Aku mendapat idea untuk menulis Pantun Orang Mengidam ini bila melihat beberapa ekor kucing aku mengandung. Jangan salah faham pula. Isteri aku tidak hamil sekarang ini dan aku juga tidak mengidam apa-apa.
Membawa hasil untuk jualan,
Pulang ke rumah malam hari,
Isteri hamil suami keriangan,
Mak dan ayah tumpang sekaki.
Langit kelam gelap pandangan,
Sepanjang malam guruh berlagu;
Jeruk dan asam jadi hidangan,
Sesekali mengidam pucuk paku.
Perubahan hormon yang berlaku pada wanita mengandung menyebabkan terjadinya berbagai perangai pelik yang tidak biasa dilakukan sewaktu tidak hamil. Ada juga yang sebaliknya. Paling teruk bila tak boleh makan dan asyik muntah sahaja. Terpaksalah si suami makan luar berseorangan, bukan lagi makan berdua seperti selalunya.
Kain baldu cantik hamparan,
Kenapa insan bermuram rasa;
Banyak menu berbagai hidangan,
Kenapa makan hampas kelapa?
Pisau tajam minta dipinjam,
Mari dipotong daging biri-biri;
Bila mengidam banyak ragam,
Teringin nak cium tayar lori.
Suami mengidam? Selalu juga terjadi si isteri yang hamil tidak mengidam apa-apa, tetapi si suami pula yang lebih-lebih mengidam nak makan benda yang pelik-pelik. Perangai pula mengalahkan budak-budak
Sayang Pak Jamil berkain pelikat,
Kainnya basah disimbah hujan;
Isteri yang hamil sejahtera sihat,
Suaminya susah pening kepala.
Demikian kisah 'Pantun Orang Mengidam' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


Hm.. tak pernah mengidam. hahaha
belum kawin nak ngidam apa kan..
zool recently posted..Keputusan perlawanan bolasepak Liga Perdana Malaysia 07 Januari 2013
ada juga yang mengidam gajet..
Mus recently posted..Aktiviti Nikon Club Malaysia Sepanjang Januari 2013
Dimarah emak tak gosok gigi
Cuma bertindak selepas di rotan
Isteri hamil membawa rezeki
Berita di sambut penuh kesyukuran
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Heavy Metal Compressorhead: Ace of Spades
hahahaha…. orang tak preggy pun mengidam jugak. banyak kehendaknye…
Rapunzeel Cikilolo recently posted..dah hidupkan enjin
Dalam banyak2 mengidam yang saya pernah dengar ialah mengidam untuk makan sup selipar jepun. Haru dibuatnya,
shraqs recently posted..Cara Mendapatkan Kembali WiFi Password Di Android Smartphone
teringat dulu semasa isteri diperingkat awal mengandungkan Mifz, asyik muntah jer setiap kali makan…
papa mifz recently posted..Tempat Menarik di Melaka
saya atime mengandung dulu, suami mmg jarang sekali makan luar sorang2, biasanya masak kat rumah. sekali sekala rasa nak makan baru keluar, itu pun bersama-sama.. katanya jaga makanan, takut kat kedai macam2 die letak perasa.. takut anak macam2 jadinya.. macam-macam..
fiezaradzi recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia 2012
Merekah betik bila direndam,
Bersari pekat serawa pisang;
Takkah pelik suami yang mengidam,
Isteri yang hamil ketawa seorang.
Kelapa basah di tepi kolam,
Sepatu nyonya masih di peti;
Apa dikisah suami mengidam,
Itu tandanya kasih di hati.
UmmiKami recently posted..Pantun Ada Lagu Dalam Pantun..^^,
Salah tuu..
Merekah betik bila direndam,

Mari diambil serawa pisang;
Takkah pelik suami yang mengidam,
Isteri yang hamil ketawa seorang.
UmmiKami recently posted..Pantun Ada Lagu Dalam Pantun..^^,
Kalau yang mempunyai anak sudah tahu ragam mengandung.

akubiomed recently posted..Ribut Sunamo penduduk Pantai Timur dinasihat jangan panik
pernah juga rasa ngidam ni, tapi entah nafsu makan kot
hairulafiz recently posted..NBI SKMM : Daftar Rebet RM 200
Isteri saya kalau mengandung memang kuat alah..kena standby plastik beg banyak dalam kereta..

Hairul Azni recently posted..Bantuan-Bantuan Khas Kerajaan
Kata org, org mengidam ni baik tunaikan saja permintaannya.
de engineur recently posted..Malaysia Monument @ Tugu Peringatan Malaysia
Sy rasa awal tahun, memang kucing yg mengandung. Kita tgk tgh tahun ni, mana tau isteri bro pulak ke. kan kan
effort lab recently posted..Basikal Eco // 07 oleh Victor M. Aleman [12 gambar]
memang bagus kalau terkena pada suami yang kuat
comlain saja. Biar dia rasa betapa seksa pd perempuan2
yang mengandung… har3
nurmisnan recently posted..IPHONE 5 GADGET IMPIAN
kadang-kala tak mengandung pun boleh mengidam…. hehehe
Cik Siti recently posted..Permainan yang selalu Cik Siti kalah
Puteri bongsu cantik diandam,
Putera menanti tiada keruan,
andaikan diturutkan niatnya mengidam,
Pening si suami mencari habuan.
Cik Siti recently posted..Permainan yang selalu Cik Siti kalah
hehee dulu org rumah bro TehR mengidam ape?

padin recently posted..Nostalgia : Koleksi Permainan
Pakai pelita di waktu malam,
Jalan bersama kaki tersandung;
Andaikata suami yang mengidam,
Manakan sama isteri mengandung.
UmmiKami recently posted..Pantun Mengapa…
Kucing mengidam ikan kembung
mengiau bising minta ikannya
kenapa mengidam hanya wanita mengandung
lelaki juga ada mengidamnya
Malaysia coin recently posted..10 sen 1971 palsu
wife saya masa bawa abang dan adik tak mengidam..kalau tak berpantun jugaklah..hehe
cikgu naman recently posted..Internet On The Go Bersama P1 Mifi MX230
sy nak tambah lagi ar heeee
suri recently posted..PRIVATE & CONFIDENTAL
klu mengidam mmg risau kalau2 brg nak tak dpt cri heeeee
suri recently posted..Mi Suah Sup
Mengidam oh! idaman
Semua makanan nak diidam
Ada yang pelik menjadi idaman
Asap kereta pun nak mengidam
Mengidam oh! idaman
Inilah indahnya si perempuan
Mengandung selama 9 bulan
Jerit perit tanda pengorbanan
Terima kasih wahai isteriku =)
oppss…tersalah channel…hahaha
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #28 Asal Ada Kecil Pun Pada
hahahaha…ada jugak terslah channel mcm ni..ehh bisa jugak berpantun yer..haha
ni pulak pantun orang yang nak mengidam tp belum rezeki
naik haji dengan dam
begitalah nasib lebai malang
ai nasib badan biniku mengidam
chiken wing madu setiap petang
Nazri recently posted..Perut Buncit
Seb bek aku bukan salah sorang yg kaki ngidam…hehehe
yas recently posted..Serius – Wanita Beranak Dalam Kapalterbang
siapa yang mengidam ni sebenarnya haa..
hai tehr,
isteri mengandung ke? tahniah saya ucapkan… isteri mengandung memang banyak ragam. Isteri saya pula suka cium minyak kereta walaupun tidak mengandung.. =D
donnyien recently posted..Impian baru seorang blogger
mula-mula tengok tajuk ingtkan isteri bro yang mengidam..haha..
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #40 – Meja Study Untuk Isteri
sykurlah. wife mengandung dengan aman.. tiada yang pelik-pelik diidamkannya
Mus recently posted..Aktiviti Nikon Club Malaysia Sepanjang Januari 2013