cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Orang Bertanya

Bagaimana mahu membina blog? Bagaimana mahu menulis blog? Bagaimana mahu mendapatkan trafik tinggi? Bagaimana cara bermain SEO? Apa topik panas sekarang? Bagaimana cara mendapat duit dari blog peribadi? Kenapa blog tiada komen? Kenapa trafik blog kurang? Siapa blogger lelaki kacak bergaya?

Ha ha ha. Banyaknya soalan yang boleh dikemukakan dan mungkin sentiasa bermain dalam kepala seorang blogger. Dan pastinya ada banyak lagi yang sememangnya tak sempat dan tak dapat untuk ditulis di ruangan ini. Untuk mententeramkan hati dan fikiran, apa kata kita belajar menulis pantun sahaja. :D

Hujan gerimis sudah berlalu,
Mengapa basah kaki berlari;
Duduk menangis tidak berlagu,
Mengapa dibantah diri sendiri.

Anak kancil melompat pagar,
Kerbau balar asyik ketawa;
Masa kecil tak mahu belajar,
Sudah besar tertanya-tanya.

Ular sawa meniti kayu,
Ular kapak melihat sahaja;
Mahu bertanya terasa malu,
Lelaki kacak siapakah nama.

Sarang jatuh dihurung semut,
Burung tempua mencari makan;
Malu berkayuh perahu hanyut,
Malu bertanya sesat di jalan.

Dari mana hendak ke mana,
Bertemu tangan dengan kaki;
Mahu tanya bolehlah tanya,
Ditanya jangan sakitkan hati.

Kadang-kadang terbit juga soalan-soalan bodoh yang sememangnya tidak memerlukan jawapan. Hanya sekadar bertanya kerana yang bertanya sudah pun tahu apa jawapannya. Masalahnya menimpa lelaki kacak yang ditanya. Mahu menjawab, rasa membazir sahaja. Kalau tak dijawab nanti dikata sombong atau dikata pekak pula.

“Sapu sampah ke, Pak Teh?”

“Tak. Cari kuman!”

Ha ha ha


Sementara tunggu kerja tetap buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Bertanya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



72 Comments

  1. Jamal Ali says:

    Malu bertanya sesat jalannya~
    Jamal Ali baru je tulis kisah Pada Tulisan-tulisanMy Profile

    1. tehr says:

      Sekarang ni ramai yang tanya GPS je
      Tu pun masih juga salah arah
      Huhu

      1. Mus says:

        kalau tak updated map.. memang sesatlah jawabnya
        Mus baru je tulis kisah Pisang Goreng Cheese, Wajib Cuba Di SempornaMy Profile

        1. tehr says:

          Aku baru je updated map tu, mus
          Harap lepas ni tak la salah arah lagi

          1. suri says:

            beli murh tu sesat jln heee

  2. shraqs says:

    Nak bertanya memang digalakkan tapi pastikan baca entri sampai habis dulu :)
    shraqs baru je tulis kisah A Love Story : G-Male Dan Siri (Video)My Profile

    1. tehr says:

      Yups, kena faham juga apa yang nak ditanya

  3. Tabik ngan mereka2 yg tau bercinta ngan SEO :)

    1. tehr says:

      Cinta alam maya ni, melati

      1. mak lagenda says:

        Nak bercinta pun, kena la jugak belajar2 menyintai..baru ada feel siapa yg kita ‘cintai’ tuh. Tak gitu tehr??
        mak lagenda baru je tulis kisah WORDLESS WEDNESDAY : KOLEKSI TERBARUKUMy Profile

  4. Pergi ke hutan mencari tupai
    Masuk hutan dikejar beruang
    Nak berpantun saya tak pandai
    Hobi hanya mengumpul wang
    Malaysia Coin baru je tulis kisah 5 sen siri keduaMy Profile

    1. suri says:

      Malaysia coin bijak menyimpan
      bro tehr suka membajak pantun
      kami memang ada hajat nak berpantun
      walaupun salah harap di ampun

      1. tehr says:

        makan buah kupas kulit
        kulit durian banyak duri
        silap salah usah diungkit
        faham-faham je la sendiri

        1. Negara Israel ada Netanyahu,
          Di Malaysia ada kuih apam,
          nak ku balas ku tak tahu,
          Nak ku komen ku tak faham.
          Malaysia Coin baru je tulis kisah 1 sen siri keduaMy Profile

          1. tehr says:

            haha

            neagara israel bangsa yahudi
            malaysia pula bercampur aduk
            hendak kujawab juga tak reti
            sekali geleng sekali mengangguk

  5. rahman says:

    malu bertanya sesat jalan
    sesat jalan di negeri kelantan
    bertanya bangla di tepi jalan
    mana rumah Teh Ramuan
    rahman baru je tulis kisah Makan malam mee rebus singapura Datuk Aziz Sattar di Rasta TTDIMy Profile

    1. suri says:

      hari cuti suri ke cameron
      nampak cikgu petik daun
      bukan bertanya tapi nak curi daun
      adakah itu tanda persoalan

      1. azura says:

        datang saya menumpang lalu
        singgah ke blog teh ramuan
        apakah salahnya wahai cikgu
        kita berjumpa sebagai kenalan
        azura baru je tulis kisah Sunsilk Impian IlyanaMy Profile

        1. tehr says:

          rindukan bulan di langit tinggi
          pungguk diam di pohon kelapa
          ada ketika dan ada rezeki
          pasti ada pertemuan juga

          1. azura says:

            kain perca dibuat mainan
            anak gadis kecil suka hati
            itu cuma satu cadangan
            elok juga direalisasikan nanti
            azura baru je tulis kisah Slot Akasia TV3My Profile

  6. suri says:

    payah juga mencari kuman
    rupanya kuman atas kepala si penanya
    bukan cikgu tak beri alasan
    sudah puas dia bertanya

    1. azura says:

      kuman bukan sebarang kuman
      kuman berasal dari induknya
      soalan bukan sebarang soalan
      mengapa cikgu asyik bertanya?
      azura baru je tulis kisah Sunsilk Impian IlyanaMy Profile

      1. tehr says:

        anaknya kuman kurus melidi
        ibunya kuman tak cukup makan
        tidaklah salah bertanya begini
        sekadar bersenda sama kenalan

        1. azura says:

          semalam mungkin sekadar kenal
          hari ini kita sudah bersahabat
          semakin hari rasa tak janggal
          tak sangka kita semakin rapat
          azura baru je tulis kisah Slot Akasia TV3My Profile

          1. tehr says:

            kalau tuan pergi ke hulu
            belikan saya bunga cempaka
            kalau nanti dapat bertemu
            anak cucu pasti gembira

  7. azura says:

    kelip kelip ku sangka api
    kalau api mana puntungnya
    hilang ghaib ku sangka mati
    kalau mati mana kuburnya

    sawah padi indah terbentang
    dulu membajak kini menuai
    hidup didunia lagikan tenang
    jika ku jumpa jawapan sesuai

    perigi di kata mencari timba
    timba di buat dari rotan
    jika hidup selalu bertanya
    akan ku temui sebuah jawapan
    azura baru je tulis kisah Sunsilk Impian IlyanaMy Profile

    1. tehr says:

      burung cantik warna biru
      ekor panjang tegak berdiri
      sila bertanya pada yang tahu
      berkasih pula pada yang sudi

      1. azura says:

        ku kuis nasi di pinggan
        tak sedar ada yang perati
        ku sudah temui jawapan
        hanya sekadar penyedap hati
        azura baru je tulis kisah Slot Akasia TV3My Profile

  8. mie says:

    fuh!!
    rajin mencari kuman…
    macam2 tujuan jika nak berblog..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Upin Dan Ipin The Musical Memang TerbaikMy Profile

    1. tehr says:

      cari kuman beserta anak cucu dia sekali
      haha

      1. suri says:

        haa.. kuman melatah jer tu

  9. azura says:

    tuip llilin di hari jadi
    potong kek pecah lapan
    tanya pada diri sendiri
    semua soalan ada jawapan
    azura baru je tulis kisah Sunsilk Impian IlyanaMy Profile

    1. tehr says:

      potong kek di hari jadi
      mari dimakan oleh si dia
      ada jawapan di dalam diri
      kenapa lagi masih bertanya

      1. azura says:

        potong kek warna biru
        letak atas bekas jingga
        bertanya pada yang tahu
        mungkin ada hikmahnya
        azura baru je tulis kisah Slot Akasia TV3My Profile

  10. yas says:

    Tetiba je aku terpikir…ada tak kes anak murid tanya cikgu…tp cikgu bagi jawapan lain….iskkk…tp klau ada pun biasalah…cikgu ke,murid ke,menteri ke…dah nama manusia, pasti akan ada buat silap punya …he3x!!!
    yas baru je tulis kisah LELAKI KACAK MALAYSIAMy Profile

    1. tehr says:

      pernah juga terjadi, yas
      maklum saja soalan budak2 ni ada yang kena tapis juga
      hehe

  11. ohcikgu says:

    budak sekolahlah suka buat lawak macam ni. haha..
    ohcikgu baru je tulis kisah Robot Power Rangers Malaysia – MetrobotMy Profile

    1. tehr says:

      yups, memang ada
      orang dewasa pun sama…
      huhu

  12. cik tom says:

    nak bertanya pn ada adat n caranya…
    cik tom baru je tulis kisah Tutorial Pasang Butang Tweet, Plus One, Share dan Like Facebook (Blogspot)My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, cik tom
      memang kena tengok keadaan ‘cuaca’ juga
      hehe

  13. padin says:

    hahaa kalau angin orang tua tu tak berapa baik, mau kena libas dengan penyapu keh3
    padin baru je tulis kisah Bekal Untuk AndaMy Profile

    1. chii says:

      huhu..tu la pasal..teringt plak kes ank kecil bertnyakan burung pd si ayah..hahah
      chii baru je tulis kisah Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?My Profile

      1. tehr says:

        hahaha
        memang tak boleh tersilap sikit

  14. x kisah bertanya walaupun soklan kurang bernas..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Proton Preve’ : Traction Control & BAMy Profile

    1. tehr says:

      maka jawapannya juga kurang bernas :D

  15. shameel says:

    Bertanya itu penwar kepada kejahilan. Tak gitu….

    1. tehr says:

      betul tu
      asal sahaja tidak diulang bertanya perkara yang sama

  16. kulanz says:

    Rajin juga pak teh kita cari kuman.. hahaha
    kulanz baru je tulis kisah Sekali-Sekala Demontrasi Itu PerluMy Profile

      1. tehr says:

        haha
        kadang2 time mood kita tak betul
        memang akan ada terlepas jawapan yang tak logik tu :D

      2. kulanz says:

        hehehe.. memang tension tu.. tapi tu memang jawapan yang paling sesuai :D
        kulanz baru je tulis kisah Tour of Borneo 2012My Profile

  17. zool says:

    Soalan yang paling tak digemari..
    Bila???
    zool baru je tulis kisah Duit syiling bernilai $1.15 jutaMy Profile

    1. tehr says:

      Ntah?
      Hahaha

  18. chii says:

    heheh,,kadang2 jawapan utk persoalan da ada dpn mata..tp sbb malas punya pasal..semua nak kena suap..dia dok tnya lagi..haishh
    chii baru je tulis kisah Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, chii
      memang boleh hangin juga tu

      sabar… sabar…

  19. zulkbo says:

    salam..
    ha ha..ada yang tak tahan
    bila kena soalan yang di anggap
    bodoh..realiti orang melayu sopan
    santun..dah nampak jelas, pun lagi
    nak tanya kan..?
    zulkbo baru je tulis kisah Soal Jawab : Laman Sosial Dan RumahtanggaMy Profile

    1. tehr says:

      Salam kembali
      Dah budaya orang kita

      Kalau beri salam dan tanya khabar, bukankah lebih baik

  20. mimi says:

    salam…
    singgah di pagi selasa..
    belum sedia untuk berpantun…
    pekabar…?
    mimi baru je tulis kisah Bukti Pembayaran Dari InnityMy Profile

    1. tehr says:

      khabar baik, mimi
      sedang rehat2 sambil jawab komen :D

  21. kimmie says:

    situasi yang bawah tu memang biasa terjadi, setengah org ckp nak beramah…takde idea nak tegur apa…hehehee
    kimmie baru je tulis kisah My #toshibaultrabook lebih ringan daripada…My Profile

    1. tehr says:

      yups,
      aku cadangkan tanya khabar je

  22. b3njy says:

    emmm … tetapi ada orang kata SOALAN BODOH pun satu soalan juga dan ia perlu dijawab … betul ke ? :D
    b3njy baru je tulis kisah TAK SANGKA MY #TOSHIBAULTRABOOK LEBIH RINGAN DARIPADA …..My Profile

    1. rahman says:

      betul..betul..betul :)
      rahman baru je tulis kisah Raja dan rakyat berpisah tiadaMy Profile

      1. tehr says:

        setuju
        memang kena jawab juga
        cuma jawapannya akan jadi tak berapa cerdik juga la

  23. Norizwan says:

    hehe…soalan yang tak relevan…dijawab pula dengan perasaan bengan hihihi….
    Norizwan baru je tulis kisah Air mineral termahal di duniaMy Profile

    1. tehr says:

      dua2 sepadan
      hehe

  24. Cikgu Hairul says:

    Soalan sekadar untuk menyapa. Biasanya sebagai mukaddimah borak yang panjang. Lagi2 perempuan.. Hehehe
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Jangan Sombong Boleh Tak?My Profile

    1. tehr says:

      orang dulu2 memang tak kisah pun dengan pertanyaan sedemikian
      cuma orang sekarang ni semuanya nak ringkas dan tepat

  25. kawe msh tertanya-tanya.. cam ne MU boleh draw 4 -4 ahad lepas.. Tension giler.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Makan Rojak Buah Di Suria SabahMy Profile

  26. ProfHariz says:

    Terkadang sifat yang bertanya-tanya tanpa mahu belajar tak guna juga. Kan lebih baik belajar dulu dan tak faham baru tanya. Semuanya mahu disuap tak bagus juga kan
    ProfHariz baru je tulis kisah Permohonan Praktikal Dan Latihan Industri Di Pulau PinangMy Profile

  27. pelari pantas dari kenya
    sungguh laju bukan pelan
    berat mulut untuk bertanya
    malu bertanya sesat jalan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    sport rim rs watanabe

  28. sidik says:

    nenek2 bawa golok
    gk nyambung goblok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar