Pantun Orang Bercinta

Sesiapa yang sedang bercinta sila angkat tangan tinggi-tingi. Hari ini aku ada pantun cintan cintun untuk korang. Ok. Cepat-cepat ambil telefon dan hantar SMS pantun di bawah ini sekarang juga! Jangan tunggu lama-lama nanti buah hati diambil orang. Hehehe…

Pohon ciku sudah berbunga,
Patah dahan gugur ke tanah;
Apa nasibku terpalit cinta,
Bilakah tuan setuju singgah.

Mengapa masam santan kelapa,
Adakah nira berhujan basah;
Mengapa muram orang di sana,
Adakah hamba berbuat salah.

Anak merpati terbang berkawan,
Burung tempua bersarang rendah;
Sepanjang hari tak lalu makan,
Entah mengapa hati gelisah.

Dari Tumpat ke Tanah Merah,
Terburu-buru kejar kereta;
Biar tak dapat menatap wajah,
Terubat rindu dengar suara.

Angin berhembus ombak berlagu,
Kasihan kapal dipukul gelora;
Walau ditimbus detik berlalu,
Kasihku kekal sepanjang masa.

Dah SMS pantun tu? Bagus. Tahniah dan syabas. Niat yang baik, tindakan yang baik pastinya menghasilkan keputusan yang baik juga. Moga-moga korang tak perlu ambil masa yang lama untuk mendirikan masjid, berbahagia selamanya dunia dan akhirat.


Sementara tunggu kerja tetap buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Orang Bercinta' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


36 Comments

  1. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..

    Belah permata hendakkan kapak,
    Masih mentah tidak terbeli;
    Biarlah di mata tidakkan nampak,
    Kasih berubah tidak sekali. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

    1. hafizmd says:

      fuh….best pantun ni UK =)
      hafizmd baru je tulis kisah 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  2. Kumur-kumur air telaga
    Terbatal posa siap mak marah
    Umur dah lanjut, anak dah lima
    Gatal bercinta, kena kad merah
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The New Starbucks Card 2013My Profile

    1. ummikami says:

      Indah disebut ada jenama,
      Pasti kereta Proton Pesona;
      Usia dah lanjut beranak lima,
      Hati dah cinta nak buat lagu mana.:D
      ummikami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

  3. bagus nie… kena masukkan kat template sms handphone nie.

    tapi kalau si dia reply ngan pantun gak.. terkebil2 la nak jawab.. he.he.he
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitawMy Profile

  4. akubiomed says:

    Kalau bercinta mula berpuitis. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

    1. suri says:

      jika tak puitis manakan si dara mau jatuh hati pd si teruna
      suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_12/2012My Profile

  5. effort lab says:

    Kalaulah guna pantun je sebagai hantaran, kan mudah. Baru la buah hati tak di ambil orang..
    effort lab baru je tulis kisah Memancungkan Hidung [5 gambar]My Profile

  6. Amirez says:

    Andai ku bercinta lagi – Mojo. Marah orang rumah haha
    Amirez baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. suri says:

      itulah barisan lirik lagu
      suri baru je tulis kisah Ikut Kepala Dia SahajaMy Profile

  7. cik tom says:

    pantun versi putus cinta ada?? hehe ;p
    cik tom baru je tulis kisah Jom Dapatkan DATA.. Jangan Kehilangan Semuanyaa..My Profile

    1. suri says:

      mesti ada kena tggu mana thu mgu ni dah ada bakal cipta oleh admin
      suri baru je tulis kisah Perjuangan Sebuah HatiMy Profile

    2. suri says:

      tgh putus cinta ke cik tom huhu…sabar2 pi bwk diri mkn angin laut pujuk hti tu eh…
      suri baru je tulis kisah Once Upon A TimeMy Profile

  8. Mak Lagenda says:

    x kan la pantun ni utk org2 yg bercinta jep bro..?? Mak yg dah tawen2 ni pun buleh gak sent sms pantun cintan cintu ni kat cik abam kan..? :)

    1. hafizmd says:

      elok sangat jugak tuh..ambe pun boleh guna…kasi berapi balik cinta =)
      hafizmd baru je tulis kisah 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

      1. suri says:

        makin lama kawin makin hangat2 gitu heee
        suri baru je tulis kisah SimSimiMy Profile

  9. ummikami says:

    Kereta berasap air dibawa,
    Silau mata hendak menyuluh,
    Cinta tetap ke akhir nyawa.
    Walau dikata beranak sepuluh.
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

    1. suri says:

      klu 10 ramai sy suka no 6 hee klua da 6 org anak kan best hee..ramai meriah kt meja mkn heee
      suri baru je tulis kisah Pom PomMy Profile

  10. Mekar wangi bunga kekwa,
    Tumbuh menumpang atas batu;
    Cinta kasih mainan jiwa,
    Sayang rindu sepanjang waktu.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Berputiknya minat menulis sejak zaman sekolah.My Profile

  11. suri says:

    kekasih, tunang, kawan hee dialah seorang..apa pun suami sy juga hee…
    suri baru je tulis kisah Pom PomMy Profile

  12. suri says:

    dulu htr kertas cam ni bunyi dia
    pecah kaca pecah gelas
    sudh baca hrp bls …
    suri baru je tulis kisah Pom PomMy Profile

  13. maza says:

    bercinta dgn orang rumah aje, boleh?

    hehehe
    maza baru je tulis kisah Listen, Listen, Listen, When I talk you listen!My Profile

    1. nazray says:

      orang bercinta selalu bercekerama. hehehe

    2. suri says:

      maza
      itu lebih romantik dam mesra alam gituq
      suri baru je tulis kisah Pom PomMy Profile

  14. sharafie says:

    nak pantun orang mengorat..nak try ngorat awek UPSI ni..hahaha..
    sharafie baru je tulis kisah Maxis 4G LTE New Wireless BroadbandMy Profile

  15. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ermm..kalau sms kat orang rumah
    mesti dia ingat,buang tebiat ke apa?
    he he..
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Senarai Klinik Terlibat Ujian Saringan Kesihatan Percuma (HSP) PERKESOMy Profile

  16. aimannajmy says:

    Sempoi!! baru bercadang nak bercinta balik setelah clash dulu.. kena bookmark page ni huhu
    aimannajmy baru je tulis kisah Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting YanMy Profile

    1. hafizmd says:

      elok sangatlah bro…boleh praktis time2 pancing ikan kat pulau bunting tu
      hafizmd baru je tulis kisah 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!My Profile

  17. suri says:

    tidak suka cinta 3 segi ska yg berdua sahja hee yg best time kawin2 he baru halal heee
    suri baru je tulis kisah Kaki Ulat Buku Bukan Kisah LipaslahMy Profile

  18. titan says:

    tak pandai aku nak berpantun cintan ni semua. haha..
    titan baru je tulis kisah Titaniumface.com – Ni bukan blog gua.My Profile

    1. suri says:

      cari wang cepatlah kwin bro heee
      suri baru je tulis kisah Kaki Ulat Buku Bukan Kisah LipaslahMy Profile

  19. daddydee says:

    nak balas ke tak ni? hehehe

    memang tak reti saya pantun ni…
    daddydee baru je tulis kisah Preview Movie : Rurouni Keshin Live ActionMy Profile

    1. suri says:

      sy sikti2 sahaja kena byk membaca baru dpt mengkulum ayat dg rima pantun yg baik..

      ce cuba bro
      suri baru je tulis kisah Ikut Kepala Dia SahajaMy Profile

  20. Hahahaha siok sngt pantun ini

  21. Ashraf says:

    School is sekolah
    Still is masih
    Hati ni xpernah salah
    Pilih you sebagai kekasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun