Pantun Orang Lambat

Sesekali terlambat bangun tidur memang kelam kabut dibuatnya. Tambah lagi apabila bekerja makan gaji sebagai kakitangan kerajaan atau swasta. Kalau kerja di rumah sendiri seperti berniaga kedai runcit, mungkin agak kurang mendatangkan masalah. Terlajak tidur juga merupakan antara sebab pelajar ponteng sekolah atau ponteng kelas.

Jantan berkokok di waktu pagi,
Kambing berlari keluar kandang;
Badan bongkok kat depan baldi,
Baru nak mandi hari dah siang.

Kambing berlari keluar kandang,
Lembu melihat tertanya-tanya;
Baru nak mandi hari dah siang,
Solat tak sempat kopi tak ada.

Lembu melihat tertanya-tanya,
Kambing bebiri lupa nak makan;
Solat tak sempat kopi tak ada,
Kasut di kiri selipar di kanan.

Kambing bebiri lupa nak makan,
Rusa bersyukur mata menjeling;
Kasut di kiri selipar di kanan,
Orang menegur tidak berpaling.

Rusa bersyukur mata menjeling,
Itik berlenggang penuh bergaya;
Orang menegur tidak berpaling,
Lintang-pukang nak pergi kerja.

Itik berlenggang penuh bergaya,
Ayam berlagu berkokok petang;
Lintang pukang nak pergi kerja,
Tersepak batu jatuh ke longkang.

Tidur mesti diatur dengan baik. Ikhtiarkan agar diri cukup tidur bukan terlebih tidur. Tidur yang sempurna menjadikan badan kita sihat, otak juga cerdas.

Ada yang korbankan waktu tidur di malam hari atau siang hari hanya kerana melayan teman lelaki atau teman wanita di facebook. Adakah berbaloi begitu?

TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Lambat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. huhuhu. ni selalu ni :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah diet orang kayaMy Profile

    1. TehR says:

      tak molek tu selalu lambat
      nanti lambat kawin
      hehe

      1. huui… jangan ler begitu :)
        Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Gambar 2 : PatternMy Profile

  2. mie says:

    dulu selalu lambat..
    skrang selalu ontime…
    hehehhehee
    mie baru je tulis kisah Saya Sudah Satu TahunMy Profile

    1. TehR says:

      yups, mesti selalu ontime
      sesekali awal juga bagus, bro :D

  3. pipoq says:

    sebelum kahwin dulu ada jugak sekali sekala terlambat bangun..abis keje pun dah nak tengah malam, sampai rumah layan bergayut dulu kat telefon..bila tersedar, hari dah hampir cerah..mau tak kelam kabut dibuatnya..hehehe
    pipoq baru je tulis kisah Pos Laju yang tak lajuMy Profile

    1. TehR says:

      memang kelam kabut
      pergi kerja pula dengan mata merah
      terus je tak nampak kacak
      hehe

  4. Wan Fauzi says:

    nasihat yg amat berguna utk semua… akal yg cerdas dari badan yg sihat…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Definisi Akhlak dan Tabiat ManusiaMy Profile

    1. Wan Fauzi says:

      hidup secara teratur utk kehidupan yg lebih terurus…
      Wan Fauzi baru je tulis kisah Definisi Akhlak dan Tabiat ManusiaMy Profile

      1. TehR says:

        aku ni sedang nasihatkan diri sendiri ni, bro :D

  5. maza says:

    hari ini saya kelewatan ke ofis, gara2 terlajak tidur dan hujan yg lebat membawa lena yg cukup enak dan berpanjangan.. ahaks

    kena minta maaf pada boss dan minta dihalalkan upahnya pada hari ini.. uhuk!
    maza baru je tulis kisah Pukul Telefon Di Pondok Telefon Awam Untuk TelesiswaMy Profile

    1. TehR says:

      yups, minta maaf saja dengan bos
      lain kali tak buat lagi dengan sengaja

  6. UmmiKami says:

    Salam manis hujan gerimis :)

    Biar lambat asal tepat..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

    1. TehR says:

      Salam manis hujan gerimis,
      Biar lambat asalkan tepat;
      Bangun pagi senyum manis,
      Orang melihat jadi terpikat.

      hehe

      1. UmmiKami says:

        Salam lambat jawab :D

        Kuntuman lebat hiasan Marhanis,
        Batang sekerat jambangan diikat;
        Senyuman hebat perasan manis,
        Orang melihat buang tebi’at.. :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

        1. UmmiKami says:

          Nak cepat.. :)

          Kuntuman lebat hiasan Marhanis,
          Batang sekerat jambangan diikat;
          Senyuman hebat perasan manis,
          Orang melihat buangan tebi’at.. :D
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

          1. TehR says:

            Batang sekerat jambangan diikat,
            Tercucuk duri jarinya bengkak;
            Orang melihat buangan tebi’at,
            Seronok sendiri perasan kacak.

            1. UmmiKami says:

              Tercucuk duri jariku bengkak,
              Mula memupuk sapuan berangin;
              Seronok sendiri perasan kacak,
              Bila duduk di depan cermin……..:D
              UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

              1. TehR says:

                ha ha ha gelak gelak gelak
                sebenarnya memang tahu
                diri sekadar bujang terlajak
                siapa pun sudah tak mahu

                1. UmmiKami says:

                  Salam nak beli pantun :D

                  Sajak bukan sebarang sajak,
                  Berkajang sajak baru dijejak;
                  Terlajak bukan sebarang terlajak,
                  Bujang terlajak cikgu yang bijak…:D
                  UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

  7. aku berjaga malam lepas study untuk berblogging. lain masa memang sangat sibuk. :)

    1. TehR says:

      harap2 tak lewat ke kelas besok pagi
      hehe

  8. sud@is says:

    sekali sekala lambat tentu cikgu maafkan..
    kalau selalu kena rotan
    sud@is baru je tulis kisah 9 Mimpi Nabi Muhammad SAWMy Profile

    1. TehR says:

      kalau selalu kena rotan
      payah mahu cari alasan :D

  9. zool says:

    kalau habis masa blogwalking camne cikgu?
    zool baru je tulis kisah PROJEK E-NOVEL – SEDANG MENCARI KONFLIKMy Profile

    1. TehR says:

      memang masalah aku juga ni
      masa untuk blogwalking sentiasa je tak cukup
      huhu

  10. dja@sishaza says:

    Kalau bujang bjaga mlm mlyn kekasih di fb, untung2 bawa ke pelamin…lg berat bapak budak lyn kekasih lama kt fb,apa ceritenye…kopi sah x ada, kot selipar jd sarapannya..Haha ;)

    1. TehR says:

      bapa budak layan kekasih lama?
      memang tak patut sangat tu
      siram je dengan air kopi
      haha

  11. nurmisnan says:

    zaman sekarang tiada yang mustahil Cikgu
    baik lelaki mau pun perempuan.. sanggup luangkan
    masa + duit utk buah hati kesayangan
    nurmisnan baru je tulis kisah Majlis sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013My Profile

    1. TehR says:

      buah hati pengarang jantung
      harapan tinggi puncak gunung
      kekasih lari hidupnya murung
      banyak rugi daripada untung

  12. UmmiKami says:

    Lagi… :)

    Dulu turun melompat sekali,
    Terlalu berani gempak dan hebat;
    Selalu berpantun lambat membeli,
    Baru harini nampaknya cepat……..tudiaa :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

    1. TehR says:

      Terlalu berani gempak hebat,
      Langkah seni pendekar lama;
      Baru hari ni nampaknya cepat,
      Sekolah cuti tahun baru cina.

  13. hairulafiz says:

    kengkadang terlambat juga ke tempat kerja
    hairulafiz baru je tulis kisah Jersi Johor Darul TakzimMy Profile

    1. TehR says:

      aku juga begitu, bro
      sesekali ada juga terlewat
      hehe

      1. hairulafiz says:

        nak2 kalau mlm harinya hujan lebat mesti esok liat nak bangun..
        hairulafiz baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru Cina 2013My Profile

  14. Petua Puteri says:

    Kalau cukup tidur, badan akan sihat. begitu juga sebaliknya.
    Petua Puteri baru je tulis kisah Tips Badan Langsing Seksi Bak ‘BEYONCE’My Profile

  15. papa mifz says:

    kadang2 terlajak juga tidurnya, mulalah kelam kabut mandi dan bersiap…tapi bukanlah selalu…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Gambar Mifz di Pulau LangkawiMy Profile

  16. Petua Puteri says:

    kalau kurang tidur boleh datangkan byk penyakit.
    Petua Puteri baru je tulis kisah Tips Badan Langsing Seksi Bak ‘BEYONCE’My Profile

  17. padin says:

    hahaa, 3 tahun kerja ni banyak kali juga dakwat merah…

  18. saya pula malam asyik berjaga… pagi membuta.. tak tentu arah tidurnya…. rasanya macam terlebih tidur shj… :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Sayur Kailan Ikan Masin SpecialMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Kendur jala baru diperah,
      Sisik banyak terlekat di sampan;
      Tidur pula tak tentu arah,
      Asyik memasak rehatkan badan. :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

      1. asyik masak putu je kerjanya.. heeee :D
        Hairul Hissam baru je tulis kisah Resepi Sayur Kailan Ikan Masin SpecialMy Profile

  19. effort lab says:

    Kami jual pantun satu! hehe

    Hang tuah berkelahi dengan si jebat,
    Salah siapa mereka kejam,
    Siapa suruh bangun lambat,
    Minyak ditekan 100km/jam~

    Lepastu tukar2 lane tak bagi signal. ish..
    effort lab baru je tulis kisah Burung Belatuk Buat Sarang Di Tiang Konkrit [3 gambar]My Profile

    1. UmmiKami says:

      Salam berpantun.. :D

      Banyak ikan dan juga ketam,
      Tangan mencapai sekotak ais;
      Minyak ditekan 100km/jam,
      Jangan sampai kena AES.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

  20. donnyien says:

    hai bro..
    sejak kebelakangan selalu kurang tidur siang. asyik kerja malam je.. kesihatan banyak terganggu.
    donnyien baru je tulis kisah Semarakkan nilai-nilai murni setiap masaMy Profile

  21. Sharafie says:

    aku susah nak tidur macam mana pulak..dah dapat tidur skali terbangun tak boleh tidur dah..
    Sharafie baru je tulis kisah Kisah Seram Misteri Hostel UITM Sri IskandarMy Profile

  22. Ladfe Amir says:

    saya bekerja shift. waktu tidur mmg tidak tentu. selalunya masuk kerja on time ataupun cepat seminit dua sahaja
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang MenerimaMy Profile

  23. daddydee says:

    Rancang setiap pergerakan kita itu yang terbaik.
    daddydee baru je tulis kisah Usah Diubah Ciptaan Yang SempurnaMy Profile

  24. yas says:

    Yg penting disiplin diri…..nasib baik aku jarang2 sgt lewat dan tak tergolong dlm golongan org begini…hhehehe
    yas baru je tulis kisah Insentif RM200 Jika Berkahwin di SelangorMy Profile

  25. ohcikgu says:

    ni mesti kes bangun lambat pagi tadi..haha
    ohcikgu baru je tulis kisah Update Contest 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  26. Bro Zulkbo says:

    salam..
    setakat nih belum pernah lambat lagi
    ke tempat kerja, alhamdulillah :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Berjaya Mengatasi Masalah Short And Duplicate Tag Dan Google Kemaskini Pagerank Januari 2013My Profile

  27. akubiomed says:

    Teringat akan rakan mat saleh dari Australia kita berada di Malaysia selalu menepati masa walaupun Lembah Kelang diketahui dengan kesesakkan lalu lintas. Malu kita dibuatnya selalu memberi alasan jalan sesak.
    akubiomed baru je tulis kisah Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hatiMy Profile

  28. fiezaradzi says:

    kalau bab tidur malam, biasanya mmg akan tidur bila anak2 dah tidur.. bab nak tidurkan anak tu, kalau senan alhamdulillah, kalau tak, bercinta juga..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun