Pantun Orang Bohong

Bohong sunat. Ada ke bohong sunat? Rasanya tak ada kan. Idea budak-budak ni memang ada-ada saja nak lepaskan diri. Kalau dah bohong tu, pastinya haram. Berdosa. Takkan pula sunat, kerana mengerjakan perkara sunat adalah digalakkan dan akan diberi ganjaran pahala.

Makan lontong kedai mamak,
Hidangan roti bersama kari;
Orang bohong kerana tamak,
Sudahnya nanti jadi pencuri.

Makan roti bersama kari,
Perut senak isi dah penuh;
Sudahnya nanti jadi pencuri,
Jadi perompak juga pembunuh.

Perut senak isi dah penuh,
Badan lesu mengantuk mata;
Jadi perompak juga pembunuh,
Kerana nafsu menjadi raja.

Kata orang tua dulu-dulu; Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Kan, mana ada bohong sunat. Suka berbohong ni macam satu latihan untuk menjadi pencuri pula nanti. Tak kira la curi apa pun sama ada curi harta mikik orang atau curi masa. Curi juga tu.

cakap

Mr Tehr pernah juga cakap bohong masa kanak-kanak dulu. Cakap kat emak pergi main bola sedangkan sebenarnya melencong ke lain. Sekarang tak buat dah… :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Bohong' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


39 Comments

  1. iwan delaroc says:

    klu sebelum baligh, bohong tu ok jeee

    ahaksss… skrg dah kena pikir dosa dan pahala plak.

    hati hati dalam percakapan ya
    iwan delaroc baru je tulis kisah seperti ‘merry go around’My Profile

    1. tehr says:

      dah berkeluarga ni memang sangat tak elok kalau asyik berbohong
      anak2 akan tahu juga nanti
      payah kalau mereka juga ikut berbohong :D

  2. dinar says:

    jalan sehala satu lorong,
    dipantau pula polis trafik,
    elakkan bercakap bohong;
    kerana itu tanda orang munafik….
    dinar baru je tulis kisah Pelanggan yang dihormati…My Profile

    1. tehr says:

      dipantau pula polis trafik
      silap gaya dapat saman
      itu tanda orang munafik
      lemah taqwa lemah iman

  3. yas says:

    Hahaha….tang bohong sunat ni yg susah…kenkadang “terpaksa” jugak buat, demi menjaga sesuatu / keadaan drpada menjadi lebih buruk bro…

    #pandangan aku je laa tu..:)
    yas baru je tulis kisah Kasihnya Ibu – Sanggup mengorbankan nyawa sekalipunMy Profile

    1. tehr says:

      betul, yas
      mungkin kita perlu juga berbohong untuk menyelamatkan keadaan
      seperti dalam hal keselamatan nyawa, maruah atau harta benda

  4. zulkbo says:

    salam..
    ermm..berbohong?
    ada kalanya perlu
    juga untuk meredakan
    suasana atau masa
    yang berkenaan.
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Di Mana Nak Ambil Bantuan Rakyat RM 500 | Budget 2012My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kalau masakan isteri kurang sedap, contohnya
      mungkin perlu kita katakan sedap dan enak saja
      untuk memelihara hubungan :D

  5. nurmisnan says:

    hik3… dulu masa kecik2 ada juga buat mcm tuh.
    bohong sunat kat mak dan arwah nenek sebab nak
    pergi party rumah kawan padahal ckp dgn mak pergi
    kelas tambahan.

    bkn tak nak bg tau tapi takut mak tak bagi pergi coz
    selagi kerja rumah tak siapkan x blh pergi… hik3.. nakal2
    nurmisnan baru je tulis kisah Mimpi bunuh kutu kepalaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik

  6. surihatiku says:

    haa.. main bohong2 yer nnti mak bwk kayu balun mr tehr bru thau..
    surihatiku baru je tulis kisah 10 Fakta Tentang Obor-Obor LautMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      dah. memang dah biasa kena :D

  7. surihatiku says:

    klu bohong lama2 kantoi gak..sorok ar tang mana lama kelamaan akn terbongkar jua
    surihatiku baru je tulis kisah Apa Itu ParaplyMy Profile

    1. tehr says:

      itulah yang sebenarnya, suri
      hilang gelap, terbitlah terang

      akan kantoi juga satu masa nanti

  8. ghost writer says:

    pergi ke pasar membeli buah
    sampai di pasar membeli kerupuk
    orang mencuri selalu kena belasah
    orang bohong selalu kena lepuk.

    haha.pantun aku agak miring.
    ghost writer baru je tulis kisah pragmatikMy Profile

    1. tehr says:

      terbaik, ghost
      payah pulak aku nak balas ni…

      pergi ke kedai hendak membeli
      tersilap membeli hati kecewa
      rajin, pandai memang terpuji
      ke mana pergi orang pun suka

  9. akubiomed says:

    Bohong sunat kadang terpaksa untuk menjaga keaiban. Contoh makwe berisi tapi mulut kata ‘awak nampa kuruslah’
    akubiomed baru je tulis kisah Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.comMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      aku pun setuju macam tu
      untuk mengelakkan ‘peperangan’ yang maha hebat :D

  10. puteri says:

    kekkekekkeke tak bohong
    cuma tipu

    tak tipu
    cuma kelentong sikit jerrr

    hahaha
    puteri baru je tulis kisah bila malas nak updateMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      ni kerja sebahagian orang politik ni
      sampai tiba musim pru lagi
      janji, janji dan terus berjanji… :D

  11. Cik Siti says:

    kalau selalu sangat cakap bohong orang pun tak akan percaya lagi kat kita….
    Cik Siti baru je tulis kisah #6 wordless wenesdayMy Profile

    1. tehr says:

      memang tak akan percaya, cik siti
      macam cerita budak gembala kambing :D
      sudahnya diri sendiri yang susah

  12. kakyong says:

    suka dengan irama pantun… pembayang nya terus dihidup dirangkap pantun yg seterusnya…
    kakyong baru je tulis kisah 9 daripada 10 kanak-kanak dan remaja Malaysia terdedah gejala siberMy Profile

    1. tehr says:

      yang ni namanya pantun berkait, kakyong
      pening juga saya nak susun :D

  13. titan says:

    tak baik bohong-bohong..
    titan baru je tulis kisah Iklan Komersial Thai yang paling kacakMy Profile

    1. tehr says:

      betul3x :D
      berdosa tu…

  14. LadyBird says:

    kalau org yg dh sellau berbohong.. tak tersedar pun yg dia sdg berbohong..
    LadyBird baru je tulis kisah Hulurkan Tangan Ringankan BebanMy Profile

    1. Norgadis says:

      Betul betu betul…
      Norgadis baru je tulis kisah Buku Aturcara Majlis Bicara BukuMy Profile

    2. tehr says:

      haha
      dia sendiri tak percaya apa yang dia cakap
      sebab dia cakap bohong :D

  15. Norgadis says:

    Kalau selalu berbohong, cakap benar pun orang tak percaya…
    Norgadis baru je tulis kisah Buku Aturcara Majlis Bicara BukuMy Profile

    1. tehr says:

      memang betul, nor
      sekali orang tak percaya, payah la hidup

  16. [...] kandungan entri ini sahaja. Kepada saudara tehr, minta maaf kerana tiada meminta kebenaran mencedok pantun di [...]

  17. padin says:

    hehe aku dulu pun selalu bohong juga, jatuh motor aku katakan jatuh masa main bola :D

    pssstt.. gambo tahun bila ni bro? ekekee
    padin baru je tulis kisah Menjadi Yang TeratasMy Profile

    1. tehr says:

      ntah, aku lupa
      rasanya awal 80an tu
      haha

  18. Juan says:

    saya pon pernah, tipu kalau x pernah bohong masa kecik, hehe
    Juan baru je tulis kisah Breaking Bad Season 1, 2, 3, 4 | ReviewMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      sama la kita, juan
      budak2 la katakan :D

  19. bEe says:

    Dlm Islam takde pun ayat yg boleh bohong sunat ;)
    hehehehe…
    Masa kecik2 dulu selalu juga buat bohong sunat :-P

    1. tehr says:

      memang tak ada pun, bEe

  20. titan says:

    tak baik berbohong. :)
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan CPM.bizMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun