pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Pantun Orang Bermadu

Madu mempunyai khasiat penyembuhan dan antiseptik yang ringan. Isteri aku telah beberapa kali bersalin melalui kaedah pembedahan. Doktor pernah mencadangkan agar menggunakan madu untuk menyembuhkan luka. Korang tahu apa itu madu, kan? Bukan madu dalam rangkap-rangkap pantun yang aku tulis di bawah.

Anak lembu di tepi pagar,
Anak kerbau di tepi padang;
Isteri bermadu katanya sukar,
Hati risau suami tak pulang.

Anak kerbau di tepi padang,
Anak rusa meragut rumput;
Hati kacau suami tak sayang,
Runsing tiba resah bertaut.

Anak rusa meragut rumput,
Anak merbah meronta-ronta;
Resah gelora sepi membalut,
Suami ke rumah isteri muda.

Anak merbah meronta-ronta,
Anak pipit makan di tangan;
Sunyi rumah kosong terasa,
Tidur diulit dingin kesepian.

Anak pipit makan di tangan,
Anak rama-rama mencari madu;
Hati menjerit tak kedengaran,
Kepada siapa hendak mengadu.

Madu dari perut lebah telah terbukti memberikan banyak khasiat, menyembuhkan penyakit dan menyihatkan badan orang yang meminumnya. Berlainan sekali dengan madu yang datang dari perut busuk suami yang tidak bertanggung jawab, kesukaran dan kesulitan pastinya akan berpanjangan.

minum madu dengan sudu
kawin satu je kalau tak mampu

TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Bermadu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



52 Comments

  1. papa mifz says:

    kalau mampu pun insya-Allah den setia pada yang satu…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Tamat Sudah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

    1. TehR says:

      sama la kita, bro :D

  2. yas says:

    Hehehe….biasanya org pompuan je yg x bape berkenan dgn “madu” nih…..:D
    yas baru je tulis kisah Kenyataan Rasmi KPM~ Isu Cikgu Mohd Lotfi NorMy Profile

    1. suri says:

      sebab depa nak pasang byk klu mmpu dr segi sgla hal tak per juga ni bt pasagan derita adalah. nti

      1. TehR says:

        yups, bahagia bukan ditentukan oleh kuantiti
        tapi kualiti
        hehe

    2. fiezaradzi says:

      bro yas, org lelaki mmg cukup suka ye? hehe
      fiezaradzi baru je tulis kisah Apa Itu Mycoplasma InfectionMy Profile

  3. beckhrooy says:

    tak pandai nak komen sebab tak pandai pantun…he2
    beckhrooy baru je tulis kisah Samsung Galaxy S4 Diumumkan Secara RasmiMy Profile

    1. TehR says:

      boleh guna teknik hentam saja la, bro

  4. ghost writer says:

    ah, penuh sarka pantun bro tehr. ni kalau betul-betul dalami ni memang kena cari madu juga lah jawabnya.
    ghost writer baru je tulis kisah #runutkataMy Profile

    1. TehR says:

      harap2 akan jumpa madu yang asli nantinya :D

  5. ohcikgu says:

    siapa yang sedang bermadu ini??
    ohcikgu baru je tulis kisah Esok, Cikgu demam lagi tak?My Profile

    1. TehR says:

      entah la
      yang pasti aku ada minum madu lebah
      hehe

  6. oooh…

    madu, tak dapat imaginasi macam mana kan…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah 15 – 26My Profile

    1. TehR says:

      madu ni warnanya kuning keemasan :D

  7. Cikgu Hairul says:

    Kalau nak tahu madu tu asli ke tidak, cuba bawak nalik jumpa isteri. Kalau isteri marah, sure itu madu asli. Hehe

    1. TehR says:

      haha
      jangan lupa mengelak nanti

  8. UmmiKami says:

    Salam manis-manis madu :D

    Tiada terkata habis budu,
    Rendang secangkir si dara Mawar;
    Macamana dikata manis bermadu,
    Sedang air ku rasa tawar. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

    1. TehR says:

      Rendang secangkir si dara Mawar,
      Senyum tawa bukan gembira;
      Sedang air ku rasa tawar,
      Bertambah gula tidak terasa.

  9. UmmiKami says:

    Langkah ke bilik langkah mengigil,
    Gagau sudu tersimbah pula;
    Tidakkah pelik tidakkah ganjil,
    Kalau madu ditambah gula. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

    1. TehR says:

      Gagau sudu tersimbah pula,
      Dalam kuali rendang berisi;
      Kalau madu ditambah gula,
      Bukan lagi madu yang asli.

  10. Irsah says:

    Dalam banyak2 madu, madu apa pegang bendera??
    Irsah baru je tulis kisah Majukan Produk On-Line dengan TYNT Publisher Tool Konten Niaga RelevanMy Profile

    1. TehR says:

      madu pegang bendera?
      ada ke?

    2. fiezaradzi says:

      madu dalam cerita madu tiga…
      fiezaradzi baru je tulis kisah Apa Itu Mycoplasma InfectionMy Profile

  11. effort lab says:

    ini pantun bermadu ke pasal madu hehe 2 dalam 1
    effort lab baru je tulis kisah Papan Tanda Dalam Keretapi [13 gambar]My Profile

    1. TehR says:

      kes 2 isteri 1 suami, bro :D

  12. Hafizul says:

    Memang banyak kelebihan madu dalam perubatan..amalkan makan di pagi hari banyak kelebihannya..
    Hafizul baru je tulis kisah Spam Is Now Registration On Your SiteMy Profile

    1. TehR says:

      yups, memang banyak kelebihannya
      cuma ramai yang tak mahu ambil tahu

  13. Sharafie says:

    madu itu manis jika kena dengan caranya..hehehehe
    Sharafie baru je tulis kisah Cara Dan Tips Terbaik Menggunakan Duit Gaji BulananMy Profile

    1. TehR says:

      juga boleh jadi penawar :D

  14. suri says:

    ha kwin jer satu tu dh pening2 lalat layan sorg..

    1. TehR says:

      haha
      semangat je yang lebih tu
      kudrat entah kemana :D

  15. suri says:

    buat apa peningkan kepala klu mampu dan terjaga iman lain cerita.ni kwin2 pastu cerai degar mmg skit hti heee

    1. TehR says:

      bukan semua boleh nak ikut apa orang buat, kan?

  16. suri says:

    suka tgok madu dlm cerita p ramlee

    1. TehR says:

      yups, terbaik sepanjang zaman

  17. Bahrain says:

    madu banyak kelebihan dan sunnah jika kita minumm….
    Bahrain baru je tulis kisah BB1M DAN HARD DISKMy Profile

    1. TehR says:

      betul tu
      sunnah nabi

  18. Ni madu yang cukup ditakuti oleh orang perempuan dan paling disukai oleh orang lelaki. Haha
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Guru Hina Anggota Keselamatan Di Lahad Datu Telah DitangkapMy Profile

  19. Dja@SisHaza says:

    madu bukan setakat ‘menyembuhkan penyakit’ tapi jugak ‘hangat’….. hoho
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah KEJOHANAN BOLA TAMPAR PKP PAYA 2013My Profile

    1. TehR says:

      hangat?
      haha

      hangat luar dalam
      [luar rumah dan dalam rumah] :D

  20. azura says:

    haih cikgu ni
    azura baru je tulis kisah Ikhlas buat Tabung Wira Lahad DatuMy Profile

    1. TehR says:

      apasal pulak? :D

  21. de engineur says:

    hmm, I nak tanya – seronok sangat ke bermadu tu?
    de engineur baru je tulis kisah All new Samsung Galaxy S4 – specifications & price.My Profile

  22. Lynn says:

    Madu ? Tak manis dan tak pahit.
    Melainkan ubat semata.

  23. titan says:

    best apa nasi ayam madu 4..
    titan baru je tulis kisah Bukan gua tak nak main Adsense..My Profile

  24. eiela says:

    makan madu best, tapi bila bermadu tuh rasanya tak best kot
    eiela baru je tulis kisah Resepi Pizza Homemade Mudah dan SedapMy Profile

  25. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ada petua nak lebih mujarab minum madu ni
    jangan guna sudu besi pakai yang plastik
    khasiat tak hilang (katanya laa…) :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Hiasan Mural Dinding Menceriakan Suasana Hadapan Rumah ApartmentMy Profile

  26. Tak tahu lak boleh sapu di perut… Kalau luka lama berdarah kembali, boleh guna madu gak bro? :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Ella : Ratu Rock MalaysiaMy Profile

  27. fiezaradzi says:

    suka madu, tapi yg boleh minum tu la.. harap2 madu yg tak leh minum tu, tak de la.. haha..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Apa Itu Mycoplasma InfectionMy Profile

  28. akubiomed says:

    Boleh campur madu dengan telur untuk tenaga. :-)

  29. madu penawar kepada banyak penyakit…bermadu ujian kepada iman
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan SekarangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
Apa guna mandi pagi,
Kalau jirus badan tak dicuci;
Apa guna ranking blog tinggi,
Jika content lucah dan mencaci.
pantun
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar