pondokkecil cahayacinta akubiomed
tak kenal maka tak cinta
dululainsekaranglain sudais-sudais apacerita

Pantun Merdeka

Dalam bersiap-siap nak sambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16.09.2011 nanti, tiba-tiba ada pulak rakan blogger yang sambut merdeka hari ni. Korang tahu siapa? Beliau ialah tak lain dan tak bukan rakan kita Suri, admin blog cahayacinta.com yang kena hack sejak 15.06.2011 dulu. Hari ini blog cahayacinta dah aktif kembali dengan entri terbaru ‘Ibarat Mati Hidup Semula’. Jom tengok!

Ke mana arah ke mana jalan,pantun merdeka
Denai lorong dan lebuh raya;
Hidup nan indah kita impikan,
Jiwa merdeka maju dan jaya.

Pejuang mati bertabur tulang,
Hancur badan dikandung tanah;
Penjajah lari dihambat pulang,
Anak watan tegak dan megah.

Ada yang kata, sebenarnya Malaysia tidak pernah dijajah. Negeri-negeri Melayu hanya negeri lindungan British. Selama 54 tahun kita sambut merdeka dan Hari Kebangsaan, tak tahu kita merdeka daripada apa atau siapa. Harap-harap para pengkaji sejarah, penulis, ahli akademik dan kerajaan dapat menjelaskan dengan tepat kedudukan perkara yang penting ini. Susah jadinya guru-guru nak terangkan kepada pelajar yang belajar sejarah di sekolah.

Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini membawa tema merdeka. Dua rangkap pantun dari rakan blogger akan Mr Tehr pilih untuk menghiasi ruangan yang disediakan. Jom kita berpantun!

TehrDemikian kisah 'Pantun Merdeka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.


tehr

25 Comments

  1. LiFe KaMi says:

    Hari kemerdekaan mesti dikenang..
    apabila ada yang berhujah tentang kemerdekaan demi kepentingan masing2 bole mengelirukan semua pihak..
    harap dapat diselesaikn demi anak bangsa kita..
    LiFe KaMi baru je tulis kisah Ketupat RayaMy Profile

    1. suri says:

      jangan penting diri sendri
      nanti orang mula membanci
      baik makmur bumi yang suci
      kita hidup hanya berbakti
      suri baru je tulis kisah Sendawa Berlebihan Membawa PetandaMy Profile

  2. suri says:

    salam..
    syukur alhamdulillah entri sulong telah muncul terbit pula entri seterusnya..

    terima kasih wahai si pencerita
    ibarat sireh pulang ke ganggang semula
    hamba rasa inilah peluangnya
    berbakti pada nusa dan bangsa
    suri baru je tulis kisah Ibarat Mati Hidup SemulaMy Profile

    1. tehr says:

      ibarat sireh pulang ke gagang
      ibarat belut pulang ke lumpur
      cahaya kasih berulang-ulang
      cahayacinta belum berkubur

      1. suri says:

        dari ipoh membawa cinta
        tidak pulih kata si hati
        membawa rajuk tidak kemana
        akhirnya cahaya cinta datang kembali
        suri baru je tulis kisah Muka Ketat Atau Muka JambuMy Profile

  3. Cik Siti says:

    Dari pahang ke negeri Melaka,
    Singgah berehat di pekan Kuantan,
    54 musim tanah bundaku merdeka,
    hidup aman tiada keperitan.
    Cik Siti baru je tulis kisah Projek Tahunan Hj Hamzah Bin AwitMy Profile

    1. tehr says:

      singgah rehat berhenti makan
      lepas makan dirikan solat
      hidup aman tiada keperitan
      itu demikian sempurna hajat

      1. jalan-jalan hingga ke utara,
        singgah sebentar di negeri kedah,
        hargai merdeka yang kita rasa,
        hilang ia sesal tak sudah,
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Tips Perniagaan Online : Pengurusan StokMy Profile

  4. bEe says:

    Pasni laju jek suri jengah kwn2 :-)
    Selamat kembali kpd suri :-)

    1. tehr says:

      hehe
      dah laju pun, bEe
      senyum sampai ke telinga tu :D

      1. bEe says:

        hehehe~~~
        happy alwiz

  5. Ali ridha says:

    hari tu nak tolong,tapi tak sempat.ada di luar ipoh.
    kesian blog kak suri.cari saja provider hosting
    yang betul-betul pakar.semua benda diorang
    boleh tolong.jangan minta duit sudah.heee…
    Ali ridha baru je tulis kisah Mat Sabu Masyuk2u Terima rm30My Profile

    1. tehr says:

      memang menyakitkan kalau terjadi macam suri tu

  6. titan says:

    baru tahu gak pasal blog suri tu dah ok balik. Tahniah pada beliau. Tahun ini merdeka yang bermakna buat beliau. hehe..
    titan baru je tulis kisah Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.comMy Profile

    1. dnoBiz says:

      Dan ingat… atau lebih sesuai AWAS..
      kerana Suri adalah Blogger rempit yang tiada tolok bandingnya.., tak caya tengok lah nanti penangan si suri ni kat blog korang… heheh
      Ps : Nasihat dari aku yang pernah makan asap :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Kek Termahal Di dunia – Kek coklat termahal pernah aku LihatMy Profile

      1. tehr says:

        nasib juga aku naik kereta
        boleh pasang aircond :D

  7. padin says:

    huhu.. memang takde benda yang paling seronok agaknya untuk suri masa ni selain kembali aktif berblogging macam sediakala..
    padin baru je tulis kisah Bab 2?My Profile

    1. tehr says:

      senyum sampai telinga, bro :D

  8. dnoBiz says:

    Semakin pening jadinya…
    dari yang aku dengar pula, bukan tak pernah dijajah tapi hanya beberapa tahun dijajah termasuk zaman jepun.., bukan sampai ratusan tahun…
    dnoBiz baru je tulis kisah Kek Termahal Di dunia – Kek coklat termahal pernah aku LihatMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 mereka tak ambil masa lama nak jelaskan perkara ini, dno

  9. ohcikgu says:

    alhamdulillah, sudah kembali pulih seperti sediakala..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pelita Jaya beri lampu hijau kepada Safee SaliMy Profile

  10. Nuar Haruha says:

    Cerita pasal merdeka ni memang sedih. Balik pada masa tungku nk me-merdekakan malaysia. Tungku & delegasinya semua duit dah kering. Jadi, terpaksa pinta simpati pada org ramai; public donation bg perbelanjaan ke london (tak masuk dlm buku teks sejarah). Lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Zaman sekarang tak payah meminta, ambik terus (duit rakyat) — buat holiday pegi dubai, beli cincin. :(

    Walaupun dah 54 tahun, negara masih belum100% merdeka, IMO, still under queens law. Persoalan siapa dijajah siapa yg penjajah still in debate.

    Yang boleh dibanggakan selepas merdeka, bangsa di malaysia dapat hidup bersama, walau berlainan agama dan bangsa. Minoriti di Malaysia masih terbela. Selamat menyambut hari Malaysia/Merdeka

    Pokok nipah condong ke paya,
    Carik daun batang dikerat;
    Pupuk kedamaian warga merdeka,
    Satu bahasa hidup muafakat.

    1. zik says:

      betul tuh… yang penting kita harus pertahankan kota kemerdekaan ini…
      zik baru je tulis kisah Senyum, tanda ketabahan.My Profile

  11. akubiomed says:

    Laungan kemerdekaan bergema
    Sambut merdeka berbaju biru
    Berkat perjuangan bangsa
    Anak cucu menentu hala tuju

    Ayam jantan berkokok diatas dahan
    Terasa sejuk kedinginan air perigi
    Kemerdekaan perlu dipertahan
    Sekali tergadai tiada guna lagi

  12. Rina says:

    Tiap tahun di negeri kita masing2 selalu merayakan hari kemerdekaan dan tak ada habis2nya kita mengenang apa yang telah dilakukan para pahlawan kita yang dahulu.
    Perjuangan belum usai, mari isi dengan hal positif dan bersifat membangun agar generasi mendatang merasa bangga pada kita :)
    Rina baru je tulis kisah How To Manually Install WordPress In cPanel Website HostingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge