cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Minta Maaf

Petang Jumaat ni molek benar kalau dapat jumpa Mak dan minta maaf. Minggu lepas Mak minta tolong belikan barang untuk kedai runcit, harap-harap sempat nanti untuk pergi beli barang.

Ke kedai Manaf beli halia,
Minta maaf aku terlupa.

Kedai Manaf di hujung desa,
Minta maaf aku tak sengaja.

Kedai Manaf di tepi sungai,
Minta maaf hamba terlalai.

Mudah sekali mulut dan lidah untuk melakukan kesilapan dalam menutur kata. Tetapi sangat sukar pula mulut dan lidah yang sama untuk menyusun baris-baris pantun minta maaf di atas segala ketelanjuran. Beratnya seperti berat sebuah jentolak yang sedang membuat jalan.

Andai kata padam pelita,
Gelap gelita di malam hari;
Andai ada terlanjur kata,
Maaf dipinta setulus hati.

Menitik embun di hening pagi,
Putera mahkota mandi di kolah;
Rangkap pantun pengganti diri,
Maafkan segala silap dan salah.

Di dahan tinggi burung tekukur,
Dalam sarang duduk mengeram;
Maafkan mereka sebelum tidur,
Semoga tenang aman tenteram.

Dan aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada rakan blogger yang setia singgah di sini sedangkan aku pula gagal mencari masa luang untuk membalas kunjungan. Maaf.


Memang seronok bila ada Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun Minta Maaf' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



31 Comments

  1. hafizmd says:

    kedai Manaf di hujung desa
    permohonan maaf kami terima
    janji cikgu tehr sihat sentiasa
    tu pun dah gembira rasanya
    hafizmd baru je tulis kisah Live Streaming:Liga Super 27 April Misi Selangor Tewaskan Lions XIIMy Profile

  2. hafizmd says:

    Sebenornya, ambe tertanya2 jugak kenapa jarang cikgu update blog…

    moga2 sihat sentiasa…ameen
    hafizmd baru je tulis kisah Menang RM100.00 Dari Giveaway Hairulazni.myMy Profile

    1. suri says:

      kedai manaf di buka pagi
      untuk memudahkan orang datang membeli
      wahai cikgu janganlah susah hati
      kami datang sini pun tidak mengira hari

      1. suri says:

        ambe pelik pikir ada exam ker utk budak2 sekolah kot2 nnti akan ada cuti sekolah yg bakal menyusul mesti depa kena pekser dulu heee
        suri baru je tulis kisah Pecah UndiMy Profile

        1. suri says:

          saya terfikir juga tak sekerap dulukan?

  3. azura says:

    alah bisa tegal biasa
    manis sungguh budi bicara
    alah tak apa saya dah biasa
    kunjung mengunjung amalan kita
    azura baru je tulis kisah Belanja TerakruMy Profile

    1. suri says:

      manaf budak baik hati
      harap tak berbalas jgnlah berkecil hati
      suri baru je tulis kisah 3 dalam 1My Profile

  4. Padin says:

    hehee teringat kata cikgu disiplin sekolah aku dulu,
    kalau semua perkara boleh selesai dengan maaf, apa gunanya lembaga disiplin?”
    Padin baru je tulis kisah Jauh Berjalan Luas PemandanganMy Profile

  5. UmmiKami says:

    Salam berpantun cikgu :)

    Lentur cemara padat dan sasa,
    Padatnya tua sebelah mana;
    Terlanjur bicara adat biasa,
    Adatnya orang tidak sempurna.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Raya Raya Raya…My Profile

  6. BeritaKaki says:

    ada kayu ada daun,
    ada akar ada dahan,
    jangan sudara tidak bersalaman,
    mohon restu dan juga keampunan

    hehehehe…lanyak saja bro ..
    BeritaKaki baru je tulis kisah Live Streaming Pahang vs Felda United 26 April 2013My Profile

    1. suri says:

      hari raya berjalan seiring
      baju cantik rasa ada daya penarik
      harap tiada mata yang menjeling
      bila hadir tak lupa di usik
      suri baru je tulis kisah Resume ComelMy Profile

  7. tak apa…bisa diatur semuanya
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Teknik Membaca Pantas Entri BlogMy Profile

    1. suri says:

      hee.. hati mak mesti di jaga apa2 hal mak juga yang harus di utamakan..
      suri baru je tulis kisah Puisi Indah Buat IsteriMy Profile

    1. suri says:

      haa.. tu maaf sambil ketawa hee..mmg sempoilah

    2. suri says:

      maaf tak mahu buat dosa lagi
      suri baru je tulis kisah Penawar Untuk Anak DegilMy Profile

  8. hatiputera says:

    Macam dah nak musim raya pulak.. Peace no war..hehe
    hatiputera baru je tulis kisah Cara Buat ScreenShot Untuk Handphone Andorid Tanpa AplikasiMy Profile

  9. Along says:

    Banyak pantun dalam blog ne,saya suke …
    Along baru je tulis kisah Cerita LawakMy Profile

  10. Dja@SisHaza says:

    slh satu sebab pendek umur kerana memutuskan silaturrahim….so,maaf memaafkanlah
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah KEMERIAHAN BERGANDA BULAN MEIMy Profile

  11. suri says:

    bila orang sebut mintaan maaf dah rasa macam hari raya pula
    suri baru je tulis kisah Ek, ElahMy Profile

  12. suri says:

    sy ok jer sy rasa ada bt salah gak ni haa.. sb tak mampu nak blas kunjugan/ komen.. uyes…semenjak dua ni biasalah TM punya hal masih tak setel lagi..

    so.say sorry huu
    suri baru je tulis kisah Resume ComelMy Profile

  13. Hafizul says:

    Kadang kala perkataan maaf ni susah orang nak lafazkan..kan bro..ala kesian la kat mak tu.hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  14. fiezaradzi says:

    tak pe, kalau sibuk, nak buat macam mana kan..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Bila Budak Mula Baca DoaMy Profile

  15. wazy says:

    permohonan maaaf macam ni boleh tahan juga,jadi,permohonan maaf anda saya terima ..hehe
    wazy baru je tulis kisah Sekitar Acara AutoShow Karnival Mesra Rakyat Belia 1 Malaysia 2013 Simpang RenggamMy Profile

  16. de engineur says:

    Tak rugi memberi maaf kpd orang lain.
    de engineur baru je tulis kisah Deadline to send BE forms via e-Filing extended to May 15My Profile

  17. wah semua pakat dok berpantun..
    blackrosehunter baru je tulis kisah 10 Wasiat Imam Syahid Al-BannaMy Profile

  18. Asyrof Asri says:

    Wah, menarik blog ni.;)

    Mohon maaf juga baru tiba blog ni. ;)
    Asyrof Asri baru je tulis kisah Menangi Hadiah Tanah Arab Dengan Promosi KontesMy Profile

  19. Amirez says:

    nak mintak maaf juga sebab jarang bertandang ke sini. tak sempat nak bw, kekangan masa. blog pun dah jarang2 update.
    Amirez baru je tulis kisah Teknik Menangkap Gambar Dalam SangkarMy Profile

  20. Rina says:

    Pantun yang cocok untuk diberikan pad seseorang dalam rangka meminta maaf
    terima kasih sudah sharing ini
    Rina baru je tulis kisah Create 8 Simple CSS Image Button With Box Shadows EffectsMy Profile

  21. suri says:

    kalau ada salah saya nak minta maaf boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar