahai kawan,
Moga penyakitmu segera sembuh.

Rumpun tebu tiada tumbuh,
Pokok kelapa berbuah lebat;
Moga sakitku segera sembuh,
Salam gembira wahai sahabat.

Daun sirih tersusun rapi,
Di dalam puan di atas meja;
Kenapa boleh jadi begini,
Semalam tuan sihat sahaja.

Di atas meja di tepi pintu,
Sirih hiasan untuk bonda;
Takdir sudah jadi penentu,
Aku kemalangan jalan raya.

Hahaha… Tak dapat nak bayangkan bila ada yang berziarah orang sakit siap dengan jual beli pantun. Mesti meriah dan riuh rendah wad hospital. Mungkin jururawat dan doktor juga boleh turut sama berpantun. :D

Bawa berakit pisang embun,
Pergi ke kota mencari sahabat;
Orang sakit dapat berpantun,
Sampai lupa nak makan ubat.

Sakit dan penyakit ada berbagai-bagai. Sakit badan, sakit hati, sakit jiwa dan sakit poket [kata budak-budak sekarang]. Sakit dan penyakit adalah ciptaan dan dugaan Allah kepada hambanya. Mungkin ia bertujuan sebagai balasan berupa peringatan kepada manusia atas kemungkaran yang dilakukan. Mungkin juga ia adalah anugerah untuk hambaNya mendapat pahala. Bukankah bersabar dengan dugaan Allah itu akan diberikan pahala?

TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Sakit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



39 Comments

  1. Hakim Mahmud says:

    Allah beri penyakit kepada kita supaya kita ingat siapa pencipta dan dia ingin menghapuskan dosa-dosa kecil kita.. betul tak?
    Hakim Mahmud baru je tulis kisah Zzati Rashid Teman Wanita Wan Zack HaikalMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul dan setuju sangat
      kita hanya perlu banyak bersabar

  2. Bro Zulkbo says:

    salam..
    rasanya kalau orang dulu-dulu
    berpantun juga bila melawat orang
    sakit ni kan..?Tapi sekarang, jangan
    di buat..memang di gelak orang rasanya
    he he..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Antara 2 Fenomena : iPhone 5 Gadget Impian Dan Durian CrepeMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      mujur tu kalau hanya gelak
      nasib tak baik kena marah lagi

  3. hatiputera says:

    Susah pulak hati orang yang sakit terpaksa memerah otak untuk menjawab pantun nanti.
    hatiputera baru je tulis kisah Bloglist Setahun Dari Ciklaili.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      kalau kaki pantun, tak ada susahnya bro
      spontan je menjawab :D

  4. akubiomed says:

    Menziarah siapa yang sakit bro TehR?
    akubiomed baru je tulis kisah The Grand Finale Samsung AppStar 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya aku tak ziarah siapa2, bro

  5. maza says:

    kekekeke… elok benar idea cikgu Tehr. hehehe

    sambil berpantun dan bersila dlam wad tu, jangan lupa pekena secawan teh.. ahaks.. baru ler meriah sakan..hehehe

    semoga cepat sembuh ya teman2.. huhuhu
    maza baru je tulis kisah Sebuah Kembara Johor; Pencarian Jalan HidupMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      bersila dalam wad?
      dah lebih tu, bro

  6. Ladfe Amir says:

    berpantun juga adalah salah satu bentuk hiburan yg boleh menceriakan si pesakit. untung2 ketawa dan senyum boleh menghilangkan kerut muka kerana sakit.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Sikap Prihatin Bermula Dari Diri SendiriMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, asal saja kita tahu kesukaannya pesakit yang dilawati
      kan?

  7. papa mifz says:

    sibuk berpantun sehingga lupo makan ubat…ha itu parah tuh…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Keputusan La LigaMy Profile

    1. tehramuan says:

      misi pula lupa beri ubat kerana leka berpantun
      memang parah :D

  8. donnyien says:

    hello bro Tehr,
    selamat malam.. siapa agaknya yang sakit tu, adakah tuan tanah?..

    apapun semoga cepat sembuh. Lepas baca pantun bro lega sikit pening kepala ni hehe
    donnyien baru je tulis kisah Kisah benar Volkswagen dan seorang lelakiMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku ni sihat sejahtera, bro
      mak aku je yang masih belum sembuh sepenuhnya

  9. UmmiKami says:

    Mentimun mentimun retak..
    Dahan liat lalu serangga..
    Berpantun berpantun jugak..
    Badan sakit perlu dijaga..

    Tekan jerawat kutil bersusun..
    Peluh melekat kotor membawa..
    Makan ubat sambil berpantun..
    Tubuh sihat doktor ketawa…..tudia pantun :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lawak Ada-ada saja….^^My Profile

    1. tehramuan says:

      Peluh melekat kotor dibawa,
      Seluruh badan penuh berdaki;
      Tubuh sihat doktor ketawa,
      Sanak keluarga senang hati.

  10. UmmiKami says:

    Hujan lebat selang seketika..
    Dengan derai tempiasan ria..
    Makan ubat membilang angka..
    Jangan sampai kehabisan idea…^^,
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lawak Ada-ada saja….^^My Profile

    1. tehramuan says:

      Sambut derai tempiasan ria,
      Sampai lenguh tangan ditepuk;
      Belumlah sampai kehabisan idea,
      Mengambil tempuh mencari duduk.

  11. UmmiKami says:

    Kebaya lama santun pusaka…
    Lentuk mengindahkan pesona..
    Saya cuma berpantun seloka…
    Untuk memeriahkan suasana..

    Cahaya meruntun penyuluh hari..
    Pantai masyhur nadi muara..
    Saya menyusun sepuluh jari…
    Andai terlanjur budi bicara…..ya
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lawak Ada-ada saja….^^My Profile

    1. tehramuan says:

      Pantai masyhur nadi muara,
      Perahu panjang mudik ke hulu;
      Tiada terlanjur budi bicara,
      Menambah riang rasa hatiku.

    1. tehramuan says:

      haha
      MU sedang jadi ketua sekarang ni, bro
      harimau malaya juga semakin tajam taring dan kuku :D

  12. Mus says:

    adakalanya sakit memberi kita peluang untuk berehat.
    Mus baru je tulis kisah Warna-Warni Gambar Di Tamu Besar Kota Belud 2012My Profile

    1. cmratu says:

      betul tu.. kadang2 kita ni banyak sangat kerja.. hehe
      cmratu baru je tulis kisah Bloglist Setahun Dari ciklaili.comMy Profile

      1. tehramuan says:

        betul tu, setuju sangat
        ia memberi ingat ke mana arah kita seterusnya

  13. Norizwan says:

    itu sebab saya suka blog bro…pantun segala-galanya ada…penyakit memang tak boleh lari…pasti akan dapat sakit…doakan jer la minta disembuhkan….
    Norizwan baru je tulis kisah 3 blog pilihan terbaikMy Profile

    1. tehramuan says:

      bila dapat sakit, banyakkan bersabar
      mudah2an akan terasa kurang sakitnya

  14. Hafizul says:

    Hahaha..time demam macm ni pekena pantun ni memang syok jugak..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

    1. tehramuan says:

      bila hati senang dan gembira
      moga2 segera sembuh, bro

  15. Cik Siti says:

    biar sakit badan jangan sakit hati, nanti iman boleh mati
    Biar sakit poket jangan sakit jiwa, nanti boleh jadi gila dibuatnya…hehehe
    Cik Siti baru je tulis kisah kipas….My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, biar sentiasa sihat iman dan taqwa

  16. kakyon says:

    berakit rakit kehulu..berenang ketepian.
    bersakit sakit dahulu..nanti senang kemudian. ada kene mengena dgn orang sakit juga kan?
    kakyon baru je tulis kisah kenapa sakit perut..My Profile

    1. tehramuan says:

      hehe, memang ada kena mengena juga
      cuma musim banjir ni, tak usah la biarkan anak2 main rakit
      bahaya :D

  17. shraqs says:

    Mesti happening la situasi di hospital… :). Sakit2 pun nak kena menjawab pantun lagi…
    shraqs baru je tulis kisah Angry Birds Seasons – Winter Wonderham UpdateMy Profile

  18. titan says:

    hoho..terbaiklah pantun-pantun nih..
    titan baru je tulis kisah Lu ada 1 minit untuk undi gua.My Profile

  19. hafizrahim says:

    menarik juga sekali sekala baca pantun ni..hehehe
    hafizrahim baru je tulis kisah KOMLI..Rezeki Akhir Tahun 2012My Profile

  20. kym says:

    Hanya boleh dibuat di laman sosial XD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge