Pantun Orang Berhimpun

Orang berhimpun dengan berbagai tujuan. Berhimpun di tapak pesta, berhimpun mendengar ceramah atau berhimpun menyambut tetamu kehormat. Di sekolah pula perhimpunan diadakan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Kadang-kadang kita juga nampak ramai orang berkumpul di kaki lima melihat orang jual ubat.

hai obat

Membantah dan menuntut juga menyebabkan orang berhimpun seperti yang sedang berlaku di Dataran Merdeka sekarang. Mereka menuntut pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional [PTPTN] dimansuhkan.

Bawa kapak dan parang tumpul,
Hajat nak tawan serumpun tebu;
Di kedai mamak ramai berkumpul,
Menonton siaran Villa vs Man U.

Tebu serumpun dibuat manisan,
Sekadar hidangan tetamu sebelah;
Duduk berhimpun tunjuk perasaan,
Banyak halangan mahu dibantah.

Saji hidangan tetamu undangan,
Bersimpuh duduk makan bersama;
Tunjuk perasaan tunjuk kelakuan,
Baik dan buruk nampak semuanya.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil juga akan mengadakan perhimpunan pada 28.4.2012 nanti. Perhimpunan ini adalah sambungan kepada Bersih 2.0 yang diadakan pada 9.7.2011 yang lepas. Kali ini Bersih 3.0 dengan tajuk ‘Duduk Bantah’ pula yang dicadangkan akan berlangsung pada jam 2 petang di Dataran Merdeka.

Kadang-kadang aku rasa pelik juga dengan hal orang berhimpun. Bukan sedikit pula yang datang berhimpun itu hanya sekadar melihat-lihat sahaja. Berhimpun kerana melihat orang berhimpun. Pelik!

TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Berhimpun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. budakserius says:

    Perg tajuk tak boleh bla ‘Duduk bantah’.

  2. eiela says:

    semuanya dok berhimpun, yang dok meramaikan pun ada.
    eiela baru je tulis kisah Percubaan Pertama Yang Tak MenjadiMy Profile

  3. titan says:

    hoho..pantun pelik nih. hehe
    titan baru je tulis kisah Demo dan Mansuh PTPTN.My Profile

  4. padin says:

    hehee tu golongan tak boleh buat member tu, pinjam mmg liat nak bayar, pastu mintak mansuh… ekekee jangan la member aku ada yang macam tu, huu

  5. mie says:

    bersih tahun lepas menyusahkan ramai pihak..
    kali ini, alang2 berhimpun..
    bersihkan dataran merdeka tu..

    PTPTN pun nak dipolitikkan skrang ni!!

  6. pening den mikiornye..

    nama pun pinjam. kenalah bayar balik.
    tak mahu bayar, mintalah biasiswa, usaha dalam pelajaran. imrove dulu diri sebelum menuding jari.

    menggelar diri mahasiswa? jangan pincang akal.

    1. padin says:

      aik kejap bunyi Nogori,
      kejap bunyi Perak,hehee

      1. kehkehkeh.. longat rojak terkeluar masa beremo neno.
        rainbowcloudy baru je tulis kisah kembalinya hati yang dicuriMy Profile

    2. Melatiqistyna says:

      Hmmm, betul tu… Xtau apa masalah dorg, sume nak preeeee jek,
      Melatiqistyna baru je tulis kisah Pre Public Holiday – Happy BirthdayMy Profile

      1. semua ingin disuap dari aspek pembelajaran hingga pekerjaan. mudahnya bersenang lenang. jiwa begini padah untuk jangka panjang.

        harapnya isu tidak berpanjangan

  7. zaidayuz says:

    Akupun suka juga berhimpun….setiap kali diadakan perhimpunan aku mesti pergi….Bersih 2…..pun aku pergi…tak sabar bersih 3 pulak…Duduk dan Bantah….

  8. azura says:

    Duduk bantah perhimpunan bersih
    Soal pilihanraya semakin rungsing
    Agenda apa yang masih tersisih
    Rakyat Malaysia bagai orang asing
    azura baru je tulis kisah Isu kewarganegaraanMy Profile

  9. ProfHariz says:

    Berhimpun sana sini. Aku masih belum lagi sertai berhimpun-himpun ni kerana tiada lagi matlamat yang benar
    ProfHariz baru je tulis kisah Gambar Lelaki KacakMy Profile

    1. mie says:

      matlamat diorang disokong dengan benda percuma
      tapi apa guna dapat percuma kalo menyusahkan
      mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

  10. dinar says:

    berhimpun ada alasan berbeza,
    berhimpun sebab tak puashati,
    kadang berhimpun tak sedar apa yang diminta,
    lagi parah cuma suka-suka tumpang sekaki!

    Kita dituntut berhimpun membentuk jemaah utk perjuangkan kekuatan ummah…
    dinar baru je tulis kisah Harga EMAS dijangka akan melonjak dalam masa terdekat?My Profile

    1. azura says:

      duduk berhimpun di datan merdeka
      mansuh PTPTN agenda utama
      sebuah perhimpunan apalah ertinya
      matlamat tidak akan menghalalkan cara
      azura baru je tulis kisah Simple Review 3 TemujanjiMy Profile

  11. mak lagenda says:

    Rajin bebenor deme nih nak buat perhimpunan dan demotrasi tak habis2 kan..deme2 nih tak letih ke hape weh?? Bawak bawak la rasa letih weh..
    mak lagenda baru je tulis kisah UDANG GORENG MENTEGA ~ MAK BUAT BUTA!!My Profile

  12. FLOYD says:

    I lebih suka bhimpun utk menonton MU lawan A.Villa.
    Lagi banyak gol lagi baik!
    FLOYD baru je tulis kisah Who speaks the most languagesMy Profile

  13. yas says:

    Tuk ptptn ni anak2 manja je kot yg nk dtg situ, maklumla dah biasa dpt free…he3x!!!
    yas baru je tulis kisah KOLEKSI GAMBAR PROTON PREVE – EXT & INTMy Profile

    1. mie says:

      itu la, terlalu dimnjakan
      kalau dapat free, alamatnya makin kurang la nak study
      mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

    2. chii says:

      mungkin juga…susah kalau semua nak free..haishh
      chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

  14. nurmisnan says:

    PTPTN.. tak habis2 kes nih.. baik nyanyi
    sambil berpantun.. relax otak.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Stres buat tubuh makin gemukMy Profile

  15. fiezaradzi says:

    ptptn, dah pinjam, kena bayar.. lau nak semua free, kena buat kerajaan sendiri kot.. tapi utk diri sendiri pun, byk benda guna duit, sama jugak pendidikan yang atas2 ni..

    tak suka tersekat dlm lalu lintas sbb de perhimpunan..
    pelik gak, dulu masa sekolah dorang suka kot time perhimpunan, tu yg suka skg ni..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Undian Piala Thomas 2012My Profile

    1. azura says:

      betul juga kot terasa bagai perhimpunan kat sekolah tu suka berhimpun2

    2. mie says:

      betul2 menyusahkan ramai pihak
      harap xde la kaum kerabat terlibat..
      memalukan dan menyusahkan
      mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

      1. chii says:

        menyusahkan tu da satu hal..pastu buang masa lagi
        chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

  16. Dickson Niew says:

    Hello…. Boleh saya start masuk join komen kat sini. Kenal blog ni daripada lunaticg.blogspot tapi saya berpantun tak pandai ni, macamana? :D
    Dickson Niew baru je tulis kisah MALAYSIA 3RD SERIES COIN 2011 IN CIRCULATIONMy Profile

    1. rahman says:

      pantun saja bro yang penting kita gembira.. betul tak cikgu tehr

    2. chii says:

      ehehe..slmt dtg ke blog cikgu tehr….
      x pandai pantun xpe..
      boleh je singgah2 sini sambil minum teh :) ehehe
      chii baru je tulis kisah Susahnya kalau tak sedar diriMy Profile

  17. benjy says:

    Wah tak jauh dari rumah Benjy ni … boleh join ni …. hehehe mana tahu muka masuk muka depan suratkhabar keesokan harinya …. hahahaha (ini hanyalah sekadar angan-angan) :D
    benjy baru je tulis kisah LELAKI KACAK SEMAKIN RAMAI DI MALAYSIA, BETUL KE ?My Profile

    1. mie says:

      sebelum join tu nak kena minta autograph dulu..
      mana tau benjy popular lepas ni..
      ehehee
      mie baru je tulis kisah Jom Melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson (Part 1)My Profile

  18. rahman says:

    bila aku tersekat dalam kesesakan jalan di sebabkan perhimpunan tetiba aje aku bercita cita nak jadi FRU.. eerrr boleh ker
    rahman baru je tulis kisah Masjid Jamek berkembar Haji Mat Saman unikMy Profile

  19. Tak elok sungguh kalau berhimpun untuk membantah perkara macam tu. Nanti negara kita jugak yang susah. Pelancong pun tak nak dtang. Eloknya bawaklah berbincang elok2. tak payah berhimpun2 cam kat Dataran tu.
    Betul ke?
    Shasha Catering baru je tulis kisah Formula 1 Autograph session KLCC 21 March 2012My Profile

  20. Cikgu Hairul says:

    Kan elok bila budaya berhimpun ni diteruskan lagi dalam kehidupan. Berhimpun utk solat berjemaah 5 waktu… Pasti lebih besar manafaatnya.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Tak Berhati PerutMy Profile

  21. x masuk akal..semua tuntutan dh dipenuhi..ttp masih nk ‘duduk bantah’ utk bersih kali ni..ape kata pi ‘bersih’kan kawasan longgokkan sampah..berpekdah skit..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Proton Preve’ : Apa Itu ECS ?My Profile

  22. kawe mau gi gak tempat org berhimpun. Tapi utk ambik gambar dan video kasi masuk dlm YouTube dan blog he he :D Tambah traffik blog ehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Ordinan Buruh Sabah (Sabah Cap. 67)My Profile

  23. misz lina says:

    himpun yang membuat negara ganas..x suka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun