Pantun Mengapa

jalan-jalan ke putatan sabah
tanjung aru pantainya cantik
mengapa remaja makin gelisah
bukannya dicuri kabel elektrik

makan kenduri di desa permai
makan laksa di kampung beseri
mengapakah pati semakin ramai
bukan penguasa bergoyang kaki

bergurau senda gadis remaja
bertatah suasa selipar sandal
mengapa ada projek tergendala
bukankah banyak disuntik modal

hati sebak rindu menjelma
terkenang tuan jauh di rantau
mengapa sesak di lebuh raya
bukan laluan semakin kacau

membeli lauk di simpang tiga
singgang dan kari pilihan diri
mengapa sibuk datang melanda
bukankah hati rancak menari

TehrDemikian kisah 'Pantun Mengapa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. akubiomed says:

    Siapa hendak tolong jawab pertanyaan bro TehR ini?
    akubiomed baru je tulis kisah Macaron cinta manjanya kamuMy Profile

    1. tehr says:

      Harap2 ada yg jawab tu :-)

      1. Mus says:

        mcm tak terjawab jer ni
        Mus baru je tulis kisah Sambal Belimbing Buluh Pembuka SeleraMy Profile

  2. padin says:

    budak kecil yang dah pandai tanya kenapa, memang payah nak menjawabnya… jawab sebenar, nanti dia pening, jawab tipu nanti dia percaya pulak..

    aku pasti soalan ini di tanya orang dewasa, dan menjawabnya juga orang dewasa, tak gitu cikgu??
    padin baru je tulis kisah Ukur Baju Di Badan SendiriMy Profile

    1. tehr says:

      Yups, hal orang dewasa ni
      Saja je tu sekadar bertanyakan diri sendiri

  3. kakyon says:

    muda mudi memakai celana
    bawa bersiar ketanjung keling
    mengapa hati gundah gulana
    bukankah hiburan banyak disekeliling
    kakyon baru je tulis kisah anak siapalah ni..My Profile

    1. tehr says:

      bawa bersiar ke tanjung keling
      dari pagi sehingga malam
      biar hiburan banyak di keliling
      tiadalah hati mahu tenteram

  4. zulkbo says:

    salam Bro..
    sekolah dah buka nih..mesti banyak
    aktiviti awal tahun..jadi utamakan mana
    yang penting..blogging kita sambilan udah :)
    zulkbo baru je tulis kisah Penggunaan Dakwat Kekal Untuk Pilihanraya Telah DiwartakanMy Profile

    1. Hanya mereka yang terlibat tahu mengapa.

      Pergi memunggut buah kelapa,
      Singgah sebentar memetik lada,
      Bila sibuk datang menyapa,
      Gundah hati dibawa bercanda.
      Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Topeng HijauMy Profile

      1. tehr says:

        singgah sebentar memetik lada
        cabai juga dibeli orang
        bagaimana hati mahu bercanda
        banyak kerja menerpa datang

  5. Melatiqistyna says:

    Hish, isu semasa nie…. Heee

    Suntik sana, suntik sini pon, kalau byk yg bocor cemana….
    Melatiqistyna baru je tulis kisah WW #11My Profile

    1. tehr says:

      suntik sana suntik sini
      bocor sana bocor sini

      hehe

  6. iwan delaroc says:

    jalan sesak tiap tiap pagi

    1. tehr says:

      kesian juga kepada mereka yg sentiasa menempuh kesesakan jalan raya
      mujur aku tak mengalaminya

  7. b3njy says:

    Ni pantun payah nak jawab ni … sebab satu malaysia dia sapu ni … :D
    b3njy baru je tulis kisah UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGERMy Profile

    1. tehr says:

      tapi bukan pantun 1malaysia :-)

  8. lazaac says:

    putatan dgn tanjung aru jauh tu bro… dekat 10km jgak kalau xsilap…
    lazaac baru je tulis kisah Wordless Wednesday #10My Profile

    1. tehr says:

      ya ke?
      sebenarnya aku sendiri belum pernah ke sabah :-)

      1. lazaac says:

        haha, patut la… xpe2x.. good try…

        bergurau senda gadis remaja
        bertatah suasa selipar sandal
        mengapa ada projek tergendala
        bukankah banyak disuntik modal

        ni pasal rasuh ni bro.. duit ntah ke mana, projek ntah ke mana, ke laut agaknya… :p
        lazaac baru je tulis kisah Hari Ini Hari Jumaat, So What?My Profile

  9. azura says:

    anak bujang semakin dewasa
    anak gadis semakin ayu
    jika cikgu tanya mengapa
    bolehkah saya jawab tak tahu?…..
    azura baru je tulis kisah Frust tak dapat tengok Filem azura 2012My Profile

    1. tehr says:

      anak gadis semakin ayu
      sukanya hati ibu dan ayah
      boleh saja jawab tak tahu
      ia diterima oleh mahkamah

  10. shraqs says:

    Susah aku nak menjawab nih… tambah plak tak pandai nak berpantun…
    shraqs baru je tulis kisah Hayao Miyazaki Studio GhibliMy Profile

    1. tehr says:

      jawapan salah juga diterima, bro :-)

  11. rahman says:

    singgang dan kari ..sedapnya.. hehe

  12. Juan says:

    saya tidak mampu menjawab, kerana “mengapa” itu sendiri sudah suatu persoalan
    Juan baru je tulis kisah Bapakku.fm – Suka hati Bapak Aku la | Live Streaming Bapakku FMMy Profile

  13. ghost writer says:

    aku suka dengan ikan singgang.pertama kali diperkenalkan pada aku masakan tuh tahun 2008.
    ghost writer baru je tulis kisah separuh tubuh masih dalam penjaraMy Profile

  14. mancai says:

    ayoyo banyak berat mau jawab ini persoalan….

  15. sud@is says:

    banyak mengapa dan kenapa
    tak tau nak jawab apa

    dunia hari ni caca marba
    persiapkan diri ilmu kot….

  16. yas says:

    Pucuk ubi, pucuk kelapa,
    Dimasak lomak si anak dara
    Lama menghilang kerna bertapa
    Keluar terus bertanya mengapa….

    #Errr…sesapa yg bertanggungjawab tu tolongla jawab ehhh….
    yas baru je tulis kisah Smokey Bandit In Singapore Airshow 2012My Profile

  17. hatiputera says:

    bab pantun mantun nie yang tak reti nak membalas balik,,,putera baca jer la,,,
    hatiputera baru je tulis kisah Tikus sebesar anak kambingMy Profile

  18. banyak isu kali bro… ingat nak cakap psl kes curi kabel di sabah jer… Tapi banyak lagi yg disumbat skali.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Akibat Ponteng KerjaMy Profile

  19. nizam says:

    harap2 ada yang menjawab… :)
    nizam baru je tulis kisah Ben Ashaari Tanya Kau Berani Kritik Blog Aku TakMy Profile

  20. mak lagenda says:

    membeli lauk di simpang tiga
    singgang dan kari pilihan diri
    mengapa sibuk datang melanda
    bukankah hati rancak menari

    Saya beli pantun nih ye incik:

    Membeli lauk di simpang 3
    singgang dan kari pilihan diri
    mengapa sibuk dtg melanda
    kerna 24 jam tak tu x cukup sehari!
    mak lagenda baru je tulis kisah HEI STALKER AND PEEPS!! THIS IS FOR YOU..My Profile

  21. Bie says:

    harap2 ada yang dpt jawab….dalam sangat maksud tersirat :)

  22. kimmie says:

    bila baca pantun ni,
    teringat lagu Mengapa nyanyian penyanyi seberang.
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Hadiah dari CahayaCinta.comMy Profile

  23. kimmie says:

    teringin nak berpantun juga, tapi tak pandai.
    Mungkin cikgu boleh bagi tips :)
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Hadiah dari CahayaCinta.comMy Profile

  24. mie says:

    tiba2 teringat lagu “mengapa” nyanyian nicky astria..
    eheheeee
    mie baru je tulis kisah Osaka Cake Kini di MalaysiaMy Profile

  25. chii says:

    hurm..kena tunggu pihak yg berkenaan la untuk jawab pntun cikgu ni..ekheheh
    chii baru je tulis kisah Bismillah EnamMy Profile

  26. nurmisnan says:

    aku nyanyikan lagu MENGAPA nyanyian nikki astria
    mau tak brother.. baru ngam dgn pantun bertajuk
    mengapa.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Penawar campakMy Profile

  27. titan says:

    emm…mengapa aku tak dapat bayaran lagi nih..grrr..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 3 dari TipsPTD.comMy Profile

  28. Norizwan says:

    Pantun sangat mendalam….membuatkan merenung sejenak….baca boleh ler…nak balas…sory ler eheh…
    Norizwan baru je tulis kisah [Video] Rokok elektronik meletup dalam mulutMy Profile

  29. cak pong cak pong..

    haha

    moga tak da yang bertanya mengapa..
    rainbowcloudy baru je tulis kisah terima kasih :) My Profile

  30. bukan bulat tapi bujur
    tegak berdiri diatas paksi
    Bukan ramai yang jujur
    Lebih ramai lagi koropsi

    Story terbaru blog kami…
    masalah kereta lembab tak ada pickup

  31. dinar says:

    singgah baca pantun mengapa,
    mengapa akan terus mengapa,
    mungkin kerana ada perkara yang belum di apa-apa!
    ;
    ;
    pantun 3 kerat tehr…hehehe
    dinar baru je tulis kisah Kenapa EmAs ditolak sebagai matawang dunia?My Profile

  32. amirulfaiz says:

    Cantik tersusun bicara tuan. Pasti yang ditanya menjawab tenang, merungkai soal, memberi jawab. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Joomla! Sebagai medium untuk blogMy Profile

  33. cik tom says:

    xreti plk nak menjawab dlm btk pantun…bt entry ajar cara berpantun boleh?nak cuba juga..dah lama tinggal bidang pantun ni…dah lupa..heee
    cik tom baru je tulis kisah Perbandingan Emas Perhiasan Dan Emas JongkongMy Profile

  34. maza says:

    Telah banyak suntikan modal
    Projek jua tetap tergendala
    Pelacur, perompak, Penyundal
    Rahsuah diberi syurga sementara
    maza baru je tulis kisah Menguis keluar dari lubang telingaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun