pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita
tehramuan

Pantun Ombak Dan Rindu

Ombak rindu. Ombak dan rindu. Fuh, rasa macam entri mat jiwang pulak petang ni. :D Untung siapa yang tinggal berdekatan laut, tentu sentiasa dapat melihat ombak bila-bila masa sahaja. Bilakah kali terakhir korang main ombak? Aku sendiri dah lama juga tak main ombak ni. Rindu pula rasanya.

Ombak rindu menyapa pasir,ombak rindu
Pasir tenang di bawa pergi;
Mengapa sayu dirinya fakir,
Meraba sayang penjuru hati.

Melabuh sauh kapal dagangan,
Ombak datang sampai ke tepi;
Orang jauh di seberang lautan,
Duduk terkenang tidur termimpi.

Tiang jeti runtuh tenggelam,
Papan perahu hanyut ke muara;
Ombak pergi kukirimkan salam,
Angin berlalu kutitipkan berita.

Dah baca novel Ombak Rindu? Atau korang dah pun tengok filem Ombak Rindu? Aku belum lagi. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Ombak Dan Rindu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



60 Comments

  1. kakyong says:

    novel ombak rindu dah baca.. filem tu belum lagi..

    teringat dok Ganu dulu.. musim macam ni memang musim ombak besar… pernah hampir lemas kena tarik dgn ombak.. dok tepi pantai.. hari2 g pantai.. kebetulan masa tu ayah sedang mancing.. mujur lah cepat dpt ditarik..
    kakyong baru je tulis kisah Anak-anak melayan raja buahMy Profile

    1. tehr says:

      memang bahaya main kat pantai kalau ombak besar
      lagi satu kalau ada tebing dalam air laut tu

  2. Norgadis says:

    Kat Labuan ni memang dikelilingi laut. Walaupun tak setiap hari bermain ombak tetapi merenung ombak tu kira selalu juga hehehe…

    1. tehr says:

      kalau la dapat dipintal buih2 tu jadikan kalung mutiara
      hehe

  3. Norgadis says:

    Nak berpantun pula, dah lama cuti berpantun hehehe…

    Jalan-jalan mengutip kerang
    bermain ombak hingga ke tepi
    Walau jauh dilaut seberang
    Namun rindu bertaut dihati
    Norgadis baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir Nurzafirah NadirahMy Profile

    1. tehr says:

      jalan-jalan mengutip kerang
      kerang cantik berbagai rupa
      teman jauh di tanah seberang
      bilakah ketika dapat berjumpa

      1. Norgadis says:

        Jalan-jalan mengutip kerang
        kerang kusimpan didalam peti
        teman jauh di tanah seberang
        mungkin berjumpa didalam mimpi
        Norgadis baru je tulis kisah Selamat Hari Lahir Nurzafirah NadirahMy Profile

        1. tehr says:

          jalan-jalan mengutip kerang
          kerang di masak rebus sahaja
          teman jauh di tanah seberang
          kuiring doa semoga bahagia

  4. zulkbo says:

    salam..
    tajuk movie nih memang
    menarik kan..saya dengar tajuk
    je dah suka..cerita tak tahu lah
    bagaimana..yang nyata berendam
    air mata nih..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Ombak Rindu Yang Meletup : Sinopsis Dan Klip VideoMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      tajuk dia memang boleh memikat penonton tu
      tambah2 kalau yang sedang dilamun cinta

  5. padin says:

    2 -2 pun belum, tunggu keluar astro first je lah, ekekee

    1. tehr says:

      sama la dengan aku
      huhu

      1. surihati_ku says:

        ramai org kata bgtu,tapi rumi kami tiada..bki bli dvd jerlh blh tgok berkali2 hee..

        ps..bila nak tgok berdua dgn abg ni huhu…
        surihati_ku baru je tulis kisah Dalam Entri Ada KotakMy Profile

        1. tehr says:

          bulan madu kali kedua la ni
          ya tak?

  6. Rasanya kalu citer jiwang2 n sedih2 mcm ni aku x layan… biar pun paling box office … not my taste :D
    aktechpage.com baru je tulis kisah Sorok Budu: Drama Oghe Kelate :) My Profile

    1. tehr says:

      haha
      ni khas untuk mat bunga2 je, ap

  7. Juan says:

    sekarang tgh layan tentang dhia dahulu, pastu nanti baru layan ombak rindu
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kena ikut giliran tu

  8. titan says:

    dah tengok. biasa aje. :)
    tapi orang pempuan mesti suka. hoho..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 9 dari 701panduanMy Profile

    1. tehr says:

      jangan lupa bawa tisu atau sapu tangan :D

      1. ahmad kamil says:

        dengar kawan teman citer, kalau tonton movie dia, sah nangis pnya…huahua :-P
        ahmad kamil baru je tulis kisah Kasihan pada wanita.My Profile

  9. tips-kurus says:

    kalau takut dilambung ombak rindu, jangan ……

    *selalunya filem drpd novel ni < best. selalunya laaa.. ;)
    tips-kurus baru je tulis kisah Tutorial Resipi Ais-Krim Durian La CremeriaMy Profile

    1. tehr says:

      jangan bercinta atau jangan berpisah?

  10. amirulfaiz says:

    Hehe, dua-dua pun saya belum. Baca pun belum, tengok filem apatah lagi. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Donate blood for experimentMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita :D

  11. akubiomed says:

    Sukar untuk menyelami cerita Ombak rindu kerana tidak membaca novelnya. Isteri saya sudah membaca dan asyik-asyik bertanya versi filem pula.

    Kalau saya pula hendak menonton file Twilight yang terbaru.
    akubiomed baru je tulis kisah Melihat kapal selam Agosta 70 secara dekat – siri 2My Profile

    1. surihati_ku says:

      Twilight mmg kami menanti aissss gtak sabar nak tgok
      surihati_ku baru je tulis kisah Sebenarnya Aku Malu..My Profile

      1. tehr says:

        aku kadang2 menonton apa yang ada kat tv je
        huhu

  12. floyd says:

    jiwang nampak.
    Sambil minum teh herba ke tu?
    floyd baru je tulis kisah Can you really go blind by staring at the Sun?My Profile

    1. tehr says:

      teh biasa2 je :D

  13. syahrilhafiz says:

    kedua dua saya belum follow..hehe
    dengar kata filem ombak rindu best, mak saya pula cakap novel dia lagi best..mana satu nak buat dulu ni :)
    syahrilhafiz baru je tulis kisah 4 Sebab Mengapa ANDA Harus Miliki Samsung Galaxy NoteMy Profile

    1. tehr says:

      baca novel dalam panggung
      kira dua2 sekali :D

  14. adele says:

    tak baca pun lagi. entah macamana boleh tak baca Ombak Rindu padahal kaki novel jgk dulu..

    baru bercadang nak tengok Ombak Rindu tp member baru cakap cerita dia biasa2 je. dahlah sy ni mmg tak minat cerita melayu.. takkan tengoklah nampaknya :D
    adele baru je tulis kisah Aku Tension Tetapi Tidak Dengan SpeedtestMy Profile

    1. tehr says:

      kita tunggu nanti keluar kat tv je, adele

  15. fiezaradzi says:

    dah baca novel masa time blaja dulu2..tak sangka lak nak dibuat filem.. filem lum tgk lagi.. tah tgk ke tidak.. haha
    fiezaradzi baru je tulis kisah Penghargaan 3 in 1My Profile

    1. surihati_ku says:

      skrg byk ctr org dh amik dr novel..best gak tapi tak kan pengarah bikin filem kering idea..sb smjk dua byk kisah novel ambil dari sana..

      maju sukan mesti juga ..klu filem biar baik2 tak mau yg skit mata yg memandang.
      surihati_ku baru je tulis kisah Petua Merawat Bisa Lipan Atau LebahMy Profile

      1. tehr says:

        jangan la ada pulak nanti filem siri bercakap dengan jin
        dah banyak sangat cerita seram

  16. ombak mengalun rindu, kasih bila akan bertemu, ombak itu suara hatiku..

    sapa lagi jiwang petang ni haha..

    - tu ayat novel yang satu satunya rain ingat sampai sekarang.

    :::rain rindukan pantai, laut biru menghamparkan seribu kenangan bersama

    1. tehr says:

      ::macam ni, dah perlu sangat ambil cuti ni, rain
      dapat seminggu kat pulau mesti best ni

  17. surihati_ku says:

    ombak sering rindu pada pantai..suri rasa nak bermain omab di tepi kali cma best jer heee
    surihati_ku baru je tulis kisah Sebenarnya Aku Malu..My Profile

    1. tehr says:

      jangan lupa bawa pelampung, suri :D

  18. ghost writer says:

    wah!sekarang kat mana-mana ada entry mengenai ombak rindu.macam ada aura lak citer nih.aku rasa nih berkaitan dengan trafik gak nih.

    bravo!
    ghost writer baru je tulis kisah pisahMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      aku tumpang meriah je, bro

  19. ohcikgu says:

    dah baca dan dah tonton. filem tak best. novel memang best. :)
    ohcikgu baru je tulis kisah Video Dokumentari Perjuangan Harimau Muda Majalah 3 (Sukan Sea Indonesia 2011)My Profile

    1. tehr says:

      aku dua2 belum
      tak tahu mana yang best

  20. Miss Yati says:

    Novel dah baca, dan berharap filem yang diharap pun sebagus novel yang ditulis. :)

    1. tehr says:

      harap2nya
      tapi ramai yang kata filem tak best
      macam mana tu?

  21. Norizwan says:

    Novel ni best…dah lama dah…tapi tengok citer ni ntahla, harap2 terbaik la….
    Norizwan baru je tulis kisah Sejarah Mahsuri Pulau LangkawiMy Profile

    1. tehr says:

      masing2 ada cita rasa sendiri
      ada kata best, ada kata tidak

  22. ahmad kamil says:

    Plan nak tengok filem ni kat wayang, tapi teman tunggu DVD keluar je kot. (takut melelh air mata kat panggung, jatuh saham teman nnt) hehe
    ahmad kamil baru je tulis kisah Kasihan pada wanita.My Profile

    1. skrinaku says:

      tu la
      malu pulak rasa nak sedih2 kat panggung :D
      skrinaku baru je tulis kisah Javier Hernandez CederaMy Profile

  23. eiela says:

    novel dia lagi best dari filem, tp memang betul la mustahil dapat adaptasi 100% mcm novel kan. asalkan dapat tau plot demi plot sikit-sikit cukup.. penonton bleh agak sendiri.
    eiela baru je tulis kisah Alhamdulillah.. Berita GembiraMy Profile

  24. yas says:

    ombak rindu?? Novel?? Filemm??
    Aisehhh…kompom aku ni dh ketinggalan zaman dah….he3x!!
    yas baru je tulis kisah A.C.I.D Advance Creatif Innovation DesignMy Profile

  25. perah santan dari hampas
    memasak pulut untuk biduan
    Rindu bagai badai menghempas
    mengenang jauh orang diperantauan

    parut kelapa ambik santan
    masak lemak ikan haruan
    rindu bagai buih di lautan
    jiwa lara tidak keruan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    claim insurans motorsikal langgar kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  26. filem yg terhangat di pasaran ehhh..
    bila la kawe nak pi tengok nie.. Tunggu harga tiket jatuh 50% kot atau masuk Astro First dulu :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Thunder..Thunder..Thunder… Thundercats 2011My Profile

  27. levelsatu says:

    filem ni dibuat untuk membuatkan kaum wanita menangis sahaja.
    levelsatu baru je tulis kisah Baddrol Bakhtiar tunggu jawapan dari KFA untuk ke Pelita Jaya FCMy Profile

  28. chii says:

    ehehe..novel ombak rindu chii da baca…cuma filem nya belum berkesempatan lagi..

    chii suka main ombak gak..last skali bulan lepas..kat hyatt kuantan..main ombak sampai basah seluar …dan ditegur oleh foreigner yg lalu..ehehe :p

  29. chii says:

    ehehe..novel ombak rindu chii da baca…cuma filem nya belum berkesempatan lagi..

    chii suka main ombak gak..last skali bulan lepas..kat hyatt kuantan..main ombak sampai basah seluar …dan ditegur oleh foreigner yg lalu..ehehe :p

  30. zik says:

    tak tengok lagi… apatah lagi baca dia punya novel…
    zik baru je tulis kisah Adab-adab bersedekahMy Profile

  31. eikma rizal says:

    Sy letak pantun tu kat status fb sy..mohon izin ye.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
Apa guna mandi pagi,
Kalau jirus badan tak dicuci;
Apa guna ranking blog tinggi,
Jika content lucah dan mencaci.
pantun
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar