Salam dan selamat petang semua. Dua minggu lepas Pantun Pilihan Dari Sahabat menyediakan kata kunci negeri dan daerah di mana sahabat tinggal. Kita bertemu lagi kali ini dengan harapan semoga sahabat tidak jemu untuk menulis pantun di ruangan komen entri ini.
Seperti biasa dua rangkap pantun terbaik akan saya pilih pada pagi Ahad [03.04.11] bagi menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat untuk menggantikan pantun Cik Siti dan Norgadis Labuan yang telah berada di situ sejak dua minggu lepas.
Pergi ke Sibu jemputan kenduri,
Orang Kayan memasak jagung;
Kalaulah rindu mencuit hati,
Silalah tuan datang berkunjung.
Buaya lapar di tengah sungai,
Anak kenyalang terbang tinggi;
Batang Lupar indah dan permai,
Rumah panjang banyak di sini.
Seperti yang kita semua sudah maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan pada 16 April, manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 April ini. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk rakyat Sarawak memilih wakil dan mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri [DUN] Sarawak nanti.
Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini memilih tema negeri Sarawak, bukan kata kunci seperti biasa. Sahabat boleh membuat sebarang pantun asalkan sahaja berkenaan dengan negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Entri belajar menulis pantun bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga ini boleh dijadikan panduan untuk menulis pantun. Cuba-cubalah menjenguknya.
Demikian kisah 'Pantun Negeri Sarawak' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


sarawak adalah salah satu negeri yang belum pernah Cik Siti jejak. yang lain dan sampai.
Cik Siti recently posted..Ianya orang yang sama
elok tu, cik siti ambil cuti sekarang
sedang meriah dengan kempen pilihan raya tu
hu…hu…hu… anak sekolah… nak cuti kena ambik seminggu baru best
Cik Siti recently posted..Ianya orang yang sama
aku pun tengah berkira2 nak ke sana,
tapi entah bila…
kena juga ke Bumi Kenyalang ni..
Mus recently posted..Pertama Kali Menjejak Kaki Di Mukah
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_—\_l__l—[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)–o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
” Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Maaf lama tak ziarah anda”
Kampong perpat jambatan dang Molek
Pasar angus dimakan api
Situk lepas sia pun sik boleh
Buang tanggak berayun kaki
Bulan rejab bulan syaaban
Tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap rasa sbeulan
Tinggal sehari rasa setahun
——————————————————————
Terang bulan di pulo pinang
Sayur terung saya tumiskan
Tengah malam bangun mengenang
Bantal dipelok disangka tuan
Anak raja turulah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah
——————————————————————
Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.
azli.afzainizam recently posted..Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
sayur terung saya tumiskan
ikan haruan dimasak gulai
bantal pelok disangka tuan
karam biduk dihempas badai
Amboi,bagi komen pun dengan rangkap pantun tu.
diorang ni pakar pantun.. tak heran ler..
Mus recently posted..Bulan April Bulan Istimewa Untuk Keluarga Kami
TK pnh sampai sana, bandaraya kuching..
tmpt nya menarik, orang2 nya ramah2 aje..
tp loghat mreka kdang2 TK x brapa nak paham..
hehe..
emm..
pantun ye..
nanti TK fikir2 dulu cmne nak tulis..
toyol recently posted..JAWAPAN DALAM SOALAN
loghat mereka tu nak kena belajar la, tk
rasanya kalau 3 bulan di sana akan dapat faham
sarawak?
isk..
dlm tb pon byk pulak tgk cerita psl sarawak ni..
kempen ke
hehe
kempen ni, puteri
harap mereka pilih yang terbaik
yey! puteri akhirnya ad dkt list snrai pggemar teh
hehehe
suke233
puteri recently posted..nickname
wah.. ada pantun lagi hujung minggu ni..
pilihan raya Sarawak dah dekat..
kalaulah ada syarat calon kena menulis pantun 1000 rangkap sebelum boleh bertanding.. mesti ramai yang tak nak jadi calon nanti, hehe
kulanz recently posted..Blogger Terbaik Sepanjang Mac 2011
tambah lagi satu syarat, bro
tak boleh suruh penulis teks ucapan yang buat
kalau syarat tak boleh orang lain tulis teks tu dikuatkuasakan.. mesti ada calon yang terkucil masa buat ucapan

kulanz recently posted..Blog Ni Pun Kena Infection Simbol Misteri
syarat yang mantop!!
pasti ramai yang mengupah teh untuk buat pantun
Mus recently posted..Pertama Kali Menjejak Kaki Di Mukah
bagus tu bro, biar budaya berpantun masuk dun atau parlimen nanti
kulanz recently posted..Blogger Terbaik Sepanjang Mac 2011
hehhehe setelah 32 taun..br td sy g daftar pengundi kat pejabat pos…hehhehehehhehe
dyea recently posted..Dashyatnya Kiamat & azabnya neraka
selamat mengundi di pilihan raya umum nanti, dyea
tunaikan tanggung jawab
sarawak oh sarawak

bulan Mac dah pergi
bulan Jun dah nak kena pegi lagi
huhuhu… pantun 3 keratku yg ntah apa-apa
etomyam recently posted..Dalam Botol- 1 Juta Atau RM300K
bestnya naik belon
nang best nait belon.
rugi sepa sik ke Sarawak..
banyak ada jak tempat best sitok..
makannya pun nyaman2x..
psst: ni contoh bahasa Sarawak.. ada yang faham? hahaha..
Mus recently posted..Jarak Pemanduan Hari Ni Sejauh 5044KM
kawe boleh faham tapi tak reti nak sahut
Ramai kawan2 org S’wk… Jiran pun ada org S’wk. Tapi tak lah pandai sgt nak madah dlm bhs Sarawak. Kamek pun mahu niket belon ke Sarawak nanti. Kamek sik pergi sana lagi.
Ismail N recently posted..Prinsip-Prinsip Makanan Yang Halal Dan Haram Mengikut Perspektif Islam Bahagian 1
boleh tahan juga bahasa sarawak bro ni
aku nak bagi rating 6/10 bahasa Sarawak yang digunakan!!
Mus recently posted..Hari Kedua Di Mukah
Apepun diharap tak de la kekecohan bila tiba masanya nanti….
yas recently posted..Bot nelayan Vietnam di Malaysia
harap2nya begitulah, yas
kecoh di hulu, kecoh di hilir
akhirnya…
tok penghulu juga yang kaya raya
orang ulu tak kenal pun jalan raya
harap pantunku ini diterima …
Negeri Sarawak asli namanya,
Bandar kuchinglah ibu negerinya.
sekadar pantuan 2 kerat ku sajikan, Tq.
benjy recently posted..SPEED LIMIT 60
bandar kuching ibu negerinya
di seberang sungai petra jaya
hehe
Dari Sabah ke Bumi Kenyalang
Bertanya khabar bicara riang
Lama tak datang bertandang
Ke blog tehr yang semakin gemilang…
Ala…tak pandai la saya nak pantun2 ni tehr..:)
bluedianthus recently posted..Permainan Domain
dah ok tu, warnnie
tinggi sungguh gunung tahan
tinggilah lagi gunung kinabalu
aku pun juga merasa hairan
sudah lama tak jenguk kamu
Aku pun dah lama nak ke Sarawak dan Sabah ni…,
Insyaallah ada rezeki dan panjang umur harapnya boleh sampai..
Blogger Tehr Bukan sembarang
Blog terbilang semakin Gemilang
Bulan April pilihan raya Menjelang
Boleh tahu siapa Menang siapa Kecundang
Ps : apa aku melalut ni…. kalau sarak jangan mara ye Tehr heheh
dnoBiz recently posted..Tokoh Islam – Ilmuan terhebat yang makin dilupakan “Al-Ma’mun ar-Rasyid”
dah makin maju ni, bro
memang dah cun sangat
hanya baris ke 4 je yang terlebih panjang, sikit je
heheh…
terima kasih cikgu..
nanti cuba lagi
dnoBiz recently posted..Guru Setan – Ikat dan belasah pelajar 7 tahun hingga Koma
Ke pasar Satok mencari ikan
Katak dan ular terjual si sana
Nak kata Ulu Jakun pun bukan
Cuma belum kesampaian lagi di sana
Hutan Sarawak di teroka tarah
Habis gondol bukit dan lurah
Orang Sarawak janganlah marah
Gunakan akal sebelum memangkah
zulkbo recently posted..Video Sex Terbaru Khabarnya Tulen Polis
habis gondol bukit dan lurah
tersekat pula sungai dan alur
guna akal sebelum memangkah
harapan kita jangan berkubur
pulau pandan jauh ke tengah
tempat banjir datang melanda
kalau sarawak tuh sudah pernah jengah
malah kenangan terpahat di minda
kan leh gak aku siapkan pantun macam tak best nih..ha3
ghost writer recently posted..adrenalin
tempat banjir datang melanda
binatang ternakan habis mati
ada kenangan terpahat di minda
secebis rindu terpahat di hati
alamak!!
nak kena join ni..
eheheeee
mie recently posted..Hadiah Misteri Dari tupaicommy
memang kena join tu
[...] mencuba menulis pantun masih sempat berbuat demikian dengan meninggalkan pantun pada ruangan komen DI SINI kerana Mr Tehr akan memilihnya pada awal pagi nanti untuk diletakkan pada ruangan Pantun Pilihan [...]
sampai ke sudah x siap2 pantun ni..
idea bsembunyi la..
toyol recently posted..AYAT AKU LAGI STYLO!
cepat sikit, tk
awal pagi nanti saya nak pilih ni
Jalan-jalan pergi Bintulu
Jatuh sungai kasutku hilang
Bujang senang buaya dahulu
Milik Sarawak Bumi Kenyalang
jatuh sungai kasutku hilang
tenggelam ia sampai ke dasar
milik sarawak bumi kenyalang
diam bertapa di batang lupar
Negeri Sarawak bumi Kenyalang
Pahlawan Rentap wira terbilang
Sungai Rajang sungai terpanjang
Tempat diami si buaya Bujang Senang
akubiomed recently posted..Kuasa minda mengatasi segala-galanya
Pahlawan Rentap wira terbilang
Rosli Dhoby sangat berani
Tempat diami si Bujang Senang
Berati-hati apabila mandi
Sik ada apa maok bicara
takut kelak tersalah tanggapan
pilihan raya maok bermula
rakyat sarawak penuh harapan
haha boleh ke campur2 ni?

tengkorak emas recently posted..Geng Tukul tumpas!
Boleh aja bro TE
takut kelak tersalah anggapan
tidak tertanggung segala kudrat
rakyat sarawak penuh harapan
dapat pemimpin berjiwa rakyat
aku tak reti nak campur bahasa sarawak, bro
Hujan malam membawa rahmat,
Dalam awan ternampak bulan,
Dengan takzim dan penuh hormat,
Salam perkenalan hamba hulurkan.
Mutalib Attholib recently posted..Mendung buat Sekian Kali
dalam awan ternampak bulan
pada bulan ternampak bayang
tak muat piring kutadah cawan
senyum simpul hatiku senang
lama x singgah di rumah panjang org2 iban…
Sarawak Gemilang dalam Malaysia..
lama tak berpantun…otak rasa berkaratlah pulak.
hanafi abdullah recently posted..1st Giveaway By Emas Putih